Sunday, December 8, 2013
Thursday, September 26, 2013
Persahabatan Vs Perempuan
Hamka dalam bukunya Falsafah Hidup menulis " Orang perempuan tidaklah tahu benar bagaimana besar harga persahabatan di antara dua laki-laki. Dia tidak faham harga persahabatan diantara dua laki-laki berlainan dengan harga percintaan diantara seorang laki-laki dengan seorang perempuan.
Dia tidak kenal bahawa harga persahabatan itu lebih mahal dari harga percintaan. Sebab itu sahabat suaminya kerapkali dipandangnya musuhnya, dia benci dan takut. Takut akan dicurinya sebahagian dari cinta suaminya kepadanya"
Hehe... Gua bagi intro je... Nampak macam topik panas... tapi telah dibahas lebar dalam makalah tersebut. Orang yang berilmu pasti akan memandang dan menimbang dengan takal ilmu, bukan perasaaan dirinya. Silakan baca jika ada yang memilikinya.
Sebenarnya gua nak sembang pasal matematik =)
Dalam hidup ini, kita mesti ada tujuan. Samada sedar ataupun tidak.
Andaikan saja tujuan kita hidup bernombor 9 ( sembilan ).
Maka sembilan ada tujuan hidup kita. Bermula kita lahir, kita mula dari kosong (0) dan sampailah sekarang.
Setiap insan, telah ditetapkan rumus-rumus kehidupannya.
Antaranya mungkin :
1+1+1+1+1+1+1+1+1 = 9
Mungkin seperti diatas, ada sembilan langkah dan perubahan naik satu persatu sehinggalah angka 9.
Mungkin juga seperti ini :
1+6+2 = 9
Langkahnya senang, pantas dan singkat.
Ada juga :
9-5+1+1+1+2 = 9
Bermula dengan angka besar kemudian jatuh dan naik semula.
Terbukti nombor mempunyai nilai tersendiri.
Hidup adalah nombor.
Jangan pernah menyalahkan bilangan nombor yang kita dapat sikit ataupun banyak.
Kemudian menjadikan sebagai alasan kepada sesuatu tindakan.
Apabila jatuh, kita kena bangkit semula.
Dengan tindakan yang baru, bukan tindakan berdasarkan pengalaman gelap itu.
Kehidupan adalah Sunnatullah.
Tetapi tindakan adalah hak diri sendiri.
Ibarat 9 itu adalah ketetapan Allah, tetapi setiap angka nombor itu adalah pilihan diri kita sendiri.
Berubahlah...
Kerana kita masih ada nombor 1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9 = )
Dia tidak kenal bahawa harga persahabatan itu lebih mahal dari harga percintaan. Sebab itu sahabat suaminya kerapkali dipandangnya musuhnya, dia benci dan takut. Takut akan dicurinya sebahagian dari cinta suaminya kepadanya"
Hehe... Gua bagi intro je... Nampak macam topik panas... tapi telah dibahas lebar dalam makalah tersebut. Orang yang berilmu pasti akan memandang dan menimbang dengan takal ilmu, bukan perasaaan dirinya. Silakan baca jika ada yang memilikinya.
Sebenarnya gua nak sembang pasal matematik =)
Dalam hidup ini, kita mesti ada tujuan. Samada sedar ataupun tidak.
Andaikan saja tujuan kita hidup bernombor 9 ( sembilan ).
Maka sembilan ada tujuan hidup kita. Bermula kita lahir, kita mula dari kosong (0) dan sampailah sekarang.
Setiap insan, telah ditetapkan rumus-rumus kehidupannya.
Antaranya mungkin :
1+1+1+1+1+1+1+1+1 = 9
Mungkin seperti diatas, ada sembilan langkah dan perubahan naik satu persatu sehinggalah angka 9.
Mungkin juga seperti ini :
1+6+2 = 9
Langkahnya senang, pantas dan singkat.
Ada juga :
9-5+1+1+1+2 = 9
Bermula dengan angka besar kemudian jatuh dan naik semula.
Terbukti nombor mempunyai nilai tersendiri.
Hidup adalah nombor.
Jangan pernah menyalahkan bilangan nombor yang kita dapat sikit ataupun banyak.
Kemudian menjadikan sebagai alasan kepada sesuatu tindakan.
Apabila jatuh, kita kena bangkit semula.
Dengan tindakan yang baru, bukan tindakan berdasarkan pengalaman gelap itu.
Kehidupan adalah Sunnatullah.
Tetapi tindakan adalah hak diri sendiri.
Ibarat 9 itu adalah ketetapan Allah, tetapi setiap angka nombor itu adalah pilihan diri kita sendiri.
Berubahlah...
Kerana kita masih ada nombor 1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9 = )
Wednesday, September 25, 2013
Rapuh
Tidak ada jawapan kepada persoalan itu
Hanya bisa bersama mencari penyelesaian.
Tidak ada kekayaan itu
Hanya seberkat usaha dijunjung budi.
Tidak pasti dihadapan sudah ada kebahagiaan
Hanya berteman waktu susah senang.
Jadilah bidadari dunia
Sebelum menjadi bidadari syurga.
Sesuatu itu ada sejarahnya.
Ditulis.
Sunday, September 22, 2013
Segulung Ijazah Selautan ILmu
Rasa baru kemarin gua berbaris untuk disebut nama bagi naik ke pentas. Menerima segulung ijazah.
Hari ini kami akan bergerak, esok majlis konvo akan bermula.
Kapal terbang bertolak daripada Sandakan ke Kuala Lumpur pada petang hari.
Semua telah siap, ole-ole dari Sandakan buat orang-orang terdekat di Semenanjung.
6 tahun berada di sana, cukup untuk gua mengenal nafas-nafas ibu kota, dambaan manusia.
Sampai di dewan Konvokesyen, rasanya gua orang terakhir sekali yang mengambil jubah.
Ingatkan urusetia dah siap-siap gosokkan...hehe... masuklah gua ke dewan dengan jubah yang agak
'cool'.
"Muhammad Saipul Somme".... gua melangkah dengan sorakan rakan-rakan. Terima kasih semua.
Bukan itu yang gua nak sampaikan sekarang.
Ijazah hanya sebuah lesen, begitu juga Master ataupun Phd. Memilikinya bererti kita akan mempunyai kunci untuk memasuki sistem ciptaan manusia.
Tapi ini bukanlah mutlak untuk menentukan jatuh bangun, bahagia dan sengsara seorang manusia.
Kenapa ?
Sebab ayah dan ibu kita, masih bahagia walau tanpa segulung ijazah, masih boleh membesarkan kita, masih mempunyai masa bersama dengan kita.
Mujur bahagia tidak boleh dibeli dengan wang. Mujur masa tidak boleh dibeli dengan wang.
Allah itu Maha Adil.
Berjalanlah dengan penuh rasa kehambaan, bersyukur dengan apa yang ada, membantu selagi termampu.
Beberapa hari lagi, gua akan memasuki alam yang baru.
Ijazah tidak menjadi pra-syarat kepada perubahan itu. Tetapi yang penting ialah kesediaan kepada sebuah tanggungjawab dan amanah.
Bersedia untuk berkongsi dan melangkah bersama.
Semoga semuanya baik-baik saja.
Terima kasih ya Rabb, Engkaulah tempat kami memohon kesyukuran. Tiadalah daya kami melainkan dengan ketetapan dan perancangan Mu.
Pendek kata, segulung ijazah datang setelah kita menjadi manusia. Bersifat lah seperti manusia, lebih tepat lagi, bersifatlah sebagai hamba.
Dengan itu, ilmu akan menyuluh kita sepanjang perjalanan di alam fana ini.
Sekian dulu, wassalam.
Sunday, September 8, 2013
BAHASA TERINDAH
Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
Penuh baraqah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
Penuh baraqah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.
A. SAMAD SAID
Tuesday, September 3, 2013
Tuesday, August 27, 2013
Manusia
Manusia,
Mula mu hanya secebis darah,
kemudian gumpalan daging...
Maka jadilah kamu yang bergelar manusia.
Akhirmu dengan sehela nafas,
Kemudian lilitan kapan...
Maka jadilah kamu yang bergelar mayat.
Hamba,
Mula mu sebelum kamu bergelar manusia.
Akhir mu tidak akan pernah berubah.
Labatta
Pergi
Dalam gelap aku mencari,
Mencari sesuatu yang belum pasti,
Meski telah jauh aku pergi,
Namun nafas semakin berhenti.
Biarlah buta mata asal jangan buta hati,
Biarlah bisu berbicara dari benda yang tak pasti.
Hidup dan mati,
Silih berganti,
Sampai masa aku pergi menghadap Illahi.
Labatta
Mencari sesuatu yang belum pasti,
Meski telah jauh aku pergi,
Namun nafas semakin berhenti.
Biarlah buta mata asal jangan buta hati,
Biarlah bisu berbicara dari benda yang tak pasti.
Hidup dan mati,
Silih berganti,
Sampai masa aku pergi menghadap Illahi.
Labatta
Sunday, May 26, 2013
Friday, May 24, 2013
Penglipurlara : XX-Ray 1
mmmmm.... Mau tulis apa....
mmmmmmmmmm..... mau tulis apa nie....
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.... arrh... mau tulis apa nie...
mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...dah stop.
Gambar menunjukkan penulis sedang duduk bersama penduduk kampung. Bercerita kosong sambil tangan ligat menguyah beberapa keping keropok tasen yang ditaja percuma.
Melihat gambar diatas penulis hanya ingat satu perkara. Perkara yang boleh menyebabkan air mata mengalir...huhu.
Apa tak nye bro... cubalah bayang kalau dah lopak kat jalan raya sebesar tangki biru kat belakang rumah macik tue. Kat manalah gua nak ambik side, pusing kiri kanan... tayar kereta mesti masuk perangkap samar
Terbabom....kan best kalau mesin XX-ray tu dah siap... boleh lah kembali ke masa lepas. Tak yah lah pergi... kan baik duduk rumah je... tengok dinding...kakaka.
Tapi... apasal penduduk duk rilek jee... ini yang musykil. Adakah sebelum ini... jalan raya lebih teruk daripada ini... sehingga mereka sangat bersyukur dengan kemajuan yang ada.
Mungkin jugak.
Ataupun mereka seperti bak kata pepatah.. "alah bisa tegal biasa"... mmm mungkin jugak.
Atau gua yang duduk terlalu sermpurna, biasalah kat bandar siap dengan lebuhraya, jalan raya... tol dan sebagainya. Mungkin gua yang telah salah masuk jalan.
Di ringkaskan cerita, penduduk yang gua jumpa adalah penduduk yang mahukan perubahan... mesti diorang ada access kepada maklumat luar nie... dah tengok kemajuan kat luar... dah rasa keadilan perlu ada.
Sebab tu diorang nak berubah. Nak infra struktur yang lebih baik.
Kita sambut panggilan itu, sebab itulah lawatan ini terjadi.
Manusia sentiasa berubah... dan sifat semulajadi manusia akan berubah kepada kebaikan.
Mereka adalah duta perubahan...
Tulisan yang Simple....
tulisan-tulisan laras tinggi bukan takda bro...cuma tak keluar lagi...hee..
Friday, April 19, 2013
Di Sudut
Ku menyusur malam yang berliku
Sarat hati yang terluka
Semakin deras jeritku tak puas
Kau tersenyum di papan tanda
Sarat hati yang terluka
Semakin deras jeritku tak puas
Kau tersenyum di papan tanda
Cinta Materialis... terus segar bermain.
Berawang-awang... Jauh lagi ... Mungkin ada penghujung mungkin tidak.
Jangan pernah kecewa dengan hidup...
Tetapi kecewalah kerna tidak dapat meneruskan hidup.
Sungguh kamu sebaik-baik ciptaan.
Saturday, January 12, 2013
Waktu
" Selagi hayat dikandung badan...jangan sekali dikau lupakan...
perintah Rasul dan perintah Tuhan..Itulah tugas setiap insan"
Aku sangat suka kepada cahaya matahari pada waktu petang... ketika sinarnya menyilaukan mata. Pada waktu itu matahari sangat cantik. Aku akan duduk...sambil melihat ia tenggelam sedikit demi sedikit. Jiwa ku rasa bebas, seakan terbang kearah langit. Tinggi dan terus meninggi, untuk mengejar cahaya matahari yang semakin hilang.
Ketika memandu...cahaya matahari petang menjadi teman...memang silau...tapi sebalik itulah sebuah keindahan yang tersembunyi. Aku ingin mengejar.... sampailah ke hujungnya.
Sungguh indah ciptaan Tuhan.
Zaman sekolah lagi... aku sudah terpikat dengan cahaya petang matahari. Samada ketika perjalanan pulang ke sekolah. Aku berjalan kaki, ketika berada di satu kawasan bukit yang tinggi. Aku akan berhenti... sambil melihat corak-corak awan yang telah diwarnai kuning mentari itu.
Hehe... setiap kali jogging di puncak bukit itu. Aku akan duduk.... melupakan segala kesusahan, menikmati hiburan alam ciptaan Tuhan ini.
Setelah terang... pasti akan gelap.
Setelah gelap... terang muncul semula.
Subscribe to:
Posts (Atom)