Sunday, October 31, 2010
Saturday, October 30, 2010
necklace
masa tidur malam tadi...aku bermimpi....aku mimpi macam aku sedang bergelut dengan sesuatu....juga dalam mimpi itu aku terasa aku merentap sesuatu...tapi bila aku bangun pagi...aku tak ingat aku mimpi ape...tapi terasa macam ada something yang bukan mimpi happened malam tadi diluar kawalan aku....pelik sangat.....mimpi tu macam realiti lah pulak.....
bangun pagi aku teraba-raba mencari...."ish...putus ke...."....aku merungut....satu-satunya barang emas pemberian mak akhirnya menamatkan riwayat pagi ini....rantai itu sudah putus..mungkin sesuatu yang aku rentap dan terasa realiti rentapannya itu adalah rantai itu....terasa sedih lah jugak rantai tu putus.....tapi nak buat macam mana...
Friday, October 29, 2010
menjawab persoalan seseorang....aku hadirkan sebuah tatapan.
seorang teman ada bertanya kan aku soalan....dan aku sebenarnya tak tahu macam mana nak jawab persoalan jenis itu.......aku tahu aku seorang yang sedikit denial....dan aku mengambil keputusan untuk berkata "nanti aku jawab.." adalah kerana aku tidak punya jawapan ketika itu.......dan sehingga hari ini pon aku susah untuk mereka-reka jawapan bagi persoalan kamu itu......apa yang boleh aku tunaikan agar kamu mahupun mereka itu mengerti adalah mungkin dengan kehadiran video dibawah ini....ini sebenarnya video peribadi aku.....aku simpan untuk tatapan aku sahaja...tapi demi permintaan dan persoalan kau seorang teman...aku persembahkan....
"aku masih mencari aku, dan tidak pula berputus asa.."....mungkin itu jawapannya....
liriknya ciptaan aku dan untuk aku
lagu yang ditulis sekitar bulan september 2009...liriknya ditulis oleh aku dan untuk aku....pada 7 september 2009 melodinya dicipta sendiri oleh mr.naz dan dinyanyikan olehnya dan diserahkan kepada aku....mr.naz aku kenal hanya melalui blog sekitar tahun 2009...dan kami tidak pernah berjumpa...cukuplah perkenalan di dunia blog dan dia bersetuju untuk memainkan gitar miliknya lalu mencipta melodi lagu itu......lagu ini tidak seberapa...namun ia punya perasaan dan jiwa tersendiri buat aku....lagu ini sedikit sebanyak menelan suasana kelam dan tangisan seseorang suatu ketika dulu....lagu ini seolah-olah punya nafas tersendiri....ia sekadar kata-kata dari aku dan ditujukan buat aku sendiri atas apa yang aku sudah lalui.....dari tahun 1995 itu....dan diulang rasa perit khianat pada tahun 2009 yang lalu...aku bagai bersahabat baik bersama airmata milik aku......aku makin letih dengan agenda manusia disekeliling aku...aku makin penat menyimpan segala rahsia demi kebahagiaan orang lain...sedangkan hati milik aku sendiri hancur tidak berperasaan.....
lagu yang diberi tajuk "pujukan hati" ini sudah lama ingin aku perdengarkan buat semua pembaca esoksemalam suatu ketika dulu...namun hasrat ini disekat oleh perasaan aku sendiri..namun hari ini...aku persembahkan lagu cikai ini buat semua pembaca esoksemalam.....
lagu yang diberi tajuk "pujukan hati" ini sudah lama ingin aku perdengarkan buat semua pembaca esoksemalam suatu ketika dulu...namun hasrat ini disekat oleh perasaan aku sendiri..namun hari ini...aku persembahkan lagu cikai ini buat semua pembaca esoksemalam.....
PUJUKAN HATI
lirik ciptaan : lumut
melodi dan nyanyian : mr.naz
Sedaya upaya kuhulurkan senyuman,
Ku buang jauh hiba dan rasa kecewa,
Berjanji sendiri didasar hatiku ini,
Aku kan cekal,terus berdiri…
Buat mereka yang menghancurkan ku,
Sakit ini sungguh menguji hati,
Ku doakan kebahagiaan milikmu,
Usah matikan langkah pencarian,
ku yakin pada ketentuan Tuhan,
Inilah takdir perjalanan kehidupan nyata..
*
Demi ikatan murni, kusimpan segalanya,
Keperitan ini jauh nun di dalam sana,
Ku pujuk hati agar tabah mengharunginya,
Demi hatimu, ku lepaskan ku rela,
Ku pujuk hati untuk terus terima,
Menadah tangan memohon rayu padaNya,
Sebak di hati,kupujukan jua….
Walau dugaan ini buat aku tersungkur,
Namun ku tahu ini bukan pengakhiran,
Lalu airmataku menitis di kalbu,
Tatkala memori semalam menyapa diingatan.
.
Thursday, October 28, 2010
selamat pagi
selamat pagi Malaysia tanah tumpah darahku.
dan selamat tengah hari Auckland, tanah kebangkitan aku.
selamat pagi Malaysia tanah tertorehnya luka hati itu.
dan selamat tengah hari Auckland, hospital penyembuh luka-luka itu.
semalam aku hamburkan tangisan yang lama aku tahan....aku leraikan satu persatu rasa benci...aku runtuhkan dinding positif dalam diri aku....dan semalam hari loser aku......dan hari ini aku bangun menjalani hari baru aku...airmata aku kembali kering...aku lega...aku sendiri tidak mahu berdendam...aku sendiri sering ajar diri aku menerima segalanya...tapi kita semua ini juga manusia biasa bukan??kalau aku boleh bersangka baik pada ramai orang disekeliling aku hatta orang yang aku tak kenali sekali pun....tapi mengapa mereka pula susah untuk bersangka baik pada aku???again, saya bukan bodoh..saya cuma bersangka baik....aku pernah menjalani hidup dan rasa life sebagai winner...dan kali ini bagi pula aku rasa hidup dan life sebagai loser...supaya aku belajar bersyukur.....itu saja.
dan selamat tengah hari Auckland, tanah kebangkitan aku.
selamat pagi Malaysia tanah tertorehnya luka hati itu.
dan selamat tengah hari Auckland, hospital penyembuh luka-luka itu.
semalam aku hamburkan tangisan yang lama aku tahan....aku leraikan satu persatu rasa benci...aku runtuhkan dinding positif dalam diri aku....dan semalam hari loser aku......dan hari ini aku bangun menjalani hari baru aku...airmata aku kembali kering...aku lega...aku sendiri tidak mahu berdendam...aku sendiri sering ajar diri aku menerima segalanya...tapi kita semua ini juga manusia biasa bukan??kalau aku boleh bersangka baik pada ramai orang disekeliling aku hatta orang yang aku tak kenali sekali pun....tapi mengapa mereka pula susah untuk bersangka baik pada aku???again, saya bukan bodoh..saya cuma bersangka baik....aku pernah menjalani hidup dan rasa life sebagai winner...dan kali ini bagi pula aku rasa hidup dan life sebagai loser...supaya aku belajar bersyukur.....itu saja.
SATU : bunga untuk pengunjung hari ini, spring 2010
Wednesday, October 27, 2010
saya bukan bodoh,saya cuma bersangka baik
kawan aku cakap, aku mudah percayakan orang.kawan aku cakap lagi aku tak pandai untuk membezakan mana yang benar mahupun tipu...kawan aku cakap juga...aku layan sama baik saja orang penipu dengan orang cakap benar.....kawan aku cakap..."jangan mudah percayakan orang..."...kawan aku cakap-cakap lagi...
"tak semua orang yang layan kau baik tu benar-benar baik.."
"jangan percaya cakap dia..dia tipu..."
"kenal orang tu dulu baru boleh kata dia baik..."
.hati aku jadi pilu sangat-sangat....tolonglah jangan kata aku bodoh kerana mudah percayakan orang..aku cuma bersangka baik terhadap orang sekeliling....aku benci penipu tahu....aku benci pengkhianat..aku benci pembelot...aku benci orang yang buat baik depan orang lain tapi sebenarnya dia ade agenda tersembunyi....suatu ketika dulu...kawan aku pernah tanya aku...
"hubungan kau dengam imran (bukan nama sebenar) kekal sampai sekarang ek...dah nak masuk tahun ke 7 kan hubungan korang??"...aku senyum...betapa aku bangga aku punya imran disisi aku.....
"trust..dalam hubungan kau mesti kene percayakan pasangan kau....dan jangan terlalu mengongkong...",itulah jawapan yang keluar dari mulut aku beberapa tahun yang lalu...
tapi tanpa aku sedar...aku terlalu dan selalu sangat bersangka baik...kawan aku tanya aku.."takkan selama tu kau tak perasan dia berperangai pelik??".....aku tunduk...airmata aku menitis laju....kau dengar sini teman.....aku ini manusia biasa..aku ini tiada apa..aku seringkali menolak tepi perasaan ragu-ragu aku terhadap ramai orang.....kenapa manusia seringkali mengecewakan manusia lain atas kebaikan manusia tersebut??
kenapa???awak semua, aku mohon jangan diperbodohkan kepercayaan orang terhadap kita...kau telah membunuh jiwa mereka............................kau manusia kejam....
aku bukan bodoh,aku cuma bersangka baik...........malam ini aku rindu akan seseorang....lalu aku menitiskan airmata untuk kesekian kalinya..........................abah, nursyafiqah ini menangis lagi...
Labels:
jiwa
bumi tiada jiwa
dalam diam aku kerap mengira musim berganti musim...musim panas,luruh,sejuk,dan musim bunga seterusnya kembali ke musim panas.....tidak lama lagi aku bakal bertemu dengan musim panas yang ke-3..kemudian musim sejuk yang ke-3 dan seterusnya....dan aku seringkali juga bertanya pada jiwa milik aku...apa sudah berganjak kah kamu dari perasaan musim sejuk yang pertama itu??
dan aku bertanya lagi..apa bezanya kamu antara musim sejuk yang pertama kamu dan yang ke-3 kelak yang bakal kamu tempuhi??....lajunya masa berlalu......aku seakan rasa tidak mahu tinggalkan bumi auckland ini....dalam diam rupanya ada sedikit perasaan sayang pada tanah bukan tumpah darah ku ini.......semalam aku menulis pada seorang teman..."aku tidak mahu pulang ke bumi malaysia...jiwa aku terluka disana....khianat,gila,celaka aku rasakan terlalu dekat jika aku berpijak di bumi tiada jiwa itu....segalanya kosong..tanah itu seakan mendera aku secara diamnya....".....namun aku tidak boleh berlaku kejam pada seluruh manusia ditanah itu...aku tidak boleh pula menyiksa sesetengah hati dan jiwa yang mengharapkan kepulangan aku.......mereka memerlukan aku.mereka sayangkan aku...
teman,sebelum musim bunga ini berakhir..akan aku hamparkan bunga-bunga untuk tatapan kamu semua....terima kasih esoksemalam...terima kasih buat semua teman disini....
Labels:
jiwa
clumsy day
It was a clumsy day.yup,I mean today...
Hari ni ada appoitment dengan staff international office pula...kemas beg,buku segala untuk ke uni memandangkan aku tidak memiliki buku text...lepas jumpa rebecca aku bercadang untuk pinjam buku dan duduk study...semua orang aku tengok rajin sangat..dan aku juga mesti rajin.....inilah kehidupan..jangan biarkan diri kau kebelakang apabila orang lain sudah berlari pecut dihadapan...macam orang-orang selalu pesan..jangan mengalah sebelum berjuang.....even kau rasa kau bakal kalah pon..teruskan perjuangan sehingga tamat...lepas tuh baru kau nilai pencapaian kau......
but suddenly something messed up my mind .....sebelum jumpa rebecca aku tercari-cari sesuatu.puas aku cari...benda tu penting tahu..benda tuh adalah mende kedua terpenting selepas passport aku.....ianya setaraf dengan kad pengenalan yang aku miliki ketika dimalaysia......hampir setengah jam aku cari dan akhirnya aku istiharkan student ID card aku hilang.......rasa nak nangis pon ada.tapi for what??apabila kau sudah banyak melalui perkara yang menguji kau...so benda kecik macam ni akan buat kau terus berfikir secara waras instead of nangis.kau bukan budak kecik..kau bukan anak yang terus call orang tua dimalaysia semata-mata untuk mengadu ID card kau hilang??oh itu tersangatlah bukan aku....
aku terus pergi jumpa rebecca...Alhamdulillah urusan bersama beliau tidak memerlukan aku untuk tunjukkan ID card...aku terus cakap dengan dia suddenly card aku hilang....dia cakap.."don't worry..just give me your ID number.."....aku sedikit lega...lepas jumpe rebecca rancangan nak study terus terngendala....aku tak ada ID card..jadi aku tak boleh nak pinjam buku..dan nak tak nak aku kene buat baru...beberapa hari lagi nak menduduki final exam.....sepanjang berjalan aku mengeluh..aku letih...
begitulah....kita hanya merancang dan Allah yang menentukan..sebab tuh kita kene belajar untuk always bersedia dengan apa juga dugaan atau pun musibah yang bakal kita terima.....makin hari aku ajar diri aku untuk jadi sepositif yang boleh.sebab aku tahu tak ada sape dapat selesai masalah kita kalau bukan kita sendiri yang bertindak.......
Labels:
daily
Tuesday, October 26, 2010
she likes me.
aku hanya berjalan kesana...sambil berjalan aku bercakap sendiri dengan diri...."all the best...relax sudah."...tiba saja didepan bangunan indah itu aku terasa macam takut-takut nak masuk...itulah first time aku menjejakkan kaki kesana....terus aku menuju ke receptionist..."hye,i have an appointment with julie fisher",aku senyum....sambil berdiri aku perhatikan suasana sekeliling...sorang lelaki berbangsa pakistan kot pandang aku...aku senyum dia pon senyum balik...."your name miss?",orang kaunter tanya aku..."aaaaaa....fika"...lelaki sebelah aku tadi pandang aku terus cakap..."one of our staff named afiq and u afiqah??"...aku angguk-angguk mengiyakan nama aku afiqah sedangkan aku sebut fika not afiqah..."yup..yup..oh,dats my friend..,"...aku senyum dan kembali tengok-tengok sekeliling...."have a seat miss...julie will call u at 1"....aku terus jalan duduk atas sofa empuk tuh....berdebar.
dalam 15 minit menunggu..datang sorang perempuan...tersenyum dia tengok aku..aku senyum dia dan kami berjabat tangan...then dia suruh aku follow naik atas.....aku berdebar toksah cakap lah.... tapi nasib baik julie ni macam friendly semacam je....sampai-sampai dia suh aku isi form...lepas tuh start lah sesi soal jawab die....boleh tahan menguji saikologi gak soalan die...aku jawab je belasah...
"what kind of people around u that u don't like??" ,diantara soalan yang ditanya...julie pandang aku..aku senyum.nak jawab ape ni?aku cam blank..."rude people??",tanpa aku sedar tuh je yang terlintas....em banyak lagi soalan-soalan yang ditanya....aku jawab dengan yakinnya....then sampai kat part keje praktikal....julie buat dan suruh aku tengok..lepas tuh aku kene buat sendiri....lepas siap dia cakap..."hey,u did faster...i like u fika!",aku pandang beliau sambil senyum-senyum.terima kasih julie fisher kerana sukakan saya,harap saya dapat berjumpa awak lagi.......masa keluar dari bangunan tuh...bertemu sekali lagi dengan mamat ala-ala pakistan tuh.."congratulation...see u later."...
insyaAllah jumpa kalian lagi itupon kalau aku berjaya.
Labels:
daily
Monday, October 25, 2010
andai kita
aku suke denga lagu apa saja yang petik dari gitar.kira based on gitar sahaja....I found an awesome song just now....sedap dan ada perasaan lagu ni..itu je yang leh aku describe...time taip entry ni pon aku dengar lagu ni.......ini lagu asal saudara AJ..dan dinyanyikan sendiri oleh beliau....nice song dude....sedap gile suara kau...aku pasti lagu ni ada cerita disebalik kehidupan kau AJ....
andai kita - AJ
Hari-hari ku
Berlalu tanpa mu
Kau hanya tinggal kenangan
Tiada lagi senyum dan tawa mu
Mewarnai hari ku…
Sendiri aku merenung jendela
Berharap dikau menjelma
Andai ku bisa putarkan waktu
Akan ku hapuskan air mata mu
Oh kasih..
Andainya cinta ini
Bukan milik kita
Berjanjilah kepada ku
Tak kan pernah sirna cinta
Memori kita
Kan kekal abadi
Oh kasih
Cinta mu
Yang ku impi
boleh download di SINI
Sunday, October 24, 2010
hanyalah kerana...
"Kerana aku mencintai kamulah,aku melangkah pergi, demi kbahagiaan kamu.aku berdoa supaya 1 hari nanti kamu akan temui apa yang kamu cari.Supaya 1 hari nanti kamu akan memahami apa erti cinta yang sebenar.Supaya suatu hari nanti kamu akan dapat mengetahui bagaimana rasanya terlalu mencintai seseorang dan semoga kamu tak kan pernah terlewat lagi untuk menghargainya" [this is not from me]
dan jangan kamu sakiti perempuan lagi seperti mana sakitnya aku..
aku pasti kau akan jadi manusia terhebat yang seringkali aku hadirkan dalam doaku..
kesilapan kau yang lalu.....pasti diampunkan jika kau benar-benar bertaubat...
aku ini manusia picisan....
tiada marah lagi dari aku buat kamu...
sebaliknya hanya doa untuk kebahagiaan kamu seperti mana yang pernah kamu bisikkan pada aku...dan seperti mana angan-angan yang kita ceritakan bersama dahulu...
hey kamu.
pasti jadi manusia hebat ok?
Labels:
strength
renyai-renyai
Dear blog,
tadi kemas bilik.....tiba-tiba aku terjumpa diary...bukan diary sebenarnya...ia sekadar buku yang aku tulis ikut perasaan....aku baca tulisan tuh bertarikh 15 April 2009........
blog,
awak nak tahu tak tahun 2009 itu diantara tahun paling mendung?
selalu sahaja hujan renyai-renyai...
dan adakah tadi satu perbuatan bodoh apabila membaca kembali tulisan yang pernah ditulis tahun lalu kemudian hujan renyai-renyai melanda....haha.ok tak lawak.
Labels:
jiwa
Saturday, October 23, 2010
this is not the end of the life
setahun yang lalu...ada seseorang datang pada aku...cuba untuk tarik aku dari sangkar kesedihan itu..cuba bagi aku semangat...cuba buat aku kembali ceria...dan dia ada bagi aku sebuah video...katanya untuk aku ambil sesuatu buat jadi kekuatan....tapi hari ini aku sendiri sudah tidak berhubung dengan seseorang itu...semoga dia sentiasa berada dibawah rahmatNya...dan hari ini aku mahu share kan sesuatu buat kamu.jika sudi tengoklah video tersebut.jika tidak..aku sendiri tidak rugi apa-apa....
sometimes in life when you fall down,
and you feel like you don't have the strenght to get back up,
do you think you have hope??
because i tell you,i'm down here..face down,
and i have no hands no legs...
it should be impossible for me to get back up...but it's not.
you see...i would try 100 times to get up,
if i failed 100 times and i give up...do you think then i never get up?
NO.
but if i failed i try again and again and again..
but i just want you to know that this is not the end..
it matters how you gonna finish..
are you gonna finish strong??
are you feel hopless??broken??alone??pointless....??
sometimes in life when you fall down,
and you feel like you don't have the strenght to get back up,
do you think you have hope??
because i tell you,i'm down here..face down,
and i have no hands no legs...
it should be impossible for me to get back up...but it's not.
you see...i would try 100 times to get up,
if i failed 100 times and i give up...do you think then i never get up?
NO.
but if i failed i try again and again and again..
but i just want you to know that this is not the end..
it matters how you gonna finish..
are you gonna finish strong??
sekecewa ini...
pagi ini..airmata aku mengalir dek kerana penulisan sebuah blog....tulisan beliau mengusik jiwa aku...membuai sesuatu sampai tak sedar tertoreh bekas luka...aku terasa sakit dalam diamnya...lalu aku mengalirkan airmata...apa salah aku mengalirkan airmata dalam diam??apa salah aku bersedih depan diri aku sendiri??apa salah aku meratapi memori bahagia terdahulu??apa tak cukup senyuman,senda gurau dan gelak tawa yang aku hamparkan depan kalian?
aku dah lama nak tulis ini.cuma aku tak tau bagaimana untuk susun rasa dalam jiwa aku ni jadi baris-baris ayat yang boleh dibaca dan diserap rasanya.....tahun 1995,sesuatu yang mengajar aku tentang pemikiran waras.tentang pengorbanan dan kasih sayang.....bila diingatkan pada tahun dan ketika itu..sapelah aku...tapi aku tau aku tidak boleh mengeluh...aku dah get through semua rasa sakit pada ketika itu...aku ubati sendiri..tak ada sape membantu..mungkin kerana itu aku rasa aku lebih matang dari kamu-kamu,...cuma kadang-kadang aku sorokkan sifat aku yang itu...ada masa aku cuba untuk jadi kebudak-budakkan...aku cuba untuk memiliki sifat seperti mereka yang sebaya dengan aku...melalui zaman yang selari dengan umur aku...segalanya bagai satu percubaan.try and error.aku tak pernah give up ketika itu.keras hati dan egois sebati dalam diri milik aku.
aku jarang mengadu pada keluarga..aku jarang berkongsi pada mak abah...namun aku rajin melayan perbualan mereka sekiranya mereka seakan mendambakan perbualan kosong bersama anak-anak...jika mahu diharapkan pada anak-anak mereka yang lain...aku tak rasa anak-anak itu boleh melayan bicara kosong mereka seperti mana aku memberi respond.tapi jauh dalam hati aku kadang-kadang aku terasa aku menyorokkan kesedihan disebalik senyuman...jika orang tua itu tahu apa yang tersimpan....(aku mengeluh)
aku mahu menulis sesuatu..tapi aku rasa baik aku berhenti disini....
aku tak tau kenapa aku sekecewa ini...
sampai tulisan seseorang penulis blog mampu menggugurkan airmata seorang aku....
kali ini aku mengeluh.aku letih dengan kelemahan sendiri.
nursyafiqah...fighting!
Labels:
jiwa
Friday, October 22, 2010
sebuah lukisan
betapa aku selalu impikan bakat untuk melukis....tapi aku tak ada bakat tu...betapa aku impikan untuk hamparkan seluruh perasaan dalam jiwa aku ke atas sekeping kertas....kalau aku punya bakat sebegitu..bakal aku lukiskan buat kalian tentang sesuatu yang dinamakan kehidupan....dan mungkin aku bakal dilemparkan dengan beberapa persoalan....maybe a mini-version of questionnaire??
is she you?
kenapa lukis ni??
and they keep staring me...(damn aku tak tau nak buat muka ape)
pernah suatu hari aku teringin melukis tentang jiwa...aku hamparkan sehelai kertas...aku paksa tangan aku melukis ikut pergerakan memori.........aku cuba nak lukis.tapi payah....aku cuba nak lukis sebuah jejantas pejalan kaki...dan aku lukis seseorang sedang duduk dikaki jalan.............ditengah jalan ada sebentuk cincin...aku cuba nak letakkan jiwa dan rasa pada lukisan aku......kerana aku lukis berdasarkan memori.....lukisan aku terlalu berjiwa..sampai tak terlakar........akhirnya lukisan aku basah...aku rasa benci...lukisan itu semua tenggelam dalam tangisan bodoh seorang bernama aku...aku ronyok lukisan aku..aku buang....
dan aku tahu..usaha aku untuk buang "perasaan" yang ada pada lukisan itu tetap gagal.rasa dalam jiwa itu tertinggal......kalau boleh aku akan cuba lukis lagi nanti.....
"dah jangan nangis...nanti kita lukis lagi kay..."...
"dah jangan nangis...nanti kita lukis lagi kay..."...
Labels:
jiwa
surat rasmi
hari ni hari terakhir semester..lepas ni bermulalah semua orang bertungkus lumus untuk menempuhi final exam....aku??aku jugak kene jadi rajin..semua orang rajin..aku pon mesti....hmmm...penat.....dan hari ini juga aku dapat satu panggilan gembira....mahu saja aku share kan disini..tapi nanti lah....kalau dah confirm aku akan share.....dan hari ini juga aku kene buat surat rasmi...
tapi sumpah dah lupa format..aku pon google lah "contoh surat rasmi" .....tetibe rasa macam loser.haha...kalau lah ada cikgu bahasa malaysia yang baca entry ni....adakah anda rasa kecewa?apabila format surat rasmi akhirnya dilupakan juga oleh pelajar-pelajar anda??
disebabkan arini ari terakhir class aku rasa arini aku nak blogwalking sampai muntah sebelum aku mulakan perjuangan dan buat perangai budget nerd aku....so lepas aku siapkan surat rasmi nanti...aku nak blogwalking.....lama dah rasanya tak baca blog.....kepada sume silent reader,kepada sume memekak reader,kepada semua blogger budget femes yang asik dengki mendengki,dan kepada semua penulis blog...izinkan abang kacak nak lalu kejap lagi di blog anda......
p/s: untuk entry "cerita tentang kamu" kotak komen aku buka untuk sesape yang nak share rasa kagum terhadap blog yang direview...blogger yang direview terdiri dari blogger yang aku dah jumpa,blogger yang tak pernah jumpa,blogger yang blog best nak mati tapi dia tak kenal aku,blogger yang indie (low profile tapi best gile),blogger tak belagak, blogger yang aku usha jadik silent reader dia.....=)
p/s: untuk entry "cerita tentang kamu" kotak komen aku buka untuk sesape yang nak share rasa kagum terhadap blog yang direview...blogger yang direview terdiri dari blogger yang aku dah jumpa,blogger yang tak pernah jumpa,blogger yang blog best nak mati tapi dia tak kenal aku,blogger yang indie (low profile tapi best gile),blogger tak belagak, blogger yang aku usha jadik silent reader dia.....=)
Labels:
daily
Thursday, October 21, 2010
#2 cerita tentang kamu : wong ah ian
takziah di atas penutupan blog berterbangan milik wong ah ian.kenalan blog yang agak rapat seterusnya tutup blog...justeru sebelum ditanam mayat blog die tuh...aku terpanggil untuk cepat-cepat review mamat tuh kat sini.....sebenarnya blogger ke dua yang aku nak review perempuan..tapi memandangkan dalam kurang 48 jam lagi mayat blog berterbangan tuh nak tanam..so aku review lah dulu....lagi pon wong ah ian ni tak kurang sama macam pompuan...tak gitu??ok izinkan untuk aku guna gua-lu...biasalah aku ngan wong ah ian ni samseng sikit.
gua kenal wong ah ian masa gua join gathering blogger disember 2009 kat genting.sebelum tuh memang tak kenal langsung mamat ni...dan masa gua bagi nama nak join tuh pon,gua main sebat je redah nak pegi even organizer nya gua tak kenal...dan ian merupakan best friend kepada organizer..jadi dari situ aku mula kenal ian...kalau tak, tak de nye aku baca blog die....penuh dengan kelucahan dan silap-silap gelap hati korang tuh kalau baca.haha....tapi dia tak kurang hebatnya kalau buat entry jiwa-jiwa....perggh...syesly menusuk kalbu gua cakap lu...dia penah kot buat entry yang aku rasa ditujukan kat aku...memang sumpan tersentuh jiwa kacak milikku....cis.
selepas gathering genting,gua dan beberapa orang blogger makin rapat..berjumpa,gelak ketawa...dan membuang masa...kerana itulah misi gua untuk pulang bercuti di malaysia tahun lepas..untuk hiburkan hati yang lara....hari demi hari gua makin baik dengan wong ah ian.....apa yang gua perasan dekat dia ni....dia suka tolong orang....syes itu yang paling gua nampak lah kat dia....wong ah ian merupakan salah sorang dari 3 orang blogger yang pernah sampai kerumah nenek gua...dan pernah bersalaman dengan abah gua...tapi jangan nak gatal-gatal pikir lebih plak ye...gua dengan dia sekadar kawan....syesly kawan..itu saja...
dipendekkan lah cerita.....masa 31 disember 09 gua nak balik auckland lagi beberapa jam sebelum berangkat..dia ada sms gua...."beb,tangan gua berdarah...."..gua pon jadah ape ni tangan lu nape??blablablabla..jadi...tibalah waktu gua nak berangkat dan beberapa orang blogger ade lah datang usha gua nangis-nangis (malunye!)...lepas tuh wong ah ian hulurkan gua 2 batang pensel....dekat pensel tuh dia ada ukir sesuatu...dan gua pon tahulah kenapa tangan dia berdarah tadi.....dan sampai sekarang pensel tuh still ada dalam pensel case gua.....terima kasih wong ah ian.....mengimbau lagi pada sekitar bulan mac..calculator gua hilang...nak beli kat sini tak ada yang serupa dengan yang tuh....dan sebagai seorang yang gu akata tadi suke menolong orang....mamat ni telah postkan sebijik calculator untuk gua..katanya hadiah hari jadi....gua nak bayar balik dia tak nak...tak apa gua balik nanti gua akan bayar gak..tak dek hal lah......so,sampai hari ni lah gua guna calculator tuh...
kalau gua nak cerita pasal wong ah ian..rasa macam korang pon mesti tak nak baca...kang yang syok sendiri baca dah tentulah wong ah ian saja..sebab dok angkat dia je entry ni..tak gitu??hehe...so,sekarang gua ngan wong ah ian pon dah lama tak contact..dah lame tak gaduh..dha lame tak maki-maki sesama sendiri....dia pon busy gua rasa...awek nak jaga ade 2....tanggungjawab sebagai pelajar lagi...sebagai anak lagi..buatkan gua paham nape die semakin meyepi.....jadi gua pendekkan lah....buat lu wong ah ian...semoga dengan penutupan blog lu akan membawa kebahagiaan dalam diri lu.....semoga lu berjaya dalam perjalanan hidup lu dunia akhirat....semoga lu jaga kata-kata lu...semoga lu semakin matang dan pandai buat keputusan sendiri....selamat maju jaya........jika gua hilang satu hari nanti pergi ntah kemana....lu anggap sajalah pertemuan kita cuma mimpi...gua tak nak lu serabutkan otak lu pasal gua..jangan jangan dan jangan.....
"cerita tentang kamu" #1 : orang lidi , cakapwa
ini adalah episod pertama misi "cerita tentang kamu"...dan seperti yang tertera diatas....tuan empunya blog adalah orang lidi....dia langsung tak ada kaitan dengan aku sebelum ni.kira bukan kawan sekolah..kawan tadika..mahupun jiran kampung..hehe...mengapa dia terpilih untuk jadi blogger pertama yang aku nak cerita adalah kerana....dia rare..haha..sangat rare sampai ada suatu hari dia cakap dekat aku...."lumut,wa dah baca semua old posts lu dan setiap entry wa komen"...ok nampak tak macam mana rare tak rare nye mamat ni??dia pergi komen semua entry dari awal....dan buktinya entry pertama yang aku taip dekat esoksemalam 1 ogos 2009 yang time tu tak ada komen...hanya orang lidi yang memenuhkan kotak komen...cisss punye budak...hehe.boleh lah ke arkib esoksemalam disini sebab semua entry dah pindah kesana....
meyingkap kembali setahun yang lalu bagaimana aku mengenali blog dia iaitu cakapwa...dia seorang blogger yang lebih awal menapak diarena blogging berbanding aku...masa aku blogwalking dari blog ke blog..kebetulan 5 dari 10 blog yang aku baca tuh...kebanyakan ada sebut nama orang lidi....lepas tu dekat entry diorang ada tulis..."terima kasih orang lidi sebab lukis kan gambar ni "..lalu tertera sekeping gambar hasil air tangan orang lidi...bila dah ramai sangat sebut orang lidi..aku cuba untuk menerjah..siapakah blogger yang dimaksudkan......aku ingat lagi....first benda yang aku baca pasal orang lidi kat blog dia adalah...."orang lidi lah benda pertama yang aku lukis....".ha lebih kurang macam tuh lah...lepas aku baca blog dia....aku tak komen pon....sebab aku tau dia famous..jadik aku macam segan....aku rasa tak apa lah aku jadik silent reader saja....hari demi hari jadik silent reader blog dia..aku tau yang pada masa tuh beliau sudah berpunya...sebab ada satu entry ni...dia cerita pasal dia nak pergi melawat keluarga si awek...dengan siap beli hadiah dan tunjuk dekat blog....
namun siapa sangka....panas terik diturunkan hujan lebat......dari entry beliau suatu hari tuh sekitar oct09 kalau tak silap la..aku tau yang dia baru lepas putus cinta..dan aku tau time tuh dia sedih.....orang lidi tiba-tiba bermuram durja...dah tak macam orang lidi..eh eh eh..aku tambah2 je ni,haha...aku cuba untuk cakap sesuatu dekat orang lidi..itupon kalau dia nak dengar la...hakhakhak....dan ada satu hari aku dedicate lagu kenagan semalam nyanyian olan untuk bagi dekat orang lidi.aku nak suruh dia dengar.aku cakap.."kalau kau nangis dengar lagu ni...maknanya kau belum cukup keluarkan kesedihan kau tuh...be strong.".....dan setiap entry aku update..mesti ada komen orang lidi...dia rajin sangta datang blog aku..dialah kata..ntah apa yang dia carik aku pon tak tau..hehe
dipendekkan cerita tahun lepas sebelum aku balik malaysia aku ade buat contest esoksemalam..dan orang lidi turut memeriahkan majlis dengan penyertaannya...haha..aku gelak gila baca....dalam entry tu...orang lidi ada buat sajak untuk aku bertajuk "jiwa petrol"...rare gile sajak dia..tapi ada maksud tersirat..aku tau...ade sesuatu dia nak sampaikan kat aku......terima kasih orang lidi...tapi malangnya..orang lidi tak tersenarai sebagai pemenang...haha...ok sambung cerita...sebelum aku balik...ada bunyik-bunyik blogger nak buat gathering...aku join....dan kebetulan orang lidi pon join...masa kat genting tuh...aku tak banyak cakap sangat kot dengan orang lidi..sebab aku segan..macam tak tau nak cakap apa....tapi dia best...dia kelakar orangya..lawak slumber dia memang kadang-kadang tak terlintas pon nak buat lawak macam tuh....hehe..die rilek orangya...sangat sangat sangat merendah diri.....seorang yang terlibat dalam bidang kejuruteraan....seorang pemalu....seorang yang low profile....sopan....eh eh eh apesal banyak sangat aku puji kau ni??lagi satu orang lidi terkenal dengan lagu kesunyian iaitu lagu ciptaannya sendiri..kalai nak dengar pergi mintak kat beliau....hee
lagi beberapa hari aku nak balik semula ke auckland pada 31 dec 09,orang lidi cakap dengan aku dia nak jumpa aku sebelum aku balik nak bagi sesuatu kat aku...eh eh time tu ade jugak blogger lain.....kami jumpa di seremban...sebelum aku balik....orang lidi ada bagi aku sesuatu...sekeping kertas yang dilipat....aku pon tanya dia..."apa ni??boleh bukak sekarang ke??"...dia pon cakap..."ni masterpiece..bukak kat umah lah..aku segan...."...tapi aku tak bukak kat umah..dalam toilet tros je aku bukak...hehe.
pergggghhh...sumpah terharu.......sekeping kertas tuh adalah sajak jiwa petrol yang orang lidi tulis pakai tangan untuk aku....ade lah lukisan sikit...hehe.....memang kretip lah kau....dia suruh aku simpan mende tuh.....tapi malangnya.....................................kertas tuh aku tertinggal dekat malaysia....huhu...aku terlupa nak masukkan dalam beg untuk dibawa terbang sekali ke auckland..mesti kau sedih kan orang lidi???arrghh jangan nak ngengade sedih lak..hehe......ok lah itu saja cerita tentang orang lidi....sekrang dia pon dah jarang komen blog aku..dan aku pon apatah lagi...dah jarang gile komen kat blog die...tapi blog die meriah..pergilah....cuma kadang-kadang..entry-entry die rare sangat buat aku garu kepala untuk fahamkan...=p
akhir kata untuk orang lidi...aku kenal kau dari blog....dan lepas ni kalau kau rasa aku macam dah tak de...dah tak same macam lumut yang kau kenal dulu.....aku mintak kau buang lah rasa tu jauh-jauh...aku selalu baca blog kau....dan kalau kau nak tau..aku lagi suke blog kau yang pernah kau tulis senyap-senyap tuh...dekat situ lebih jujur....aku doakan kau berjaya dunia akhirat...bahagia dunia akhirat...dan bertemu dengan seseorang yang boleh bahagiakan kau..dan jaga kau dengan baik.......terima kasih untuk perkenalan ini..terima kasih pernah bagi semangat dekat aku...terima kasih untuk sajak jiwa petrol tu......akhir kata..kawen nanti jemput aku....hakhak..
jiwa petrol -from orang lidi
"Jiwa petrol,
itulah kau...
disimbah api sikit, dah terbakar.. hehe.
Jiwa petrol,
apahal la kau ni senang benar terbakar?
ikan goreng pun tak sesensitip kau..
sikit-sikit nak berair mata.
Jiwa petrol,
aku tahu dah banyak yang kau lalui..
kalau disiram air, sibuk pulak kau terapung.
Biasalah, ketumpatan kurang..
Jiwa petrol,
apa-apa pun kau memang berdikari,
ke sana boleh kesini boleh.
-uhuk uhukk.. terbatuk pulak aku. celakak. kat mane aku berenti tadi.-
ha... ehem.. nama pun bendalir, memenuhi ruang..
jiwa petrol,
moga-moga kau terus berbau ghau-ghau.
lupakan kisah silam mu. Kerana esok bukan semalam.."
.
Wednesday, October 20, 2010
bukan nasihat tapi pesanan
2009 adalah tahun paling celaka bagi aku selepas tahun _ _ _ _
Selepas kejadian 2009 tuh, aku seringkali murung,airmata aku boleh keluar tak kira masa,kadang-kadang suasana ceria sekitar aku pon tak mampu untuk mengubah rasa duka yang aku tanggung....bila fikir balik,aku rasa bodoh.sebab aku buat benda bodoh,aku layan perasaan bodoh,aku ikut hasutan bodoh ,tak kira siang malam aku menangis...aku tak ada kudrat nak lalui sume tuh sorang-sorang...aku jauh dari semua orang terpenting dalam hidup aku...seorang diri aku menanggung rasa ni...di bumi asing aku merintih agar semua yang berlaku time tu cuma mimpi....dan time tuh aku tahu aku sedang melalui fasa paling bodoh dalam hidup aku...kejap-kejap terasa hina juga diri ini apabila dibawa mengadap Yang Maha Esa...betapa aku merintih pedih keranan cinta manusia dan tidak pula kerana cinta Dia..hina betul rasanya...
kau orang perempuan jangan jadik macam aku...aku ini seorang yang mudah percayakan kata sape saje....maksud aku kat sini jadiklah perempuan yang pandai menilai..supaya kau tak diperbodohkan oleh lelaki....supaya kepercayaan yang kau berikan tuh tak dimusnahkan macam tuh je..supaya hati kau yang dicuri tak dibakar dalam api....takut nanti kau sakit..jiwa kau terseksa.....jadilah wanita yang bijaksana,jadik wanita yang jangan mudah terpedaya,jadilah wanita yang jangan mudah percaya...dan paling penting jadilah wanita yang bukan seorang penggoda...jangan serah dara....does it sound celaka??ye perempuan macam tuh memang celaka...kerana wanita penggoda adalah manusia paling celaka seterusnya yang menghancurkan perasaan aku..adakah aku berdendam??aku keliru Ya Tuhan.....
Labels:
reminder
menanti kau
menanti kau memang satu pengharapan..pengharapan yang rasanya seperti kau memikul batu besar dibelakang kau..diikat kemas dibelakang dan kau dipaksa berjalan beribu batu dengan beratnya yang tidak terpikul dek kau..namun kau tiada pilihan.kau terpaksa...dan kau lagi dipaksa untuk terus berjalan memikul berat meredah kesejukkan malam yang menggigit juga panas terik mentari membakar permukaan kulit......
gila hebat kan aku describe betapa menanti "kau" itu satu penyeksaan...menguji kesabaran.
dan pagi ini aku dikejutkan dengan satu "sms".aku bukak dengan tanpa perasaan seperti selalu.....namun kali ini aku tersenyum.........penyeksaan kita pada malam itu terhenti dan dibantu....aku baca sms itu seperti tak percaya....aku baca sekali lagi..""Alhamdulillah duit dah masuk...ngeeee""...aku tersenyum kecil dengan gelagat-gelagat para kami yang menanti kehadiran kau wahai duit....dan selepas 4 bulan..kau kembali menyapa.....laju jari menaip message reply "terima kasih melaporkan...=)..."...namun disekat penghantarannya..."you don't have enough credit to send this text.Please top-up so u can keep texting..."...oh begitulah keringnya poket kami selepas malam kejadian itu...namun hari ini kami kembali bernafas tenang....
terima kasih rezeki.terima kasih penaja...terima kasih Allah.
Labels:
daily
Tuesday, October 19, 2010
bila rindu
dulu ada orang cakap kat aku..dan ada orang jugak mungkin pernah cakap dekat kau semua..yang "jangan menangis kalau ditimpa masalah..masalah mana boleh selesai dengan menangis..."....aku fikir betul jugak.dan satu hari ade orang tanya aku..."apa nak buat bila rindu.?"..bila orang tu tanya aku..mende first skali yang aku fikir bila rindu ialah nangis...sebab....bila rindu kau tak boleh nak buat ape-ape...kau tak boleh nak jumpa,kau tak boleh nak cakap,kau tak boleh nak baca,kau tak boleh nak dengar apa pon dari orang yang kau rindu..kau tak boleh segalanya.....maksud aku kat sini rindu pada sesuatu yang tak wujud...kau hanya boleh layankan saja perasaan rindu tuh..dia umpama angin datang dan pergi..berkala dan bermusim..tapi rasanya bukan indah pon.rasa nya perit....
.rindu kau tu bukan sejenis rindu yang boleh diselesaikan...bukan macam rindu orang lain..rindu kau tuh..useless,hopeless dan sampai masa nanti akan jadik heartless....rindu yang tak guna...so, masalah kalau ada kita masih boleh selesaikan,jadi jangan nangis...tapi bila kau rindu yang tak boleh diselesaikan...kau nangislah....sebab memang tak boleh selesai...kau nangis sampai kau penat.sampai kau tertidur dengan airmata....sampai esok pagi kau tengok bantal kau basah...airmata kau kering..lepas tuh kau bangun pagi teruskan hidup senyum macam biasa.....
Labels:
reminder
Monday, October 18, 2010
kalau aku tahu
dear blog,
bila aku tengok gambar seseorang tu pakai jubah,ambil sijil..mata aku tertumpu pada senyuman kepuasan milik dia...aku pandang lama-lama skrin rata depan aku....aku pandang seolah-olah gamba tu berjiwa walaupun ia sekadar gambar kaku....aku cuba nak senyum sama macam watak manusia dalam gambar tuh..tapi aku gagal....mata aku jadik panas...air liur ditelan berkali-kali.....aku alih pandangan aku pada dinding..dan aku kembali tengok senyuman tu.......mata aku bergenang..cepat-cepat aku bangun pergi tandas...aku amik wuduk...biar muka aku basah dengan air wuduk...biar airmata aku tenggelam dengan air wuduk....
blog,
kalau boleh aku memang tak nak nangis kerana kisah lalu..kalau boleh aku memang tak nak tunjuk dekat semua orang yang hati aku sedang bersedih..kalau boleh aku tak nak tunjuk apa yang aku rasa....blog,aku tak lagi ngadu kat sape-sape tentang perasaan aku....aku tak lagi bercerita pada sape-sape tentang impian aku..dan tak lagi bagitahu orang harapan aku....
blog,
aku sebenarnya tak suka bila ada orang cakap dekat aku..."kenapa kau tak ceria macam dulu..."..."kenapa nampak lain hari ni...."....aku tak suka...sebab ayat mereka betul-betul buat aku mahu lepaskan tangisan aku depan mereka...tapi mana boleh.....
kalau aku tahu betapa besarnya cinta Allah...sepatutnya aku takkan nangis dek pengkhianatan manusia....tapi selagi aku menangis kerana kisah lalu....selagi tuh sebenarnya aku belum betul-betul rasa cinta Dia...jahil kan aku?
kalau aku tahu betapa besarnya cinta Allah...sepatutnya aku takkan nangis dek pengkhianatan manusia....tapi selagi aku menangis kerana kisah lalu....selagi tuh sebenarnya aku belum betul-betul rasa cinta Dia...jahil kan aku?
Labels:
jiwa
baik mengaku...
perasan die best bile berjaya terjah blog silent reader...rupenye anda silent reader??memang ramai diantara yang baca blog ni silent reader...dan diorang ni tak pernah pon sekali tinggalkan jejak,..maksud saya komen (masa ade kotak komen)....mereka lebih suke follow mahupun baca senyap-senyap...ada silent reader datangnya mungkin dari contest yang pernah saya buat tahun lepas,mungkin juga yang jumpa dari blog orang lain,mungkin jug esebab blogwalking...dan dan dan mungkin juga mereka tahu cerita disebalik tulisan-tulisan saya..lalu mengikuti apa lagi yang ingin saya tulis....mungkin.
mungkin ada diantara anda yang harini terkejut apabila saya tiba-tiba datang blog anda hari ini dan komen sedangkan anda tak pernah tonjolkan diri di mana-mana celah blog ni..umpama "eh,macam mana die tau blog aku dan terjah balik???"...hehe.....
tak salah jadik silent reader.saya pon silent reader pada beberapa buah blog.
so,anda silent reader kan?baik mengaku.
so,anda silent reader kan?baik mengaku.
Sunday, October 17, 2010
kenapa kenapa kenapa kenapa
dulu saya ade blog...nama blog tuh seliparbesi...time tuh saya ade esoksemalam dengan seliparbesi jer....dekat seliparbesi tuh tak ramai yang baca...tapi ade jugak yang rajin tekan butang follower tuh jadik 72 orang...saye tak kisah sape pon mereka...dan saya tutup ruangan komen...saye tulis ikut suka saya....saya rasa saya tulis kat situ jujur gile.......pernah saya tulis entry tajuk "babi" kot kat situ...saye tulis sambil nangis-nangis....sebab time tuh saya marah seseorang sebab buat mak saya nangis....saya tau dunia ni complicated..saya tau masalah tak boleh selesai kalau menangis..dan saya tahu tak guna marah-marah...
dan sebab tuh lah sekarang ni saya rasa..saya susah sangat nak marah...
masa saya tulis kat seliparbesi tuh..saya tau tak ramai yang baca..dan blog tuh memang senyap-senyap kat situ..tapi entah macam mana...suatu hari saya rasa saya nak tutup blog tuh...lepas tuh saya tutup akaun facebook nama lumut tuh...saye buang kawan-kawan blogger saya dekat akaun facebook nama nursyafieqah tuh....saya rasa saya perlu jadik macam dulu..yang tak kenal sape-sape...
lepas saya delete seliparbesi yang penuh sangat kejujuran tuh.....suatu hari saya dapat tahu rupanya blog seliparbesi tuh ade seseorang yang saya tak nak sangat dia baca blog tuh dah tahu blog tuh......saya ingat die baca esoksemalam je....ntah camne ntah die tau seliparbesi..lepas tuh saya rasa dia terlalu minat dengan penulisan saya....saya bukan artis tapi die suke sangat stalk life saye..saye rase die takut kot saya rampas ape yang die ade.......
awak semua faham tak yang saya ni tak ada ape-ape???
kenapa mesti nak jatuhkan saya???
nak berlagak baik dengan saya???
kenapa nak suruh saya menangis lagi????
awak semua janganlah jadik jahat...saya betul-betul sedih..tapi saya gelak-gelak...bodoh kan saya?
Labels:
jiwa
rasa sikitlah
terdapat lah beberapa orang kawan yang cakap budak belajar oversea ni kaya.yup dulu aku pon fikir macam tuh,tapi apehal plak kan kaya???kami bukan anak dato',bukan semua mak ayah kami golongan yang berada....dan kami datang sini semata-mata kerana duit yang diberi..bukan sebab kami kaya....wah hujah.meletop ni.
so ada student dapat duit sebulan sekali,ada plak 3 bulan sekali,4 bulan skali pon ada,yang dapat hari-hari duit pon ada...tu citer mak ayah toke balak lah tu.hehe...jadi aku dapat duit 4 bulan skali..termasuklah duit makan,duit umah,duit beli syampoo,duit beli tisu,beli periuk,beli pen baru kalau pen hilang...ha sume pakai duit tuh...kalau pompuan plak lebih sikit lah tiap-tiap bulan bile sampai waktu special bulan mengambang mesti ada "barang" kene beli...lelaki mane ade beli "barang special" tu tetiap bulan...so memang sepatutnya lah duit belanja kami kene lebih dari lelaki kan???kan kerajaan kan??tambahan plak kami kat sini tak ada kampung..so bila cuti nak jugak kami berjalan...takkan nak duduk dalam bilik tengok dinding sampai retak???jadi nak jalan kene duit lagi....nak sambut hari raya pon kami nak duit jugak..patotnya kerajaan kene kira alaun sambutan hari raya..yelah nak sambut hari raya kami sume kene settle sendiri..mana ade kampung nak balik...so nak duit jugak kan??tuh tak kira kalau seluar dalam tetibe hilang ke..terkoyak ker...nak beli yang baru nak duit lagi...tetibe plak laptop rosak cam aku harituh..so mane nak cekau duit??mak abah bukan golongan berada.....so mane?mane?oh duitttt....
al-kisah dapat je duit bulan 6 harituh aku dan kawan-kawan serumah pakat lah bayar duit rumah sampai bulan sepuluh..perbelanjaan bijak kene rancang orang kata...ha bijak lah sangat.....jadi kami ni duduk apartment luar bersama manusia luar yang lain yang kaya raya tak payah cakap lah....tauke apartment kami ni golongan mata sepet yang cakap english pon kadang-kadang kene bukak kamus lagaknya....but then itu tak menghalang mereka untuk bersikap mata duitan dan berlagak kacak...dan semestinyalah mereka tu langsung tak ada sikap berperikemanusiaan atau pon tolak ansur yang diamalkan dalam masyarakat melayu kita..(apelah dah macam racist ni?).yang paling penting kami sangat meluat dengan owner apartment kami duduk ni.....itu yang paling penting....
harap muka je kacak tapi otak ada je yang terbengkalai...bila orang cakap bukan nak faham.lepas tuh menyusahkan orang...so kami sebenarnya nak bayar sampai habis bulan sepuluh..but then pungpangpungpang sebenarnya bayaran kami sampai 7 oktober saja.....natijahnya...malam tadi kami nak masuk rumah swipe card kene banned...dah macam homeless lah...kalau mak ayah kat kampung tengok ni boleh menangis tengok keadaan kami malam tadi.... lepas tuh tak boleh masuk rumah kene lah pergi mengadap muke lelaki-lelaki itu....kami cakap lah kami ni student duit tak masuk lagi....blablablabla...biasalah orang mata duitan mana nak dengar hujah kami....dasar tak ada nilai kemanusiaan begitulah...terus dia cakap..."u all kene bayar jugak $1500 untuk bayaran 3 minggu iaitu last week,this week and next week..kalau tak ...tak boleh access card untuk masuk rumah...."..kuang asam punya orang...tamak betol...maknanya sorang kene bayar $500 malam tadi jugak kalau tak tak boleh masuk rumah......WHAT DERRRRRR....nak bayar ngan ape?bulu ketiak?...duit masuk bulan 6,sekarang bulan 10..dalam bank aku ada $150 jer....kad kredit plak dah berhutang sampai $400...haha.....jadi alam tadi apabila kami duduk depan atm..dan kira-kira duit masing-masing untuk bayar...aku rasa macam.....ah rasa macam-macamlah...
so malam tadi aku terasa sikitlah macam mana orang yang hidup berhutang..yang ada plak sampai gila kerana duit...tak dapat bayar hutang..bankrap..bunuh anak bini....patotlah..memang terasalah tekanan.....nasib baiklah bank kat sini boleh overdraft duit...tak macam kat malaysia yang at least kene tinggal RM10 dalam bank...so aku pon kuarkan duit lebih $150 yang aku ada dalam bank..so sekarang ni berhutang plak ngan bank semata-mata nak bayar malam tadi jugak...hutang kad kad kredit lagi.....gilelah..so sekarang memang kering...duit yang ade sekarang adelah duit-duit syiling sikit yang ada dalam laci aku ni..................................
bila duit nak masuk ni...............................................sabar ajelah.
.
Labels:
daily
Saturday, October 16, 2010
satu alam baru
cerita tentang penempuhan satu alam.perlukan pengorbanan..perlukan pemikiran yang waras..perlukan tindakan yang berani....bersedia dan bersikap matang.....sebelum berjaya masuk ke alam itu pon sudah banyak dugaan inikan pula apabila sudah berada di alam tersebut....aku doakan kalian semua berjaya..berbahagia...sentiasa berada dalam rahmatNya....aku sekadar mendoakan dari jauh.......tidak kurang dari itu juga...aku mahu dia sedar dan tidak mengulanginya.....
dibawah sinaran matahari yang terik...debu-debu asap jalanan yang terpaksa disedut ke rongga paru-paru dia sabar menanti...kejap-kejap jam ditangan diusha nya....sekadar menunjukkan reaksi dia sudah lama menanti kehadiran bas untuk pulang....
truuutttt...trruuuttt....(telefon nokia 3310 berbunyi dengan tertera nombor yang tidak dikenali)gadis itu nampak hairan...malas-malas butang hijau ditekan tanda dia bersetuju untuk menerima panggilan itu.namun dia senyap tanpa memulakan sapaan...dia menanti suara dihujung talian sana.
"hello Assalammualaikum.....".ringkas sapaan tersebut namun mampu menghasilkan getaran didalam hati gadis itu...dia yakin suara yang menyapa nya adalah milik seseorang yang pernah memegang watak dalam cerita hidupnya....dia tersekema...masih menyepi.
"awak kenapa senyap??"lelaki itu cuba untuk memecahkan kesunyian..dia seperti tahu apa yang bermain difikiran gadis itu."saya perlukan bantuan awak"jelas tujuannya.
"awak kenapa senyap??"lelaki itu cuba untuk memecahkan kesunyian..dia seperti tahu apa yang bermain difikiran gadis itu."saya perlukan bantuan awak"jelas tujuannya.
"waalaikummussalam",bernada sebak.setelah 5 tahun pergi tanpa berita...hari ini dia seakan tidak percaya dia sedang bercakap dengan seseorang yang pernah menghuni perjalanan hidupnya...sekadar merasa perit didalam hati.dia bertahan.kali ini tiada lagi airmata yang jatuh.......cukuplah untuk 5 tahun yang lalu....
"saya nak kahwin dengan maria,tapi ibu saya tak setuju..saya tak tahu kenapa dia sangat bencikan maria...awak tolonglah saya.hanya awak yang boleh yakinkan ibu...apa salah saya sampai ibu buat saya macam ni.....",suara dihujung talian semakin tersekat-sekat.seakan mengalirkan airmata...namun gadis itu tetap tabah.dikeras kannya hati agar airmata tidak turut tumpah...
"awak,walau apa pon yang dah berlaku..saya tak pernah dendam dekat awak..dalam doa saya,saya selalu sertakan awak.doakan awak bahagia....berjaya....walaupun dah 5 tahun kita tak pernah jumpa..tak pernah tau berita awak...tapi saya selalu doakan hati ibu awak lembut untuk terima maria...apa yang saya boleh cakap dekat awak.....ceritalah perihal sebenar kepada ibu..agar dia mengerti...jangan dihukum orang yang tidak bersalah....dan untuk awak.....fikirkan balik mengapa awak sayangka dia..dan apa tujuan untuk kalian hidup bersama.....insyaAllah...Dia akan permudahkan urusan awak.....mohonlah keampunan atas dosa-dosa lalu...ibu selalu berpesan pada saya..jadi anak yang menyenangkan hati ibu bapa...dan saya yakin ibu awak juga mahukan itu dari awak...selama 5 tahun ni,ibu selalu hubungi saya...semangat yang saya ada hari ini juga adalah semangat darinya....ceritakan perihal sebenar...jangan hukum mereka yang tidak bersalah...maria punya hak untuk memiliki awak....".perbulan mati secara tiba-tiba...telefonnya kehabisan bateri...dia merenung jauh pada jalan dihadapannya....deruman kereta dan kesesakkan jalan raya dirasakan seolah-olah kosong..sekosong fikirannya...
dan aku tersedar..yang aku sedang bermimpi.....jadi semua tadi tu mimpi je lah??aku duduk dikatil.....aku renung kedepan.......alahai mimpi saje..tak ada apelah.
p/s : selamat pengantin baru kepada sesiapa yang bakal mendirikan rumah tangga..dan selamat menjaga rumah tangga kepada semua pasangan yang dah ada rumah dan tangga..hee...dan selamat mencari pasangan kepada mereka yang sedang mencari...hehe......semoga segala urusan dipermudahkanNya....
.
Labels:
mimpi
Friday, October 15, 2010
at the end..
yup..at the end.."what will be will be.."..sape tah cakap camtuh aku quote balik ...susah kan kalau kita rasa kecewa dengan diri sendiri..kecewa lah senang cerita...minggu depan minggu terakhir semester...lepas tuh semua orang akan bertukar jadik ulat buku kononnya...ade jugak jadik ulat bulu...biasalah tuh gaya nak menempuh final exam lah katakan..semua dok pakat nak jadik nerd....fuh fuh fuh...so marilah ramai-ramai bersedia menempuhi final exam...
lepas tuh kebanyakkan orang akan terbang pulang ke malaysia...mesti auckland sunyi.....tak apalah..sesunyi nya auckland....sunyi lagi perasaan yang tak rasa apa....what derrrr tulis cenggini??haha
spring 2010
buat yang bertanya...ini bunga sakura..
sumber gambar : koleksi peribadi
Labels:
daily
mengingatkan aku...
"belia benci exam"....fenomena biasa.disatu meja berbentuk bujur...duduklah aku,temah dan ali (bukan nama sebenar)...terkuil-kuil lecture notes dan soalan didepan mata.jadah ape ni blur tak tahu nak jawab ape...aku pandang temah dan ali..masing-masing kusyuk menyumbat ilmu dalam kepala hotak masing-masing...aku selak buku teks dari depan ke belakang kembali kedepan....pen diketuk-ketukkan diatas meja konon-konon nak buat gaya budak pandai....kalkalutaor dari dalam beg dikeluarkan...saja kasi nampak gempak budak study....tiba-tiba fon ali berbunyi "krrrriiieeeettttt" (lebih kurang la,kalau korang ada fon sony ericsson ade bunyi ni) tanda message masuk...
aku terus rasa tersentap...terasa yang luar biasa...macam rasa airmata nak bergenang pon ada....jadah ape ni??entah lah..rasa dia lain macam...lain sangat-sangat rasa nak tekup muka dengan bantal pon ada......
"ali...tukar bunyik message lain boleh??nanti message kau masuk lagi aku tak boleh dengar lah tone yang tadi tuh....mengingatkan aku pada sesuatu.....",entah hati rasa sebak tiba-tiba....celaka terus rasa tak kacak bila emosi dalaman tiba-tiba berubah..tapi aku still gelak-gelak bila temah dan ali pandang...bunyi message yang ali guna tu aku pernah guna suatu ketika dulu...masa aku belajar dekat uniten...lama aku dengan fon sony ericsson tuh..banyak sangat kenangan manis yang aku ada ketika aku guna ton tuh...bila aku dengar ade orang guna bunyi message tuh,terus mengingatkan aku tentang kehidupan yang lalu....betapa setiap kali bunyi tuh kedengaran ketika itulah tangan aku tangkas mencari fon.....kira kalau ofer fon dengan double-cheese burger mcD...fon aku amik dulu....bunyi tu juga mengingatkan aku betapa mudahnya kepercayaan aku dipermainkan..dan mengingatkan aku tentang kehidupan dulu yang sekarang sudah berubah 360 darjah.....
pernah tak rasa macam tuh??bunyi yang kau dengar,lagu yang berkumandang,bau yang kau hidu seboleh-bolehnya akan kau jauhkan agar luka lama tidak kembali berdarah...susah wooo mau cari ubat....
tapi gua stay cool.kata kacak.
Labels:
jiwa
Thursday, October 14, 2010
tak jadi lah
mula-mula ada niat jugak nak feel balik sorang-sorang kat sini sebab since blog ni ada masalah teknologi yang aku tak tau selesaikan...aku tinggalkan esoksemalam dan akhirnya sunyi...so 2 hari lepas aku saje je datang untuk jerit-jerit dekat rumah kosong ni....joget-joget sikit buat tarian lambak sume.......tapi bila HUDALUNA jerit dekat aku "woi!!blog kau feed die dah ok lah!",lebih kurang cam tuh lah makcik tuh jerit....aku terus macam..."erk....jadah ape ni??",tetibe rasa malu lah kan tak jadi nak joget-joget sorang-sorang kat sini....dan jauh dilubuk hati terasa..."wow.....esoksemalam dah boleh kembali bernafas macam dulu..."
so anggap lah ini kes mayat hidup balik..
bolehlah kalau nak cakap esoksemalam ni rumah hantu....lagi cool ape?hehe.
"welcome back lumut...i really miss u...",jerit esoksemalam dekat aku sambil dicium-ciumnye pipi aku...didakap eratnya aku bila nampak aku kembali 2 hari lepas....rindu betol gamaknya tuh.....
Wednesday, October 13, 2010
rasa macam indie
walaupun gua bukan power main gitar macam yuna..tapi bila gua datang balik menulis dekat esoksemalam ni gua rasa macam indie..macam underground....rasa macam mula-mula buat blog...rasa macam time tuh sunyi saja blog...time tuh gua tulis dekat esoksemalam pon nangis-nangis lagi....
dan gua rasa best lah.
best sebab sini sunyi...biarlah saya mahu menulis,jangan halang.
selamat pagi
selamat pagi jiwa.....
semalam ibu kamu ade ym saya..seperti biasa pesan ibu kamu belajar rajin-rajin...ibu kamu tak pernah bosan bagi semangat dekat saya walaupun wanita itu tahu saya seperti tiada hati lagi ingin meneruskan semua ini....ibu kamu selalu berpesan....jangan berhenti melangkah kerana satu penyesalan....sebaliknya jadikan kegagalan itu pembakar semangat untuk terus kehadapan.......
"fiqah,makcik tak tahu kenapa makcik sayang fiqah sangat...makcik selalu doakan Allah bagi fiqah kekuatan untuk teruskan kehidupan dan ceria seperti dahulu....fiqah jangan muram..lawan perasaan lemah tuh......"
dan aku sekali lagi menitiskan airmata membaca apa yang ditulis ibu kamu....
aku sayang ibu kamu...seperti mak aku sendiri...
dan untuk kamu,tahniah atas kejayaan kamu....sudah berjaya menerima ijazah beberapa hari lalu.
Tuesday, October 12, 2010
rindu
lebih sebulan aku tinggalkan blog ni....teringat macam-macam kisah esoksemalam....kenapa pilih nama lumut aku sendiri tak tau...sekarang tempat ni sunyi sangat....
hello hello..ade orang ker?
hehe
sekadar rindu mahu menulis disini..
hello hello..ade orang ker?
hehe
sekadar rindu mahu menulis disini..
Subscribe to:
Posts (Atom)