WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Friday, September 19, 2014

SI kaCAK mENDAPAT paNGkaT..


salam semua..
telah lama peja tidak menulis kerana sibuk menguruskan perniagaan yang sedang berkembang..
walaupun begitu, hobi terhadap ayam tidak pernah dilupakan..
setiap bulan produk yang pelik telah berjaya dihasilkan walaupun ayam peja berada dalam reban yang sempit..

oleh sebab si pembaka tua telah mati dibaham musang, maka tugas meneruskan kesinambungan telah disambung oleh si ara ini..
anak2 nya bakal mengancam sebentar sahaja lagi..

Saturday, August 23, 2014

JERIH PERIH YANG BERHASIL..

Assalam..lamanya tak update blog yang disayang ini...

bukan apa..sibuk menolong kawan -kawan seperjuangan yang mengalami masalah hutang keliling pinggang dan komitmen pinjaman yang tinggi..

tapi malam tadi ada kesempatan sedikit untuk membelek album lama, rupanya terlihat kembali barang pusaka yang telah lama dicari..

huhu.. so, terus la upload..video ini telah membuktikan bahawa hobi peja selama ini yang dipandang serong oleh keluarga rupanya bermanfaat bagi manusia sejagat..

so, mana2 baka yang masih ada terus peja simpan untuk dimuat naik pada hujung tahun ini,..

 http://www.youtube.com/watch?v=G3u5CJfRIWY&feature=youtu.be

bela ayam pun boleh masuk tv ape...

Monday, May 26, 2014

CUTI SEKolAH DAh TiBA !!!

 assalamualaikum..

cuti sekolah telah tiba..

ini merupakan waktu yang ditunggu2 untuk membuat penyelenggaraan dan pembiakan terancang bagi penghasilan produk baru untuk penggal kedua..

untuk pengetahuan semua..

sesi khidmat nasihat dan grooming percuma hanya akan dilakukan setelah adanya temujanji yang dibuat awal sehari..

sebab kalau malam peja nak kena jaga projek di sekitar kelantan dan terengganu..



Thursday, May 8, 2014

KAMPUNG BUKAN SEBARANG KAMPUNG.INI PAMA STYLE..

 SALAM SEMUA..
setelah 8 tahun peja menunggu saat ini akhirnya ada juga yang keluar semula macam 8 tahun lepas..
pama ecer..
mainan peja takleh agak tapi batang kaki memang rotan..
ini gambar selepas mandi..balung besar tu mudah gu nak pegang.. kesian la die nanti..

Monday, May 5, 2014

WARRIOR PENJAGA REBAN..IJAU KAMBU

 SALAM SEMUA..
lama dah tak lepas si hijau ini..kebarangkalian untuk menjadi seperti atuknya sangat tinggi..
ayam ini bermain ala gusi tetapi ada unsur pakoi.
 peja tiada reban yang sesuai lagi sebab lagi mudah letak dalam serkap supaya kita mudah nak gosok..
sekarang sedang masuk isi..saje buat penghias reban dan tugu..
 sekuarang-kurangnya orang yang datang tengok tahu produk yang ada kat rumah peja boleh dibanggakan..takde la mengabiskan jagung ajer..
erkk..sejuknyaa..

Friday, May 2, 2014

HASIL EKSPERIMEN BULAN 3

SALAM SEMUA..

kombinasi darah terengganu kelantan secara silang dan galur murni..

menjadikan produk baru induk lebih kecil di samping aksesori yang padan dengan ayam..

best3,..kesabaran yang berbaloi..

tak payah nak takut dengan baka lain dah sebab formula ada di reban sendiri..

JUZ DO IT..SILANG X GALUR MURNI X SILANG

Wednesday, April 30, 2014

PRODUK BULAN 4..

 salam semua..

semoga kengkawan tidak memarahi peja di atas kesilapan peja tidak mengupdate blog peja yang tidak seadanya ini..

huhu..sebenarnya nak update blog ini kena ada pendorong agar isu yang dikeluarkan tidak menyinggung emsi orang lain..

si ara ini merupakan hasil sulaman benih lama dan baru..sebab itulah bulunya basah dan gayanya tidak jengkel..

sayangnya ayam ini ayah peja dah letak dengan induk..sayang betul..kalau ikutkan peja elok letak bersendirian sebab boleh diketengahkan..

jadi..

JANGAN CEPAT BUANG BAKA LAMA AYAM ANDA..

Monday, April 28, 2014

SI ECER PAMA..3 TAHUN BAR


Taip di sini untuk bahagian paparan ringkas.
Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA SELESAI JUGA TUGASAN,.

assalam semua..
huhuhu..penatnya..baru siap tugasan sekolah..
internet memang menjadi pengahalang..dah keras keyboard sebab lama tak menaip..

minggu lepas peja balik kampung..penat berbaloi sebab hasil eksperimen awal tahun dah membuahkan hasil..produknya ngam ngam soii...

hujung tahun ini peja ingat akan mengeluarkan produk yang  berona ranggi plakk..tengok induk ni..kemungkinan anak yang keluar akan berwarna kembang lilin..kuning air dan karah..

walaupun demikian, sekadar warna je menggiurkan tak guna kalau tidak tahan di arena..

jadi sebagai breeder, kita perlu peka dan tidak mengambil sambil lewa hal ini..

FOKUS DALAM MENGHASILKAN PRODUK BERTARAF ANTARABANGSA..!!

Wednesday, March 5, 2014

SikaP orang KITa.. REnungKAnLah..


salam semua..
sori sangat sebab minggu ini busy sikit dengan sukan dan olahraga.
mungkin kengkawan dah hebat sekarang sebab banyak berguru dengan sifu yang handal..
generasi baru pun dah cukup mantap bagi menyambung kesinambungan hobi warisan ini.

peja tengok dah cerita 'LAGA" tapi tak habis..

dalam cerita ini ditunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap sifu atau otai dalam seni ini..

peja memandang dari sudut yang sangat positif di mana kita memang kena hormat orang yang lebih hebat dan menyokong kumpulan yang kita sertai..baru nampak kuat dan hebat..

bagi yang berjiwa peniaga, tidak perlu kejar untung semata-mata sebab ada seorang pelanggan dari bangsa lain yang mengadu dengan peja bahawa dia paling banyak ditipu  oleh bangsa peja,.

sampai dia serik nak beli dengan bangsa peja,.,.ini bukan racist beb..peja kadang2 terfikir, kenapa bangsa peja yang majoriti beragama islam sanggup buat benda bodoh gini..kalau tak tipu tak boleh ke..tak kaya ke kalau tak tipu..

peja cuma mampu nasihatkan member peja tuu..bro datang tengok sendiri kat reban peja..if berkenan peja bagi free je sebagai menebus kerugian broo sebelum ini..

peja tak kisah dia nak tipu atau tidak sebab peja dah jumpa peluang yang lagi best dari bela ayam..dan sekarang ayam peja dah boleh bekerja untuk menampung perbelanjaan mereka yang sebanyak 130 ekor..

jadi selepas ini, kalau boleh tak payah la nak menipu sangat kalau setakat nak untung seratus dua..

PEJA CUMA CAKAP..KALAU AYAM SAYA TAK ELOK,.. KENAPA AWAK DATANG NAK BELI YANG LAIN KAN??? SIAP NAK BELI INDUK LAGI..TAK PAYAH NAK KUTUK KALAU TAK MAMPU BEB.. KALAU KALAH BUAT CARA KALAH..HUHU..

Tuesday, February 18, 2014

stok anak ayam serama peja


salam semua
sori sangat sebab peja tidak sempat untuk update blog hebat ini,...peja banyak buat kelas tuisyen untuk penternak generasi baru..
jadi malam je peja keluar lepak dengan kengkawan..

kalau tidak pun peja lepak  dengan member bisnes.. tetapi ayam di kampung tetap membiak dengan hebat..syukur rezeki 2014..

buat masa ini anak ayam serama sangat terhad..
sebab tu peja kene mempelbagaikan variasi pejantan agar tidak berlaku resesif...

kita tidak perlu tamak sebab pejantan juga perlu dikurung berasingan dan diberi vitamin secukupnya agar pejantan ini dapat dipulihkan tenaga sebelum dilepaskan dengan induk matang yang sedang galak..

kalao anak muda jantan peja biarkan matang dulu sebelum dibuat pembaka..
 

Tuesday, January 28, 2014

ibu tedung



salam semua..
minggu ni peja balik..peja agak busy bulan nie..
masa banyak tapi tu laa..
baru setup bisnes baru..
hahaha

ini dah ok sikit..gambar pon senget sebb tak leh upload tegak..ibu produk  reban sendiri..
jemput datang masa raya cina nie ekk..

tapi kene hello dulu takut peja takder..wassap jer

Tuesday, January 7, 2014

pasangan 2014..kelabu Pakoi dan ibu kaki

salam..
peja busy sikit..maklumlah..tahun baru kann,,
bisnes baru nak running..
jadi peja terpaksa bahagi masa betul2..

tapi untuk ayam takde hal punya,,
ini dia pasangan yang bakal menggegar arena tanah air..
pakoi kelabu dikahwinkan dengan ibu pama siam pure batang kaki..
memang terbaik walaupun ciri kelabu yang agak kekampungan..
ekornya seleret seperti ayam ujung akan melemaskan lawan..

sekarang si ibu coklat terang ini sedang mengeramkan anak si kelabu..

jangan marah peja kalo tak dapat sebab si kelabu ini telah dilamar org sejak remaja lagi..

gaya mainan yang memang bersungguh menyebabkan pama lau dan gostan yang cuai tidak berani menghadapinya..