faa's important things

pengikut tuan punyer blog

faa's collection

ayam (46) brownies (1) bubur (5) cake (27) chocolate (32) crepe (11) crepecake (1) cupcake (2) daging (21) desserts (65) drinks (18) icecream (3) ikan (16) itik (1) japanese food (5) just.kawan.faa (10) juststory (56) kimchi (2) korean food (7) kuih raya (6) kuih tradisi (16) lauk simple (22) lovers (42) meals (62) mee (25) mexican food (1) mysayangs (27) nasi (20) pancake (3) pasta (2) pastry (8) pie (1) pizza (1) popcorn (2) practical training (6) pudding (18) roti (21) sayur (38) seafood (17) simply faa's recipe (217) snack (32) soup (19) study (10) telur (7) tentangfaa (36) walking-walking (37) western food (40)

Saturday, June 29, 2013

Red Velvet Crepe Cake with White Chocolate Buttercream Filling


hai uolls. dah lepas satu paper, tinggal 5 more final exam paper nak diharungi. esok paper eTourism tapi macam biasa tengah study, selit update blog jap kan. heuheu.


ok nak jerit jap. YAHOOOOOOOOOOOOOO!!!!! crepe cake yang dah lama mengidam nak buat akhirnya menjadi realiti!!!!!! Alhamdulillah menjadi. Al kisahnya, kawan faa Nana n Akma ni ada request Red Velvet Cake. faa tau diorang request main-main. hehe. tapi faa bila dah dengar request dari kawan2 ni, dah ada kesempatan, tak buat rasa macam bersalah plak. kebetulan faa pon sangat sangat lama teringin nak makan Red Velvet and sangat sangat lama jugak teringin nak makan Crepe Cake. so klink! dapat idea. why not kita gabungkan n buat RED VELVET CREPE CAKE? oke terus berkobar-kobar nak buat.


so sampai je Kuantan, terus laa godek-godek dapur tengok bahan2. resepi pon dicari tapi resepi sikit n kurang memuaskan n tak beberapa mengikut kehendak n selera faa. sebab faa tak nak guna cream cheese as dia punya filling. faa nak guna white chocolate utk filling dia. so faa cari laa resepi chocolate crepe cake sbb asas red velvet ni kek coklat kan? just tambah buttermilk n pewarna merah. mengikut kajian faa la. so faa berkenan ngan resepi dari JUICY CAFE AND CAKES dengan blog YEEINGNG. faa kaji dua resepi ni n gabungkan mana patut, tolak tambah bahan, n buttercream pon faa guna resepi JUICY CAFE just tambah white chocolate ganache. n hasilnya? wallla!!!! thanks to both of u sebab sudi share resepi. Jom tengok resepi dari faa ni.


RED VELVET CREPE CAKE with WHITE CHOCOLATE BUTTERCREAM FILLING

Untuk Crepe :
  • 3/4 cwn gula castor - kalau nak kurang manis, kurangkan lah
  • 4 biji telur size A
  • 1 cwn buttermilk (1 cwn susu segar + 1 sudu cuka makan/jus lemon. biarkan 1/2 jam suhu bilik)
  • 1 1/2 cwn susu segar
  • 60 gm butter cair/minyak
  • 3/4 cwn dark chocolate - hiris halus
  • 1 sk vanilla esen
  • 1-2 sudu pewarna merah - hingga mendapat warna yg dikehendaki
  • 190 gm tepung gandum - ayak
~double boiled dark chocolate (isi 1 cwn air dalam periuk kecil, panaskan dgn api sederhana. letak mangkuk besi/kaca (yg tahan api) atas periuk kecil dan mauskkan chocolate dalam mangkuk. biar hingga chocolate cair. pastikan air dlm periuk tak kena mangkuk!!). tutup api. masukkan butter/minyak dan kacau sebati. alihkan mangkuk dari periuk. sejukkan sedikit.
~masukkan gula castor, telur, buttermilk, susu segar, vanilla esen, ke dalam chocolate cair tadi dan kacau rata hingga sebati.

 ~masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga semua sebati. masukkan pewarna merah hingga mendapat warna yg anda suka dan kacau lagi. tapiskan adunan.
~panaskan non-stick pan (api kecil). masukkan 1 senduk (sederhana besar) adunan dan ratakan dalam pan. biar hingga masak. jangan dipalingkan, terus angkat letak atas pinggan. bila dah sejuk, lapiskan dengan plastik. ulang hingga habis crepe.
~bila dah habis buat crepe, cover crepe dgn plastik dan simpan dalam peti sejuk untuk elakkan crepe kering.

Untuk White Chocolate Buttercream Filling.
  • 250 gm butter
  • 50 gm gula icing
  • 2-3 sudu susu segar
  • 250 gm white chocolate - dihiris halus
~double boiled white chocolate hingga cair. masukkan susu segar dan kacau rata. sejukkan suhu bilik hingga betul-betul sejuk tapi masih cair.
~putar butter dengan gula icing hingga betul-betul kembang dan gebu.
~masukkan white chocolate dan kacau rata menggunakan spatula. sejukkan dalam peti sejuk 10 minit.
~ambil sekeping crepe, ratakan dalam anggaran 3-4 sudu buttercream. ratakan hingga menutupi crepe. letak sekeping crepe dan ratakan buttercream lagi. ulang hingga habis. kalau ada lebih, boleh ratakan seluruh crepe cake dengan buttercream tu. balut dengan plastik dan sejukkan semalaman.



(sorry takde gambar whole cake sebab look disaster. hehe)



Thursday, June 27, 2013

Lava Chocolate Cake


sekali lagi amek kesempatan lari dari tension memahami membaca menghafal menelaah subjek Hotel Design and Layout yg papernye esok. tibe tibe tekak ni teringin sangat nak Lava Chocolate Cake ni. terbayang2 lagi kek coklat yg gooey, hot melted inside and crunchy outside, more heaven when eat with a scooped of cold vanilla ice cream. pergh!! teringin! teringin!


tapi hanya mampu update blog dan tatap gambar je laa bila kat Melaka ni xleh nak buat kek ni. sob sob. faa taw faa akan menyesal lepas update ni sebab akan teringat2 kat kek ni. tapi apakan daya....... jom laa tengok resepi mudah n sedap ni yang diambil dari ABM. thanks ABM n faa mintak izin share resepi gojess ni kat sini ya. temkiu temkiu.


LAVA CHOCOLATE CAKE

  • 150 gm dark chocolate - cincang halus
  • 70 gm butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 cwn gula
  • 1/4 cwn tepung gandum - ayak
  • 1 sk esen vanilla
~panaskan oven 200C.
~double boiled dark chocolate. (masukkan secawan air dalam periuk kecil, biar hingga mendidih. letak mangkuk besi/kaca atas periuk. masukkan dark chocolate dan kacau hingga cair. pastikan air tak kena pada mangkuk.)
~tutup api dan masukkan butter. kacau hingga butter cair.
~dalam mangkuk lain, putarkan telur dan gula hingga gebu dan pucat. masukkan esen vanilla dan putar lagi.
~masukkan coklat tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau laju supaya telur tu tak masak. kacau rata.
~masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan kaedah kaup balik hingga rata.
~masukkan ke dalam cupcake paper hingga 3/4 penuh. jangan penuh sangat nanti melimpah. boleh juga guna bekas remekin, tapi gris dengan sedikit butter dulu.
~bakar 12-15 minit bergantung pada oven. hidang suam-suam bersama dengan aiskrim vanilla.


tengoklah tu bila kek yg suam makan ngan aiskrim vanilla. cair tuuuuuu!!!!sedapppp!!!!


 yang kat bawah ni tanpa aiskrim. saje nak bagi close-up sikit.

 amacam? melting tak?

Donut tanpa Yis. senang!!


apa khabar semua? lama tak update rindu sesangat rasanya. kalau hari tu busy dengan assignment n presentation yang tak sudah2, ni busy nak final exam pulak. belom lagi masuk sem depan iaitu sem 6 a.k.a sem akhir. lagi lagi lagi 4857x busy dengan class trip to Thailand, research, assignment n subject yang agak susah and thrill!! ugghhh. sakit gak jiwa bila pikir ni. so malas ngat nak pikir. heuheu. sudahkan mana yang terdekat dulu. 

oke walaupun busy tahap menteri, masak tetap masak kalo ada kesempatan balik rumah tu. banyak gak la resepi tertunggak yang nak difinishkan n dishare dalam blog ni. antaranya resepi simple ni. disebabkan tekak nak n teringin makan donut, kebetulan takde yis n malas nak uli lebih, faa terjumpa laa resepi donut tanpa yis a.k.a chinese doughnut kat blog IzahMuffinLover. thanks kak izah sudi share resepi ni n faa mintak izin share kat sini pulak ya. jom usha!


DONUT TANPA YIS / CHINESE DOUGHNUT

  • 2 cwn tepung gandum 
  • 1/2 sk garam halus
  • 2 1/2 sk baking powder
  • 1/3 cwn butter
  • 3/4 cwn susu segar
  • minyak untuk menggoreng
  • gula castor untuk salut donut - faa guna gula icing
~ayak tepung, garam n baking powder.
~masukkan butter ke dalam bahan ayak. gaul menggunakan hujung jari hingga menjadi seperti bread crumbs (tiada ketulan besar)
~masukkan susu segar dan uli hingga menjadi doh besar.
~bahagikan kepada ketulan kecil dan bentukkan bulat dan leperkan. mula2 faa guna gelas bulat untuk terap dan gunakan penutup botol mineral untuk bulatan kecil.
~panaskan minyak menggunakan api sederhana besar.
~goreng hingga kekuningan, angkat toskan dan gaul dengan gula. 
~hidang dan makan! sedap!



Friday, June 14, 2013

Swedish Meatball Baked with Cheese.


oke malas nak cite banyak. terlampau busy dengan assignment yang tak berperikemanusiaan. so layan je Swedish Meatball Baked with Cheese. sama macam resepi sebelum ni. gaul meatball ngan gravy, letak dalam dulang, cover ngan 2 keping cheesedale, drizzle sikit sos cili n mayo n tabur sikit dry oregano (xde pon xpe). bakar hingga cheese cair. ngap la! hehe.



Swedish Meatball ala Ikea




Saturday, June 8, 2013

Ayam Ujang


Ayam Ujang ni menu favourite faa kat foodkot kat apartment faa ni ha. sedap sangat kalo makcik ni masak ayam ujang ni. pedas giler. bukan ayam je taw. bebola daging, ikan pon dia buat lauk ujang ni. memang specialty makcik ni la. set nasi ujang ni selalunya nasi putih + ayam ujang + telor = rm4. sedap.


oke bila dah nak dekat hari-hari makan, dah boleh agak la bahan dia apa. yg penting, cili api bahan utamanya. pada sape-sape yg ada masalah buasir jangan riasu..leh je guna cili besar kaler hijau tu. jangan nangis. jom faa bagi resepi yang main agak-agak ni.


AYAM UJANG

  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil. nak besar pon boleh. ikut suka. tapi kalo campak sekor tu tak proper la plak kan.
  • segenggam cili api hijau
  • 3-4 biji cili api merah (cili Vietnam)
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1/2 batang carrot - dipotong ikut suka
  • 3-4 batang kacang panjang - dipotong
  • 1-2 asam keping
  • 1 paket perencah nasi goreng cina Adabi / 1 ketul kiub ayam
  • 1 sudu sos tiram
  • garam gula secukup rasa
  • sedikit preahan limau nipis - kalau kurang masam
  • minyak untuk menumis
~blender semua cili, bawang besar dan bawang putih. panaskan minyak.
~masukkan bahan blender, serai dan asam keping. kacau-kacau hingga garing. kalau terlampau garing, masukkan sikit air. masukkan ayam dan kacau.
~bila ayam agak masak, masukkan sos tiram, perencah nasi goreng cina Adabi, carrot, kacang panjang. kacau hingga rata.
~bila dah sebati, perasakan dengan garam, gula dan kacau lagi. masukkan jus limau. biar hingga ayam masak. tutup api dan hidangkan.




Wednesday, June 5, 2013

Caramel Sticky Sweety Crunchy Golden Popcorn. Again!


Ya Allah! serius cakap, heaven sangat kalau buat popcorn sendiri. senang n sangat puas hati okeh sebab caramel salut semua jagung. haa ayat. hehe. tak de can nak jumpa popcorn putih. rasa pon lagi rangup sebab gula bertambah kan. resepi cam biasa amek dari otai, CikMatGebu. click (#_#). maaf CMG faa lebihkan gula untuk caramel. hehe. lantak laa kencing manis ke, hape ke, bukan makan hari2 kan? hoho.



faa dah buat dah dulu popcorn ni, memuaskan tapi still tak mencapai kehendak piawai nafsu serakah yg nak lagi golden warnanya. click *_*. so yang ni baru laa berpuas hati. cadangnya buat banyak, gandakan resepi sebab nak simpan dalam tupperware n makan time layan movie sengsorang tengah2 malam, tapi tak dan movie, takdan tengah malam, dah licin. huhu. takpe. tu yg membuatkan faa rasa lagi double puas hati.



HOMEMADE CARAMEL POPCORN

Bahan popcorn :
  • 1/3 cwn jagung popcorn / jagung kering
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
~ dalam kuali besar, panaskan minyak dengan api sederhana, masukkan mentega. kacau hingga mentega cair.
~masukkan sebiji jagung kering. bila jagung tu dah kembang, masukkan semua jagung dan kacau rata cepat-cepat. cepat-cepat tutup kuali dengan tutup pengukus yang besar.
~goncang perlahan kuali (tapi jangan bukak penutup!!! AMARAN!!) anda akan dengar bunyi letup-letup dan sambil tu goncang lagi kuali perlahan-lahan (tanpa dibuka sedikit pon penutup!)
~biar hingga bunyi letup tu hilang, means senyap.
~masukkan popcorn dalam bekas lain. lap sikit kuali dengan tisu dapur. gunakan kuali yang sama untuk buat caramel.


Bahan caramel :
  • 1 cwn gula - faa lebihkan.
  • 2 sudu besar mentega
~masukkan gula dalam kuali. dengan api perlahan, biar gula hingga cair dan perang sedikit. jangan hangus!
~masukkan mentega dan kacau hingga warna perang agak pekat.
~masukkan popcorn dan kacau hingga caramel salut semua popcorn tu dengan rata. guna api perlahan.
~bila dah rata, masukka popcorn dalam loyang dan biarkan sejuk. bila dah sejuk, leraikan dan masukkan dalam bekas kedap udara! makanlah bial tengah layan movie! syiokk oo.






Tuesday, June 4, 2013

Ayam Panggang ala Kenny Rogers


Apa khabar semua? sihat? mesti ada yg baru lepas balik bercuti bersama family or bakal pergi bercuti sempena cuti sekolah ni kan? faa pon baru lepas balik dari cuti seminggu. best sangat cuti kali ni sebab semua adik-beradik faa ada balik rumah and its complete! kami bercuti ke mana? just pergi bercuti ke Kuala Terengganu tu pun 2 hari je sebab abah n ummi tak cuti. just g sabtu ahad je. but its really really really a wonderful holiday!


bila dah semua ada kat rumah, macam-macam laa kita masak kan. part ni laa yg paling heaven sekali. masak laa apa je gerenti licin! lagi-lagi adik2 faa. hantu dengan ayam. nak dekat hari-hari makan lauk ayam. boleh dikatakan sekor laa sehari. dasyat kan? hiuhiu. tu pon berebut lagi tu. hahaha. bukanlah bergaduh beria..hanya memeriahkan suasana. hoho.


so hari tu macam teringin nak makan ayam saja. faa pon cakap laa ngan abah. (dengan harapan abah nak belanja KFC). last2 abah beli 2 ekor ayam, sekor belah 4 and abah soh masak macam kenny rogers. tu diaaaaaa! apa lagi, terus r google resepi! resepi yang berkenan di hati, of course laa dari my master sifu, Kak Amie kan. memang superb rasa ayam resepi Kak Amie ni. berbaloi. thanks Kak Amie. Jom click kat sini, untuk sama-sama drooling tengok kesedapan Ayam Panggang ala Kenny Rogers Kak Amie. izinkan faa share resepi kat sini ye kak.

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) - Faa guna 2 ekor so faa gandakan resepi
  • Bahan-bahan untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

**bahan perapan yang berlebih tu, faa campur dengan sedikit air n sedikit air tepung jagung then masak hingga pekat untuk jadikan sos untuk ayam n mashed potato.



MASHED POTATO

  • 6-7 biji kentang - kupas kulit
  • 2 cwn susu
  • 1 sudu butter
  • sedikit garam 
  • sedikit mixed herbs
  • air untuk merebus
~rebus kentang dalam rice coker hingga separuh masak. buang airnya.
~masukkan susu dan rebus lagi hingga kentang betul2 empuk. kacau sekali sekala supaya tak hangus. biar sampai susu agak kering.
~masukkan butter dan terus lenyek. perasakan dengan garam n mixed herbs.



SIMPLE COLESLAW

  • 1/2 biji kobis sederhana besar
  • 1 batang carrot
  • 3-4 sudu besar mayonese
  • 2-3 sudu susu pekat manis
  • 2-3 sudu susu segar/susu cair
  • 1 sudu perahan jus lemon/limau nipis/limau kasturi
~parut halus kobis n carrot. gaul semua bahan. kalu kurang masin, tambah garam. kalau kurang manis tambah susu pekat n kalau kurang masam, tambah mayonese or jus lemon. huhu. sejukkan.


-puas hati!!-

Saturday, June 1, 2013

Ddeokbokki again. the simplest one.


minat runningman? or cite korea? kalo minat, mesti kenal ngan ddeokbokki ni kan? haaaa. faa pernah buat dah sebelum ni. jom tengok kat sini. alaa..rice cake yg dimasak dengan sos dia tu. tau x? tau x? hurmm..kalo tak kenal jugak, mintak bantuan incik google. heee.


oke, buat masa ni, dah 2 kali faa buat, adik-adik faa suka n boleh laa diterima anak tekak. tapi bagi adik faa no 2 ni, (peminat tegar kipas-susah-mati kpop) tekstur rice cake faa agak keras. ye laa. faa ni tak pernah hayat pon rasa rice cake sebenar, faa dah buat ujikaji bagai so resepi yang menggunakan tepung pulut je berjaya menawan kalbu. kalo diikutkan dia guna tepung beras tapi tak menjadi. faa dah try. maybe beras kita n beras korea lain kot. tak pe laa. buat asal nampak lebih kurang kan n rasa dia boleh ngam ngan perot, sudah. janji halal. heuheu. jom la tengok resepi yg simple sangat-sangat ni.


DDEOKBOKKI

-RICE CAKE-
  • 2 cwn tepung pulut
  • secubit garam
  • secubit kapur - optional
  • air - isi sikit2 sampai jadi doh. macam nak buat doh kuih melaka.
  • air untuk merebus.
  • air ais untuk merendam rice cake.
~isi air dalam periuk dan biar hingga mendidih.
~masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali air. kacau rata.
~masukkan air sedikit demi sedikit dan diuli hingga menjadi doh yg tak lembik. jika lembik, tambah sedikit tepung pulut.
~gentel panjang-panjang dan potong menggunakan pisau sepanjang jari telunjuk dan terus dimasukkan dalam air yg meggelegak.
~biar hingga timbul. angkat dan masukkan kedalam air ais. buat hingga habis.


-KUAH-
  • 2 ulas bawang putih
  • 4-5 biji cili api - ikut suka
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1 ketul ayam goreng/direbus (dicarikkan isinya)
  • cili sos - ikut citarasa nak banyak mana
  • 1-2 sudu sos tiram 
  • 1 paket perencah maggi kari - optional. kalau takde, isi serbuk perasa/sedikit kiub ayam
  • air - ikut nak kuah banyak mana. tapi jangan banyak sangat.
  • 1 sudu tepung jagung + sedikit air (larutkan)
  • 1-2 titik pewarna merah.
~cincang halus bawang putih dan cili api. panaskan minyak.
~tumis bahan cincang hingga naik bau. masukkan ayam. kacau rata dan masukkan air.
~masukkan serbuk perasa, sos cili, sos tiram dan kacau hingga mendidih.
~masukkan rice cake dan air tepung jagung. kacau dan masak hingga kuah menjadi pekat. masukkan pewarna merah dan kacau rata.
~bila kuah dah pekat, rasa dah elok, tutup api dan makan!


-haa kau! hidang pon nak ala korea. uhuhuhuk-