Dengan menyebut namaMu...
Hatiku menjadi tenang...
Dengan mengingatiMu...
Aku semakin mengenali diriku.
Hujan tidak henti-henti. Sepatutnya masa terluang seperti ini, aku boleh bersilaturrahim dengan kawan-kawan lama, menziarahi pensyarah, dan mengembara sendiri menikmati serta memerhati indah keadaan ciptaan Tuhan.
Aku duduk bersandar, melihat gelagat manusia. Keletihan... kepenatan. Sungguh kota raya ini telah menghisap dan menyedut masa dan kegembiraan segolongan manusia. Tanpa sedar, masa yang ada semakin sempit. Sehinggalah bila ia tamat, kita akan menjadi seperti manusia-manusia lain.
Yang sama... mengikut arus yang sama. Hanya mengikut rentak wujudnya seorang manusia kini.
"Ahhh... aku tidak mahu hidupku seperti itu". Walaupun kadang aku rasa seperti itu. Aku mesti memakna hidupku.
Memaknakan hidup.
Jalan ke Bukit Bintang. Aku tahu kalau menaiki kenderaan ku sendiri. Menaiki kenderaan awam aku jadi buta. Aku bertanya.
Sekali lagi. Memaknakan hidup muncul dalam benak hatiku. Aku perlu mencari, dan merekodkan aku dalam dunia. Samada manusia ataupun dunia itu sendiri.
Sesekali... aku melihat pengemis itu. Hanya duduk diam bersahaja. Aku cuma menyelami, apa yang sedang dalam fikirannya. Mungkin dia sedang gembira, sedih. Mungkin dia gembira, kerana telah sedia menerima seadanya. Mungkia dia gembira dan tenang, dengan keadaan dirinya yang tidak terikat dengan dengan segala caca merba dunia.
Hujan.
Wiper kereta agak rosak. Hujan turun dengan lebatnya. Aircond pulak dah kosong. Kami saling ketawa. Bercerita tentang sesuatu yang telah berlaku... memang sesuatu yang menyeronokkan.
Sebenarnya apa yang buat kita gembira ? Aspek fizikal atau hubungan manusia sekeliling kita ?
Memaknakan hidup.
Aku masih berpakaian kerja. Selesai Maghrib... Ustaz menghadap kami. Lantas dia berkata...
" Marilah kita menyelami surah al-Asr. Sesungguhnya Allah telah berjanji... Demi masa.
Masa muda sebelum tua mu, masa lapang sebelum sempit mu, masa kaya sebelum miskin mu, masa sihat sebelum sakit mu, masa hidup sebelum mati mu.
Itu lah masa !!! "
Betul kata ustaz... itulah masa... manusia pasti akan berlegar disekitar itu.
" Semua kita ini, manusia dalam kerugian. Maksudnya... dia bos kah.. orang kaya kah... jutawan kah... apatah lagi orang miskin. Kita semua ini dalam kerugian. Selagi mereka tidak menghargai masa-masa yang ada... pasti mereka akan rugi.
Kemudian Allah berkata.. kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. "
Lapangan terbang.
Hujan lebat.... aku bersila... menyelak lembaran-lembaran buku...