Friday, December 31, 2010

for u BLOGGERS...31 december 2009...setahun yang lalu.

2009 merupakan tahun airmata aku.... wujudnya esoksemalam pon sebab apa yang berlaku sekitar 2009....1 ogos 2009 aku mula menulis diesoksemalam....dari sebuah blog peribadi dengan memegang nama penulis sebagai "kumbang" aku bergerak lalu memilih nama "lumut"....kalau boleh aku mahu jadi kuat seperti lumut dilautan..berpegang utuh pada batu-batu dan tidak tumpas apabila dipukul ombak besar....terus terang aku cakap...aku menulis diesoksemalam langsung tak terfikir akan punya readers seramai hari ini.....

"ramai gile followers kau weh!"
"best gile blog kau popular.."
"die femes kot tulis blog..."
"macam mana tulis blog bleh ada readers ramai macam tu?"

yup.itu diantara soalan yang ditanya oleh kawan-kawan disekeliling aku...tak ramai pon kawan-kawan aku yang kenal aku didunia realiti yang tau aku ada blog....tapi itulah diantara reaksi mereka yang jumpa blog aku...dan baca penulisan aku....apa yang boleh aku jawab pada mereka....aku tak pernah terfikir pon blog aku akan ada ramai yang baca...senang cerita akan jadi seperti hari  ini...sebab pada asalnya aku tulis diesoksemalam hanya "untuk diri aku"....

kalau aku discover balik pasal esoksemalam....seriously banyak gile mende berlaku dari satu entry ke satu entry...dengan entry kontroversi..dan ditambah pula kehadiran anonymous...fuuhh...itu sume kenangan kot....2009 adalah tahun blog ni dibanjiri anonymous.....oh ye semua entry 2009 dah aku pindahkan...biarlah semua komen-komen tu jadik tatapan untuk aku seorang.....dari blog ni jugak aku kenal beberapa orang blogger yang sampai satu tahap aku boleh cakap dekat mereka.."aku sayang kau.."...serious aku tak pernah terfikir akan punya kawan dari kalangan blogger sehingga aku mengalirkan airmata didepan mereka.....31 december  2009 aku kembali pulang berangkat ke negara kiwi ini setelah bercuti selama 1 bulan ditanah air.....terima kasih untuk semua blogger yang pernah mengenali diri aku...terima kasih kepada semua blogger yang mengukir kenangan terindah buat aku...terima kasih semua blogger yang mendoakan perjalanan aku....

hari ini sudah setahun berlalu dimana kalian mengucapkan selamat jalan dan all the best buat aku....dan dalam setahun itu juga terlalu banyak perkara yang berlaku...yang bujang sudah berkahwin..yang single sudah double..yang dulu sorang kini dah ada anak...yang tengah belajar dah habis belajar dan kerja...pergghh cepat gila masa berlalu dan meninggalkan kita.....all the best semua.....aku doakan perjalanan kalian dipermudahkan dan kalian capai kebahagiaan yang dimpikan.....dan terima kasih buat semua bloggers,readers dan kawan-kawan yang sudi baca blog ni dan share kata-kata anda diruangan komen..ambil yang baik,yang buruk jangan ikut....so,dibawah diantara kenangan aku bersama bloggers....banyak kot kalau nak letak semua..hee..

in memories....with blogger on 12 dec 2009...
- sajak marathon, pasar seni -

bloggers gathering on 26 dec 2009
- genting highland -

hari terakhir sebelum berangkat pulang ke Auckland on 31 dec 2009












hari ini 31 dec 2010....aku masih ingat kenangan dan kata-kata anda semua setahun yang lalu...terima kasih kawan...Thank you Allah for giving me a chance to meet them...dan sekarang masing-masing sudah punya cerita sendiri..life sendiri.....hope suatu hari nanti aku masih dapat jumpa kalian.....itu pon kalau aku masih diingati....take care friends...miss the old memories....

Wednesday, December 29, 2010

finally, it happened on 28th Dec 2010.

by saying goodbye to Auckland for just a few days,finally i did it!!!the date was on 28th Dec 2010....yeahhhh~~~lets check it out people....

ohhh ye, untuk kawan-kawan yang bertanya kemanakah aku pergi dengan mengucapkan selamat tinggal Auckland di entry lepas...jawapannya tak lain tak bukan sudah tentulah pergi berjalan-jalan...hehe....balik Malaysia??ohhh..belum lagi..nanti la dulu belum bersedia lagi nak balik Malaysia ni....huuu....em pada hari isnin bersamaan 27 dec kami seramai 8 orang telah bergerak keluar dari bandar Auckland bukan untuk menyambut merry christmas ye tapi tujuannya adalah untuk mengaplikasikan peribahasa melayu kita iaitu "jauh perjalanan luas pemandangan"...ha camtuuu....perjalanan ke Rotorua mengambil masa lebih kurang 3 jam dan kemudian diteruskan ke esokkan harinya ke Taupo dengan menambah lagi 1 jam 30 minit.... oh ye,tahukah anda....selain dari meluaskan pemandangan...trip ini juga berjaya mewujudkan "magic" iaitu mengalirkan duit seakan-akan sama seperti air....fullamak.

nak cerita the whole trip macam kene 3 episod baru abis...so aku amik main topic je la dulu iaitu....silalah rujuk gambar rajah dibawah......




aha...gambar diatas bukan percubaan untuk jadik tarzan ye...itu adalah "BUNGY JUMPING"...kira bungy ni mende paling famous lah kat new zealand ni..yelah tempat dah cantik..lepas tu negara jenis bergunung ganang plak kan...so kalau ade sesape yang nak datang sini....aku sangatlah suggest untuk buat bungy ni...Taupo salah satu tempatnya..kat Queenstown ade gak...kat Auckland Bridge...Auckland Tower...yang best nye kat Taupo ni sebab terjun kat dalam tasik....hehe....dengan ketinggian lebih kurang 47 meter....aku menguji tahap keberanian dan kekuatan mental aku sendiri....and finally....i did it....Taupo Bungy was really awesome!!!

selamat menonton VIDEO khas (video ni edit sikit..yang dekat facebook tu tak edit) dibawah ni kalau nak dengar jeritan maut silalah...kecik kan sikit volume laptop tu ..nanti ade yang hilang nikmat pendengaran secara mengejut aku tak bertanggungjawab ye..hehe.....


SO, AMACAM??ADA BERANI???

Sunday, December 26, 2010

selamat tinggal auckland.

diiringi alunan lagu "fields of hope". 
rasanya bukan rindu...tapi teringat...lalu aku sertakan kamu dalam doa....

sejauh jauh kita...kita tetap berlindung bawah langit yang satu..membuatkan aku dekat dengan hati-hati para kamu...doa kamu buat aku...doa aku buat kamu..jadi pengikat penyambung nadi juga semangat kehidupan manusia iaitu kita......

berlari terlalu jauh nya aku...mahu menjauh dan dijauhkan dari sesuatu yang sebenarnya teramat dekat pada hati aku...ditolak-ditolaknya sesuatu itu iaitu "kamu" namun masih dekat tidak berganjak dari pemikiran aku.....datangnya senyuman dan kata-kata itu membuatkan aku gigih menolak untuk terus dijauhkan dari aku namun terasa sukar...sesak melawan suara sendiri...payah itu amat terasa apabila aku menolak pengharapan yang sebenar-benarnya aku mahu.....tersangat mahu....

selamat tinggal auckland.

Tuhan pegang perjalanan aku...Tuhan pegang doa aku....
(aku mengaku aku masih punya rindu,ini bukan teringat...ini RINDU)

Friday, December 24, 2010

i'm not push him away, i'm just BACK OFF.

aku marah diri aku.aku benci ape yang aku buat ni...hari tu aku berjanji dengan ketua mafia akan stay kawan together..."jangan pergi mane-mane....kita kawan ok"....itu janji kami....tapi bagi diri aku sendiri....aku susah sangat nak treat dia sebagai kawan yang sebenar-benar kawan dan put myself sebelah die juga sebagai kawan....susah...ini first time berlaku dalam diri aku yang aku tak boleh nak treat lelaki sebagai kawan yang memang kawan..selalu boleh je sebab aku memang bukan jenis senang nak jatuh cinta...damn..ini bukan setakat suka...aku rasa aku dah jatuh cinta dekat ketua mafia tu (macam memalukan je kan tulis kat sini?)...tak boleh.aku kene treat die sebagai kawan jugak.....sebagai kawan aku tak patot mudah terasa hati dengan ketua mafia, sebagai kawan aku tak boleh nak biarkan hati aku sensitive sangat...ketua mafia tu bukan pakwe kau....kau jangan  nak perasan boleh??..ketua mafia tu bukan anggap kau sape-sape yang special pon..so kau tak boleh nak terasa hati dengan dia..kau tak boleh nak merajuk dengan dia....nak kene lempang ke??ape kau ingat kau merajuk ketua mafia tu nak pujuk kau lah???boleh blah la weh......(aku monolog sendiri dengan diri aku).

"minggu depan kita jumpa lagi ok...sabtu atau ahad la kay...",pesan ketua mafia ahad lepas sebelum memutuskan talian...
"tengoklah...kalau panjang umur jumpe lagi..hehe",aku membalas.
"tak de....jumpe minggu depan...mesti ada",kata ketua mafia lagi.
"em...tengoklah..kalau...",belum sempat aku nak habiskan ayat..dia dah potong cakap aku....
"dah tak de....ada punya..jumpa lagi....".
"emmm tengoklah....kalau....",terus ketua mafia putuskan talian.belum sempat aku nak habis cakap.ciss.

in other way, sebenarnya lepas putuskan talian tu aku tersenyum je...haha....(ok meh lempang diri sendiri).so, menjelang weekend, aku ade je terfikir...sampai bila sume ni......aku terfikir tentang perbualan aku dengan ketua mafia tu....

"kamu suke ANN lagi???",tanya aku...ANN (bukan nama sebenar) ni gadis yang aku penah cerita before ni.
"em..suke lagi..sikit....tapi dia suruh tunggu lagi 4,5 tahun....saya pon tak nak fikir dah...tengoklah nanti lagi 4,5 tahun nanti...kamu nak tunggu saya tak???",dia plak tanya aku.
"em,ntah lah....kamu, saya nak cakap something ni kamu dengar baik-baik ok....em,ANN suruh kamu tunggu dia lagi 4,5 tahun...dan kamu mungkin tunggu dia...dan kalau lah kamu suruh saya tunggu kamu..dan saya tunggu...then sampai lagi 4 tahun nanti  ANN accept kamu....mesti kamu happy..tapi kamu tak rasa ke kamu berlaku kejam terhadap saya time tu??".

ketua mafia senyap.aku pon senyap.lepas tu aku ubah topik.

aku tak suka dimana aku akan mengira hari untuk tiba waktu weekend..aku marah je diri aku sendiri yang aku tak boleh macam tu...aku tak boleh meletakkan harapan sangat....bla bla bla aku sedar kan diri aku...siapalah aku ni nak dibandingkan dengan ANN..dan ketua mafia tu plak sape...aku selalu sedarkan diri aku...buatkan sikit-sikit aku akan cuba untuk undur diri...dan buang perasaan tu....hmmmm....tapi malam tadi tetibe aku tegur ketua mafia....tetibe macam tergerak...

"kamu sori..",ketua mafia mintak maaf.
"sori kenapa plak ni??"
"em, kita tak dapat jumpe weekend ni..saya tak ada esok,sabtu dan ahad...keluar pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan....",
"oh???ok..."
"sori...jangan merajuk..."
"tak...saya tak merajuk...cuma, kalau saya tak tegur kamu tadi maknanya saya tak tau lah yang kamu tak ada weekend ni then saya akan tunggu kamu...so..ok lah.....take care have fun".

aku rasa aku gile..sebab apehal lak aku nak sensitive dengan die??hoi die tu kawan kau je tahu...KAWAN...aku tak suke bila aku macam tertanya sengsorang kalau aku tak tegur tadi so memang aku takkan tau yang die tak de.so aku akan tunggu macam orang bodoh....aku  cam terpikir susah sangat ke drop message kat facebook....so time tu aku rasa aku dah fikir banyak... so aku tak suke keadaan aku malam tadi...hahahaha.....lepas dari tu...aku fikir balik..aku rasa cam aku tak boleh macam ni....dan aku tak patot macam ni...... aku akan sedih nanti....sekarang pon dah sedih kan??hahaha....

ok lah.....sebenarnya aku rasa aku kene undur diri.....but then...aku harap sangat ketua mafia tak salah faham...aku bukan marah dia,...aku bukan benci die ke ape....and "i'm not push him away, i'm just back off"....undur diri dan jauhkan perasaan suka aku ni kat dia...sebab aku nak biarkan perasaan ni pudar sikit demi sikit..then aku boleh betul-betul accept die sebagai kawan aku.....aku akan menjauhkan diri sikit-sikit dari die...aku mintak maaf sangat-sangat...sebab aku rasa aku salah..aku dah janji ngan ketua mafia nak jadik kawan dia sampai bile-bile...akan ade dengan dia kalau dia perlukan aku....tapi lepas tu aku hilang kan diri.....aku cuma tak nak biarkan perasaan ni cam keep growing...sebab nanti at the end aku tahu aku akan sedih.....

aku cuma nak back off........

ketua mafia, ye aku sayang kamu...tapi biarlah aku stop kan sume ni sikit demi sikit..aku tak nak nanti aku sedih lagi....kau jaga diri ok.....suatu hari kalau ditakdirkan kita jumpe lagi dekat mane-mane.....aku mesti akan tegur kau punya...aku nak jerit dari jauh..."ketua mafia!!!!".....hehe...and hope time tu kau kenal aku lagi.....so from now on....aku tak nak kacau kau lagi....sebab kau ketua mafia hebat.......kau terlalu hebat dimata aku....dan aku tak setanding kau...tak setanding ANN gadis idaman kau tu...lagi-lagi aku bukan jenis mengamalkan prisip "best woman win" ke ape...sebab aku memang tak ada apa pon...so, take care ketua mafia...

back off fika.back off.

Wednesday, December 22, 2010

ENTRY KHAS: percubaan tergempar.

malam tadi member aku name die naima (bukan nama penuh..haha)....before tu ingat tak entry pasal "ayam cantik" tu??..haaa ayam tu la ajak aku belajar main lagu hepi besday malam tadi.....oh lupe nak cakap semalam besday kawan kitorang bakhit...bakhit ni da balik malaysia seperti yang aku dah ceritakan dalam entry before ni...memula naim ajak kitorang nyanyi ramai-ramai die nak call mamat tu la...but then aku rasa itu cam biasa sangat....buatlah mende yang lain sikit...baru best....

so aku pon bagi lah cadangan kat die untuk main gitar lagu hepi besday....kitorang ni beginner je baru dalam arena peng"gitar"-an ni...tapi tak sedar diri memasing budget power lah...mane tak nya semalam ikut waktu auckland dalam area pukul 10 malam kot (malaysia  kul 5 pm) baru nak start main lagu hepi besday ni....tenaga pengajarnya dah tentu lah tak lain tak bukan "proffesor youtube"...haaaa punye lah semangat kan...naik kebas lah jugak jari ni dok pressure nak habiskan belajar main lagu tuh...but then at the end....tengok dan dengar je la video tak seberapa ni.....by the way...boleh lah korang pegi singgah blog si ayam cantik tu......die baru nak active-active tulis blog ni....so kat blog dia pon ade gak die buat video "khas" untuk si bakhit...kononnya laaahhhhh..haha...tak nak kalah minah tu nak main gitar pastu buat single video.....layan kan je la...so ni lah video nye selepas berhempas pulas dalam lebih kurang 2 jam.....


oraite...feel free la untuk kutuk-mengutuk...tak de hal punye..hehe...nak suruh post lagi video main gitar??tak dapatlah...mahal kot takkan sesenang nak letak sini kan...haha...tak tak sebenarnya aku pemalu......ok dah cukuplah merapu setakat ini.

Tuesday, December 21, 2010

kemunculannya mengelirukan sesetengah pihak.

lately ramai plak tanya kan nape bile nama blog esoksemalam update dekat bloglist diorang..then diorang klik blog tu tapi keluar blog lain...mungkin tak semua mengalami pengalaman ngeri ni..certain reader je kot...haaaa...tu yang kita nak ajak uncle seekers cek tu...blog lain yang dimaksudkan disini adalah sebuah blog yang menggunakan link semalamesok.blogspot instead of esoksemalam.blogspot....

eh jangan salah paham....abang kacak kat sini bukan nak marah adik comel kat SANA...abang kacak berblogging bukan nak carik gaduh mahupun menempah nama...bak kata ramli sarip dalam lagunya..."aku menulis bukan kerna nama"...haaa camtu......suspek yang dimaksudkan yang memiliki sebuah blog beridentitikan semalamesok.blogspot tu dikenalpasti menggunakan nama blognya "esoksemalam" which is sebijik sejebon dengan nama blog ini (tetiba rasa cam inspektor polis plak kan..dulu aku cita-cita nak jadi polis...konon la nak jadi cam inspektor syafikah lakonan erra fazira dalam gerak khas tu...eh panjang lak kan nak explain bagai)....

so aku pon tak tau lah kenapa dan mengapa dan mana silapnya apabila ada reader yang tanya kenapa before ni diorang letak link blog aku dekat bloglist diorang but then bila blog adik kita tuh update...blog aku akan automatik tertukar link blog beliau menyebabkan mereka tak dapat update blog aku lalu pergi membaca blog adik comel itu....ha cenggitu lah masalah yang diutarakan oleh rakyat-rakyat tempatan....aku pon tak tau lah cam ne nak selesaikan sebab ni sume orang blogspot punye problem ni....so aku try lah tukar nama blog aku ni jadik "lumut esoksemalam" mane tahu bleh selesaikan masalah ni even aku rasa tak boleh nak ubah ape-ape pon.....

jadi kepada sape-sape yang kat list blog dia ada letak link aku yang tetiba automatik membawa anda ke satu alam yang anda sendiri tak kenali orang sekeliling...maknanya anda sudah tersalah rumah...harap sape yang keliru tuh...maybe boleh lah betulkan balik link tu kot..mane tau akan jadi ok balik..buat adik kite...eh eh eh jangan glabah abang tak marah pon adik nak gune name esoksemalam....kata freedom country ye dak??

happy blogging semua...selamat belajar dan selamat buat presentation."mein hoon na".

Sunday, December 19, 2010

almost 2 years...

dulu RIZ (bukan nama sebenar) memang cinta pertama aku...dia ajar aku kenal apa itu cinta..dia ajar aku apa itu hubungan yang punya perasaan lebih dari seorang kawan.....dia curi hati aku..dia jaga hati aku...tapi semua tu hanya bertahan selama 7 tahun perkenalan aku dan dia.....apa yang berlaku...buat aku tanya..mane silap aku...but then banyak kali dia nasihat kan aku dulu....apa yang berlaku bukan salah aku..dia tak nak aku menyalahkan diri aku..katanya itu sume berlaku atas kebodohan diri dia sendiri.....aku sedih...aku sedih bila keadaan sekeliling mengubah diri dia yang aku kenal dulu..mengubah dia 360 darjah.....pergaulan dengan  kawan-kawan,kehidupan dunia yang dia lalui drag dia jauh dari apa yang aku kenal...dia berubah sikit demi sikit...membuatkan hati aku yang dulu dicuri ,dijaga, akhirnya terpaksa dilukakan.....dia mungkin tidak sengaja.

selepas segalanya terbongkar....hampir separuh dari jiwa aku hilang...kadang-kadang aku rasa diri aku yang dulu separuh dah mati....aku just hidup ikut flow...cita-cita aku...kenapa aku datang Auckland...harapan aku..plan aku dengan dia....musnah macam tu je....aku terpaksa teruskan apa yang aku ada..even ini semua bukan kehendak aku...aku buat dulu semata-mata kerana plan aku bersama RIZ......lepas hubungan 7 tahun bersama RIZ terputus ditengah jalan...aku susah gile nak move on..but then aku tak pernah stop untuk cuba...teruskan apa yang aku ada...biar masa yang tentukan...iringi setiap langkah aku dengan doa pada Dia....biar aku dipelihara..biar jiwa aku kembali hidup......aku berjanji untuk cari diri aku yang dulu.

sekarang sudah hampir 2 tahun aku tinggalkan kisah aku dengan RIZ...terlalu banyak kenangan....tapi hari ini aku sudah berjaya menyapa semua kenangan tu tanpa mengalirkan airmata....selama 2 tahun aku mencari jiwa aku..aku pujuk diri aku.....aku betulkan segala plan kehidupan aku....hati aku sangat susah untuk terima lelaki....lelaki yang datang ...aku sekadar meletakkan status "kita cuma kawan"....mungkin betul aku susah untuk step forward...takut??aku tak rasa aku takut...aku cuma berjanji pada diri aku...lelaki yang seterusnya biarlah dia yang terakhir....aku bukan jenis mudah untuk jatuh cinta...jadi aku mintak maaf pada mereka yang sudi hulurkan cinta buat aku....yang cuba untuk dekati aku.....aku mohon pada Tuhan bukakan hati aku pada mereka yang cuba mendekati aku....tapi tiada....dan dari situ aku rasakan kita hanya ditakdirkan untuk berkawan...

selepas 2 tahun aku tinggalkan kisah lama....selepas 2 tahun aku tutup rapat hati aku....tapi bila suatu hari aku kenal IS (bukan nama sebenar,ye dia ketua mafia tu)....sikit demi sikit aku kembali ceria macam dulu.....adakah aku jatuh cinta??...aku tanya diri aku......datangnya IS merubah banyak benda dalam diri aku...kadang-kadang aku boleh tersenyum sorang-sorang teringat dia (hey,ni memalukan tahu tulis kat sini)....kadang-kadang aku mudah terasa dengan dia...mudah jeles (lempang diri sendiri)....aku keep on denying perasaan aku dekat IS....bukan sebab aku tak bersyukur dengan hadirnya dia...tapi sebab aku rasa dia terlalu perfect dimata aku....orang macam aku langsung tak layak dan tak setanding dengan dia...senang cerita aku rasa kalau orang lain tengok pon orang akan kata kami tidak sepadan....sebab tu lah aku cam rasa merendah diri....segan pon ade....

IS bukan di malaysia mahupun Auckland mahupun Jepun..dia ada dekat somewhere dimana jarak masa antara sana dan Auckland adalah 7 jam setengah...tipulah kalau aku kata aku tak mengharapkan semua ni berkahir dengan happy ending...tipu jugak kalau aku nak cakap aku tak ada rasa sayang lebih dari sorang kawan dekat dia...tapi tapi dan tapi...dia pernah bagi tahu aku yang dia ada minat seseorang namanya kat sini aku letak ANN (bukan nama sebenar)...ANN suruh dia tunggu lagi 4 tahun....mungkin itu yang membuatkan IS guna ayat "tak bersedia lagi" pada mana-mana perempuan yang datang kat dia...dia lah citer aku pon tak tau betul ke tak...biasalah orang hot ramai lah orang nak usha ye tak??...aku suke je dengar IS bercerita...aku layan je..sikit-sikit rasa jeles tu normal kot...em,bila webcam dengan dia aku rasa cam happy....buatkan aku tanya diri aku....sampai bila semua ni??.........diakhir solat aku....aku panjatkan doa pada Tuhan....jika benar dia lelaki yang diciptakan untuk aku...aku mintak pada Tuhan permudahkan segalanya...aku doa pada Tuhan satukan hati-hati kami...namun jika dia bukan tercipta untuk aku.......aku minta padaNya jauhkan IS dari aku dengan hadirkan seseorang yang boleh buat dia bahagia lalu dengan kebahagiaan itu dia akan lupakan aku..........

"kamu rindu saya??",tanya IS.
"tak...hehe",aku cuba deny rasa tu...

"ok kamu nanti kita jumpe lagi...rindu kamu", kata dia sebelum memutuskan talian.
"tengoklah kalau kita jumpe lagi...kalau tak jumpe kamu jangan nakal-nakal ok...",pesan aku.
"itu jer kamu nak cakap??"
"ye saye pon rindu kamu...", webcam dipadam...aku pandang skrin laptop....ye aku bakal rindu kamu..bisik hati aku perlahan....jika kisah ini bukan berakhir dengan happy ending....aku sendiri tak tahu bila pula hati aku kan dibukakan lagi untuk insan bernama lelaki......biar masa yang tentukan....mari hidup ikut flow...bergantung haraplah pada pertolongan Allah......take care fika.

apesal jiwang ni???????...meh sini nak lempang diri sendiri.

Saturday, December 18, 2010

seriously, ni ayam terbaik pernah aku jumpa.

semalam kawan saya jadik ayam.....comel gila sampai rasa nak lempang pon ada...haha....seriously, ni ayam terbaik pernah aku jumpa.....cun,muda, dan juga bertenaga....hahaha...ada peluang bahan kita bahan...haha....actually dia join fundraising under against animal cruelty....benda ni daftar online sape yang berminat...kene berdiri sepanjang queen street,Auckland city dari 10 am- 7.30pm.....gile lame dan menebalkan muka...hehe....join mende ni selama 2 hari dan akan diberi  $200 juga 10% dari kutipan yang diterima....sekarangkan summer...so selalunya kami akan terdorong untuk mencari kerja untuk mengisi masa terluang....so here we are...aku tukang ambik gambar je..lepas balik kerja semalam terus berlari nak pergi tangkap ayam...haha.......

dapat tangkap ayam camni sape tak nak ye dak??haha
"why u choose to be a chicken??"
"because i am a chick."...minah tu jawab.
one of the hot chicks ker?hehe

Queen street,Auckland City, summer 2010

ayam on actions...hehe

kawan-kawan ayam yang rajin juge iaitu lembu,musang kot,dan penguin...
sempatlah terserempak beberapa ekor on the way nak pergi tangkap ayam dari tempat kerja aku.













kembali ke pangkal jalan....

hari ini dia akan jadik ayam lagi...mula-mula dia cakap arini dia nak jadik lembu...tapi tetiba aku suggest dia jadik ayam lagilah hari ni sebab aku nak suruh dia buat chicken dance dekat queen street tu....hahaha....aku cakap ngan dia...buat something different and buat orang terhibur baru orang nak bagi duit.....excited gile aku siap download lagu chicken dance semalam bagi kat dia dan ajar dia camne chicken dance..ha amik ko...silap-silap sume orang nak tangkap ayam ni bawak balik aku tak tau..haha...so we will see..kita tengok apa yang bakal berlaku hari ini.....lepas kerja semestinya aku nak pergi usha ayam ni buat chicken dance.....berani ke tak sahut cabaran aku.....hee


sweet memory aite??

Thursday, December 16, 2010

.if we are not meant to be together, then i promise to not cry in front of u..

tajuk jiwang gile sampai rasa nak lempang diri sendiri....

"I praise Allah for sending me you my friend..."...friend yang dimaksudkan kat sini adalah ketua mafia...yup...aku dengan ketua mafia tu tak ada apa-apa pon sebenarnya...kami bukan couple,kami bukan pasangan kekasih...kami kawan??em yup kami kawan...kami rasa selesa dan happy bila share time together.....aku acapkali mengingatkan ketua mafia bahawa suatu hari dia pasti hilang dari kehidupan aku...aku cakap dengan dia..apa yang kita lalui sekarang ni aku tak rasa akan kekal lama.....ketua mafia tak suka kot aku cakap macam tu....tapi aku still keep on repeating that.....bukan untuk buat ketua mafia rasa sedih..juga bukan untuk tunjukkan yang aku tak appreciate moment antara aku dan dia....tapi sekadar mengingatkan aku agar bersedia dengan sesuatu yang semua orang tak suka iaitu "rasa kehilangan."

"saya tak kan hilang punya...saya akan ada dengan kamu selalu."...kata ketua mafia diakhiri dengan senyuman.aku diam.....macam biasa aku lebih suka tunduk...."kamu...kamu nak tau tak..kalau dengan kamu kan kita rasa macam senang je nak happy-happy..tak tau nape..."....jelas ketua mafia....aku pandang dia...aku gelak....aku take it as a joke....sebab aku tahu kata-kata itu boleh membina sesuatu yang dipanggil "harapan"...jangan bermain dengan harapan yang jauh dan tak pasti...aku ingatkan diri aku....kerana harapan sebegitu kadangkala boleh memakan jiwa kau sikit demi sikit...mungkin.

apa yang dah aku lalui dalam hidup ni mengajar aku untuk tidak meletakkan harapan pada sesuatu yang jauh dan tak pasti.....menjadikan aku seorang yang seringkali menghindarkan diri dari "sebuah harapan".....ketua mafia tu ramai sangat orang sayang.....ramai orang nak dekati dia..dan aku tahu ramai orang mahu curi hati dia.....buatkan kadang-kadang aku rasa seperti mahu menjauhkan diri dari dia sikit demi sikit.....

"kamu,kita tak boleh macam ni.....susah nanti...",aku cuba nak explain.tapi macam tak reti nak jelaskan.
"biarlah..kita suka kamu.kita sayang kamu...kamu jangan pergi mane-mane la....semuanya akan ok...",kata ketua mafia.....

aku berani cakap....kalau kau orang semua tengok siapa ketua mafia....kenal siapa ketua mafia.....aku yakin ramai mulut akan cakap...."lumut,ketua mafia boleh dapat someone yang jauh lebih baik dari kau...lupakanlah...kau tak sepadan....dia terlalu lovable dan kacak"....hehe....yup...sebab tu aku cakap...aku dengan ketua mafia bukan sape-sape...kami sekadar kawan yang saling ada apabila antara kami memerlukan......and sebab tu aku keep reminding diri sendiri...."if we are not meant to be together, then i promise to not cry in front of u...".....bila tiba saat perpisahan kita suatu hari  nanti  yang kita pon tak tau bila....aku janji takkan nangis depan ketua mafia tu....dan semalam kami berjanji akan jadi kawan sampai bila-bila....thank you Allah..paling kurang aku mampu tersenyum dengan adanya dia.

walaupun seketika.

Wednesday, December 15, 2010

we called it DUIT.

"kamu kalau diberi pilihan apa yang kamu nak??".aku tanya balik soalan yang ditanya oleh ketua mafia kat aku untuk dia plak jawab....

"honestly saya nak duit."....jawab ketua mafia disertakan dengan beberapa explanation.bila fikir-fikir balik....aku rasa aku pon nak tukar balik jawapan aku tu......dari jawab nak 'happy' kepada nak 'duit'......

  1. kalau aku ada duit banyak nanti tak payah dah aku kerja housekeeping dekat hotel tu...
  2. kalau aku ada duit banyak aku boleh tolong mak abah...
  3. aku nak mak berhenti kerja duduk rumah sepenuh masa...
  4. aku nak abah berhenti kerja dan bawak abah pergi rasa apa itu "overseas"....
  5. aku nak bayar semua hutang-hutang mereka...
  6. aku nak langsaikan duit rumah yang dibuat oleh abah untuk kami sekeluarga...
  7. aku nak bayar hutang duit motor abang-abang aku walaupun satu motor tu dah kene curi...
  8. aku nak hantar mak abah dan nenek aku pergi mekah....
  9. aku nak hantar abang-abang aku pergi kelas english terbagus...
  10. aku nak break contract scholarship ni dan blah dan teruskan apa yang aku minat..
  11. aku nak pergi beli dan join pusat kecantikkan yang boleh buat aku nampak cantik.sebab makin hari manusia makin sayang manusia yang cantik.dan aku berani bet la tanggapan kepada manusia cantik dan manusia kurang cantik yang dinilai oleh manusia lain adalah berbeza.ada diskriminasi.setuju?
  12. aku nak hire orang gaji untuk mak aku...nanti mak tak payah penat-penat macam dulu dan sekarang lagi.
  13. aku nak bawak kakak aku yang atas aku tu pergi main salji..aku nak realisasikan impian kami mase kecik untuk pergi main salji same-same....
  14. aku nak beli ubat termahal agar boleh hilangkan parut accident tu dekat bibir ni.
  15. aku nak bayar hutang makcik aku pinjam duit untuk ubatkan arwah anak dia sakit lukimia..anak dia baye aku...cousin paling aku sayang..cousin rakan sepermainan.....al-fatihah.
  16. aku nak bawak nenek aku datang tengok aku grad nanti....sebab aku tahu aku tak mampu nak bawak nenek aku datang sini...nak bawak mak abah aku datang sini pon belum tentu lepas lagi.
  17. aku nak..aku nak...aku nak...aku nak...
banyak aku nak...cukuplah tuh..sebab aku tahu takkan jadik kenyataan...but then aku masih boleh berusaha..mana tahu at least 5 dari apa yang aku sebutkan kat atas tuh boleh aku jadikan kenyataan... whos knows?? tak de benda yang mustahil dalam dunia ni.....so dats how u can start searching ur own happiness fika.

maybe not today...

hari ni aku kurang senyum pada staf-staf lain kat hotel tu...aku kurang cakap....aku tak borak macam selalu...cukup sekadar ditanya panjang lebar sepatah aku jawab.....hari ni pon sepanjang perjalanan aku tak perhatikan orang pon...aku lebih banyak termenung dan berfikir.....masa lunch aku rasa cam lapar....tapi bila amik food makan macam tak bersentuh makanan tu lepas tu blah teruskan kerja......hari ni terasa macam dull sangat.....aku lebih suka berdiam untuk hari ini....

"hye fika...",tegur marta. - "hye"...dari aku.
"are u working yesterday??",tanyanya lagi. - "nope"...jawab aku lalu senyap.
"fika bila mau pindah?",lay tanya. - "nanti kot".
"berapa bilik harini?" - "15"
"fika,nak balik da ker?",lay arini banyak plak mulut kan nak tegur aku. - "yup".
"ok saya tunggu..",sahut lay. - "tak payah lah...balik dulu.",aku memang tak de mood nak borak.

muka aku kalau tak senyum orang akan cakap serious gile....tapi kalau aku senyum diorang akan cakap nampak happy gile...aku susah nak buat muka biasa-biasa..yang sederhana lah konon...erk ade ker??kalau ada sape-sape yang pakar camne nak buat muke sederhana tu please la ajar aku....em,hari ni kerja dari 8 pagi sampai 4 pm....penat lah jugak.....oh ketua mafia jepun dah selamat mendarat.....pesal nak cerita pasal ketua mafia plak ni??ah lantak la..

"saya tunggu kot kamu pagi tadi nak skype..",ketua mafia ngaku..hee..
"saya kerja lah pagi tadi....sekarang sini dah pukul 4.30 petang da..sana?",aku bertanya.
"pukul 9 pagi...",pergghh beza gila masa......

ketua mafia suka tanya aku soalan yang kadang-kadang susah gak nak jawab....

"kamu,dalam dunia ni apa benda yang paling kamu nak....??".tanya ketua mafia.time dia tanya tu ada satu benda aku fikir...haha....tapi aku malas nak jawab....aku senyap....

"malas la nak jawab...".
"ala...jawabla..."
"em...saya nak happy."......kalau kamu nak tahu aku nak sangat rasa happy...aku nak perasaan dan rasa masa aku senyum depan kamu tu berkekalan...sampai bila-bila......boleh??sebab tu aku tak nak jawab....sebab aku tahu itu tak kan jadi kenyataan........sebab aku rasa suatu hari nanti kamu akan hilang dalam kehidupan kamu yang aku rasa sangat best tu.....aku jeles tahu dengan kehidupan kamu.dengan apa yang kamu ada....
.

Tuesday, December 14, 2010

aku rasa cam tak layak untuk terus jadi pengikut ketua mafia.

dalam diam aku berdoa.....
senyap.

aku terus berkata sendiri buat si diri...
"fika, tolong jangan macam ni".

malam ni aku dah keluar jadi pengikut ketua mafia jepun tu......aku rasa ketua mafia jepun tu terlalu hebat...dan setiap kali bergerak dalam group bersama pengikut-pengikut yang  lain...aku rasa macam rendah diri sangat...aku selalu macam tu.....bukan tak ada keyakinan...tapi ini kes aku sedar diri....aku tengok pengikut ketua mafia semua hebat-hebat....seriously hebat...aku rasa kerdil gila......kadang-kadang aku segan dengan ketua mafia sebab aku ni tak ada pape so tak setanding dengan pengikut yang lain tapi ada hati untuk join jadik pengikut group mafia tu...dan ada hati pula untuk jadi serikandi kuat ketua mafia.......

aku dengar lagu fields of hope.......aku senyum...tapi lepas tu aku cakap lagi sekali..."fika, tolong jangan macam ni"........aku tutup lagu tuh...aku rasa macam "tak mungkin"......lepas aku tinggalkan group mafia tuh aku harap aku akan dapat bergerak sendiri.........tapi kalau ketua mafia jepun tu carik aku untuk jadi tulang belakang perjuangan dia dalam medan pertempuran nanti..perlukan aku untuk bagi semangat...tak pon perlukan aku untuk jadi bahu dia lepaskan tangisan....aku rasa aku akan terus ada untuk dia.......

oklah terus terang aku cakap...aku rasa aku tak sesuai untuk jadi someone yang special untuk ketua mafia jepun tu.....aku rasa rendah diri gile....dan aku rasa macam akan kecewa je nanti kan...tak mungkin aku..aku bukan ada pape.....sebab aku rasa dia terlalu hebat..semua orang pon nak curi hati dia..jadi aku rasa macam tak mungkin aku...rasa rendah diri sudah semestinya....ketua mafia jepun tu memang baik....dia layan aku baik...buat aku happy.....dan kadang-kadang cakap benda yang aku tak expect but then aku tersenyum...haha.....selamat tinggal group mafia...aku da keluar dari jadi pengikut......cukuplah jadi pemerhati je...jangan berharap pada sesuatu yang tidak pasti....

dahlah nak pergi tengok cerita pursuit of happiness.....orang kata cter tu leh buat orang nangis...ek??
.

ketua mafia jepun, aku sayang kau.

walaupun conversation malam tadi end up dengan rasa yang tak best...tapi we had so much laugh this morning kan??aku suke gile tengok kau happy.....dan terima kasih jugak dekat kau sebab buat aku happy.....aku bukan jenis yang marah lama-lama...yang merajuk lama-lama mintak dipujuk....aku bukan jenis begitu...aku lebih mudah melupakan dan memaafkan benda yang remeh-remeh macam malam tadi......dan akan buat seperti tiada apa yang berlaku keesokkan harinya...

ketua mafia jepun,

i love your smiles...kadang-kadang aku rasa macam nak pandang kau tersenyum sambil detik waktu dihentikan seketika....sebab aku tak nak moment yang terasa best tuh berlalu dengan begitu pantas....hey,kejap lagi kau akan berangkat lalu diterbangkan lagi.......menjadikan beza waktu antara kita sejauh 7 jam setengah.....kau jangan sedih...sebab ketua mafia mesti kental......dan aku tau kau akan jadi begitu.....sejauh mana pon kau pergi....kalau kau sedih...carik aku.....dan kalau boleh aku akan buat kau untuk tersenyum kembali.....

"eyp,kamu suke saya??",tanya kau sambil pandang aku...

aku alihkan pandangan..lalu mengarahkan kau agar jangan pandang aku begitu....ketua mafia jepun,dengar sini...kau ramai pengikut yang jauh lebih hebat dari aku..pengikut kau semua nya punya senjata canggihnya melebihi apa yang aku ada....sampai kadang-kadang aku rasa senjata yang aku ada tidak cukup hebat untuk melindungi kau...kerana itu aku selalu jadi pengikut yang melindungi kau dari jauh.....aku cuma akan muncul ketika kau bersedih......dan time tuh aku tak hirau betapa ramai pengikut kau yang hebat...aku tetap dengan pendirian aku..untuk buat kau tersenyum kembali......soalan kau memerangkap aku..aku tak rasa kau tak tahu jawapan pada persoalan kau itu.....jawapan itu tak perlu dipancing...kau sendiri tahu jawapannya......sebagai pengikut yang paling lemah dalam kumpulan mafia itu....menjadikan aku takut untuk jawab persoalan kamu...tapi aku tahu kau tahu jawapannya..cuma aku nak tahu...kenapa kau masih bertanya...

kau sudah pernah bertanya.."kamu sayang saya??".
"yep",jawapan pendek dari aku.
"same ar...",kau membalas lalu memutuskan perbualan kita.aku diam.

jalan baik-baik....jangan sedih-sedih....
aku sayang kau ketua mafia jepun.........
aku akan terus doakan kau.....

Monday, December 13, 2010

aku bukan pretty zinta...so tak perlu sedarkan aku.

malam ni aku rasa cam something yang tak best...serious lama aku tahan...aku gelak-gelak...aku try untuk chill.....last skali aku rasa cam nak nangis...but then bila someone yang cakap akan ada time kau sedih act same je cam orang lain yang kau kenal dan jumpe before nie...kau rasa cam semua manusia same je.....kan aku dah cakap time aku sedih memang sume orang tak kan ada....tak kan.......conversation tu end up macam tu jer.......aku tutup conversation tu....mata aku berair....."aku tak kan nangis malam ni..."...aku ajar diri aku keraskan hati......kau blah macam tu je.....

aku realize yang kehidupan kau jauh berbeza dengan aku.....kau ada apa yang aku tak ada....aku admire life kau....aku admire apa yang kau ada...aku admire saat-saat kau nampak happy..aku pon teringin gile nak happy macam tu...teringin sangat.......esok kau akan terbang jauh lagi........teruskan perjuangan kau........jangan putus asa....aku tau kau hebat...nak jadi ketua mafia jepun kene berani dan tak mudah mengaku kalah......aku mintak maaf kalau aku ada buat kau sedih.....aku mintak maaf kalau aku bukan kawan yang baik untuk kau........dan sometime aku marah diri aku.......kenapa mesti wujud perasaan macam ni..perasaan dimana aku care pasal kau.....

aku letak kan gap..bukan untuk tunjuk yang aku tak suke kau...bukan untuk tunjuk yang aku benci kau...bukan untuk tunjuk yang aku tak suke apa yang kau buat...tapi untuk bina sesuatu yang dipanggil "penebat kekecewaan"....kau faham?aku rasa kau faham...sebab kau pon pernah rasa kecewa dan tak dapat apa yang kau nak...macam tu jugak aku...sebab tu aku nak pesan kat kau..bile kau rasa kau susah nak dapat apa yang kau nak...jangan meletakkan harapan yang tinggi..nanti kau akan jatuh terduduk kecewa....dan semestinya rasa tuh sakit gile...perit....aku dah rasa kekecewaan yang teruk before ni...jadi aku rasa aku tahu..hope so.

itu lah yang aku buat....bukan untuk gaduh dengan kau.
sebab aku tahu kau ketua mafia jepun yang hebat...
jadi aku keluar dari jadi pengikut kau..sebab aku tahu kau ramai pengikut.
kau jangan letak jawatan jadik ketua mafia ye....
sebab kumpulan tu kalau tak ada aku pon mesti boleh jadik kuat sebab ade orang hebat macam kau.

kau lovable...sume orang pon sayang kau.
kalau aku hilang pon tak ada kesan.
tapi ingat bila kau sedih...do find me.
aku tak nak kacau kau...selalu sangat dah aku kacau..
but then kacau aku..carik aku bila kau sedih...

izinkan aku menangis.dan aku tahu kau tiada.
bye...have a safe journey....

"kalau kamu jadik ketua mafia jepun,aku akan jadi pengikutnya....."


"kalau kamu jadik ketua mafia jepun,aku akan jadi pengikutnya....."

aku akan ada untuk kamu bila kamu dalam keadaan sedih....dalam keadaan kamu tiada siapa disisi kamu untuk bercerita...carilah aku..aku akan ada untuk kamu.....dan ketika kamu hilang menyepi suatu hari nanti.....masa itu aku tidak akan risau kerana aku tahu kamu sudah tidak bersedih lagi dan sedang dikelilingi dengan ribuan kebahagiaan kehidupan....dan sekiranya kebahagiaan kamu hilang lagi....carilah aku untuk kesekian kalinya....

hari ni officially aku dah stop keje jadik cleaner dekat gym tuh...bak kata orang......keje dekat gym tu macam dah tak ada hati dekat tempat aku...sikit-sikit kasih sayang aku pada dia macam pudar.....kalau orang bercinta tu macam nak tak nak je lah layan.....apehal masuk bab orang bercinta plak ni..tak de kaitan langusung kot.....cisss......so sekarang aku hanya teruskan bekerja housekeeping dekat hotel tu.....setakat ni aku seronok lah bekerja dekat sana even macam nak patah tulang empat kerat ni..hehe....so,arituh bila ntah lepas balik kerja..aku jalan-jalan dekat harbour....depan hotel aku ni laut...penuh dengan kapal-kapal....biasalah auckland dikenali sebagai "city of sails"....so banyak lah kapal ye dak???dan kebetulan hari tuh kapal besar stop kat situ....aku pon pegi lah usha budget-budget tu titanic...mane tau tetibe jack kua plak kan selamatkan rose ke........ok stop merapu.tengok gamba je ek.

Saturday, December 11, 2010

honest sincere expressions

hari ini kita semua terpaksa cakap "good bye bakhit,have a safe journey".....but then instead of cakap good bye....lagi best kalau kita cakap..."jumpa lagi nanti..."...even kite tak tahu nanti yang dimaksudkan itu bila dan dimana....tapi selagi kita berharap ada lagi pertemuan suatu hari nanti....sedikit sebanyak dapat tolak ketepi rasa kehilangan itu....ape aku merepek ni??hmmm...semua orang tak suke kan perpisahan...siapa suke??bakhit balik for good.....tamatlah sudah perjuangannya sebagai seorang pelajar di tanah auckland ini....satu persatu kawan-kawan yang sama-sama mengukir kenangan disini pergi membawa haluan masing-masing......thank you for the memories.......

gambar ditangkap oleh bakhit..
diedit dan dipublish di esoksemalam...

candid 1

candid 2

candid 3


candid 4

candid 5

candid 6

last sekali........
selamat pulang ke Malaysia bakhit....
all the best untuk perjalanan yang seterusnya...
.

Wednesday, December 8, 2010

punya berjuta blog yang ada..tapi kenapa esoksemalam?????

hari ni banyak juga benda berlaku....semalam pon ada something happened....malam ni semua orang keluar.....member ajak aku join.....tapi akhirnya aku menolak.....tak tahu lah...aku cuma tak tahu..........so now aku sorang-sorang duduk rumah.....

sebenarnya aku plan nak taip benda lain..but then bila aku bukak esoksemalam...ada sesuatu yang aku tak expect tetiba berlaku.....dulu aku pernah cakap.....kalau family members aku tahu esoksemalam ni...automatic tanpa fikir aku akan delete.........then today....tetiba aku nampak adik aku komen salah satu entry dekat blog ni...die cakap die baru je terjumpe blog aku...baru hari ni die terjumpa......ntah time aku tahu tuh aku rasa cam..."what a shit.."....ianya cuma satu perasaan yang aku tak suka..aku tak suka family members tahu apa yang aku rasa.....aku tak suka.....sebab aku rasa soal jiwa aku..soal masalah aku..soal perasaan aku..soal apa yang aku lalui..aku tak rasa family aku perlu tahu.........biarlah aku jadi pemendam yang hebat...

lepas baca komen adik aku..aku terus text die...
"em mane kau tau blog aku?"

die cakap die tak sure..die kata ada terjumpa.....die main tekan je next blog dekat area header blogspot ni la....so blogspot akan publishkan la any blog yang boleh adik aku baca randomly......then aku cam..."punya berjuta blog yang ada..tapi kenapa esoksemalam???"...kenapa bukan beautifulnara????....  kenapa bukan cik epal??...... arifshah????..hanis zalikha??.....

aku sayyang blog ni..ntah susah sangat nak tinggalkan....tukar lah banyak mana pon blog..aku tetap akan kembali menulis dekat sini....................so....bermulalah episod untuk aku menapis segala penulisan aku lepas ni......................sikit-sikit aku rasa nak ubah esoksemalam agar tidak lagi menjadi blog yang menceritakan jiwa  dan perasaan aku sebenarnya......aku rasa disini bukan lagi mediumnya.......cukuplah eskosemalam menjadi satu medium untuk aku share tentang life,tentang auckland.....and benda-benda yang common sense je.......elok lah aku tukar blog ni jadi blog public sepenuhnya....means dulu aku bukak esoksemalam ni sebab aku nak menulis tentang apa aku rasa...aku nak share perasaan aku dan menyorok disebalik tulisan ni dimana orang tak tahu sape aku yang menaip segala isi sampah disini....tapi hari demi hari.....semuanya makin berubah...

dan hye, esoksemalam akan jadi blog umum dan sikit-sikit ditapis lagi penulisannya.....agar tidak begitu jujur..agar tidak begitu telus..dan agar tidak terlalu beremosi..dan yang paling penting...agar aku terus menjadi pemendam yang hebat, kehidupan realiti aku....stay smile and move forward......dan sikit-sikit aku rasa..tak perlu dah kot nak guna nama "lumut" disebalik semua penulisan esoksemalam ni...sebab aku yakin ramai silent reader yang aku tak sangka mereka baca blog aku sebenarnya baca...aku pon tak sure mana mereka jumpe..sebab aku bukan jenis promote blog aku dekat manusia sekeliling aku yang lihat kehidupan aku secara real nya.......

so,hye...instead knowing me as lumut.....nama penuh aku nursyafiqah.family panggil ieqah,bekas pakwe panggil ieqah....oh maksudnya kat sini tak ramai kot panggil aku ieqah...kawan sekolah panggil pekot.....kawan dekat auckland ada yang panggil fika...dan ada yang panggil fiki........mana-mana pon boleh......aku bukan artis..aku cuma penulis blog picisan..dan aku sangat suka menulis...menulis itu jiwa aku....selamat datang ke esoksemalam.......
.

Monday, December 6, 2010

yang rambut pendek tu aku

these are 25 random things about me...kene tag ngan hamihemo..eh al pon tag aku....dah berzaman dah kot aku tak buat tag......mungkin ada yang kecik hati kot ....banyak tag-tag sampai hari ni aku tak buat-buat...sampai lah aku terlupa....adalah lebih 10 aku rasa tag yang aku tak buat....maaf dipinta....zahir dan batin....pergh macam raya plak kan....tapi tak pe..mintak maap tu bebile buleh..hehe...

  1.  yang rambut pendek tu aku..masa ni umur aku 4 tahun kalau tak silap..yang pegang kucing putih tak hidup tuh akak aku.....dia dah tunang dah hari tuh....dah besar rupenya akak aku ni..tak lama lagi nak jadik bini orang.....semoga berbahagialah yer..
  2. muke dengan kaki akak aku tuh penuh dengan bedak.....sawan ape minah tu pergi lumur bedak satu badan..dia cakap time tuh dia perasan letak bedak banyak-banyak tuh cantik...OMG...pening kepala aku dengar....tapi aku rasa lah....darah suka bersolek tuh memang dah mengalir dalam badan akak aku tu sejak dari kecik...sebab tu sekarang pon dia berminat untuk terjebak dalam bidang persolekan...bertunang arituh dia solek sendiri je....hantaran,pelamin sarung cincin sume die buat sendiri....eh jup..tag ni pasal aku ke  pasal akak aku??ok stop.
  3. aku pernah study dekat universiti tenaga nasional selama 1 year and half...buat preparation sebelum terbang ke auckland.
  4. aku budak lompat...aku tak pernah merasa belajar darjah 4..jadik kawan-kawan aku dulu pernah lah sakat aku....duduk-duduk tetiba cakap..."jom imbau kenangan darjah 4 nak?"...jadah ape...saje je la tu kan.
  5. aku anak perempuan ke 3 abah aku dan juga anak ke 5 mak abah aku.
  1.  masa aku kecik-kecik..aku selalu pakai t-shirt kiko dengan seluar slack cokelat...ok yg tanya aku ritu meh la aku ngaku yang pakai t-shirt stripes tu aku le tuh.....tak bleh blah langsung kan??budget otai lah dengan t-shirt kiko kau tuh?watever~
  2. yang sebelah tu adik aku....
  3. adik beradik aku 6 orang..4 pompuan,2 lelaki.
  4. 2 lelaki tu abang aku...kengkadang aku rasa kalau abang aku tak ada dalam idop aku pon...aku tak rasa pape.....kira macam aku tak rasa aku perlukan mereka...cuma aku tak nak mereka nyusahkan mak abah aku lagi.....aku tahu pengakuan aku ni macam direct gile..macam adik yang tak appreciate langsung abang die...but then..bia aku je yang tahu kenapa....
  5. aku tak ada gamba masa aku baby....tak ada ok..gamba masa kecik pon ade dalam kurang dari 10 keping..sikit gile...
  1.  ni masa aku 6 tahun kalau tak silap...dapat hadiah masa hari penyampaian hadiah.
  2. masa aku tadika tiap tahun aku dapat nombor satu...aku tak pandai pon..tapi maybe sekolah kampung kurang persaingan tu pasal dapat nombor satu....tapi aku tak pandai pon..biasa je...masa tahun akhir (eceh) aku kat tadika tuh..aku dapat nombor 3....sebab ade budak baru masuk tadika tu....name dia hidayu kalau tak silap..sedih jugak lah..sebab tahun akhir punye penyampaian hadiah lagi gempak.siap ade bunga cikgu pin kan dekat baju sape dapat nombor satu...
  3. aku pernah nak jadi inspektor polis dulu.semuanya gara-gara cerita gerak khas tv1 arahan yusof haslam tu...kenal inspektor syafika dalam cerita tuh?lakonan erra fazira..aku siap berangan nak jadik macam tuh..gile smart kan?
  4. aku suke sangat warna hitam....hitam cool...kadang-kadang hitam itu tenang.
  5. gabungan makanan dengan minuman yang paling gempak aku rasa..laksa penang dengan air kelapa...fullamak...
  1.  ye aku sekolah agama dulu..ape?perangai aku tak macam budak sekolah agama??emm..pape je la...dari form 1- form 5 aku sekolah di sekolah menengah agama persekutuan labu,n.sembilan...kalau orang tanya aku...aku sekolah mana...aku jarang nak jawab..paling kurang pon aku akan cakap..."sekolah biasa dekat dengan rumah je.."....kenal ke SMAPL?haha.
  2. SMAPL ajar aku banyak benda...terlalu banyak.
  3. aku tak pernah jadik pengawas masa kat SMAPL dulu sebab aku budak nakal..tapi ape muke aku ade muke tak boleh harap ker???haha
  4. aku tak nak masuk sekolah agama sebab aku tak pernah belajar bahasa arab..so aku cuak...even abah aku kata sekolah tu bagus...sekolah agama..asrama penuh pulak tuh...(watever)..aku tetap tawar hati..natijahnya PMR aku dapat 8A 1 C...C aper?bahasa arab komunikasi..
  5. tapi masa SPM aku dapat B3 kot bahasa arab tinggi...time tuh aku cam bolehlah nampak bahasa arab ni tak sesusah yang aku fikir dulu...sikit-sikit aku dah bleh enjoy belajar bahasa arab.
  1.  basketball??sukan yang penuh dengan memori...sejarah....hmmm..kalau tengok sukan ni..ingatkan aku pada banyak benda....aku main basketball sejak bangku sekolah...
  2. aku kaki sukan....dari sekolah...tapi tak ada lah atlet mane pon..aku tak hebat macam orang lain...tapi sejak lutut aku injured dan kene operate....aku dah limitkan diri aku untuk bersukan.
  3. dulu aku lagi kurus dari sekarang.sejak aku sakit dan stop bersukan..zaman kekurusan terpaksa aku tinggalkan...sekarang aku rasa aku gemok....mak aku mesti cakap aku tak gemok..mak aku saje je nak suruh aku makan masakan beliau yang sedap-sedap tu...ape aku perasan satu benda yang tak leh caye cakap mak aku...bab tanye aku ni kurus ke gemok.
  4. kasut pertama paling mahal pernah aku beli adalah kasut sukan nike RM140..mase beli tu time skolah..gune duit sendiri..sayang gile kot nak buang kasut tuh dulu.
  5. aku mula memasak masa aku darjah 6...mak abah aku bekerja...jadik kalau nak makan aku kene start buat-buat pandai masak time tuh.
  1.  aku pernah accident..itu kali pertama aku accident...dekat putraja...time tu aku naik kereta dalam gambar atas ni...bersama seorang lelaki yang pernah aku panggil sayang.
  2. memori tinggal memori...semuanya jadi sejarah....masa accident tuh aku terhantuk kuat...sampai bibir aku terbelah...sampai sekarang parut dekat bibir ni ada...so nampak macam cacat sikit lah....aku dah lah tak cantik macam orang lain..tambah parut ni lagi lah kan...
  3. masa mula-mula dulu..kalau tengok parut dekat bibir aku ni...senang je aku nakk nangis....tengok parut ni macam tengok perjalanan cerita 7 tahun antara aku dan dia...sekarang aku rasa aku dah ok....aku dah terima semua tu dengan redha......kami dipertemukan bukan untuk hidup bersama..cuma untuk belajar sesuatu.....jujur aku cakap..aku appreciate perkenalan dan memori antara aku dan dia....
  4. masa accident ni aku hilang ingatn kejap la sebab kepala terhantuk kuat...aku tanya orang apa yang berlaku..then bila orang cerita aku tak ingat nape aku berada ditempat kejadian...
  5. dalam banyak-banyak memori antara aku dan dia....benda yang paling terkesan dalam perkanalan kami aku rasa masa saat accident ni lah...masa tu dia nangis mohon maaf atas kecuaian dia.....time tu aku rasa satu perasaan yang susah nak describe..senang cerita time dia nangis tu dalam hati aku berdoa.."Tuhan,jangan pisah kan aku dan dia..betapa aku sayang dia..sungguh"...
banyak kot kalau nak cerita random things bout my life..semua orang ade cerita masing-masing...dan ade satu cerita pasal aku yang tak pernah aku cerita dekat blog mahupun orang-orang sekeliling aku.....kira itu macam rahsia diri sendiri...mungkin lebih baik aku pendamkan....

ok dah siap buat tag ni!!erkk..perasan tak yang aku buat lebih dari 25 random things...hehe
.

Saturday, December 4, 2010

picisan perbualan hari ini

SATU : penat jugak kerja hari ini........dari 8 pagi sampai 330 petang...esok kawan-kawan ajak pergi bersukan di rec centre...tapi keje......ohhhh bosannya tak dapat nak join bersukan.....ni yang rasa nak memberontak neh..haha..padan muka sape suruh keje kan dah tak dapat join....naaahhhh...small matter....rileks...menyingkap perbualan ditempat keje masa naik lift....

"u must be fika right??",jejaka berbangsa kiwi segak beruniform tegur aku.....kacak??boleh laaa...
"erm yup..yup....hye....",aku senyum saje macam biasa...
"hye im danny....em,funny right when we have another fika now",die melemparkan senyuman..aku pandang die....aku pon gelak je la.....sebab memang tak funny langsung aku rasa....apela awak ni danny....tapi tak pe....saye tau awak cuma nak berbasi-basi saje tadi...esok kite jumpe lagi saya nak tengok awak nak cakap lawak apa pulak..harap saya bakal terhibur nanti.

DUA : hari ini sekumpulan lagi kawan-kawan balik malaysia for good.....selamat pulang dan all the best untuk perjalanan kamu semua yang seterusnya....aku sedih..tapi itu biasa..manusia datang dan pergi...setiap pertemuan ada perpisahan..yang penting simpan semua memory kite.......aku bakal merindui mereka....kawan-kawan main basktball bersama..gelak ketawa bersama....bercerita bersama...pergi membawa haluan mereka...perjalanan kita tidak sama..kita punya liku-liku kehidupan yang berbeza untuk kita tempuhi...kita tidak sama course..kita punya cabaran yang berbeza...tapi kita pernah kongsi saat-saat kehidupan diauckland bersama.....huuuu..aku bakal merindui kalian...

TIGA : masa lunch lay (cina malaysia) tanya aku pergi Christmas party nanti pakai costume ape....party bertemakan costume yang bermula dari huruf M,C dan K....aku cakap tak sure lah....lagipon tak confirm lagi akan pegi ke tak...just bagi nama je..die ajak aku teman die pergi beli costume lepas kerja...aku pon pergi la teman die...on the way nak pergi kedai....kami pon borak-borak....bla bla bla....banyak gak yang kami borakkan....but ape yang nak aku highlight kan disini hanyalah perbualan dibawah ini... 

"saya tak ramai kawan lah dekat sini...rasa sunyi aje...",luah lay...
"oh really??habis tuh kamu pergi travel selalu dengan siapa?"
"sorang aja la....."
"ish macam bosan je travel sorang-sorang...tak bosan ker?"
"em tidak la...sudah biasa...."
"mesti kamu bosan kan dekat sini...kawan-kawan tak ada...parent jauh...berapa umur u?"
"36...."
"ohh....tak kawen lagi?"
"belom...."
"bila nak kawen?"
"tak tau la...tak ada siapa mahu",riak wajah lay macam tak best je lepas dia jawab macam tuh..aku pon stop tanya lagi even aku rasa nak terus bertanya...lepas dari tuh ada la dia tanya aku bla bla bla..panjang plak kan kalau nak tulis kat sini.....so apa yang aku nak cakap......dari riak wajah lay...aku rasa dia rasa life die kosong sangat....dalam waktu umur dia 36 tahun tuh...die macam tak ada apa...kawan-kawan confirm da bawak haluan masing-masing...parent ade la dah tu takkan lah nak dengan parent lagi dah tua-tua macam tuh....dari cara die jawab..nada suara dia...aku tahu she really need someone yang dia boleh sayang juga akan menyayangi dia......keputusan lay untuk terus duduk kat auckland pon aku rasa mungkin untuk bawa diri dia jauh dari sesuatu...eh eh pepandai je aku buat andaian....

masa teman lay beli costume tadi....dia nampak happy lah jugak...mungkin sebab before ni dia cakap dia keluar sorang-sorang je..aku tanya dia selalu shopping tak..die kata jarang....tadi tak tau lah tetibe aku rasa cam something...satu perasaan macam hiba bila tengok dia macam hepi-hepi mintak pandangan aku untuk pakai costume maid masa party nanti....die carik stokin la...rambut palsu la.....die nampak excited......

kalau suatu hari nanti aku jadik macam lay.....bawak diri jauh dari orang lain..tiada teman....dan kawan-kawan seperjuangan semua sudah ada kehidupan sendiri......aku akan selalu ingatkan diri aku...paling tidak aku ada Dia....Tuhan aku yang Maha Esa.........aku tak tau apa yang bakal menanti dihadapan perjalanan aku...aku tak pasti apa yang bakal aku terima selepas apa yang telah aku lalui sepanjang hidup ini......orang selalu kata pelangi itu akan muncul selepas lebatnya hujan....tapi bukan selalu begitu.....so be ready for the worst fika..then you'll survive.
.

Thursday, December 2, 2010

it was awesome..thanks for cheering me up.walaupun seketika.

ada masa kita enjoy..ada masa kita menangis..ada masa kita marah...ada masa kita banyak duit...ada masa kita ramai kawan...ada masa kita meratapi...ada masa kita berlari jauh....ada masa kita jatuh terduduk......ada masa kita tak update blog berhari hari..ada masa kit update blog sehari dua kali....whatever.

sinopsis : perjalanan ke waitakare hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit dari auckland city.....selepas tiba di tapak perkhemahan..aktiviti diteruskan dengan meredah hutan melalui track yang diberi nama "karamatura loop"...masa perjalanan keseluruhan pergi dan balik untuk tiba di kemuncak adalah lebih kurang 5 jam berjalan kaki.....aktiviti kami adalah masuk hutan,camping,dan menikmati keindahan semulajadi ciptaan Tuhan...juga membawa diri jauh dari memikirkan tentang konflik kehidupan (ni untuk aku je ni).....ok mengikut petua kalau nak letak gambar tak payah tulis panjang-panjang sebab orang akan scroll gamba je bukan nak baca sangat pon selalunya...btol tak?

tiba di waitakere lebih kurang jam 10.30 pagi.

view dari atas...this is waitakere,new zealand.

perjalanan diteruskan untuk ke camping site,around 11.30 am.

sesi membina khemah...

selepas makan dan solat zuhur around 2 pm,
aktiviti meredah hutan dan mendaki bukit dimulakan..

jumpa air terjun yang cantik..mandi dulu la...

around 5.00 pm...masa ni lebih kurang kat puncak lah..
tak sure berapa ribu kaki dari dasar laut.

on the way turun..pancit gile....
kami tiba di camping site semula dalam lebih kurang jam 7.30 pm.

sekian.

"Don't cry because it's over. Smile because it happened."

‎"Friends are the most important part of your life. Treasure the tears, treasure the laughter, but most importantly, treasure the memories"
.