Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 12, 2013

Sunyi

Sunyi yg macam tak tau nak bagitau mcm mana. Tak tahu lah kenapa, sejak Razmin naik kapal kali ni rasa sunyi tu mencengkam sangat, walhal bukan tak biasa kan. Lepas balik dari ship visit lagi lah. Rasa rindu tu kuat sangat sampai kadang-kadang teringat sangat, terbayang sangat.

Bukanlah nak kata sebelum ni tak rindu, tapi takdelah tahap bila dah beli nasi bungkus kat Hasan Ayam Kampung, bila nak suap terus teringat yg hmm-sambal-bawang-ni-favourite-laki-aku-nih, terus tak jadi suap. Siries ni. Terus rasa pahit terlekat kat kerongkong. Sadis kan?

Bila baca email dia hari-hari pun rasa sayu je padahal email biasa-biasa je pun, email tanya-tanya dah makan ke, makan apa hari ni, Riyadh makan apa hari ni, etc etc. Itu pun sebak. Wajib nak kena lempang dah aku ni.

Tapi dari sudut yang lain, rasa bersyukur sebab Allah bagi rasa rindu macam ni. Rindu yg ala-ala orang tua cakap tu lah, tidur tak lena makan tak kenyang mandi tak basah. Walau hakikatnya tidur berdengkur makan bertambah mandi berbath tub har har. Takdelah. Ini siries punya rindu ni.

Malam-malam pulak Riyadh tidur awal dah sekarang ni. Pukul 9 dah tidur. Kalau tak tidur siang, lepas maghrib dah selamat tidur dah dia. Ha lagilah sunyi kan. Rumah tu dah lah takde orang sangat. Mak abah paham-paham je lah selalu bercuti. EE pulak memang gaya CEO Petronas dah gayanya balik lewat hari-hari har har. Ala orang bujang kan, paham-paham je lah.

Abg long & tasha kat rumah depa lah, Q kat Manchester, DD kat Jordan. Ha nampak tak sunyi kan hidup aku. Bergantung harap kat group whatsapp besprengs je lah nak ketawa sorang-sorang bila masing-masing dah menggila bergosip :)

Pukul 11 memang aku akan mati kutu. Sebab tu aku memang masak hari-hari. Mengisi masa lapang. Tiap-tiap malam masak untuk bekal lunch aku & Riyadh. Kalau mak abah ada, masak sekali untuk lunch diorang esoknya. Walaupun Riyadh dah 2 tahun & dah layak makan makanan orang dewasa tapi aku still masak untuk dia lagi, bekalkan kat pengasuh. Lengkap dari breakfast, snack, buah & dinner. 

Ah. Bukan complaint hidup mcm ni. Aku happy je. Kerja pun okay alhamdulillah. Baru je confirm lepas setahun contract bulan September lepas, last week dapat pulak good news yang promoted w.e.f January 2014. Rezeki rezeki. 

Cumanya, rasa rindu tu kuat sangat kat suami. Nak menunggu lagi 3 bulan setengah untuk dia balik--aduh. Disember ni nak pergi lagilah ship visit. Walaupun dia busy time kat port tapi takpelah kan, dapat tengok muka dia sekejap pun jadilah.

Ya Allah. Kuatkanlah. Kuatkanlah.

Wednesday, November 6, 2013

Seri Ayu : Ship Visit

Alahai. Lamanya tak update blog. Tapi itu bukan sesuatu yg baru hehe. Sebabnya saya tiada laptop. Dari dulu tak minat laptop kenapa ntah. Time study ada la kan sebab nak buat assignment bagai. Time kerja dgn gomen dapat laptop sebiji, sekarang ni kalau ada kerja urgent je bawak balik laptop office. Kalau Razmin ada baru boleh update blog pakai laptop dia. Dia ke laut 6 bulan, 6 bulan lah tak update ye? Pakai fon? Hmm blogger semua tau betapa lecehnya update pakai fon kan, melainkan memang takde benda nak buat langsung. Valid kan alasan? hehe.

Tapi ni nak update sebab nak mengenang kejadian 28 & 29 Oktober lepas. Ship visit Seri Ayu di Bintulu. Wife orang kapal ramai yg dah buat ship visit ni kan, sailing apetah lagi kan. Selama ni aku ke Bintulu jumpa Razmin tak ship visit, Razmin yg visit hotel New World, Bintulu hehe. Sebabnya bawak Riyadh, takbleh lah nak bawak dia naik kapal.

Tapi minggu lepas rasa nak sangat jumpa Razmin. Eh tak, hari-hari pun nak jumpa. Bila dah ada lumbar disease ni cengeng nya terlebih lak dari biasa. So cakaplah kat Razmin yg nak try buat ship visit. Razmin bukan ler tidak pernah mengajak, sailing pun diajaknya berbelas kali tapi dia tau hakikat aku yg mengada dgn Riyadh. Bukan Riyadh mengada dgn aku ye. Aku yg suka nak rindu lebih2. Satu malam je pong. Hover.

Ni sedapkan hati, cakap Riyadh dah dua tahun, dah tak breastfeed dah. Alhamdulillah weaning off Riyadh sgt senanggggg. lepas sebulan lebih dia masuk 2 tahun, tiba-tiba cakap taknak. Ha tak ke senang tu hehe. Tapi datang time mengada dia kadang2 tu mcm lepas jatuh ke, nak tenangkan dia, dia nak la jugak ngempeng. Tak kisahlah kan, alhamdulillah 2 tahun 1 bulan yg sangat bermakna!

Kapal kali ni Captain tak bagi shore leave tidur kat luar, kena balik kapal balik. Dengan erti kata lain, tak boleh lah Razmin overnight kat hotel dengan aku & Riyadh mcm sebelum ni. Takpe lah kan, kita respect discretion Captain. 

So 28hb Oktober tu terbanglah daku ke Bintulu. Mula2 nak pergi 19hb, pastu kapal masuk awal 15hb, time tu raya haji la pulak kan. Idak ler aku tergamak nak tinggal Riyadh di kala itu kan walaupun ada terfikir jugak haha. So Razmin cakap datang je next Bintulu lepas dia masuk China i.e. 28hb. 

Sampai airport, abg Bali amik, lepak hotel plaza jap sebab kapal tak masuk lagi, lepas asar terus ke terminal dengan surveyor 2 org. Onsigner flight petang tu, nasib baik ada surveyor, dapatla tunjuk ajar sikit. Abg Bali pun banyak tolong, terima kasih! 

Sampai terminal, tukar pakai coverall pakai safety shoes pakai safety helmet sume pun nak safe lah. Jalan sikit dari guard terminal kapal ke kapal. Layan gak jalan tarik bag sbb jakun plus laut cantik time tu, hijau sangat! Sampai kat gangway ingatkan laki mak dah tunggu rupanya die kerja cess nasib baik ada org port tolong angkat bag. Berat seh. Eh hello, 1 malam je pun, mak tak bawak baju banyak ye, barang yg dikirim yg banyakkkkk. Adatla tu kan. Nak bermanja dgn bini ler kunun. Ihiks. 

Sampai atas kapal, ada cadet tunggu menjemput. Okay lah perasan. Bukan tunggu aku, obviously. Tunggu surveyor dua orang tu ha. haha. Tapi cadet tu baik, dia angkat bag bawak gi ECR, pastu dia radio Razmin bagitau bini dah sampai hoi.

Alkisahnya tersengeh2 la kami berdua bila bertentang mata. Wekk. Razmin pun bawak masuk bilik, siap2 sebab nak turun gi bandor. Gigih kan aku. Ulang alik port dengan bandor. Layankan laki nak makan sushi king. So itulah aktivitinya, makan sushi king. Aktiviti lain toksah lah tanya wahaha.  Pastu Razmin sibuk borong buku untuk Riyadh lah, kat Jepun dah beli lori lah itu lah ini lah. So kesimpulannya, pergi bag berat dgn barang laki, balik bag berat dgn barang anak. Barang sy mane bang? Time kaseh la korangsss pfftttt!

Ha itu je. Esoknya pukul 11 lebih abg Bali datang amik bawak gi airport. Tapi ntah kenapa sedihhhhh sgt. Alahai macam2 lah ko Y. Razmin sign on kapal tak pernahnya nak menangis, ini pergi ship visit balik tu sampai demam okay. Hover sangats. Tapi betul bang, sy rindu sgt kat abg. Sobs.

Insyallah awal Disember pergi lagi. Sebabnya Riyadh okay je aku takde rupanya. Bese lah mak2 memang hover. Bila dia tanya mama mana, mak aku ckp mama work, dia boleh cakap "okay". Besar dah anak mama, dah tak ingat mama ye. Nanti ko.

Okay thats all, byeee!