Wednesday, December 26, 2012

boxing

even tengah penat sangat sampai macam tak larat nak bukak mate now tapi rase nak menaip sesuatu... sesuatu yang saya rasa tak salah untuk ditaipkan memandangkan beberapa hari je lagi kita semua akan meninggalkan tahun 2012 ni.

cepat sangat masa berlalu kan?

hari ni 26 disember... 
bagi sesiapa yang pernah jadi warga auckland suatu ketika dulu akan tahu hari ni hari ape.

boxing day.

iaitu hari dimana ramai manusia akan keluar shopping sebab banyak barang murah-murah and diskaun. macam year-end sale kot kalau kat malaysia ni. dan sebab jualan lepas krismas mungkin.

tapi bukan tu yang saya nak highlight kan.

saya just nak cakap, saya teringat boxing day tahun lalu yang telah saya lalui.

dan tinggalkan.

Auckland, thank you for every single thing. so much. =').
semoga pengalaman di sana buat saya membesar dengan lebih bermakna. dan bijaksana.

esok bakal tempuh hari yang panjang dan mencabar lagi. selamat malam dunia.

Sunday, December 23, 2012

status

just read le status of someone...

"Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Terimalah pasangan kita seadanya.Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai" - Aku Terima Nikahnya.
status tu just a status, saya belum berkahwen.

it just a sentence that made me think. lalu fikiran ku melayang jauh. seolah olah bawa aku dalam satu tempat dan masa yang sememangnya telah dan pernah aku lalui suatu ketika dulu.  hati kecil aku juga seolah olah berkata. minta dilayan mungkin hati itu. tapi aku buat diam. buat-buat dungu.

apakah perjalanan aku selepas ini?

aku sendiri tak tahu, tapi dalam ketidaktahuan aku itu... 
aku ajar diri menerima hakikat dan takdir.
pesan pada diri... Allah itu Maha Adil. La Tahzan.

=')

esok dah hari isnin. malam ni bermalas malasan lah sebentar selepas mengharungi hari hari yang panjang, memenatkan dan penuh ujian.

minggu baru. bersedialah tenaga. banyak skrip menanti.
banyak skrip tunggu untuk di finalize.  

Wednesday, December 19, 2012

sweet

ntah nape episod 63, 64 adam dan hawa tu sweet sangat. 
=')

ada macam something dalam episod tu buat aku rasa sesuatu.
tak tau lah perasaan apa yang patut aku letak time tu.

perasaan tu macam, kau senyum tapi sebak.

eh.

apa la aku ni.

semua orang mesti suka miracle. so do i.
aku tunggu miracle terjadi. miracle dari Dia.

Tuesday, December 18, 2012

kata

kadang-kadang aku tak sure sama ada perlu ke tidak ikut kata hati. 

lately aku rasa nak lakukan sesuatu but aku tahan untuk tak buat. tapi hari ni aku dah laksanakannya. kata hati macam makin kuat suruh suruh dan suruh. seketika, aku tarik nafas dalam dalam. aku sendiri keliru sama ada tarik nafas lega ataupun menahan sebak dalam hati. Allah saja yang tau.

dan apa pon berlaku semuanya dengan izin Allah.

seperti sesuatu yang aku rasa sekarang. takkan aku rasa macam keadaan sekarang ni kalau bukan dengan izinNya. tapi as manusia, kita kene pandai differentiate kan kata hati itu sama ada benar petunjuk dari Allah atau sebaliknya. iaitu hasutan syaitan untuk buat kita gelisah atau sedih.

aku keliru sangat. aku buntu.

aku takot sangat apa yang aku buat atas perjalanan hidup aku ni hanya bergantung pada diri aku sendiri. Tuhan, jangan biarkan aku sendiri. jangan biarkan aku bergantung nasib pada orang lain atau diri aku sendiri selain dari Engkau.

aku mohon petunjuk.

aku memilih untuk senyap hari ni. tapi lepas beberapa ketika, seseorang panggil aku dan suruh ke bawah. boleh kata beberapa ketika lepas tu ada jugak modal untuk aku senyum sikit dalam perasaan ketika ni.. walaupun masa nak turun tu aku tengah tahan sebak dalam hati. hey, got a good news kan? at least kan? senyumlah sikit... em macam aku cakap tadi, semuanya Allah yang dah atur kan? ntah lah kadang-kadang aku sendiri tertanya kenapa banyak perkara aku nak dalam hidup aku Allah tak tunaikan..susah sangat... bersangka baik lah pada Allah... jangan biarkan syaitan terus sesat kan hati tu.

lepas tu iaitu kejadian hari ni juga, aku bersemuka dengan dato'. ni first time bersemuka walaupun dah banyak kali terserempak. up and down up and down up and down, banyak jugak perkara yang dikupas. sampai rasa mengantok pon ada. aku kira adalah dalam 2 jam lebih kot. kesimpulannya, banyak jugak betulnya apa yang dato' cakap. kagum jugaklah aku sikit. tapi kehidupan mengajar aku jangan terlalu cepat percayakan orang dan terpedaya.

ntahlah.

aku masih menanti sesuatu. aku tak tau sampai bila.

Sunday, December 16, 2012

berhantu

banyak-banyak tempat aku pernah pergi, ada satu tempat yang macam berhantu je aku rasa. hehe. mane tak nya bila teringat tempat tu, serious aku boleh terus ingat banyak sangat kenangan yang melibatkan banyak manusia here and there. tak kiralah yang berada di Malaysia atau di luar Malaysia time tu.

hey,

tempat tu boleh buat aku senyum tanpa orang perlu tahu kenapa. dan tempat tu jugak boleh buat aku menangis teresak-esak jika tidak dikawal perasan. eceh.

ntahlah. banyak sangat memori.

dan tempat itu takkan ada tandingannya dengan mana-mana tempat yang lain di muka bumi ni. tempat tu ajar aku banyak sangat perkara. bagi aku banyak perkara. dan hilangkan aku banyak perkara juga. akan aku simpan elok-elok semua kenangan dan pengajaran kehidupan aku disana dalam diari hidup aku. ada masa aku akan selak dairi tu sambil merenung dinding. seolah-olah aku sedang tengok satu filem pada dinding. boleh ketawa, dan menangis sendiri. memang nampak macam aneh. tapi aku pasti ramai jugak yang buat macam tu.
tenung dinding, keluarkan isi diari hidup sendiri.

eh, panjang pulak taip. aku just nak cakap. aku rindu sama KAMU,

ye kamu, tempat bernama AUCKLAND yang berhantu. =)


tomorrow dah monday. so next journey lagi untuk dilalui. 
biar saya sibuk lagi dan lagi. saya senang begini. =)

Sunday, December 9, 2012

belum

hari-hari yang penuh penat.
dan lelah.
masih belum selesai, perlukan sikit lagi kesabaran.
you. you cannot give up easily.
and yes, you are not the one that can give up so easy. not you.
tunggu sikit lagi.
sabar sikit lagi.
even jatuh berkali- kali. kuatkan hati.

dunia tak kan biarkan kau dapat apa yang kau mahu semudah itu.
tapi kenapa mereka mudah?
sebab dunia tak sayang kan mereka...
 fikir baik-baik.
pahala semua atas usaha dan kesabaran.
bukan diukur berjaya mana nya kau, kaya mana nya kau, atau bertuah mana nya kau.

sikit je lagi.
belum masanya untuk kau give up.
dan kalau boleh jangan give up.
methods tu ada.
mesti ada.
percayalah... =)

Monday, December 3, 2012

there you go...

memang betul perjalanan kita telah ditentukan. telah ditetapkan apa yang perlu kita hadapi dan akan dapat dalam hidup ni... tapi jangan sebab tu, kita terus berserah tentang apa yang akan berlaku dalam hidup kita... kita pon dah tau dalam Al-Quran dah cakap.. "Allah tak kan mengubah nasib sesuatu kaum itu, jika mereka sendiri tidak mengubahnya..."  macam tu la lebih kurang ayatnya. macam nak makan jugak...let say Allah dah tetapkan yang kau akan dapat ayam goreng (ok ni favourite.hihi)  pada pukul 2 petang semalam contohnya. tapi pada hari dan waktu kejadian... kau dapat ayam goreng tapi kau tak berusaha untuk makan. untuk masukkan dalam mulut kau...and still, rezeki dah ade tapi tak ada usaha tak kemana jugak kan?

hari ni adalah hari yang menentukan sama ada aku berjaya atau pun tak grab peluang tu... dari semalam aku berdoa agar segalanya dipermudahkan hari ni..jika ada rezeki aku...Allah akan permudahkan..yang penting aku kene usaha dulu..letakkan sepenuh usaha.... memang dari awalnya aku tak pernah putus asa untuk kejar, dan berusaha merealisasikannya... tapi tak leh tipu jugak  hampir putus asa jugak la diakhir akhir usaha itu..huhu...

terima kasih aku ucapkan kepada:
1. along dan abang ipar aku yang membantu aku dalam perjalanan untuk rebut peluang tu.
2.  that chinese guy.
so... ape lagi? start the battle lah... hooo

Sunday, December 2, 2012

tersepit

baru lepas nangis.terlepas jugak airmata. tak boleh tahan. agak lama tak nangis kot.

baru aku faham apa perasaan 1 of my bestfriend ni yang terpaksa lepaskan peluang untuk sambung PHD sedangkan dia dah dapat offer and dapat scholarship. masa die nangis tu aku rasa aku dapat rasa ape perasaan dia, tapi hari ni aku lagi dapat faham ape yang die rase... bile kau dah dapat sesuatu peluang, tapi ade sesetengah pihak menghalang tak pon beberapa sebab yang terpaksa buat kau say no pada peluang tu.. kau tak dapat nak grab.. rasa macam sebelah kaki kau dah dekat dengan peluang yang kau nak tu..tapi sebelah kaki lagi ade orang tarik. sekat perjalanan kau.

itu lah yang aku rasa sekarang.

beberapa hari ni, banyak perkara aku consider, discuss, buat pertimbangan segala.

At last aku rasa susah jugak aku nak grab peluang tu. aku macam tak ada jalan dah nak fikir. aku dah penat fikir lately ni. akhirnya now aku menangis. itu je kudrat yang aku mampu untuk pujuk hati aku yang aku mungkin terpaksa lepaskan peluang tu. before ni aku dah tolak beberapa peluang tapi yang ni aku rasa paling buat aku sedih. ntah kenapa aku nak sangat peluang tu. aku ada agenda aku sendiri kenapa aku nak grab peluang tu. dan mungkin sebab peluang yang satu tu aku terpaksa lepaskan sampai effect banyak jugak perkara dalam perancnagan aku. yeah aku tau kita hanya merancang dan segalanya pon jua Allah yang tentukan. bukan aku tak tahu tu. tapi  banyak sangat sebab. macam aku ni tak ada peluang untuk buat keputusan. sedangkan kalau aku sedih tak ada orang pon nak tau apa yang aku hadap. tapi bila aku nak kejar apa yang aku nak... semua nak interrupt. and bila aku nampak macam berjaya, tak tipu ramai yang hepi..tapi ad the beginnig macam ni...kenapa susah nak sama-sama cari jalan dan bantu aku? aku tersepit. kadang-kadang aku rasa biarlah dari pandangan mata aku ni dorang dapat apa yang aku cakap dalam hati..."tolonglah faham saya...". semua yang aku buat ni bersebab. dan aku pasti kalau lah aku luahkan sebab tindakan aku, gerak geri aku..mesti sesetengah pihak akan fikri dua kali.. dan mungkin diorang sedar yang aku ni mampu.

aku tau akan ada manusia yang cakap "lepaskan. tak semua apa yang kita nak itu terbaik untuk kita..ada perancangan yang lebih baik disediakan olehNya...". ok betul. aku tak nafikan memang kadang-kadang perkara yang kita nak sangat tu tak semestinya yang terbaik untuk kita..tapi at least kita letak effort untuk jayakannya. betul tak? kau dah letak effort sana sini, tapi bayangkan kalau effort kau tu musnah sebab ada perkara or somebody yang datang lepas tu terus musnahkan sume effort kau dan impian kau dan perancangan kau. 

dan mungkin ada sesetengah akan cakap balik,
"tapi semua tu berlaku dengan keizinan Allah? cuba fikir positif..."

aku bukan tak nak fikir positif... aku rasa ramai jugak dah orang cakap kat aku yang aku ni antara manusia yang selalu fikri positif dan bersangka baik. sebab tu aku selalu tertipu. so aku nak cakap aku bukan tak fikir positif.... bukan.

it just.... aku letih. dan aku terpaksa akur. TERPAKSA.

perkara yang terpaksa ni sebenarnya menyakitkan.. untuk pujuk hati. aku bersendiri... dan aku tahu..kepada Allah jua aku kembali memohon petunjuk.... peluang tu macam dah kabur. aku kene lepaskan.....