Untuk brader brader yang baru saja mendapat khabar bahawasanya bini anda pregnant, pasti tidak tahu nak buat apa kan? Jangan susah hati, jangan runsing runsing ada orang boleh tolong punya.
- UPT test, urine pregnancy test. alat ni memang confirm accurate, 99% punya. kalau pi klinik swasta untuk sahkan, depa akan pakai alat ni jugak. so tak payah nk buang duit RM10. Normally kalau pergi jugak, doctor akan bagitau dah berapa lama pregnant. Boleh dikira dari 'haid' terakhir isteri anda. Ingat isteri anda ok, jangan tanya isteri orang lain.
- Normally kalau dah confirm UPT positive dengan 2 garisan lurus bukan potong potong ye, pergi je klinik untuk buat scan. Kalau masih baru, lebih kurang 6-8 minggu, hanya akan kelihatan kantung serta sebji bentuk menyerupai kacang. itulah zuriat saudara saudari.
- Bila nak buat buku merah? Selalunya bila dah disahkan mengandung, eloklah buat buku merah tuh. Kat mana? Bukan kat Tesco atau Jusco ok. Kat klinik kesihatan berdekatan anda. Penting ke buku merah nih? Ya sangat penting. Sebab nk rekodkan kesihatan bini anda sekalian. Apa-apa perubahan memang sangat senang untuk dikenalpasti sebab dah ada sejarah perubatan. Dan lagi satu, pastikan buku merah ni kena bawak ke mana saja, sebab kalau jadi apa apa kat ibu, doktor boleh refer. Sebab selalunya kalau pi klinik kena mention bahawa bini kita pregnant. So ubat yang doktor bagi pun selalunya dalam dose yang rendah.
- Untuk org Islam, boleh la baca surah Luqman, Yusuf dan surah Maryam. Ingat, bapak budak pun kena baca juga, jangan harapkan semua surah isteri nak baca. Kan lebih afdhal kalau dua dua baca, boleh la mengimrahkan rumah tu sekali. Surah paling pendek antara ke tiga tiga surah ni ialah surah Luqmam. So kalau masa tu sempit, lepas maghrib pon sempat baca. Kalau surah yang panjang macam Yusuf dan Maryam, boleh ja baca sikit sikit. At least anak tu boleh dengar ayat ayat quran selain dari kita dok layan Hot fm atau Era fm. Apa pun tarak.
- Susu untuk ibu. Ya ketika mengandung pun sesuai untuk ibu ibu mengandung ni minum susu. Sebab apa? Unutk meningkatkan pertumbuhan otak bayi agar lebih cergas dan aktif. Untuk ibu pula, sebagai extra energy untuk mengharungi hari hari yang mencabar. Saya yang tak mengandung ni pun rasa tercabar dengan kepenatan dan kepanasan di Malaysia ni. Itu yang rasa macam nk pindah ke New Zealand sambil makan buah kiwi.
- Buah buahan. Sesuai sekali adalah buah kiwi sebab kandungan folic acid yang tinggi. 4 biji 5 ringgit kalau tak silap kalau beli kat tesco. Pernah beli haritu, last last bapak budak jugak yang belasah sampai boleh buat ice blanded kiwi lagi. Nak buat macam mana, mak budak tak lalu makan. Bluek bluek saja masa tu.
Untuk para brader, make sure jaga isteri yang sedang mengandung dengan penuh kasih sayang ok. Emosi mereka sangatla tidak stabil dan make sure jangan mintak bukan bukan. Takut nanti kena tidur atas lantai. Haha
Terkejut jugak masa call isteri hari subuh ahad lepas bila mak mertua yang angkat call. Daripada nada loving loving touchinh touching terus jadi intonasi skema balik. Isteri tak larat nak angkat phone sebab dah memang lemah sangat sebab dah demam 2 hari tanpa surut. Walaupun dah ambil ubat kat klinik masih suhu badan tak turun turun.
Jadi penyelesaiannya haruslah dihantar ke hospital. Swasta atau kerajaan? Dalam keadaan blur yang teramat sangat, maklumla pertama kali isteri demam teruk ditambah pula dengan mengandung, so keputusannya ke swasta. Yang paling takut masa ni sebab memikirkan kandungan isteri ada apa-apa kemungkinan atau tidak. Ye la kan, masa menganduung ni kalau ada apa-apa yang terjadi pada isteri haruslah memikirkan nyawa lagi satu yakni kandungan. Udah la kat dalam perut tak leh berkomunikasi, yakni skype ataupun yahoo messengger lagi la tak boleh connect. Risau abah dibuatnya.
So untuk bakal bapa, jangan bimbang. Ada sedikit maklumat yang boleh dibaca. Saya cilok dari Dr Zubaidi.
''Demam sebenarnya tindak balas badan terhadap jangkitan kuman dan penyakit lain. Setakat ini belum ada kajian khusus yang menyatakan kesan suhu badan yang panas akan memudaratkan bayi '' Alhamdulillah lega ;)
Sekejap tadi baru saja isteri call, dah boleh discharge. Keadaan ibu dan bayi stabil. Dan nak tahu sesuatu? Jantina bayi sudah diketahui dan rupa pun dah boleh dikenalpasti.
Teruja oit!! InsyaAllah anak abah akan selamat dilahirkan ke dunia. Tak sabar rasanya nak rasa perasaan mengazankan ke telinga anak abah nanti.
Dikutip dari BabyCenter.com
Ini kesimpulannya :
1- Panjang bayi sekitar 9cm dan berat sekitar 43gram. Woh keciknya anak abah nih.
2- Sekarang bulu bulu di sekitar badan dah semakin banyak tumbuh. Bulu kening dan rambut dah mula start naik. Kalau bulu kening anak abah nipis, ikut abah la tuh. Kalau lebat, sah sah ikut ummi. Nipis atau lebat tak kisah, yang penting segak macam abah dan ummi. Hehe
3- Owh anak abah dah boleh mengecilkan mata, meregang dan menyeringai. Menyeringai ni maksud dia macam sengih. Entahlah abah rasa anak abah kuat senyum sekarang nih sebab abah rajin mengusik ummi smpai lebam lebam kena cubit. Hehe
4- Sekarang dah sampai masa untuk buat ujian 3 serangkai untuk mengesan down syndrome simptom. Appointment dah buat next 2 weeks tapi masa tuh abah dah siap booking hotel kat Batu Feringghi nak honeymoon kali ke dua dengan ummi. Hehe. So jangan bimbang ok, abah akan bawak ummi pergi check nanti. Delay seminggu je.
Simptom untuk ummi:
1- Kadang kadang muntah dan loya ummi datang balik. Selera makan dah makin bertambah. Dulu seketul ayam KFC pun tak boleh lepas tekak, sekarang sampai kena berebut dengan abah. Hehe.
2- Dah makin sihat sikit, kurang dah pening pening.
3- Rajin membuang air kecil. Takpa itu maknanya sistem kumbahan anak abah berjalan lancar. Anak abah dah boleh kencing sendiri dah sekarang.
Simptom untuk abah:
1- Tiada. Makin kuat makan sebab ummi dah 'bela' abah sampai buncit. Dulu kalau solat boleh lagi jeling jeling tengok ibu jari, sekarang jeling jeling lepas sampai ke pusat ja. Berat pun dah mencecah 65kg. Fuhh sakan.
Assalamualaikum.
Selepas mengesahkan kehadiran orang ketiga dalam hidup kami suami isteri, yakni zuriat dari Allah, haruslah kami membuat persediaan mental dan fizikal.
A Father to be
Seharusnya dibaca untuk bakal bakal bapa semoga senang nanti. Hehe
Blog baru. Jiwa baru. Gaya baru. Hidup baru.