Bukan baru nak masuk second trimester tapinya dah akhir dah hehehe. Masyallah pemalas sungguh update blog. Kesian anak nombor dua jarang nau update. Tapi kasih sayang mama tetap menggunung buatmu baby hehehe.
Alhamdulillah dah masuk 25w4d dah hari ni. Lagi 102 hari lagi mengikut apps kat telefon. Baby membesar dengan sihat alhamdulillah. Adik lelaki untuk Yadh insyallah hehe. Eloklah boleh berkawan, ada pewaris segala jenis robot, ultraman, kereta, lori, kapal terbang mainan abang ko tu baby. Masuklah korang dua-dua dalam bilik mainan tu ye, sepah dalam tu takpe mama redho tapi bawak keluar ke ruang tamu siap lah korang berdua.
Banyak nak update niii, lebih-lebih lagi hari Jumaat lepas 30 Oktober 2015 adik aku, no.3 dari 5 beradik kami tu bernikah. Alhamdulillah. Memang dah time, elok sangat umur 28 bernikah. Memang seronok sangat sebab last kenduri kat rumah tahun 2013. Bila EE cakap nak kahwin semua excited hehe.
Straight dari hari Jumaat sampai hari Ahad berkenduri kendara, seronok jumpa family, kumpul ramai-ramai, perut pun kenduri kendara memang diet mak ke laut. Aku diet sikit pregnant kali ni, tak taram semua macam ngandungkan Yadh dulu. Insap dah baby besor akhirnya tak boleh normal. Kali ni nak VBAC kan, insyalllah.
Tapi control makan pun, baby membesar jugak. Gynae cakap dah memang gene kan, baka besor hehe. Tak ada gestational diabetec pun. Adik2 lelaki aku masing-masing tinggi 6 kaki, abang ipar aku pun. Pastu dua-dua belah aku & razmin memang kalau baby boy average 3.5kg ke atas hehe. Doctor cakap kalau berat tak apa lagi tapi kalau dah panjang, chances tu susah jugak nak VBAC sebab dah libatkan tulang segala kan. Macam Yadh lah, 56cm. Ni adik dia pun bila ukur-ukur tulang peha time 24w hari tu, scale tunjuk ukuran untuk 25w plus. Tapak kaki pun kalau average 24w ukuran 3.5cm - 4cm, yang budak ni dah 5cm. Baguihlah tinggi nanti ensem. eh. haha. Redho sangat.
Mabuk morning sickness semua memang dah tak ada alhamdulillah start 16w. Mengah-mengah tu biasalah, sakit pinggang sakit kaki sakit badan sakit lah segala sakit berkaitan tu dah ada tapi itu pun biasalah jugak kan, nak dapat pahala bukan senang kan. ewah. Yang jadi lega sebab suami tercinta ada bersama, jadi boleh lah manja super extra sikit. Agak-agak tak larat kita mintak je dia urut. Riyadh memang 100% dia uruskan, rumah pun, basuh baju lipat baju kemas baju vaccum mop lantai segala. Kita masak je hehehe. Masak memang suka, makan lagi suka hehe. Thank you ye bang :)
Last check up kat DEMC hari Jumaat lepas, 30 Oktober 2015. Alang-alang dah amik cuti EE nak nikah lepas Asar haritu so kita book untuk detail scan sekali. Time riyadh buat 3D & 4D tapi kali ni tak dapat nak amik gambar 3D, baby menyorok paling muka ke belakang. Dapat buat 4D je, tengok semua organ, aliran darah, check kedudukan organ, alhamdulillah semua normal, semoga sihat sempurna anak kami insyallah. Untuk yang nak buat detail scan kat DEMC, cost dalam RM350 tapi haritu aku tak sampai RM300 pun sebab tak dapat buat 3D kan. Tapi memang berbaloi sebab dapat tengok secara detail & dengar explanation sonographer pasal kedudukan anak.
Nanti kita update pasal EE kahwin pulak ye ye ye. Bila tu ekk. Hehehehe.
Kakimu dalam perutku ^^ |