Nak tengok klik aje

exclusivemails.net

Saturday, November 13, 2010

Sedikit Cerita

Dua malam lepas tido berendam airmata....setengah hari temannya air mata jugak.....Aku mengalah lagi dengan dia...hanya kerana rasa yang aku rasa, wujud tanpa dipaksa hadir dengan rela....malu aku dengan dia sebenarnya....tapi pesanan dia untuk aku lebih kuat akan aku semat dalam dalam....

Sekitar akhir bulan Oktober tahun 2010.......serius hari ngan tarikh aku tak ingat.....tepat jam 12.05 tengahhari handphone aku yang macho tapi dah tua berbunyi nyaring...nama yang memanggil keluar tertera nama adik aka Che Zek...."Wei mei turun OT, bos kata ko kena masuk sini boleh la kalau nak tengok...ada lagi 2 kes nak jalan ni"...."Errrkk...berdebarnye aku.....ok aku turun sekarang..." dan dengan rasa debaran tak boleh nak cakap aku sampai di OT dan telah disuruh untuk menukar pakaian ke pakaian OT ler....eh bukan aku yang nak kena operate....tapi aku disuruh untuk melihat supaya ada pengalaman yang boleh aku sampaikan....kan aku dah cakap aku bekerja di hospital swasta.....kes yang aku tengok tu adalah caesarean.....bagaimana seorang wanita yang telah membawa perut selama 9 bulan 10 hari akan dibedah keran dah tiba masanya....dan mereka dibedah hanya setelah kita kenal pasti masalahnya.....

Sepuluh minit sebelum pukul 1.00 petang pada ari yang sama......dah kedengaran arahan diberikan supaya membawa masuk patient yang pertama untuk kes petang itu....persiapan dalam OT dah pun complete...pakar bius jugak dah sedia...dan aku?? Mencari dinding untuk bersandar rasa macam macam pulak....terbayang mungkinkah aku pitam nanti....pengsan ke aku nanti.....pesakit dibawa masuk, dan aku dah berjumpa dia pagi itu....comel orangnya...mesti anaknya nanti comei gak....ketika proses pembiusan (betul ke imbuhan ni digunakan)....aku cuba menenangkan perasaan patient tersebut....kerana pengalaman pertama pernah dilalui, biasala kan takut jarum....memang la sakit tangan aku digenggam, gengaman sekuat hati....aduyai....sakit pun aku tahankan jugakla....janji patient tu tenang.....dan proses bermula....dan disitulah untuk pertama kalinya aku melihat keajaiban yang Allah jadikan...rasa nak menitik airmata melihat betapa sucinya muka seorang manusia ketika dilahirkan....betapa bersihnya mereka....terharu weh...dan yang magisnya, aku takde pun rasa nak pitam ke nak pengsan ke....dari mula sampai akhir aku peratikan...dan aku patut puji kecekapan pakar kami yang membuat keje....dan untuk kes kedua dan ketiga berikutnya aku dah biasa....dan keinginan aku untuk mempunyai anak makin menebal....huh nak anak kena la cari suami....

p/s : Minum pagi ari ni aku dah di torture dek kawan aku.....kawin bukan senang wahai Pn Mas ooiii....ko pun tau.....

6 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
ada juga teman tidur walupun air mata...

Anonymous said...

Awak memang sesuai dibidang ni...Kalau saye dah laem pengsan kot..hehe..

Aku adalah aku said...

Salam;

Seronok jugak bila teman tu air mata...

Aku adalah aku said...

Nia;

Mulanya takut jugak pengsan...tapi alhamdulillah....

Pencacai Alim said...

aku ingat overtime..hakhakhak..

Aku adalah aku said...

Pencacai Alim;

Hehehehe....Operation theatre....tapi overtime pun boleh gak...