Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Tuesday, August 9, 2016

Happy 1st Birthday Aqil

Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday to Aqil
Happy Birthday to You....


Kejap je dah besar. Mummy sayang Adik.
Adik kan kembar Mummy, anak jepun Mummy
Adik mmg kawan baik Abg Azizi smp bila-bila

Biasalah org buat birthday bash, mak kau pun nak buat kan
Sesusah cari kek kecil, jumpa kek ni je size kecil
Fresh Fruit Love Boat


Akan ada majlis birthday, gabungan Aqil dan Azizi
Cake dah ada idea nak tempah kat mana, konsep tak boleh ditentukan lagi
Sebab Daddy ngaruk tak setuju tempat majlis diadakan

Kalau boleh nak eliminate process sediakan doorgift, memanjang kena komen
Nyampah makkkk!

Friday, September 25, 2009

Kisah Hari Raya 2009

Hari Raya Pertama, 1 Syawal (Ahad)

1st time celebrate @ Semenyih. Macam2 hidangan yang disajikan, nasi tomato, acar buah, acar timun+nenas, biskut raya, kerepek raya, kek raya, rendang, nasi impit, sambal goreng Jawa (Ayah's secret recepie), kari ayam. Sesi bagi duit raya pada Nain, Fadhli and Afiq, as usual sure lead by Nain coz yang lain follow aje!

Mula2 raya @ rumah Mak Ngah. Dekat je...selang 6 rumah dari rumah mak aku! Beraya dengan mak Ngah, pak Ngah, Khairul, kak Aziah, Maisarah, Iskandar, Bunyamin, Nadiah, Azli, Adam, Hannah, Hani, Nur Khalidah. Since mak Ngah still blum siap masak nasi beriani kami pun decide gi umah nenek dulu kat Melawati. Cuma sempat makan kek coklat tapi sebenarnya coklat chip resipi istimewa mak Ngah Cik Nur tak bakar2 lagi. Kempunan aku & Hakam!!

Sampai umah nenek, jumpa uncle subhan, uncle Ghauth, aunty Norlia, Sakina, Imat, 2 representative Iran @ Malaysia, Mr Sia. Nenek sihat, dia dah ada bibik baru. Nenek kata dia tak buat kuih, kuih datang. Hubby aku bantai buat lawak, oklah tu nenek sebab alia kuih tunjuk, nenek kuih datang!

Kemudian kami beraya di rumah uncle Han. Meriah sungguh dengan kuih raya penuh satu meja, mee/ meehoon kari, nasi impit, kari ayam, kek lapis hijau, kuih kapit, etc. Berjumpa dengan aunty Zaiton, cik Pah, Nadia dan Rafiq so macam2 cerita kami bualkan.

Malam tu, kami makan nasi beriani di rumah mak Ngah. Difahamkan pengasas jamu Mak Dara beraya di rumahnya.


Hari Raya Kedua, 2 Syawal (Isnin)

Hubby decided balik lambat sikit coz his family menghadiri tahlil kubur @ Temerloh. Suddenly Abg Din called, dah lama tak dengar suaranya. Kami pun tunggu dia datang raya kat umah Semenyih. Bini dia tunggu hari aje nak bersalin, so sentiasa membawa barang bayi ke sana sini dan tak balik beraya samada di Johor atau Pahang. Mak masak simple but nice food, nasi putih, ikan masak kari, ikan goreng, sayur, ayam masak pedas. Kami sampai di Kuantan pukul 6. Hubby kemaruk nak makan plak, so makan lah kami rendang dan lemang buatan ayah mertua aku. Malamnya makan KFC, again dibelanja oleh ayah mertua ku...sebelum tu siap gi rumah Angah tumpang washroom, :>

Hari Raya Ketiga, 3 Syawal (Selasa)

Lepak rumah aje! Pagi sarapan nasi lemak dan sambal sotong. Kemudian, tolong-tolong ibu mertua ku masak laksa Johor.

Hari Raya Keempat, 4 Syawal (Rabu)

Lepak rumah lagi! Tolong-tolong mana patut kat rumah, today ibu mertuaku masak soto plak! Rasanya Ijat (anak yang diasuh oleh ibu mertuaku dan agak close dengan hubby aku) datang. Aku dah lupa la...tapi mak mertua ku masak asam pedas kesukaan Ijat! Malamnya, kami beramai-ramai ambil picture kat bandar Kuantan!! Balik dari ambil picture, bantai elektrik plak takde tapi alhamdulillah kawasan rumah kami ada elektrik. Tengah syok dok layan TV2 dengan hubby, tetiba ada orang call nak raya. Tgk jam kat dinding dah pukul 11 mlm lebih. Dalam hati aku pun berkata, biar betul orang ni dah dekat tengah malam dan dia tak pikir ke orang lain nak berehat jugak untuk settlekan keje lain keesokkan harinya. Kemudian hubby terdengar orang yang bertandang ke rumah kami itu memberi alasan rumah dia takde elektrik, panas dok dalam rumah so dia jalan-jalan raya la!! Apa la punya manusia, tak pikir ke orang ada anak kecik nak tido ke, tuan rumah dah tido ke....bawak2 la pikir tambahan lagi bunyi di malam hari lagi jelas...senang kata suara makcik tu agak kuat sedikit, kalau orang ada anak kecil sure terjaga! Maaf, aku bukan suka mengomen orang tapi aku senantiasa meningatkan diri jangan suka menyusahkan orang sebab aku tak suka orang susahkan aku juga, walaupun dia adalah adik aku sendiri!

Hari Raya Kelima, 5 Syawal (Khamis)

Lepak rumah lagi dan lagi! Sarapan kami sekeluarga makan di kedai mamak Alif. Mak mertua ku masak plak mee kari. Aku pack barang-barang, kemas serba sedikit rumah, dah letih mengelat nak tolong mak mertua aku!! Sori mak.

Hari Raya Keenam, 6 Syawal (Jumaat)

Masuk keje dah!! Jalan raya tak jem, sarapan pagi dengan member-member opis di Mid Valley!

Hari Raya Ketujuh, 7 Syawal (Sabtu)

Open house Raya @ Semenyih dan merangkap birthday party (khas untuk Fadli, sbb tu decoration belon banyak). Fadli banyak dapat hadiah, uncle su bagi LEGO, aku bagi beg sekolah Thomas & Friends, uncle2 yang lian banyak bagi kereta mainan. Aku pun dapat hadiah dari minuman kesihatan, Nescafe Latte, coklat, mangkuk, gelang crystal, jam tangan & tudung. Banyak makanan yang disediakan, dibawa oleh makcik dan pakcik aku termasuk cousin aku. Detail artworks yang diusahakan oleh kami dan pictures ada di blog http://www.gearberolengoleng.blogspot.com/

Hari Raya Kelapan, 8 Syawal (Ahad)

Semua yang pulang beraya siap sedia untuk pulang ke sarang masing-masing menyudahkan tugasan sebagai pelajar/ pekerja/ warga emas/ etc.

Salam Hari Raya semua. ;>

Friday, May 29, 2009

August birthday celebration

Lama lagi bulan Ogos, excited aku & hakam tak bertempat coz mak arrange buat birthday party. Disebabkan bulan puasa, kami buat bulan sembilan sempena rumah terbuka aidil fitri dan birthday celebration.

Macam2 aku dah arrange dengan hakam, nak gantung belon, kek bob the builder (setakat fadli tak ubah character cartoon lagi), hantar invitation card, air spicy (air carbonate tapi nain ckp air pedas), buah-buahan (no semangka,normally known as tembikai), birthday party pack utk 11 orang, kerepek dan makanan berat mak aku buat la.

Aku dah berangan dapat beg Coach idaman kalbu. Hari tu lalu tepi boutique KLCC dah ada display. Kak su (kawan satu kelas master) plak dok cerita beli beg TODS. Mmg tak disangkal beg TODS ada design dan colour yang cantik sekarang. Jealous aku da....tak dapat sekarang, aku pastikan aku dapat beli sendiri lepas ni!!

By the way, hubby aku dah lupa la tu...dia kena buat blog MI atas permintaan mak teh, kira library family and kena upload picture keluarga. Hum...pic kenduri aku lepas la tapi pic lain aku rasa ken scan....akak aku dah confirm pic dia kena scan. Kalau sempat aku rancang nak launch sekali time birthday party.