TINGGALKAN LINK ANDA DI SINI (",)

Ahad, 13 November 2011

Good Luck ^^,

Good Luck untuk pelajar-pelajar cikgu..Buat yang terbaekkk..

4PA & 4PD SMK Panchor, Seremban (Mac 2010)


Sabtu, 12 November 2011

Twinkle Twinkle Little Star

Assalammualaikum.. Salam 1 Malaysia..
Erm.. La ni cheq dok sibuk ngan program Bintang Kecil 2011 yang akan berlangsung 13 November (esok).
Sesudah berakhirnya peperiksaan akhir tahun, cikgu2 dok sibuk buat odisyen (audition) untuk pilih student yang berbakat. Tujuan Bintang Kecil ni untuk mencungkil bakat pelajar di kalangan tingkatan 1 dan tingkatan 2.
Banyak acara yang dipertandingkan antaranya pidato, pantun, nasyid, nyanyian dan tarian. Cheq diberi amanah mencungkil bakat student menari. Cheq ngan cikgu Nad pun mengerah keringat selama beberapa hari latih budak2 menari pastu adakan pertandingan untuk pilih kumpulan yang boleh buat persembahan untuk Ahad ni.
Pada 9 November maka berlangsunglah pertandingan Tarian Tradisional 1 Malaysia. 3 orang juri jemputan yang terdiri daripada cikgu2 yang berpengalaman menghakimi tarian student.. Setelah mendapat kata sepakat dari pihak juri dan guru pembimbing, beberapa kumpulan telah terpilih untuk membuat persembahan. Yang buat cheq terharunya ada 1 kumpulan ni pernah mai mengadu kat cheq kata depa nak tarik diri. Cheq bagi semangat kat depa dan cuba bantu depa apa yang termampu.. Akhirnya depa dapat tempat kedua.. Tahniah kepada yang menang.
Selepas dari pertandingan tu, cheq ngan cikgu Nad sibuk dok gilap lagi persembahan budak2 tu. Budak2 ni bagus2 semua.. Komitmen yang tinggi.. Semangat yang membara.. Memang cheq puji la depa semua ni..
Walaupun tugas cheq untuk uruskan tarian saja, tapi dok tolong2 jugak cikgu cikgi lain. Memang penat tapi ni la masa cheq nak belajaq uruskan program yang besar macam ni. 
Owh ya.. Karnival Bintang Kecil ni pun ada buka gerai untuk cungkil bakat student menguruskan perniagaan. Kelas 1A2 iaitu kelas cheq akan jual puding trifle, dadih, ais krim Malaysia ngan ayaq gas.. Good Luck untuk student cikgu.. :-)

P/S: Dek kerana kesibukan menguruskan Bintang Kecil ni, masa untuk cheq dengan buah hati agak terganggu. I'm sorry.. 

Jumaat, 14 Oktober 2011

Pesanan Buat Yang Tersayang (",)

Khas buat Encik Abdul Rahman Shamsudin

7 CARA UNTUK MENCAPAI BERAT BADAN UNGGUL

1) Ketahui Indeks Jisim Tubuh a.k.a BMI.. tau tak camana nak kira BMI?hehe

2) Makan ikut keperluan..


3) Makan sayur dan buah setiap waktu hidangan utama (ingat tau..makan nasi sehari sekali je tau)


4) Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak (McD, KFC, roti canai tu kalo boleh ELAKKAN)


5) Tingkatkan tahap aktiviti fizikal (amalkan 10,000 langkahan setiap hari - banyak sikit jalan² tu..)


6) Percaya awak BOLEH lakukan (YAKIN BOLEH!)
 


7) Dapatkan sokongan daripada rakan dan keluarga..
 (saya SENTIASA sokong..hehe..)


Baca ni pulak.... (",)

Terdapat dua jenis diet yang membantu anda untuk turunkan berat badan iaitu :

a)         Diet rendah kalori:
  
i)  menghendaki anda makan secara teratur.
ii) makanan berasaskan karbohidrat seperti pasta tidak boleh diambil secara
berlebihan.
iii) makanan ringan , makanan bergoreng dan minuman beralkohol harus dihindari.

b)         Diet hay:
  
i) membahagikan makanan kepada beberapa kumpulan yang boleh diambil pada satu-satu masa.
ii) buah-buahan merupakan makanan terbaik untuk dijadikan sarapan pagi.
iii) makanan tinggi protein disarankan diambil ketika makan tengahari.
iv) makanan berkanji seperti nasi dan ubi kentang tidak boleh diambil bersama makanan protein.



CABARAN TIGA BULAN (",) - ArsNee

Isnin, 10 Oktober 2011

I Love 1A2 ^_^

TERIMA KASIH..SYUKRAN..THANK YOU..buat adik2 cikgu..terharu sangat..thanks atas bunga dan kad yg cantik tu..terima kasih jugak kpd semua yg bagi hadiah tu..terima kasih atas 'kumpulan koir' tadi..hehe..hampir menitis air mata tadi..nasib cikgu pandai cover..apa2 pun cikgu doakan adik2 cikgu sukses..buat yang terbaik untuk peperiksaan nnt..buktikan 1A2 HEBAT!

 





Jumaat, 7 Oktober 2011

Helang Patah Sayap


Lahirmu bukan seperti yang lain,
Tempat nyaman laluan sang angin,
Lambang sifat engkau penyaing,
Juga dikau berpekerti asing.

Kau bermula dengan payah,
Tunjuk ajar ibu dan ayah,
Perit jerih payah dan susah,
Sebelum mampu kau terbang gagah.

Usia kini merubah segala,
Engkau juara engkaulah wira,
Kadang terlupa kau seketika,
Megahmu itu hanyalah sekejap cuma.

Kau terbang tinggi gagah,
Mengepak meluncur penuh megah,
Menerkam musuh kuku terasah,
Memburu mangsa matamu cerah.

Kini pabila sayapmu patah,
Baru kau sedar siapa yang gagah,
Milik siapa bangga dan megah,
Peringatan dari Yang Maha Pemurah.

Untuk kau fikir renung dan tilik,
Siapa Pemilik siapa dimilik,
Dari kecil rasanya sakit,
Belum lagi beratnya perit.

Harus kau sedar harus kau ingat,
Sayap dan leher sangatlah dekat,
Dia ingin kau sentiasa beringat,
Sebelum kaku otot dan urat.

Bangun semula wahai sang helang,
Bangun gagah pahlawan terbilang,
Wiramu itu bukannya calang,
Perkasamu guna untuk berperang.

Terbanglah semula helang perwira,
Peringatan buat kau lebih satria,
Perguna segala keringat tenaga,
Berteras nama Yang Maha Perkasa.

Patah sayapmu berganti tabah,
Patah sayapmu bersulam ibadah,
Tiada sia pada musibah,
Kekallah gagah sang hamba Allah. 



*Hasil nukilan adinda Noor Elridzuan Elias. Mengisahkan tentang dirinya yang baru ditimpa musibah. Bahu kirinya patah selepas terjatuh dari motor. Semoga adinda terus tabah dan dilindungi Allah...