Monday, August 17, 2020

17/8/2020

Assalamualaikum wbt,
heheheh.. its 2020 already gais. and i'm back here.
anak 6 sudah.. hihii
maklomlah blog dolu2 mmg kahs buat cerita kisah anak2 saje.

Iris
Faris
Dani
Ali & Ammar
Sumayyah

Kesayangan hamba. 💓

Ada apa dengan 2020?
COVID19!

Semoga Allah pelihara kita semua dari segala bala-bencana yang sedang menimpa dunia. Tawakkaltuaallah.



Thursday, July 11, 2013

*ehem*

Assalamualaikum tuan tanah.. Tuan tanah dah lupa tanah.. Takpela.. Janji tak lupa password sudah kan.. kihkihkihh..
Nampak sangat ko dah xde keje kan elly, tetiba layan blog sendiri.. Belek2 balik, baca2 balik..indahnya zaman mula2 berblogging. Entry syiok2 sendiri, tepek pic sesuka hati, janji hado ehh konsepnya.. :p Almost setahun ko abaikan blog ko ni Ly, dah rupa hidup segan mati xmahu gitu..kesiann..

2013 oredi meh.. hmm..apa cerita?
anak dah 3..*tetiba* Iris dan Faris dapat adik.. namanya Dani. Dani pon da besau siann mesti dia kecik hati sok besau baca blog mama dia yg tak pernah cite pasal dia kan.. sobsob.. Takpe Dani, sok korg besau mama locked tross blog ni utk mama sorang je baca..hihihiii..

Ramadhan pun da masuk hari ke-2, semoga mama gigih berpuasa mcm tahun sudah (pregnantkan Dani 7 bulan) dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Ameen.

Selamat berpuasa, mohon maaf di pinta atas segala salah silap dan keterlanjuran kata dari semua..(kot2 ada yg membaca..)

:)

Tuesday, March 20, 2012

WAJARKAH tahi telinga dikorek atau dikeluarkan pada setiap minggu?

Mungkin ada antara anda yang akan mengorek telinga anak hampir setiap minggu semata-mata untuk mengeluarkan tahi telinga dan memastikan telinga anak anda sentiasa bersih.    
Bagaimanapun, sedarkah anda bahawa perbuatan mengorek telinga itu boleh menjejaskan kesihatan telinga dan dikhuatiri boleh memudaratkan pendengaran? 
   
Tidak kiralah sama ada anda menggunakan putik kapas, pengorek telinga diperbuat daripada besi, pin, kunci kereta atau apa saja bahan untuk mengorek atau mengeluarkan tahi telinga, hakikatnya, perbuatan mengorek telinga memang tidak perlu dilakukan. Ini kerana, tahi telinga mampu bertindak sebagai pelindung sama ada terhadap serangga mahupun debu kotoran. 
   
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara, Dr Aminuddin Saim, berkata dalam keadaan normal, tahi telinga akan keluar sedikit demi sedikit kerana lapisan kulit telinga mempunyai mekanisme yang akan mengeluarkannya secara berterusan. Justeru, beliau berkata, anda tidak perlu mengorek telinga atau mengeluarkan tahi telinga dengan bahan yang sering kali digunakan untuk tujuan itu. 
   
"Apabila tahi telinga itu sudah terkeluar dan terlihat, anda boleh membersihkannya tetapi jangan 
  
pula mengorek telinga dalam-dalam kerana ini boleh menjejaskan kesihatan telinga anak anda," katanya ketika ditemui, di ibu negara, baru-baru ini. 
   
Dr Aminuddin berkata, 
  korek telinga bukan saja tidak perlu dilakukan di kalangan kanak-kanak, malah setiap individu tidak sepatutnya mengorek telinga . Beliau berkata, lazimnya, ibu bapa menggunakan putik kapas untuk mengorek telinga anak-anak mereka tetapi bahan itu boleh menyebabkan tahi telinga semakin terbenam, melecet atau luka pada kulit telinga dan putik kapas tertinggal di dalam telinga. Katanya, ada juga yang mengorek telinga dengan
pengorek telinga diperbuat daripada besi dan ini lebih berbahaya kerana ia boleh menyebabkan luka dan dikhuatiri boleh tertembus pada gegendang telinga dan seterusnya memudaratkan pendengaran. 
   
"Mengorek telinga memang boleh menyebabkan seseorang menjadi khayal kerana telinga mempunyai banyak saraf dan ia begitu sensitif. Justeru, mengorek telinga kadangkala menjadi amalan atau tabiat seseorang. 

"Sebaik-baiknya hentikan amalan itu kerana dikhuatiri boleh menjejas atau memudaratkan kesihatan telinga, terutama gegendang telinga", katanya. 

   
Dr Aminuddin berkata, tahi telinga ialah satu bahan di dalam telinga yang terdiri daripada serumen (lilin telinga) iaitu kelenjar yang dikeluarkan oleh telinga. Katanya, hasil campuran keretin, debu, kotoran, lelemak dan bulu telinga akan membentuk tahi telinga. Dr Aminuddin berkata, tahi telinga boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu keras dan lembut dan sebahagian besar masyarakat Asia mempunyai tahi telinga jenis keras. "Keras atau lembut tahi telinga bergantung kepada faktor genetik dan lelemak yang terkandung di dalam tahi telinga," katanya. 
   
Beliau berkata, tahi telinga bertindak sebagai pelindung kepada telinga anda kerana lendir atau 
  
cecair yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan debu terlekat, kesukaran dimasuki serangga dan mengelakkan jangkitan serangga. Sehubungan itu, 
 beliau menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengorek telinga anak mereka dengan apa juga bahan kerana bimbang ia boleh menyebabkan luka dan kurang ketahanan untuk bertindak sebagai pelindung. "Telinga yang terluka akan mudah ditumbuhi dan dijangkiti kulat serta bakteria. Selain itu, amalan mengorek telinga juga dikhuatiri boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga,"  katanya. Bagaimanapun, Dr Aminuddin berkata, ada segelintir individu yang mengalami masalah tahi telinga tidak terkeluar dengan sendiri dan keadaan ini dikenali sebagai keratosis obsturans. Katanya, mereka yang
mengalami masalah ini perlu berkunjung ke hospital untuk membolehkan pakar telinga, hidung dan tekak mengeluarkan tahi telinga.Lazimnya, telinga pesakit akan dimasukkan ubat titik atau minyak zaitun bagi membolehkan doktor menggunakansejenis alat bagi menyedut tahi telinga mereka.
Kanak-kanak yang mengalami masalah itu selalunya akan berasa tidak selesa dan kurang mendengar kerana tahi telinga mereka keras dan tidak terkeluar sebagaimana dalam keadaan normal. "Bagaimanapun, keadaan seumpama itu amat jarang berlaku kerana lazimnya, tahi telinga
akan terkeluar dengan sendiri," katanya. 
     
 
HANYA 
TAHI HIDUNG YANG PERLU DIKOREK SETIAP HARI"   
*peace*