Hari Raya Pertama, 1 Syawal (Ahad)
1st time celebrate @ Semenyih. Macam2 hidangan yang disajikan, nasi tomato, acar buah, acar timun+nenas, biskut raya, kerepek raya, kek raya, rendang, nasi impit, sambal goreng Jawa (Ayah's secret recepie), kari ayam. Sesi bagi duit raya pada Nain, Fadhli and Afiq, as usual sure lead by Nain coz yang lain follow aje!
Mula2 raya @ rumah Mak Ngah. Dekat je...selang 6 rumah dari rumah mak aku! Beraya dengan mak Ngah, pak Ngah, Khairul, kak Aziah, Maisarah, Iskandar, Bunyamin, Nadiah, Azli, Adam, Hannah, Hani, Nur Khalidah. Since mak Ngah still blum siap masak nasi beriani kami pun decide gi umah nenek dulu kat Melawati. Cuma sempat makan kek coklat tapi sebenarnya coklat chip resipi istimewa mak Ngah Cik Nur tak bakar2 lagi. Kempunan aku & Hakam!!
Sampai umah nenek, jumpa uncle subhan, uncle Ghauth, aunty Norlia, Sakina, Imat, 2 representative Iran @ Malaysia, Mr Sia. Nenek sihat, dia dah ada bibik baru. Nenek kata dia tak buat kuih, kuih datang. Hubby aku bantai buat lawak, oklah tu nenek sebab alia kuih tunjuk, nenek kuih datang!
Kemudian kami beraya di rumah uncle Han. Meriah sungguh dengan kuih raya penuh satu meja, mee/ meehoon kari, nasi impit, kari ayam, kek lapis hijau, kuih kapit, etc. Berjumpa dengan aunty Zaiton, cik Pah, Nadia dan Rafiq so macam2 cerita kami bualkan.
Malam tu, kami makan nasi beriani di rumah mak Ngah. Difahamkan pengasas jamu Mak Dara beraya di rumahnya.
Hari Raya Kedua, 2 Syawal (Isnin)
Hubby decided balik lambat sikit coz his family menghadiri tahlil kubur @ Temerloh. Suddenly Abg Din called, dah lama tak dengar suaranya. Kami pun tunggu dia datang raya kat umah Semenyih. Bini dia tunggu hari aje nak bersalin, so sentiasa membawa barang bayi ke sana sini dan tak balik beraya samada di Johor atau Pahang. Mak masak simple but nice food, nasi putih, ikan masak kari, ikan goreng, sayur, ayam masak pedas. Kami sampai di Kuantan pukul 6. Hubby kemaruk nak makan plak, so makan lah kami rendang dan lemang buatan ayah mertua aku. Malamnya makan KFC, again dibelanja oleh ayah mertua ku...sebelum tu siap gi rumah Angah tumpang washroom, :>
Hari Raya Ketiga, 3 Syawal (Selasa)
Lepak rumah aje! Pagi sarapan nasi lemak dan sambal sotong. Kemudian, tolong-tolong ibu mertua ku masak laksa Johor.
Hari Raya Keempat, 4 Syawal (Rabu)
Lepak rumah lagi! Tolong-tolong mana patut kat rumah, today ibu mertuaku masak soto plak! Rasanya Ijat (anak yang diasuh oleh ibu mertuaku dan agak close dengan hubby aku) datang. Aku dah lupa la...tapi mak mertua ku masak asam pedas kesukaan Ijat! Malamnya, kami beramai-ramai ambil picture kat bandar Kuantan!! Balik dari ambil picture, bantai elektrik plak takde tapi alhamdulillah kawasan rumah kami ada elektrik. Tengah syok dok layan TV2 dengan hubby, tetiba ada orang call nak raya. Tgk jam kat dinding dah pukul 11 mlm lebih. Dalam hati aku pun berkata, biar betul orang ni dah dekat tengah malam dan dia tak pikir ke orang lain nak berehat jugak untuk settlekan keje lain keesokkan harinya. Kemudian hubby terdengar orang yang bertandang ke rumah kami itu memberi alasan rumah dia takde elektrik, panas dok dalam rumah so dia jalan-jalan raya la!! Apa la punya manusia, tak pikir ke orang ada anak kecik nak tido ke, tuan rumah dah tido ke....bawak2 la pikir tambahan lagi bunyi di malam hari lagi jelas...senang kata suara makcik tu agak kuat sedikit, kalau orang ada anak kecil sure terjaga! Maaf, aku bukan suka mengomen orang tapi aku senantiasa meningatkan diri jangan suka menyusahkan orang sebab aku tak suka orang susahkan aku juga, walaupun dia adalah adik aku sendiri!
Hari Raya Kelima, 5 Syawal (Khamis)
Lepak rumah lagi dan lagi! Sarapan kami sekeluarga makan di kedai mamak Alif. Mak mertua ku masak plak mee kari. Aku pack barang-barang, kemas serba sedikit rumah, dah letih mengelat nak tolong mak mertua aku!! Sori mak.
Hari Raya Keenam, 6 Syawal (Jumaat)
Masuk keje dah!! Jalan raya tak jem, sarapan pagi dengan member-member opis di Mid Valley!
Hari Raya Ketujuh, 7 Syawal (Sabtu)
Open house Raya @ Semenyih dan merangkap birthday party (khas untuk Fadli, sbb tu decoration belon banyak). Fadli banyak dapat hadiah, uncle su bagi LEGO, aku bagi beg sekolah Thomas & Friends, uncle2 yang lian banyak bagi kereta mainan. Aku pun dapat hadiah dari minuman kesihatan, Nescafe Latte, coklat, mangkuk, gelang crystal, jam tangan & tudung. Banyak makanan yang disediakan, dibawa oleh makcik dan pakcik aku termasuk cousin aku. Detail artworks yang diusahakan oleh kami dan pictures ada di blog http://www.gearberolengoleng.blogspot.com/
Hari Raya Kelapan, 8 Syawal (Ahad)
Semua yang pulang beraya siap sedia untuk pulang ke sarang masing-masing menyudahkan tugasan sebagai pelajar/ pekerja/ warga emas/ etc.
Salam Hari Raya semua. ;>