Monday, October 26, 2009

UKHUWWAH FILLAH



ketika mula bertemu
terasa bagai telah lama bersua
kau sambut hulur tanganku
bertegur sapa penuh mesra


masa terus berlalu
dan kita tetap seiringan berjalan
menempuh onak liku
lalui semua suka dan duka bersama


biarlah apapun rahsia
dan kelemahanmu
tetap engkau temanku


riangnya saat kita ketawa
asyik senda dan bercerita
walau sesekali pandangan kita berbeza
angannya tetap serupa
adakalanya kita juga saling terluka
namun diakhirnya kita tetap bersama


dan kini dipisahkan dua benua
saling mengejar cita
tak pernah kulupakan
detik yang indah bersamamu
TEMANKU...

Sunday, October 18, 2009

Untukmu....

Perlukah aku berjumpanya lagi setelah bertahun-tahun kami berpisah? Apa aku rasa? Tipu jika aku katakan hatiku tak terdetik langsung melihatnya. Hatiku tetap bergetar hebat. Lemah segala sendi aku bila aku menatap wajahnya.
Buat insan yang pernah hadir dalam hidupku..ketahuilah hatiku kini bukan lagi untukmu..
Buat insan yang aku cinta, ketahuilah..hatiku tak pernah berubah dan tetap tegar mencintaimu.. ingatlah..cinta kita bersatu di dalam setiap doa kita..hanya masa akan menentukan bila kita akan disatukan dalam ikatan pernikahan..insyaALLAH..redha ALLAH sentiasa bersama kita..AMIN…


Cerita Raya 2

Pagi-pagi lagi Mimi kejutkan aku. Aku bangun dan bersiap. Alangkah terkejutnya aku bila melihat tiada sarapan. Memang aku kecewa sangat. Bila aku Tanya Ma aku kenapa tiada sarapan, dengan mudahnya dia menjawab, pergi beraya. Aku memang agak marah. Aku terus bersiap dan mengajak adik-adikku pergi beraya ke rumah kawa-kawanku. Setelah hamper 30minit mencari rumah Sue, akhirnya sampai juga.
Free je aku kena marah.Sorry ya Sue, aku ni memang fail la bab-bab jalan ni. Munirah pula sampai rumah Sue dalam masa aku makan. Apalagi, kami bersembang sakan la. Banyak cerita yang kami bualkan dari zaman sekolah sampailah kehidupan kami sekarang. Munirah ajak aku ke rumah Tajul atau Joe. Aku segan pada mulanya tapi aku gagahkan juga sebab dah lama sangat tak jumap Joe. Joe, sahabat yang aku kenal kat Tusyen Yakin masa Tingkatan Empat. Joe dan Nasrullah, kawan baik merangkap kawan- kawan lelaki yang aku ada. Dengan mereka, aku bebas menjadi diri aku. Toada istilah control cun ke ayu ke what so ever.. Aku gembira menjadi kawan mereka.
Memang perutku dah kenyang sangat. Mimi pula ajak aku ke rumah kawannya. Unfair la kan asyik aku je yang nak berjalan ke rumah kawan-kawanku. So, kami berjelajah pula ke rumah kawan-kawannya. Mula-mula ke rumah Akif. Dari rumah Akif, kami berkonvoi ke rumah Amaliyana. Memandangkan hari dah lewat petang, kami terpaksa balik sebab waktu malamnya kami kena pergi open house ke rumah Mummy. Kami pulang dulu ke rumah untuk mandi dan bersiap. Setelah itu, kami terus ke rumah Mummy. Dalam perjalanannya, kami singgah ke rumah Akif untuk menghantarnya.
Sampai je rumah Mummy, tinggal kami je. Kami terus makan sambil Mummy melayan kami. Buat pertama kalinya, aku rasa selesa berada di rumah Mmmy. Abah aku call, mengajak kami ke rumah Cik Yah(kakak abah ke-5). Kami berkonvoi ke rumah Cik Yah.
Dan kami pulang ke rumah untuk tidur..zzzzz…

Cerita Raya 1

Raya tahun ini kurang meriahnya berbanding tahun-tahun yang lepas. Aku pun kurang pasti kenapa. Tapi yang pastinya aku tak gembira walaupun aku kira raya tahun ini aku bergaya dengan pakaian yang paling mahal (dalam sejarah baju raya yang aku ada), kasut pun agak mahal..boleh dikatakan semuanya mahallah. Tapi ke ‘mahal’an pakaianku belum dapat mengurangkan resah hati aku di hari raya ini.

Tahun ini juga aku tak berpeluang untuk solah hari raya. Awal-awal pagi kira-kira pukul 4 pagi, adikku sampai dan menjadi tugasku untuk menjemputnya di Wakaf Che Yeh. Saja aku suruh dia turun di situ memandangkan aku belum lagi beli keronsang dan niatku untuk membelinya di pasar itu memandangkan harga barang-barang di situ yang murah-murah.

Pulangnya di rumah, aku tak mengantuk dan aku terus menggosok pakaianku sementara masuk waktu Subuh. Selesai sahaja aku solat Subuh, aku berbaring sekejap sementara pagi untukku bersiap untuk solat raya. Memang aku terlena sehinggalah aku sedar dah dekat pukul 10 pagi.. Lantas aku mandi dan bersiap. Dalam aku mengemas rumah, ma, abah dan adik-adik aku, Fiza dan Shahmi pulang dari solat hari raya. Mereka semua kekenyangan. Tinggallah aku dan adik aku Mimi yang baru bangun tidur dan semestinya kelaparan.

Kami pergi beraya ke rumah jiran kami yang pertama, iaitu rumah Tuan Rumah tempat keluargaku menyewa. Kiranya rumah wajib yang tak pernah “miss” tiap-tiap kali raya. Jelas kesunyian begitu terasa disebabkan pemergian Ayah Tok (panggilan untuk tuan rumah) dan kepulangan Chek(isterinya) ke Jitra, Kedah. Selesai menjamu selera, kami terus ke rumah yang kedua iaitu jiran di sebelah kanan. Antara rumah yang wajib kami kunjungi.

Kira-kira dalam pukul 11.30 pagi, kami berangkat ke kampong ma aku di Kg. Kebakat, Wakaf Bharu. Aku, Mimi dan Fiza naik kereta Iswara manakala Ma, Abah dan Shahmi menaiki kereta Citra abahku. Kiranya raya kali ini abah aku beri lessen besar untuk kami pergi beraya ke mana sahaja yang kami mahu.

Sampai sahaja di rumah nenekku, semuanya sedang bersedia untuk ke rumah moyangku yang tak berapa jauh dari rumah nenek. Kami sempat naik ke rumah dan bersalaman dengan nenek serta saudara-mara yang ada. Kami terus menuju ke rumah moyangku. Agak lama kami di sana. Selesai sahaja solat Zohor, aku mula berasa bosan. Aku lihat Mimi lena di depan TV. Aku pun tumpang sekaki. Baru sahaja aku nak lelapkan mata, Mimi dah terjaga dan mengajakku pergi beraya ke rumah kawannya. Aku pun bangun bersiap.

Alangkah kecewanya Mimi bila panggilannya tak berjawab. Kami terus buat keputusan untuk pergi beraya ke rumah saudara-mara kami bermula ke rumah Cik Ngah(kakak abah ke-3) di Machang. Sampai ke rumah Cik Ngah, ku lihat Mummy dan keluarganya ada sama. Sampai ke petang aku duduk sana menanti kedatangan Ma dan Abahku. Kami ambil keputusan untuk balik rumah dan di perjalanan balik, kami singgah rumah Mek(kakak ke-4 abah aku) dan Mama (kakak sulung abah aku). Di rumah mereka pun aku menunggu Ma dan Abah. Akhirnya, kami balik.

Itu Hari Raya Pertama ku..