Sabtu, 28 Mac 2009

Motivasi Anak Perantau

Marilah sama2 kita hayati mesej yang ingin disampaikan kepada kita dalam video ini.....Adakah kita sudah laksanakan harapan yang telah dipundakkan ke atas diri kita semasa ini melangkahkan kaki ke perantauan ini...
Sama2lah kita fikir2kan....




Koleksi Mutiara Kata 3

• "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

• " Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

• " Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)

• Hadiah Terbaik Kepada kawan -Kesetiaan Kepada musuh -Kemaafan Kepada ketua -Khidmat Kepada yang muda -Contoh terbaik Kepada yang tua -Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan -Cinta dan ketaatan Kepada manusia -Kebebasan

• " Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki.
( A.L Alek Wong)

• " Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu membenci seseorang, kelak kita akan menyayanginya."

• "Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

• " Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

• " Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

• " Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

• "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

• "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)

• " Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali)

• "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

• " Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

• "Orang yang paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

• "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

• "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

• "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

• "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

• "Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapaiyang tertinggi."

• "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

• "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

• "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

• "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

• "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

• "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik." "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

Isnin, 23 Mac 2009

Koleksi Mutiara Kata 2

• Mutiara Kata Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat

• benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"

• Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

• Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

• Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

• Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

• SAHABAT YANG BAIK ADALAH ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

• "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

• "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

• "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

• JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT,

• JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.

• Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

• "Usah dituruti reaksi emosi, lantaran implikasi tak serasi dengan apa yang diimaginasi "

• Wanita/Perempuan Diciptakan Bukan Daripada Tulang Rusuk Atas Untuk Memerintah, Bukan Daripada Rusuk Bawah Untuk Dipijak, Tetapi Terletaknya Rusuk Itu Di Bahagian Dada Dan Berdekatan Dengan Tangan Bermakna Tangan Yang Membelai Dan Hati Yang Mempunyai Perasaan Dan Kasih Sayang.

• "Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." (La Roche)

Sabtu, 21 Mac 2009



Tahniah kepada adik Nik Nur Madihah atas kejayaannya menempa sejarah pendidikan negara dengan pencapaian 20 A. Iaitu dengan pecahannya 19 1As, dan 1 2A. Bagi individu berlatarbelakangkan agama seperti saya, kejayaan ini lebih manis apabila datang dari seorang muslimah yang sempurna penutupan aurat dan bersekolah agama. Lebih manis lagi apabila ia lahir dari sebuah keluarga yang tidak berada dari sudut kebendaan, tidak pula dilimpahi kemudahan-kemudahan tambahan seperti tuisyen dan lainnya.
Kenyataan Nik Nur Madihah yang berterus terang berkenaan kebiasaannya berpuasa Isnin Khamis turut memberikan impak positif kepada ibadah puasa yang adakalanya dilihat serong oleh manusia bertuhan aqal (mereka adalah kumpulan sekular), yang sering mendakwa puasa boleh membantutkan prestasi pelajaran dan kerja kerana keletihan dan tidak bermaya.
Tudung labuhnya tidak menutup mindanya dari cerdas sebagaimana anggapan dan tuduhan sebahagian wanita moden yang amat membenci pakaian Islam ini. Bibirnya tidak perlukan warnaan merah lipstick, matanya tidak perlukan eyeshadow warna abdomen langau yang kehijauan dan pipinya tidak perlukan blusher merah agar dilihat bijak. Semuanya natural. Beliau juga tidak perlukan skirt pendek bagi menampaknya kecekapan mindanya.
Mujurlah adik Nik tidak memaklumkan berkenaan ibadah solat malam dan tahajjudnya. Jika tidak tentunya bekas pemimpin yang pernah ‘membantai' solat malam dengan hujjah ia memundurkan prestasi pelajar akan seolah-olah ditampar kiri kanan serta terkena jurus ‘flying kick' di perut.
Ust. Zaharuddin

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya ke rumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

• Mengapa orang Islam sembah kaabah
• Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
• Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
• Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
• Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 – konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keikhlasan.

Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. Saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.

Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu...Islampun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaALLAH mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaALLAH.

Catatan : Kiriman kenalan.

Khamis, 19 Mac 2009

Koleksi Mutiara Kata 1

• Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur.
• Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
• Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
• Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
• Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
• Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
• Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
• Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
• Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
• Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
• Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
• Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
• Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Rabu, 18 Mac 2009

NASIHAT LUQMANUL HAKIM SEBELUM MENINGGAL DUNIA

Luqmanul Hakim R.A. mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan:
“Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:-

1.Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.

2.Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.

3.Beramallah dengan hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.

4.Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu(dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.

5.Beranilah engkau melakukan maksiat(kepada ALLAH), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab ALLAH.

6.Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada ALLAH, carilah tempat yang lain di mana ALLAH dan malaikat-Nya tidak dapat melihat akan dirimu.

Selasa, 17 Mac 2009

Al-Mukminah As-Solehah

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على سيدنا محمد خاتم الأنبياء و المرسلين
وعلى آله و صحبه أجمعين

Alhamdullilah, kita berasa bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan perkenanNya jualah kita dapat menyusun sebuah makalah kecil yang diberi judul AL MUKMINAH AS SOLEHAH. Makalah ini, InsyaAllah sesuai dibaca oleh masyarakat umum lebih-lebih lagi bagi wanita-wanita Islam yang ikhlas serta ingin mendekati ajaran ALlah SWT dengan sebenar-benarnya.

Sesungguhnya untuk kembali menghayati Islam kita perlu kembali kepada proses awal Tarbiah (pendidikan) Islamiah yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W dibawah petunjuk Ilahi. Proses Tarbiah ini perlulah diikuti dalam pembentukan sebuah Ummah Islamiah (pegerakan Islam). Asas untuk memperbaiki Ummah ialah dengan memperbaiki usrah (keluarga) dan permulaan untuk memperbaiki usrah ialah dengan memperbaiki wanita.

Wanita disebut (mahaguru 'alam), mahaguru yang mula-mula sekali berperanan untuk mendidik generasi kita (atau mana-mana generasi sekali pun.) Wanita yang tangan kanannya menghayun buaian dan tangan kirinya bisa menggegarkan dunia. Sehingga ada pepatah mengatakan bahawa wanita itu sungguh mempengaruhi hidup manusia di mana seorang ibu itu memerlukan masa 20 tahun untuk mendidik anaknya tetapi seorang wanita jahat hanya memerlukan masa 20 saat untuk menjatuhkan seseorang.
Sebagai pendidik 'alam ini, setiap wanita Islam perlulah melalui proses Tarbiah Islamiah dan jika tidak terlaksana proses ini maka malanglah generasi Islam kerana mendapat didikan dari wanita-wanita yang tidak mempunyai persiapan Islam. Oleh itu wanita perlu memahami peranan mereka kerana kesannya amatlah mendalam yang mana ia mampu memperbaiki masyarakat sekiranya dihalakan ke sana.
Oleh itu setiap daripada kita hendaklah memperbaiki diri dengan mendidik hati sanubari kita semoga mendapat asas untuk memperbaiki keluarga kita serta orang lain dengan Fikrah Islam.

Sebenarnya wanita ini sungguh mendapat tempat yang mulia, ia sentiasa dihormati dan disanjung (tinggi oleh Islam. Pengurniaan taraf wanita ini adalah sungguh tercatit dalam Al Quran dan As Sunnah Rasulullah S.A.W. Daripada Bilal Ibnu Kabbah R.A, katanya; Pada suatu hari aku menyaksikan Rasulullah SAW membuat empal garis di atas batu sambil berkata bahawa wanita yang paling mulia di syurga ialah; Khadijah bt. Khuwailid, Fatimah bt. Muhammad, Mariam bt. Imran dan 'Asiah isteri Firaun. Inilah sebenarnya ibu kepada ibu-ibu dan juga kepada generasi yang lepas-lepas. Ibu-ibu yang sebenarnya yang mesti kita letakkan ke depan sebagai contoh tauladan dalam rangka kita untuk kembali kepada hakikat Islam. Sebaliknya jika kita lihat kepada masyarakat kita pada hari ini nescaya kita akan dapati mereka tidak mengambil saranan Allah S.W.T dan RasulNya, sebaliknya mengambil saranan hawa nafsu mereka dan juga daripada sumber-sumber lain. Di sinilah kita merasakan masyarakat kita perlu mendapat kesedaran dan mesti cepat-cepat kembali kepada Islam yang suci lagi mulia ini.

Sekian, wassalam . Mustafa Ramadhan

Catatan : Dipetik dari
Scribd

Ahad, 15 Mac 2009

ANTARA MUSLIMAH DAN WANITA BEBAS

Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja dunia baru menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita ‘bebas’emancipated women) yang kita temui setiap hari di Barat. Golongan yang satu lagi dapat dilihat dalam siaran televisyen atau halaman-halaman majalah terbitan baru yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa semasa di Iran, Afghanistan, Syria dan lain-lain negara Islam.

Bagi wanita ‘bebas’ perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai profesional yang memastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan teman lelaki(boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada.

Masa lapang bagi wanita ‘bebas’ ialah bertemu di ‘cocktail parties’, menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku lucah. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuhnya bila peluang yang memberansangkan.

Wanita ‘bebas’ menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini.

Bagi wanita ‘bebas’, katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas dan Acapulco.

Tetapi bagi wanita yang satu lagi(muslimah),keredhaan ALLAH S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang ALLAH anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya.

Bagi muslimah mendisiplinkan diri dengan menahan diri dari lapar dan dahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah punca kepuasan hatinya dan sebagai galakan menambah lagi amalan soleh.

Tidak terlintas dalam fikiran muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan.

Bagi muslimah, setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya menguumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkatul Mukarramah.

Sekarang marilah kita melihat kenapa terdapat perbezaan yang begitu besar dalam pemikiran dan pandangan dua golongan wanita ini. Pada pendapat saya. Jika kita ketepikan sebab-sebab sampingan maka didapati masalah utamanya ialah tekanan jiwa yang dideritai oleh wanita ‘bebas’. Baginya(termasuk lalaki yang sepertinya) ia tidak ketahui dari mana ia datang dan ke mana kesudahannya.

Ia mempunyai konsep yang jelas tentang pengertian hidup dan dalam banyak hal, ia sekurang-kurangnya berasa sangsi tentang wujudnya Akhirat, tak kurang pula yang menolaknya sama sekali. Amat sukar baginya mempercayai kehidupan selepas hidup di dunia ini. Lantaran itu kehidupannya di penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak sah jika sesuatu majlis tidak disertai dengan minuman arak. Tidak hairan lagilah fikiran manusia yang mabuk akan memproklamirkan segala kejahatannya. Domir(hati) yang merupakan pemberian paling berharga yang dianugerahkan oleh ALLAH supaya seseorang itu dapat membezakan antara baik dan yang jahat, antara benar dan salah kini sudah diliputi oleh timbunan cita-cita yang palsu. Kepalsuan yang kerap mengingatkan mereka bahawa hidup di dunia amat singkat dan lantaran itu akan melupakan perasaan takut kepada kematian sehingga sanggup pula mengorbankan segala-galanya untuk memanjangkan umur.

Berbeza dengan ini, muslimah sentiasa merasa selamat, ia beriman kepada ALLAH, kepada kitab-kitab yang diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada manusia dann hari pembalasan yang akan mempelawanya masuk ke mana-mana pintu Syurga yang kekal. Baginya hidup ini penuh pengertian sekiranyaia meninggalkan kenikmatan yang sedikit itu, malah ia bukanlah merupakan satu pengorbanan yang besar tetapi sebaliknya menolong mengukuhkan lagi keimanan dan ia lebih mengharapkan pembalasan di hari Akhirat daripada apa yang dikejar oleh kaum sejenisnya yang ‘bebas’.

Di sini kita terkeliru di antara kehidupan muslimah dengan golongan tertentu seperti nun(paderi wanita) atau wanita yang dicorakkan seperti masyarakat yang berideologi ‘hanya wanita’.

Bagi nun(paderi wanita), hidup ini tertumpu kepada tunang rohaninya Jesus(spiritual bridegroom) dan hal ehwal keduniaan dianggap perangkap syaitan, manakala muslimah pula disamping beribadah kepada ALLAH, ia digalakkan dengan apa cara sekalipun untuk menikmati kenikmatan yang hakiki dan memikul tanggungjawab hidup sehari-hari. Dia seharusnya menerima kasiih sayang dan perlindungan dari suaminya yang bertakwa, kegembiraan menjadi seorang ibu, mengenakan pakaian yang menarik dan berhias diri(di hadapan suaminya dan kaum keluarganya sahaja – ia menitik beratkan kasih sayang mereka dan bukannya pujian dan sanjungan orang lain), merebut peluang berkongsi tanggungjawab menjaga kesejahteraan masyarakat yang mana ia sendiri adalah merupakan anggota penuh.

Bagi wanita ‘bebas’(femenist) kehidupan ini tidak lain hanyalah satuu perjuangan ideologi mereka dan untuk merealisasikan ini tidak kira samada ianya benar ataupun salah, setiap orang mesti menyertainya walaupun melalui jalan paksaan. Muslimah yakin sepenuhnya tentang kebenaran aqidahnya dan dengan ini ia tidak akan raguu-ragu mengorbankan hidupnya sehingga sanggup keluar berdemontrasi untuk menegakkan perinta Islam atau dalam usaha membebaskan suaminya, ayahnya, saudaranya yang dipenjarakan kerana mempertahankan Ad-Deen mereka seperti yang berlaku di Iran, Syria dan Filipina. Ia lebih rela berhijrah daripada bertolak ansur dan tunduk kepada Mulhid(atheis yang zalim seperti di Afghanistan atau Eritrea) kadang-kadang mungkin terpaksa berpisah dengan anak-anaknya dan meringkuk di dalam penjara yang gelapsebagai tebusan kepada suaminya yang Mujahid bergerak secara senyap(sir) sebagai langkah berjaga-jaga daripada pemerintah-pemerintah yang zalim di kebanyakan negara-negara Islam hari ini.

Semua kesukaran-kesukaran ini dihadapinya dengan penuh kesabaran kerana ia menyedari bahawa ini adalah ujian-ujian dari ALLAH. Dengan ini ia menjadi contoh gemilang di dalam penglibatannya untuk mecapai matlamat yang unggul ini dan akan bersinar bukan sahaja di dalam masyarakat muslim tetapi kepada seluruh kaum wanita yang mana hati-hati mereka sedang mencari-cari pengganti bagi cara hidup kebendaan Barat dan Timur. Dia akan bersifat hikmah mengajak mereka mengamalkan apa yang diyakininya dan tidak akan memaksa sesiapa pun menerima aqidahnya.

Pada pendapat saya, kita dapat menyimpulkan bahawa walaupun nampak pada zahirnya muslimah ketinggalan beberapa kenikmatan yang dianggap oleh wanita ‘bebas’ sebagai keperluan untuk kebahagiaan, tetapi Muslimah tetap mengalami kehidupan yang lebih kaya dan bahagia kerana dibantu oleh keimanannya yang teguh. Ia merasai kepuasan mendisiplinkan diri sendiri dan berkorban untuk mencapai matlamat yang murni dan pada masa yang sama merasai keindahan hidup berumah tangga dan kepuasaan hidup dalam batas-batas syara’. Ia juga merasai ketenteraman jiwa hasil daripada mentaati perintah-perintah ALLAH S.W.T yang bertujuan memberi kesajahteraan kepada manusia itu sendiri. Bukannkah kemerdekaan dan kemajuan yang sebenar ialah pembangunan kemanusiaan yang mana para ibu memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk generasi akan datang, menggunakan seluruh kemampuan mereka yang ada bukan untuk keruntuhan tetapi memuliakan jiwa-jiwa yang dekat dengan mereka sekiranya mereka mengikut Cara Hidup Islam.

Oleh Fatimah Heran

Khamis, 12 Mac 2009

Musuh Kita Di mana-mana....



Salam, sahabat-sahabat sekalian ketahuilah bahawa diri kita ini sentiasa diganggu-gugat oleh musuh (syaitan) yang tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar kita, maka sahabat-sahabatku sekalian jangan lupa untuk meminta perlindungan dari ALLAH S.W.T dalam apa jua pekerjaan yang kita mahu lakukan.

Nasihat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya

Assalamu'alaikum, sekadar perkongsian dari diriku dengan kalian. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua insyaALLAH. "Maka berilah peringatan sesama kamu, sesungguhnya dengan memberi peringatan itu dapat memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman" - Al-Ayat. Wassalam....

1. “Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan(kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat(mengadap ALLAH) dan manfaat berfikir(ingat kepada ALLAH).

2. “Wahai anakku! Sewaktu kecil engkau rajinlah untuk belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya.”

3. “Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia.”

4. “Wahai anakku! Aku sudah memikul batu-batu yang besar , kau juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.”

5. “Wahai anakku! Aku sudah merasa segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.”

6. “Wahai anakku! Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang.”

7. “Wahai anakku! Sepanjang hidupku, aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka :-

• Apabila engkau sembahyang dah beribadah kepada ALLAH, maka jagalah baik-baik fikiranmu.

• Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu(pandangan matamu).

• Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu(perkataanmu).

• Apbila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu(tingkah lakumu).

• Ingatlah kepada ALLAH S.W.T.

• Ingatlah akan mati.

• Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.

• Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu.

Rabu, 11 Mac 2009

Langkah Mula Diatur

Assalamu'alaikum, buat sahabat hasrat diri ini hanya sekadar untuk belajar menulis dan berkongsi pengalaman bersama dengan sahabat sekalian dalam ruangan ini. Andai ada kesalahan dan kecacatan dalam blog saya ini minta diberi teguran dan tunjuk ajar semoga kesalahan dan kecacatan itu dapat diperbetulkan. Syukran 'Ala Kulli Hal.... Wassalam

My Playlist