WELCOME 2 EXOTIC BANTAMS BREEDER DOT BLOGSPOT!

ProDUk REbaN saya..

bagi ayam siam, setakat ini saya telah membiakkan baka ayam siam yang memenuhi ciri yang saya kehendaki..oleh itu, baka yang ada adalah bangkok,mathai,pattani,dan ganu asal..namun begitu, banyak hibrid telah dihasilkan untuk memenuhi perkembangan kualiti ayam laga..

bagi ayam serama yang kecil molek, saya berusaha untuk menghasilkan bukan sahaja ayam yang boleh dijadikan ayam tanding malah berusaha untuk menghasilkan baka yang kuat daya tahan terhadap sindrom ayam cacat @lari chasis..baka asal seperti limbat, tok uban dan juga hussin kijang telah dicrossbreed secara teratur dalam menghasilkan baka ayam yang bermutu..

PEJA MEMPUNYAI KEPAKARAN UNTUK MENGEMBALIKAN KECANTIKAN AYAM ANDA. KHIDMAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN PETUA ADALAH PERCUMA..

peja - 0139429276




Sunday, February 20, 2011

SamButan MaUlidur Rasul peringkat sk keratONg 7..tengah UShar line nak menternak balik nie..

ni dah nak masuk minggu ke-3 peja menjadi pendidik di Chanis nie..3 minggu lagi cuti sekolah..leh balik jenguk anak2..tiap2 minggu leh jer balik tapi as cikgu baru letih la if balik sokmo kan..kamera plak tertinggal kat umah.kalau ada kamera leh jer peja amik gambor n masukkan lam blog nie..hope kengkawan tak marah la..
peja tengah wat baik ngan warga felda yang sememangnya baik terhadap cikgu..pihak pentadbiran ok sangat..so, peja pon rasenyer takderla tertekan sangat duk sini..juzt motor tak sampai lagi..tapi dah stat ushar2 reban orang felda sini..
kalau ada motor tetiap petang peja lepak reban diorang..pak sedara peja baru je beli sekor induk charolais..rm 2700..tambang rm 50..
tapi, peja tak tengok lagi..hahaha..ni gambor  persembahan nasyid kat sekolah peja..
peja kat sini baru jer..so, terkejut sakan la biler time maulud, golongan veteran sibuk melaram bagai untuk berarak..[ peja lak juz pakai sempoi jer..]..mano la den tahu ha kono pakai macam nak g kawin..takpe2..tahun depan ader laieee...
konvo plak bulan 3 nie..tapi satu ape pon tak tahu camner nak urusannya ..wait n see je laa..
so, sesuai dengan duk pon kat felda..peja ingat nak bawak la sepasang dua ayam serama nak bela kat apartmen peja nie..petang2 leh la suruh anak murid bagi makan..tangan dah lembut balik sebab tak pegang ayam..hahahah..ok la..nanti peja sambung balik k..kat sini line internet pon alaaalaa jer..

Wednesday, February 9, 2011

teMpaT Baru ???sesuaikan untuk jadi Penternak ayam???

salam semua..
peja sekarang berada di SK LKTP Keratong 7, Muadzam Shah..
best nyer berada di feLdA nie...berbeza dengan tempat tinggal di tepi pantai..minggu nie..baki ayam yang masih ada akan dipindahkan ke reBAN baru..
sori sebab tak dapat membalas panggilan anda kerana sekarang nie peja kembali sibuk..tapi leh jer nak datang tengok..dalam sebulan lagi ekk...tak pon time cuti sekolah panjang datang laa..

Tuesday, February 1, 2011

PEntERNak Ayam..sejauh Manakah hubungan dengan Jabatan PerkHidmatan HAiwan???

malam nie tinjau2 la reban yang telah separuh lebih kosong..ayam serama tinggal 12 ekor lagi..all booked..ayam sabung laks..tinggal 21 ekor lagi tak termasuk induk dan anak2 kecil..
terima kasih berbanyak la peja ucapka kepada sesape yang telah menolong peja menclearkan reban ne..reban pon telah dibooking orang..

alhamdullilah..peja dapat posting dengan lebih tenang..takdela homesick nanti..untuk dua bulan nie..raser cam nak stok lu penjualannyer..

tengah hari tadi..peja g la melawat jabatan perkhidmatan haiwan..juzt for say goodbye kat pegawai kat situ yang selama nie memberi tunjuk ajar kat peja dalam  merawat dan juga khidmat nasihat yang lainnya..hari nie peja berpeluang jugak berkolaborasi dengan pegawai khas veterinar yang incharge bahagian poultry nie..kira haiwan bukan ruminan la..

peja ada menyanyakan beberapa kekonfiusan berhubung dengan penyakit dan juga kawalan penyakit..so, antara soalan yang menjadi perdebatan adalah mengenai..

1- isu ubatan yang kurang cukup..ubat tak full especially untuk semua jenis penyakit yang memerlukan vaksin..seperti sampar,gumboro, dan coryza..
2- sikap pegawai jph yang tak berapa nak friendly dengan customer..
3- penggunaan ubat dari siam..
4- pemantau secara berkala oleh pihak jph..
5- permit import eksport..

dan hasilnya..panjang lebar jugak kene hujah dengan beliau..dan peja kena mengakui la..yang hebat mana pun kita,,penjagaan haiwan merupakan aspek yang perlukan konsistensi dan juga terbaik..
ni jawapan beliau ikut turutan..

1- ubat-ubatan ada tapi cara pengguna mengaplikasikan ubat kepada ternakan tidak ikut arahan..cth..vaksin tdak disimpan dalam peti sejuk..baki vaksin disimpan lama, antibiotik diberi dah macam vitamin..hari2..dan pengubatan adalah satu aspek..kawalan kebersihan adalah satu aspek..tak guna ayam kita teguk ubat hari2 kalau makan makanan bercampur dengan najis..
2- sesetengah customer datang dan terus memarahi pegawai kerana ayam mereka mati..tidak mahu mengakui kesilapan sendiri..dah tu..biler kene nasihat tak nak dengar..
3- ubat dari siam sesetemgah bagi effect masa panjang..die sedia maklum dengan ubatan sebegini..tapi nak buat camno haa..orang besut nie degil2..lalalala
4-yang nie sebab takder data..tadi pon diorang nak gedik2 nak datang ke reban peja..tak payah laa..dah takder ayam dah..,sumer dah dilelong..
5 - yang nie kene refer jph teganu..ergghhh..

kesimpulannya..hebat mane pon kiter jaga ternakan..jika Allah nak tarik sekejap nikmat yang diberi..redhakanlah..