Selamat hari raya. rasa masih belum terlambat. raya aku tahun ni aku buat semuanya untuk gembirakan anak-anak. raya tahun ni semua orang rasa meriah kan? tapi tak untuk aku.. aku tak rasa apa-apa. tapi bila tengok anak-anak happy. at least aku rasa aku dah buat benda yang betul dan aku rasa aku berjaya lalui raya 2022 ni untuk happy kan mereka.
7 May haritu ada drama...7 mei tu adalah birthday aira yang jatuh pada hari raya ke-6... masa raya ke-5 da sambut awal dengan mama dekat rumah wan dan atok. so keesokkan harinya malam pukul 8 malam ayahnya message nak datang ambil tapi dua-dua nangis tak nak tidur sana. yang ayahnya nak amik tidur sana...tapi Aira Airyn nangis beriya tak nak. puas jugak aku pujuk cakap tak pela 1 malam je..mama tak ada pergi mana-mana... mama tunggu Aira Airyn balik. masa pujuk kakak...dia cakap "okay..kakak pergi.." . walaupun cakap ok...tapi aku tau dia tak ok. nangis senyap-senyap tepi pintu...kakak memang macam tu akan cuba jawab okay dan ikut walaupun hati berat... dia bukan jenis budak yang suka mengamuk nangis kuat-kuat jerit-jerit... aku tengok pon kesian dan aku pujuk lagi dan lagi....
Airyn time tu tak nangis..cuma dia cakap tak nak tidur sana...dia just nak pergi kejap then nanti nak tidur dia nak balik...rumah neneknya lebih kurang 5 minit je kot. tapi ayahnya berkeras nak bawak bermalam... aku memang tak kisah sebab itu hal anak dan ayah. aku dah pujuk..aku tanya kenapa tak nak tidur sana... dulu dia jawab kakak nak ayah tidur sama2...sekarang dia jawab jawapan lain which is "kakak tak nak tidur luar".. sebab dekat sana dia selalu kene tidur luar depan tv jadi dia tak suka dan tak biasa. ntah lah. aku serba salah. anak-anak dah la perempuan..bagi aku seeloknya tidur dalam bilik sebab rumah tu bukan semua perempuan.
8.30pm ayahnya sampai. airyn yg mula-mula diam je tadi da mula nangis dan memberontak tak nak keluar rumah. beg semua da siap aku pujuk airyn pergi kejap ye...dia keraskan badan tak nak keluar rumah...kakak da nangis kt luar minta adik cepat keluar sebab ayahnya dah ada luar pagar. aku tak bukak pagar lagi..sebab dok pujuk airyn yg keraskan badan...aku cuba angkat dia...dia tahan pintu...aku tak boleh tutup pintu sebba nanti tersepit...time tu aku dah sedih...aku benci betul situasi ni kene tengok anak-anak nangis tak nak berpisah dengan kau.. orang yang tak ada dalam situasi ni takkan faham. dan aku pon tak minta orang rasa dan faham. aku tolak sikit tangan airyn supaya jangan pegang pintu...aku tutup cepat-cepat....airyn nangis sekuat hati kali ni dah high pitch..aku bukak gate..ayahnya masuk. aku rasa jiran sebelah dengar je drama anak-anak menangis tak nak ikut ni.
bila ayahnya masuk aku just dengar dari dalam aku expect dia nak pujuk anak elok-elok..tapi dia pulak macam melenting sebab budak-budak ni nangis macam beriya sangat. sudahnya ayahnya pon terasa hati marah budak-budak ni cakap tak nak ikut tak apa la tak nak pergi tak pe...aku dah WhatsApp ayahnya cakap dorang tu bukan tak suka nak jumpa..bukan tak nak pergi beraya rumah nenek...cuma mereka tak nak tidur sana je...kalau tak tidur sana budak-budak ni excited je nak pergi sana main dengan cousins semua. tapi ntah..ayahnya pon berkeras jugak tak nak bawa dorang sebab dorang tak bermalam. pening la kepala aku nak selesaikan. fikir la sikit anak tu. jangan paksa-paksa. aku expect dia pujuk cakap ok kita pergi sekejap je..nanti dah main-main kat sana kita balik tidur sini..lagipun bukan jauh..5-10mins je jarak.
ayahnya da gerak..aku bukak pintu..Aira airyn masuk rumah...aku tengok aira seret beg dia sekali dengan kotak kek dia pegang tangan sebelah...sayu hati aku tengok..memang sedih...mesti ayahnya nak sambut birthday dengan anak-anak...aku cuba letakkan diri aku kat tempat ayah diorang. agak sedih. aku tahan je tak nangis....aku tahan walaupun aku dah sebak.
aku cuba la message lagi ayahnya untuk cuba mengalah..means amik je anak-anak bawa beraya kejap dan tak perlu tidur..aku boleh tunggu even sampai tengah malam sekali pun dia nak hantar.....biasalah budak-budak..tapi tu la..ayah nya plak berkeras tak nak. yang sana nak merajuk dengan anak...yang anak sedih nak tidur rumah sendiri..nak ada mama..dan tak nak tidur rumah nenek. memang susah aku nak selesaikan. last-last aku sedih sorang-sorang.
aku tahan air mata je. aku tulis je kat sini sekadar untuk aku just nak cerita kt diri aku sendiri...dimana aku kene tahan untuk tak tunjuk aku sedih depan anak-anak..walaupun aku benci tengok situasi tu. sebab aku nak anak-anak happy je. so aku pon senang hati. tapi tengok drama tadi tu memang meruntun hati aku ni.
dan 2 hari lepas iaitu 17 may adalah sepatutnya anniversary kami yang ke 8. ye...tahun ni tahun ke 8 kami. dan 2 hari lepas aku memang teruskan rutin macam biasa tanpa sedar 17 may tu adalah hari aku nikah 8 tahun dulu. sebab 17 may tu sebenarnya dah lama jadi tarikh yang tak bermakna untuk aku...bukan sebab tahun ni je dia tak bermakna atas kerana perpisahan ni...tapi da lama aku tak sambut tarikh ni macam pasangan lain...
so bagi aku tak apa..sebab tu dah lupa sebab 17 may ni dah lama aku tak sambut..aku tak diingatkan...apatah lagi tarikh ni aku diraikan. aku ok. aku dah biasa.
perjalanan hidup aku dari dulu yang jauh dan sukar membuat aku dah sangat mahir sembunyikan apa aku rasa. tak ada apa lah. sebab aku ok. aku akan ok. dan tak apa kalau hidup aku tidak sebahagia orang lain yang bahagia. aku memang dah terima semuanya dengan redha. dan aku jalan terus. dan aku sesekali tak harapkan apa-apa kebahagiaan yang aku akan dapat melainkan aku cuma nak tengok anak-anak aku ok dan happy.
aku cuba buat yang terbaik...aku penat tak apa..aku cuba jadi mak yang terbaik untuk dorang walau aku ni banyak kekurangan. aku besarkan sorang2 pon tak apa..aku tanggung semua perbelanjaan pon tak apa. sebab Allah bagi anak dan kerja aku hari ni untuk aku jalankan tanggungjawab dan jaga amanah ni kerana Allah. aku sedang ajar hati untuk buat semuanya kerana Allah. dan aku juga sedang cari diri aku yang ceria dulu... dah mati. aku dah tak banyak cakap..nak bergaul dengan orang aku jadi malas....aku banyak pendam..sebab aku rasa tak ada apa untuk aku cakap dengan manusia lain. itu yang aku rasa sekarang.
terima kasih untuk kisah 8 tahun yang menghancurkan segala janji kau pada aku.
dan terima kasih untuk 8 tahun yang buat aku semakin keras macam besi. walaupun hati aku lembik dan tersangatlah tisu. sebab hati tisu ni lah aku bodoh mudah kesiankan orang dan percaya aku mampu tarik kau ke tempat yang tinggi. semuanya tinggal kenangan untuk aku. Allah dah bagi ujian ni dan aku terima dengan redha...
drama 7 mei yang sedih
from mama with ❤