Yang pasti bukan
Baitul Muslim..Hehe.
Begini
ceritanya..
Alhamdulillah,
dengan izin Allah, pada malam semalam saya berpeluang untuk menyertai
sekumpulan manusia hebat, bersama-sama berhimpun dalam sebuah taman syurga nan
indah ataupun lebih mesra disebut sebagai mabit. Dalam bahasa yang lebih
canggihnya, mabit ni dikenali juga sebagai “Malam Bina Iman & Taqwa”. Namun
ada juga pendapat yang mengatakan mabit adalah ringkasan kepada “Malam Bersama
Ikhwah Tercinta”. So nampak tak ada khilaf di situ?
Heh..
Ikutlah nak
sebut apa pun. Yang penting ruhnya tetap sama. Iaitu, kita berhimpun
beramai-ramai, bersama-sama teman seperjuangan membasahkan ruhiyah(dalaman)
kita. Caranya terpulanglah. Nak bagi tazkirah ringkas boleh, nak mentadabbur Al
Quran secara berjemaah pun boleh, ataupun apa-apa sahaja yang boleh
meningkatkan iman dan taqwa. Cewah..
Nak cerita pasal
mabit ni, boleh buat satu entry khas sebenarnya. In sha Allah, di lain masa..
Cuma kali ini,
saya ingin berkongsi serba sedikit peristiwa yang saya kira membuka minda saya.
Peristiwa yang menyedarkan saya bahawasanya masih ada elemen tarbiah yang masih
belum saya bumikan sepenuhnya dalam diri saya.
Sebelum itu,
mari kita soroti peristiwa itu secara kronologi. Suspen dan thrill gitu. Hehe.
Tirai malam itu
dibuka dengan adegan ikhwah-ikhwah berselerakan di segenap penjuru masijid. Ada
yang main smartphone. Ada yang baca Al Quran. Ada yang mengambil peluang untuk
bersolat sunat. Saya pula melepak di tepian masjid bersembang dengan
ikhwah-ikhwah yang saya kenali.
Oh ya. Terlupa
nak beritahu. Program Mabit ni anjuran ikhwah-ikhwah yang menuntut di universiti
yang namanya terpaksa dirahsiakan. Saya menyibuk je kat situ malam tu. Heh.
Ok. Bersambung
semula..
Kemudian tanpa
berlengah lagi, person-in-charge (PIC) untuk program mabit malam itu mula
beraksi. Kesemua ikhwah berjaya dikumpulkan dalam masa kurang dari seminit.
Macam biasa, kalau takde ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, macam tak
lengkap sesuatu program itu. Maka, pengerusi majlis pun mengambil tempatnya.
Hadaf (matlamat) dan tentatif program diterangkan dengan begitu bergaya sekali.
Setelah itu,
kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Tugasan pertama yang perlu
kami settlekan malam tu sebelum acara tidur berjemaah mengambil tempat adalah
membaca dan mentadabbur surah Al Muzammil.
Pada ketika
inilah, peristiwa itu berlaku…cewah..
Selesai
bertilawah seorang tiga ayat, seorang akh yang merangkap ketua kumpulan
memulakan tugasnya..
“Ada sesiapa
yang nak tadabbur..?”
Krik krik krik.
Part yang ni
best. Semua pandang bawah, pandang quran, buat-buat macam tengah cari ayat. Ada
jugak yang tepuk-tepuk bahu kawan sebelah, kawan yang ditepuk bahu tu pulak tiba-tiba
jadi tergedik-gedik. Heh.
Untuk
mengelakkan lebih banyak lagi cengkerik yang akan membiak, maka akh yang
merangkap ketua kumpulan itu pun mengambil inisiatif untuk bertadabbur terlebih
dahulu.
Diringkaskan
cerita, saya tertarik dengan beberapa patah kata-kata beliau..
“Antum nak tahu
kenapa semua orang segan-segan nak tadabbur?”
“Sebab tadabbur
ni rasa hati kita..”
“Dan kita tak
akan sebarang meluahkan rasa pada orang yang kita tak kenal..”
Kata-kata akh
ini telah saya sunting, namun maksud asalnya tetap sama.
Ya benar. Kami
ketika itu masih belum cukup mengenali antara satu sama lain. Bahkan ada dalam
kalangan ahli kumpulan itu yang baru kali pertama bersua muka. Bayangkan,
bagaimana kita mampu untuk meluahkan rasa hati kita kepada seseorang yang nama
penuhnya pun kita tak tahu.
Kerana itulah
tarbiah mengajar kita untuk senantiasa bertaaruf pada permulaan setiap apa yang
kita lakukan. Bahkan Imam Hassan Al Banna meletakkan taaruf, yakni
berkenal-kenalan sebagai rukun pertama usrah. Rukun usrah ni boleh dikatakan sama
macam rukun solat. Maksudnya kalau tak cukup satu, tak sah usrah kita. Sampai
begitu sekali.
Dan ramai orang
salah faham tentang taaruf. Ramai yang menyangka taaruf ini hanya proses nak
tahu biodata seseorang. Contohnya, nama orang tu, umur dia, hobi dia, alamat
dia, benda-benda macam tu. Di sini saya nak menegaskan bahawa sangkaan seperti
ini perlu diperangi habis-habisan. Cewah, emosi terlebih.
Eh saya serius
ni.
Taaruf ni bukan
sekadar untuk kita tahu basic information seseorang. Lebih-lebih lagi dalam
sistem usrah yang butuh kebersamaan yang erat. Maka proses taaruf harus gencar
sehingga ke tahap kita sanggup berkorban untuk dia. Kerana logiknya, kita hanya
sanggup berkorban untuk orang yang kita betul-betul dah kenal.
Justeru, taaruf
yang sebenarnya adalah taaruf yang tidak pernah berhenti. Hatta, walaupun
kalian sudah bersama dengan seseorang itu selama berpuluh-puluh tahun, kalian
dan orang itu masih butuh taaruf sebenarnya. Kerana, hanya dengan taaruf yang
benar-benar hebat, dua rukun usrah yang seterusnya mampu dicapai, iaitu tafahum
dan takaful.
Oleh itu,
bertaaruflah saudaraku dengan taaruf yang sebenar-benarnya..
“Sesungguhnya,
orang-orang mu’min itu bersaudara..”
(Al Hujurat, 10)