Saturday, December 18, 2010

Thursday, December 16, 2010

Simfoni



Bro... ???

Ha... apa dia !!!

Waa... semenjak dua menjak nie.. dah jadi parasit buku pulak ye.

Tak lah... kesian kat buku nie... nanti termakan ulat kan susah.

Waah...buku pulak yang termakan ulat... bukan ulat yang yang termakan buku ke...ish dasyat.

Ha... apa dia ???

Nak tanya baca buku apa ???

Ni...!!! Gua beli kat Menara Rakyat...belek sampai lenguh kaki... bila dah lenguh... gua pun duduk lah... bila dah lenguh duduk...

Ish.. brother nie...nak manja-manja plak kat gua....

Eleh rilekslah... bila lagi ?? haha... pendekkan cerita... gua bawak buku nie pergi kaunter... ada uncle nie... salah satu buku yang dia beli... sama nilai duit yang ada dalam dompet gua.. pergh !!!

Pastu ???

Pastu gua pun cek balik lah harga buku kat tangan gua... nasib baik boleh cover lagi. Gua rasa uncle ni ulat buku lah... setahun dua dah boleh terbang kot.

Apasal plak ?

Dah jadi rama-rama... ulat buku...ulat kan jadi rama-rama...haha.. !!!!

Nampak sangat kering kontang...hehe.

Sunday, December 5, 2010

...Bila Allah temukan kita beberapa cinta...
...Pastikan kita sudah bertemu cinta Allah...

Monday, November 29, 2010

IDENTITI

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

The Road Not Taken by Robert Frost

Bertemu dengan salah seorang Murabbi... usrah dan perbincangan otai memang begini.
Mudah dan senang.Otak gua memang dahaga dengan unsur-unsur motivasi, unsur-unsur
membangun jiwa sebegini.

Pesannya... rancanglah kehidupan kamu dengan penuh teliti.

Jelaskan apa matlamat hidup kamu... apa yang kamu mahu dalam hidup kamu ?

Kini, kamu telah selesai pengajian. Kamu sekarang berada dalam fasa pemilihan. Fasa
bagi memilih satu lagi jalan dalam hidup kamu. Orang umpama kita ini, tidak boleh
bertindak sekadar dengan apa yang sedang kita hadapi. Dapat kiri, kamu kekiri. Dapat
kanan, kamu kekanan. Sukar untuk kita hidup sedemikian. Sekarang ini, kamu perbaharui
niat dan matlamat hidup kamu, pegang apa yang saya ajarkan dulu.

Ramai antara mereka yang telah kecundang.. disebabkan tanggungan hidup yang terpaksa
mereka tunaikan. Tidak salah, tetapi bagi kita ia merupakan satu kekurangan, kamu
bukan insan biasa, kamu telah diajar dan dilatih, kamu telah diisi dengan pelbagai
kelebihan diri. Maka insan-insan seperti kamu harusnya dimanfaatkan sebaik mungkin
untuk kepentingan Ummah. Justeru itu perancangan hidup insan seperti kamu adalah
sangat penting bagi masa depan negara.

"I keep six honest serving-men
(They taught me all I knew);
Their names are What and Why and When
And How and Where and Who."

Senaraikan satu persatu matlamat hidup kamu... kemudian kamu tanyakan sendiri kepada
diri kamu dengan soalan ini. Kemudian pasti kamu lihat jalan kehidupan kamu ke arah
yang mana. Semua ini supaya kamu tidak hilang arah tujuan.

What ?
Why ?
When ?
Who ?
Where ?
How ?

Ingat !!! Kita tidak semestinya berada dalam lapangan yang sama tetapi kita mesti
mempunyai tujuan yang sama.

Saturday, November 20, 2010

Hitam-putih




Saat itu hanya rasa..
Seandainya ada warna...
Seandainya ada rupa...
Pasti itulah pelangi.

Tuesday, November 16, 2010

Silaturrahim

Resolusi dimeterai :
1) Perlunya mereka-mereka ini mencari "Sakinah".

2) Dunia Mahasiswa adalah gelanggang, pentas terbaik, membawa diri
berkelana nanti.

3) Yakin dan Berani akan membawa anda kemana saja yang anda tujui.

4) Nanti bila 'dinanti' jangan haraplah nak buat macam nie....

6) Berusaha menunaikan janji-janji dakwah ...

Monday, November 15, 2010

Friday, November 12, 2010

Wednesday, November 10, 2010

Sinar

Mmmm... senyap okay ... cuba hayati... apa yang kita pandang sekarang ?

Bintang...

Best tak macam nie ...??? Baring atas rumput sambil menonton bintang di langit...

Ahh.. leganya... selalu ke buat macam nie ?

Kalau kat rumah..selalulah. Entah.... mmmm... ya Allah...bestnya...

Sesuatu yang sepatutnya menjadi milik individu dan ia miliki, gua tak rasa hairan bro. Tapi bila sesuatu yang semuanya patut miliki, tetapi kita saja menikmati. Nikmatnya hanya Tuhan saja yang tahu.

Mungkin sekarang, ada yang dah lupa langit di atas. Mungkin dia terlalu sibuk, dia diselubungi kota-kota batu. Kota-kota batu ini memisahkan dirinya dengan yang sepatutnya menjadi miliknya.

Dan kita, sebaliknya tidak memiliki semua itu. Gua dan lu tidak berharta, tapi kita perlu isi dengan sifat kaya. Sifat kaya itu akan berjalan bersama-sama dengan kita... mmmm.....

Bro.... ini sesi hati ke hati ke ??? hehe...

Gua shoot sekali..!!! apa pulak... sesi hati ke hati itu... bukan macam nie... patut lagi dalam daripada ini... gua boleh buat lu menangis teresak-esak tau...

hehe...rilek lah bro... Bro.... gua nak sembang sikit nie....

apa dia !!!!

alah...dengarlah jap ha...

haaa...tuu.... dia shooting star... !!!! dah rugi tak nampak.

alah tu... kejap lagi adalah semula. tapi ini tak kan ada lagi tau ...

orait... apa dia ???

gua rasa...gua dah jumpa... puteri hidup gua...
tapi macam tak sesuai lah dengan kita bro...
kita kan rock...

gua nie... bro lagi lah ...conform dalam rejection list.

beku jantung ni tau...
kelu lidah ni tau...
baik-baik boleh berbicara Inggeris,
dah macam bunyi Jepon dah jadinya...

bro dapat rasa tak yang gua rasa nie ???

mungkin ini Ujian Jiwa dari Tuhan buat gua kot bro... betul tak bro ???

bro !!!! Bro !!!!

hampeh... boleh plak tido... mmmm......

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" (QS Al Baqorah [2]:155-157).

PSI

wei !!! sampai mampos pun tak jumpa !!! tepilah !!!

letih tau !!! asyik mencari jeee... lantak arr... kalau tak cari mesti jumpa jugak...

marah nampak brader !!!!

nampak senyum kee.. bengang arr... !!!

kenapa dia ?????

ahhh.... lu pun tak boleh bantu....

apa dia ???

mmm.... tepi sikit.... ahhh.. jumpa pun... eleleh....!!!! eleleh... pensel kesayangan... muah !!!! sikit lagi putus harapan ...

... kena flying kick nie....

eleleh... brader... jom sambung study yuk...

jap... nak nyanyi lagu penumbuk di muka mu... hehe..

Friday, November 5, 2010

Sunday, October 31, 2010

Penglipurlara 7

Dia memasuki pintu gerbang.... pintu gerbang kampung Putrajaya...dengan ucapan

" Selamat Datang ... Sila Tinggalkan Ideologi
Dan Fahaman Anda Di Sempadan Ini
".

Begitu sibuk... unta , kuda dan beca silih - berganti.

Pukul 9 pagi, kelihatan petugas-petugas awam masih tenang, bersembang kosong, dengan jari menyelit sekuntum cerut. Berlumba-lumba menghasilkan awan yang bisa menurunkan hujan.

Selamat datang tuan hamba !!! kata pemuzik jalanan ini.

Selamat datang ke Putrajaya !!! Jangan risau tuan hamba akan sentiasa berteman bila berada di sini.



Lagu ini untuk kamu wahai strangers !!!! Kami tujukan untuk kamu !!!

Selamat Datang ke Putrajaya !!!!

Saturday, October 30, 2010

Penglipurlara 6

Tahu tak... plus minus 1/3 daripada umur kita... lu dan gua wakafkan untuk menuntut ilmu. Ilmu apa dan kemana... itu lu-lu gua-gua punya pasal lah. Kalau macam lu nie... conform tak dapat diselamatkan dah.

mmm... ni apasal tak cari pihak ketiga jee... asyik kita je nak bantai...

Sejarah telah membuktikan...chewah !!! Jangan marah ya !!! kata namanya usrah. Jadi sekarang giliran gua pula untuk bersyarah.

Silakan !!!

Pernah tak dengar cerita pasal Dr. Jackle and Mr. Hyde ???

Tak pernah.... Kenapa bro ?

Takda, saje nak buat conversersation ini lebih menarik...chewah.. macam give and take lah bro...hua..hua !!!

Tapi...bro. Macam ada jee orang perhati perbualan kita nie... macam dia tahu jee.. apa yang kita nak cakap. Ish... bahaya nie ...

Takpe... okay lah.. boleh jadi saksi. Ada apa-apa kita tarik dia sekali nanti. Sape suruh... tak bagi salam.



Apa dia tuan hamba ? Tolonglah jangan ganggu patik.

Bukan ganggu tuan puteri....ini ziarah namanya...

Hamba sekadar datang menjenguk bunga di taman, sementara kumbang telah jauh pergi.
tuan puteri...tuan puteriii..... sudi lah kiranya menerima sekuntum bunga chenta ini plus with pakej percutian 3 hari 2 malam bersama hamba...hehe. Nak lah....Ikhlas nie tuan puteri.

Kumbang patik memang telah pergi tuan hamba, tidaklah bermakna binatang liar boleh menumpang lalu.

Puteri berbicara lantang. Pemuda seperti ini langsung tidak akan diberi peluang untuk memanipulasi keadaan dirinya.

Sementara itu...

Dalam keadaan yang samar, Pendekar sedang khusyuk bersama alunan zikir-zikir mathurat. Tempat dia berehat sebentar sebelum sampai ke kampung Putrajaya, sebuah pondok yang usang hanya muat untuk dirinya berbaring.

Dia melihat ke atas, seekor labah-labah sedang asyik menyulam sarangnya.

"Wahai sang labah-labah, hebatnya Tuhan menciptakan kamu. Walaupun angin, hujan yang datang namun kamu masih kental, hanya pondok ini yang sedang di makan waktu. Sekadar, menunggu masa sahaja untuk tunduk kepada bumi. "

Sarang itu, bergerak ke kiri dan kanan, kiri dan kanan... kerna ditiup oleh angin yang turut cemburu kepada Pendekar, sambil mencium pipinya sehingga Pendekar larut dalam keletihan senja.

"Mari kawan-kawan. Pendekar dah tidur." Sang angin bersuara.

"Sebaiknya kamu jangan menggangu istirehat Pendekar... wahai bunga suria.." sahut sang labah-labah.

Pendekar lena, dikelilingi oleh makhluh Tuhan yang kasihan, sayang, dan ingin menjaga keselamatan Pendekar.

Aduh...bro. Mengantuknya...nak gak angin macam tu...

Nak angin ??? nah..

Ini apa... bantal lah bro...

Nasib baik bagi bantal... kalau pembantai..hua..hua..

Friday, October 29, 2010

Penglipurlara 5

Ah... Kencana... Pendekar mana !!!!

Kalau ya pun tuan hamba... bagi lah salam dulu....

Pendekar telah pergi. Anak-anak muda yang tidak senang dengan Pendekar, tidak mengetahui ketiadaaan Pendekar.

A'ah.... Assalamualaikum tuan hamba Kencana !!! Dimanakah gerangannya sahabat kamu, Pendekar berada ?

Ar... kan elok macam tu.. tuan hamba. Setahu hamba, Pendekar mendapat arahan Sultan untuk pergi ke luar daerah... outstation katanya.

Outstation.... apa ke benda tu....tuan Kencana ?

Ohh... ini bahasa orang Inggeris, Pendekar yang mengajarnya kepada hamba. Elok lah tuan hamba telah berada di sini. Sepanjang pemergian Pendekar, hamba diamanahkan untuk melaksanakan beberapa perintah di dalam kampung ini.

Apa dia tuan Kencana ???

Pertama sekali, pusat-pusat karok, tempat-tempat tuan hamba bersuka ria sekalian akan dirobohkan selepas ini. Hal ini, kerana perkara-perkara tersebut langsung tidak mendatangkan kebaikan sikitpun kepada rakyat jelata.

Apa dia ??? Cis.... punya Pendekar !!!!

Nasib baik tuan hamba berkata cis... hanya satu sahaja belum hamba nyatakan. Disebabkan sekarang adalah bulan peperiksaan, maka Pendekar membenarkan warung-warung burger buka sampai lewat 1 purnama.

Jadi bolehlah tuan hamba sekalian, menyegarkan minda dan jiwa.

Cis...punya Pendekar !!!!

Adalah lebih baik dia tutup sahaja semua warung ini.
Hamba tahu, Pendekar sengaja ingin menyeksa jiwa dan batin hamba dan teman-teman. Tidak kah dia tahu, kami sangatlah tidak berminat dengan makanan-makanan ringan ini.

Hamba hanya melaksanakan pesanan Pendekar, tuan hamba. Sahut Kencana.

Hua..hua... hampeh.... hampeh...bro !!!

Time exam.. tak makan makanan ringan konon... gua rasa dia lah yang borong kerepek kat kampung tu kot...haha !!!

Pastu yang kat rumah kita nie.. sape plak yang borong ???

Bro... lu jangan tuduh orang lain bro..fitnah nanti. takpe gua mengaku...haha !!!


Hai... lonely puteri.... seorang ke ???

Penglipurlara 4

"Terima kasih bayang ...
Walau hamba berdiri setinggi mulia mana !!!!
Namun kaki kita berdua masih berpijak di bumi nyata.

Terima kasih bayang ...
Walau hamba sedarjat mana !!!
Namun bayang kita berdua masih warna yang sama.

Terima kasih bayang ...
Hamba sedar kamu !!!
Kamu menyedarkan hamba. "

Thursday, October 28, 2010

Penglipurlara 3


"cubit paha kiri, pipi kanan juga terasa !!!! "...

Berada di rumah orang tua ini, seperti hamba pernah alami. Sebuah mimpi yang sering hamba alami di zaman hamba. Bisik hati kecil Pendekar.

Perkataan itu, terukir kemas berada di sebalik tingkap menghadap sungai yang terbentang luas. Dari sudut ini, terpancar cahaya percikan sungai, seakan kelip-kelip di waktu siang. Sedang anak-anak kecil, riang bermain sesama mereka. Ada juga orang kampung yang sibuk, yang sibuk memerhatikan tali air, sumber air utama mereka ke kawasan sawah kampung.

" Atok, apakah maksud peribahasa itu ? Hamba sepatutnya tahu, kalau peribahasa ini pernah wujud. Tapi dizaman hamba, sungguh peribahasa ini belum pernah hamba ketemui." Soal Pendekar.

Ehh ...bro.. Apa nie ?

Eh... pening tak !!! sengaja... nampak sangat kemandoman processor lu...hua hua... nah... HACKS..

hehe..bro... saje je.. niat nak pau HACKS pun..hua..hua.. terimas..

Apa sebenarnya tujuan anak muda datang kemari ? Atok itu bertanya kepada Pendekar.

Sepertinya anak muda bukan berasal dari perkampungan ini. Dari gaya dan intonasi bahasa kamu, atok tahu kamu ini seorang perantau.

Betul atok, panggil saja hamba dengan nama Pendekar. Benar, hamba adalah perantau. Mengembara ke ceruk dan pelusuk dunia hanya untuk memenuhi ilmu di dada.

Ting..ting !!! Ting..ting !!!.

Eh...bunyi apakah itu anak muda ??? tanya si atok.

Oh...atok.. di tempat hamba, umum mengetahuinya sebagai telepon. Atok tak perlu risau, susah hamba nak jelaskan. Jelas Pendekar.

Larr... bro !!! patutlah handset gua hilang. Pendekar kot yang ambik nie.

Japp... lu... handset ke atau hati lu yang hilang ???

Hati jangan main bro... gua tau lah gua sape... taman gua.. rumput pun tak tumbuh lar.

Dah tengok lah pulak.. lu isi apa dalam taman tue !!! Isi lah sikit dengan zikir, bagi kukuh dengan amal... Try buat...pasti ada bunga yang tumbuh...hehe.

Hamba sebenarnya sangat meminati Kesusasteraan Melayu ini, setiap bahasa itu mempunyai cerita dan kisah di sebaliknya. Sewaktu melalui kampung ini, hamba terdengar penduduk kampung mengatakan ada seorang tua yang petah berkata-kata, suka bercerita, dan tinggi ilmunya. Justeru itu saya datang menemui atok. Jelas Pendekar.

Ohhh.. begitu anak muda Pendekar. Atok bukan lah siapa-siapa. Atok hanya hamba, mulut, mata, tangan semuanya hanya pinjaman. Atok hanya memiliki pahala dan dosa, sebagai bekas atas segala perkara yang atok telah lakukan.

Owh... baru lah hamba faham... siapa orang tua ini. Bukan calang-calang. Bisik Pendekar.

I'm wondering bro... if nowadays people like atok is still exist ???

It should be, i think. As far as we try to reach them. I guess.


Maafkan hamba tuan puteri, tempat hamba bukan disini !!! Hamba berasal daripada daerah yang sangat jauh. Sejauh perjalanan suria ini...

Sampai hati...sanggup Pendekar, meninggalkan patik disini ???

Tuan Puteri....hamba tidak sesuai dengan puteri. Di tempat hamba, hamba hanyalah insan biasa. Hamba tidak mempunyai apa-apa. Sungguh puteri adalah lebih sesuai berada di sini. Hamba yakin pasti akan akan ada putera yang baik sesuai dengan puteri...

Lupakan saja hamba tuan Puteri...

Tapi... !!!

Sedarlah tuan puteri... jadilah puteri yang baik, anak yang baik kepada sultan dan permaisuri. Pasti nanti Tuhan... akan menemukan puteri seorang putera yang sepadan dan baik... lebih hebat daripada hamba.


Bro... you make me crying man !!!!

Ergh....what the... leceh lah pulak nak cari tisu nie...

huhu....

Kencana... telah hamba ceritakan segalanya. Hanya tuan hamba sajalah yang hamba boleh percayai sekarang.

Pertemuan rahsia itu ditemani oleh lalang-lalang yang longlai mengikuti tiupan angin senja. Pokok yang menaungi mereka seperti sedang bersama mengamati perbincangan mereka. Burung-burung mula berterbangan pulang ke sarang masing-masing. Jalur senja Maghrib, merah seperti darah, jauh tenggelam bersama dengan matahari.

Bunyi...dentuman gong berkali-kali... disusuli laungan azan Maghrib berirama, mendayu....menyelesuri...memecah,, ruang-ruang angkasa.

Baik... Pendekar. Rahsia tuan hamba akan selamat bersama hamba. Bilakah tuan hamba akan berangkat ?. sahut kencana.

Esok... !!! bersama-sama dengan suria pagi. Sultan telah mengarahkan hamba untuk membongkar keparat-keparat yang berselindung di sebalik amanah dan tanggungjawab mereka kepada rakyat jelata.

Peweet... suspend siut !!! Pendekar nak kemana bro ? cari taman eh...hehe...

Confidential lah bro ...hua..hua...!!!

Penglipurlara 2

........ ...... ... .....

Gua sambung lagi okay....

Mai lah duduk jap.... malam minggu nie.. malam orang muda.

Sebagai seorang bakal Ir. kita mesti mempunyai imaginasi dan fantasi yang tinggi. Kita telah boleh membayangkan statik dan dinamik suatu objek. Menganalisa dan meramal sesuatu keputusan adalah dalam kepakaran kita.

Berbeza dengan konsep hafalan tanpa mengaplikasi atau menghayati ilmu. Maka mereka-mereka ini akan terkedu, terkejut, hilang punca bila permasalahan ataupun situasi itu berlaku diluar daripada jangkaan mereka.

Kuncinya... ialah fleksibel... kita bersedia.

Tahu tidak, dalam prosedur keselamatan NASA, mereka mengamalkan zero causes, menghilangkan segala punca yang boleh mendatangkan bencana. Tip-top lah... safety diorang. Tapi masih juga berlaku kemalangan. Sebab diorang manusia. Cannot predict beyond the future..right.

Tengah buat apa tu...?

Salin...

Salin apa ?

Salin apa yang bro katakan... hehe...

aii... balas dendam ke apa nie ???

Musik please !!!! kita sambung cerita...

Ting...ting...

....Dah dua kali arh... si Pendekar itu memperdayakan kita... Cis... punya Pendekar. Anak-anak gadis mula bertanya siapakah gerangan si Pendekar itu.

Malam sebelum giliran Pendekar memberikan sepatah dua kata ucapan. Anak-anak muda yang dengki kepadanya mula bermesyuarat. Sebuah brainstorming telah dilakukan. Kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman si Pendekar disenaraikan satu persatu.

Pasti esok rancangan kita berjaya... hehe. Mampus engkau Pendekar. Pasti engkau jatuh malu dihadapan semua orang nanti..hehe...

Salam ukhwah salam perpaduan... salam perjuangan !!!

Seperti biasa... Pendekar maju kehadapan. Kelihatan sekumpulan manusia, telah bersedia memegang sepanduk bagi memalukan dia di hadapan pentas itu.

Terima kasih kepada tuan hamba sekalian, atas kesungguhan menunggu ucapan yang bakal hamba sampaikan....

Tuan hamba Pendekar... lekas.. sampaikan apa yang hendak tuan sampaikan kali ini ??? pantas mereka mengadukan soalan.

Baik...

Hehe... jagalah tuan hamba...

Baik... siapakah gerangan yang tahu apa yang bakal saya sampaikan ???? sahut Pendekar.

Yes..mengena. Kami benar-benar tidak tahu, tuan hamba. Manakala pihak di sebelah sana telah mengetahui tentang ucapan yang bakal tuan hamba sampaikan.

hehe... habislah engkau. apa lagi yang engkau nak katakan Pendekar... !!!!

wuuu....wuuu suspend siut ... bro !!!

dah sambung minggu depan...

okay...okay... sambunglah...sambunglah...

semua senyap... hadirin yang datang... sabar menunggu jawapan Pendekar....

kedengaran hanya bunyi daun jatuh berguguran di taman-taman yang sudah berpunya.

baik... jika begitu,,,,

jika begitu....

adalah menjadi kewajipan orang yang ahli...ahlinya... orang yang tahu... untuk memberi tahu kepada mereka yang tidak tahu....silakan kamu yang tahu... memberitahu kepada mereka yang tidak tahu...

maka tidak perlu lah hamba perjelaskan lagi...

hua...hua.... adeh....mantap... you are the man.. bro..

you are the man !!!! gempak siut....

Gua tak gempak bro... gua pun macam lu gak... kadang hilang arah... kadang hilang pedoman. Kadang menjeling gak...hua..hua.

hehe... jeling tak pa bro..... jangan main mata... sudah..hua..hua..

so... moral of the story setakat malam ni apa ?

apa dia ?

Pertama sekali, bila ada masalah, jangan gabra...jangan kecoh... cool je. Ini menunjukkan kematangan kita dalam berhadapan dengan masalah.

Kedua, kunci mengalahkan musuh....
lu boleh percaya kah nie... entah-entah lu nie agen CIA, KGB ke.. hua-hua...

sampei hati...demo kata kat kawe macam tue...

apa yang hairan plak... kehakiman dan sistem pemerintah pun... dah tak boleh percaya skrang..hehe

okay bro...

bang..binjo special untuk brader saya nie...hehe... bagi yang kaw punya.

Penglipurlara 1

Cis !!! tuan hamba !!!

Hamba tak jual chesse.. tuan hamba. Kalau nak beli ada di warung sebelah.

Pandai pula tuan hamba berjenaka...haha.

Sudah.... !!!! Jadi apa maksud tuan hamba datang kemari ?

Ingin beradu tenaga... telah riuh satu buana, mengatakan ada penglipur lara yang hebat berada di kampung ini.

Justeru itu ???

Justeru itu, hamba datang untuk mencabar. Pantang graduan seperti hamba, melihat orang lain gah melebihi hamba.

Tuan hamba mengaji di Universiti mana ?

Ohh... hamba batch majapahit... sekampung dengan Parameswara.

Oh begitu....jadi ?

Jadi... jikalau benar tuan hamba penglipur lara yang hebat. Berikan hamba satu perkara yang belum lagi tercatat dalam mana-mana hikayat Melayu samada dalam hikayat Tun Sri Lanang atau dalam model sastera Sehijau Warna Daun.

Baik... senang dan simple. Soalan hamba, berikan maksud pengertian peribahasa ini...

Tiba-tiba suasana menjadi kabur. Pekikan orang kampung, lalu lintas dihadapan mereka langsung tidak dipedulikan. Mereka seperti mempunyai bahasa mereka sendiri. Saling menunggu dan ditunggu.

Apakah....???? Maksud... ..... .... cubit paha kiri, pipi kanan juga terasa ????

Toing..toing..toing... haha... lawak lah bro...

Lawak...??? apa nie... gua ada cerita lawak... jenaka ke ?

okay..okay... sambung...

kalau macam itu.. nanti lah gua sambung...huahua... okay...kita sambung...

Pendekar !!!! sila bagi sedikit ucapan boleh....

Baik guru...tapi....

Dia memberanikan diri...

ehem....ehem... Hadirin dan hadirat... ladies and gentlemen... adakah tuan hamba semua mengetahui... apakah yang bakal hamba katakan ini ???

Tidak..Tidak !!! Sahut murid yang lain.

Kalau begitu...tiada guna hamba sampaikan... rugi... kerana tuan hamba sekalian tak akan ketahui.. tak akan faham.

Hua...hua... lawak siut Pendekar ni.. bro...

Hamba memang tak puas hati, minggu lalu dia kenakan kita.... minggu ni.. kita semua kena sepakat. Biar si Pendekar itu, mendapat denda daripada guru...hehe..

Baik.. silakan dengan ucapan kamu Pendekar !!!!

Baik guru...

Dia melangkah....

Adakah kalian mengetahui... apa yang bakal saya sampaikan ???

Minggu lalu kita kata tak tahu... dia tak bagi ucapan.

Mestilah kami semua tahu apa yang tuan Pendekar akan sampaikan....huahua.

Baiklah... kalau begitu...
tiadalah guna hamba sampaikan lagi... sebab tuan hamba semua dah tahu...

...hua !!! hua !!!! adeh... air-air bro...... tak tahan nie.. haha... jiran sebelah pun boleh bangun nie..haha...

apasal lu tak gelak guna mikropon tu jee.... !!! hua..hua...

kira-kira otak kita dah kosong tak bro !!! nak masuk benda baru pulak nie... untuk esok punya periksa...

entah... cuba lah right click otak tu... haha....

Monday, October 25, 2010

Maaf



wahai bintang kejora,
yang sinar dan kilauannya,
telah berada di hati.

maafkan saya,
memuji tanpa berarah,
berjanji tanpa suara,
saya masih di sini,
bertarung dengan diri,
demi untuk mereka,
demi sebuah kehidupan.

maafkan saya.

Sunday, October 24, 2010

sama RASA




ahh....ahh..... !!!!! argh !!!!!

alamak bro.. dia dah mula dah...

gua baru nak masuk mukaddimah exam nie...
tak bagi can langung lah...

tapi boleh ke bro... dah tengah malam nie...?

takpe diorang tidur guna earphone...

kita sebagai pendengar kena menghargai satu sama lain...
orait.. tak boleh jadi nie... kita kena sambut gak....

1...2.... mula !!!!

arh..!!!! arh!!!! ramai-ramai !!! arh !!!! arh !!!!!

jom teriak sampai pucat... arh !!! arh..!!!! hahaha !!! hahaha !!! adeh...
habis lah.. muqaddimah tadi... haha !!!

Friday, October 22, 2010

Insinyur

Bro...
Jangan tanya gua pasal itu barang...
Gua mengaji ilmu analatikal di dalam kuliah.

Lu punya soalan...
mengaji seumur hidup pun tak khatam...
Itu barang, lu buat sikit, rasa dia banyak...
Lu buat sikit, tafsiran dia pelbagai.

Tapi bro... tengok..dia buat lagi...!!!
Tak tahan nie...argh...
Bila dia buat... gua mesti terbalas.

Takpa lu tak salah...
Yang salah adalah si terbalas...
Lu tak boleh dipersalahkan.

Aii...bukan main perli lagi...

Dah tak mengaku bersalah..
gua carilah pihak ketiga untuk dipersalahkan...


Tahun Akhir

Andai ada tahun akhir ...
Andai ada bulan akhir ...
Andai ada hari akhir ...

Andai itu rupanya tiada...

Yang ada hanya aku dan kamu,
Yang itu pasti.

Sunday, October 17, 2010

ameen.

"Bila kita baca doa... mesti cakap ameen.

Kenapa ?

Sebab, sebagai tanda supaya doa kita diterima. Bahasa Melayu pun boleh, lagi bagus. Supaya boleh kita hayati."

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Engkaulah yang mengetahui isi hati kami,
Engkaulah tempat kami mengadu, meminta pertolongan.

Wahai Tuhan kami,
Ampunilah dosa bapak dan mamak kami,
hanya doa ini saja yang mampu kami berikan sekarang,
Peliharalah mereka dari segala bala bencana,
Kerana kami masih tidak berupaya, tidak berkuasa,
memberikan keselamatan kepada mereka.

Engkau berikanlah kesihatan kepada mereka,
kerana mereka sanggup berkorban untuk kami,
bersusah untuk kami,
semuanya untuk kami,
tidak mahu kami rasa susah seperti mereka,
mahu kami rasa senang,
mahu kami rasa gembira,
Wahai Tuhan kami... hanya ini yang kami pinta.

Ya Allah, ya Tuhan kami,
jadikan kami anak yang soleh,
supaya amal dan pahala kami untuk bapak dan mamak kami,
agar segala penat lelah mereka terubat dengan doa kami,
agar tenang hati mereka dengan kehadiran kami.

Wahai Tuhan yang Maha Mendengar,
tiada tempat kami mengadu,
bukan kepada bapak dan mamak kami,
tapi kepada Engkau yang Maha Mengetahui,

Berikan yang terbaik dalam hidup kami,
jadikan kami yang terbaik untuk bapak dan mamak.

Kami menagih janjiMu,
janji memperkenankan doa-doa hambamu,
ameen ya rabbal alamin.

Monday, October 11, 2010

doa buat Kekasih

Gua...

Sedang mencari doa buat Kekasih...

Saturday, September 25, 2010

Cermin

Hadith Ibn Umar Radhiyallahu anhuma, “seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu” (Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032)

Bro...gua sangat mengagumi dia yang tidak berlatarkan bidang agama tetapi kental dalam ber dakwah... dia sentiasa mencari peluang untuk berbakti meski bukan berada di barisan hadapan. Hausnya kepada portfolio amanah Tuhan ini seperti hausnya seorang hamba mencari nilai kehidupan. Dia ke sana ke mari, setiap masanya penuh bererti, dia menjadi rantai-rantai dalam susur perjalanan dakwah itu.

Bro...sungguh gua mengagumi dia yang tidak pernah mengenal jemu, memang terkadang jiwanya hilang, sendiri dia menyepi agar tidak menjadi beban kepada yang lain. Dia pergi, sendiri dan mengadu kepada Ilahi. Tuhan yang memberi dan menyelesaikan segala masalah yang dihidapi. Kemudian dia segar kembali, kerna dia mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi, janji Tuhan melebihi janji yang pernah didengarinya.

Bro...sungguh gua mengagumi dia yang diberikan kefahaman agama yang sungguh murni. Hanya insan biasa, tetapi berhati luar biasa, dia sentiasa memberikan harapan kepada yang lain, kerana dia tahu pentingnya memberikan sumber harapan itu dalam perjuangan yang beronak duri. Tindakannya sangat bijaksana, menjadikan dia penghubung dan jambatan kepada mereka yang mencari agama. Bukannya dinding yang menjadikan orang lain terasa jauh mendekati agama.

Bro... dia mengatakan memang medan dakwah ini begini, manisnya datang setelah perit, ketenangan muncul di penghujung kisah. Malang bagi mereka yang masih tidak menyedari hakikat ini. Putarkan saja kisah Nabi Muhammad yang disanjungi, pastinya kita berasa malu dengan diri.

Bro... sungguh gua mengagumi dia yang tidak henti-henti mengharap pertolongan Ilahi. Apapun dia lakukan, menyebabkan dia terikat kepada bantuan Ilahi. Di waktu susah, ibarat hamba memohon belas Tuhan nya. Diwaktu senang memuji-muji kebesaran Tuhan nya. Hatinya sentiasa berhubung dengan Sang Penguasa, menyebabkan dia berjiwa besar, tidak mengharap, tidak berduka, tidak mengomel, semua ini kerna dia ada Allah s.w.t.

Bro...jauh dihati sudut gua...mahu jadi sepertinya...biarlah hanya mengikut tapak langkah kakinya...biarlah hanya dibelakang waktu bersamanya... biarlah di satu masa nanti gua bersaksi di hadapan Ilahi pernah mengikuti perjuangan bersamanya.... itu saja.

Dia itu adalah kamu.

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka !!!


"Dari sudut ini, gua melihat menara masjid jamek ini lebih tinggi...".
"Dari bangunan itu, mereka melihat masjid ini agak rendah...".
"Dari sudut sana, keduanya agak sama tinggi...".

Sambil dia melangkah demi langkah beratur untuk sebungkus bubur lambuk.

"Betul tak bro ???"

"A'ah... harap mereka sedar kita masih berdiri di aras bumi yang sama."

"Kalau mereka tak sedar jugak ?"

"Senang... suruh diorang beratur macam kita nie...habis cerita."

"Perg !!! Belajar ilmu mantik ke apa nie ??? hehe.."

"Dah... cepat... nanti ada yang potong line pulak."

Monday, August 30, 2010

Sujud

Ya Allah...
Terima lah penyaksian kami sebagai hamba ini,
Sujud merendah diri dihadapanMu,
Mengaku akan kesalahan dan dosa kami,
Mengharap sedikit pembelaan dengan amal kami,
Wahai Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.

Ya Allah...
Terimalah penyaksian kami sebagai hamba ini,
Sujud merendah diri dihadapanMu,
Mencari keredhaanMu dalam batas ilmu kami,
Sungguh tidak mengharap untuk membalas nikmat pemberianMu,
Sekadar bukti ketaatan hamba kepada Sang Penciptanya.

ameen ya Rabb.

"Please man, jagalah sikit pemakan tu ustaz. Exercise lah sikit ustaz. Ini tak, sedikit senaman, pastu sedikit-sedikit nak makan. Eh...ingat boleh diet bulan puasa nie, eh.. tapi makin menjadi lah pulak.

Ustaz...please okay. Sebolehnya kita mahu melihat kader dakwah yang sihat dari segi rohani dan fizikal. Untuk apa ? Sebab perjuangan ini...rantai-rantai dakwah ini, adalah medan waktu yang panjang...jadi kita perlukan nafas-nafas pejuang yang sihat dan tahan lama.

Gua tahulah semuanya ditangan Tuhan. Tapi janganlah cari penyakit. Please okay ustaz, ustazah pun tidak terlupa sekali. Mari kita mengamalkan cara dan gaya hidup sihat.

Boleh tak gua kata macam nie bro ???" Soalnya.

"Boleh...takda masalah...sila-sila tambah !!!"

"Tambah apa ??? Biar jelas arahan tu.. sekarang gua ada 2 keadaan tambah nie. Tambah mana satu ???" Bingkasnya.

"sila-sila...."

"cis...hampeh....."

Sunday, August 29, 2010

Tekad



Juang...
Tidak Gentar...
Tekad...
Tidak Putus Asa...

Aksi si anak muda.

Saturday, August 28, 2010

Anak lelaki


Bila saya kata benda itu...
bapa akan tersenyum-senyum sinis...semakin aktif berbicara...pada masa lalu dan sekarang...
dia tahu anaknya sudah semakin matang dan dewasa...

Bila saya kata benda itu...
mak...akan pura-pura tidak dengar... datang dengan membawa teh dan kuih-muih sambil membuka tajuk bicara yang baru...saya tahu mak sayang saya...

Bila saya kata benda itu...
bapa akan berkuliah...saya senang mendengarnya...pensyarah hidup saya...saya senyap dan perhati... lancar bapa berkata-kata...

Bila saya kata benda itu...
mak kadang tidak setuju... dan bapa akan memberi alasan...
bapa sengaja mengusik mak..
saya cuba buat muka-muka bingung...hehe...

Bila saya kata benda itu...
mak sudah mahu masuk rumah tidur...
bapa masih teman saya diluar...
bersama bunyi ombak dan sinar bintang...

Bila saya kata benda itu...
Tandanya saya sayang sama bapa dan mak...
Saya hanya mahu bilang...
"Terima kasih bapa sama mak...atas segalanya..."


Monday, August 23, 2010

Cahaya

Allah itu Maha Mendengar...
Allah itu Maha Melihat...
Allah itu Maha Mengetahui...
Allah itu jauh sekali dari pandangan... dekat sekali di hati.

"Iya..sudah tentu. Jadi kamu fahamkan. " jelas nenek.

Sambil dia memegang tangan anak muda itu kemudian meletakkan ia tepat di dadanya.

"Disini... dihati." Lama ia pegang sambil melihat anak mata pemuda itu.



"Ingat... walaupun nenek tiada. Hati itu akan sentiasa bersama kamu. Bercakap dengan hati, maka Dia akan dengar. Bercakap dengan hati, maka Dia akan dengar." Pesannya.

Sunday, August 22, 2010

Syiling

Gua rasa... cukup dah duit syiling nie nak buat hantaran...


Tuesday, August 17, 2010

Tin Cahaya


"cepat kamu... si hidup semua tin kamu. Siapa yang nyala nya paling terang ???"

"aku punya lah pul. Mau pigi mana lagi kita ini malam ?"

"selalunya kalau time tarawih kita main tembak-tembak di luar masjid. Semalam belarian diorang pak haji keluar masjid bawak ekor pari...haha."

"haha...tapi sekarang time subuh...mana ada orang di masjid. Nda apa lah... kita jalan-jalan di kampung. Ko ketuk tin tu...kuat-kuat ah.. biar semua orang bangun. Mau disuruh bangun sahur."

"ko rasa ada cewek kah keluar tengok kita ?"

"ada... ko rasa cewek macam mana yang keluar time pagi-pagi nie ? rambut panjang, kain putih masuk senarai kah ?"

"si tellengong...di cakap lagi...itu namanya bidadari... ini kan bulan puasa... jadi diorang semua jadi baik dan ayu."

" jadi boleh kah tu dikacau.. pul ?"

"mana boleh...ini kan bulan puasa... kita nda boleh kacau-kacau orang nie. kalau jumpa kita jalan jak... jangan berlari...sebab kalau lari ko jak dibelakang. Nda sanggup mau patah balik sudah. Tidak salah untuk kita sopan- santun sesama insan kan. "

" kalau aku mau kacau jugak !!!"

" si kallolo nie... ku kandeto' ulum mu tue..."

Mereka terus dengan aktiviti bulan puasa mereka, maghribnya di masjid menghabiskan juadah puasa, morihnya di masjid menghabiskan juadah selepas tarawih. Berlari-lari, dikejar-kejar juga dimasjid. Bulan Puasa, bulan rahmat untuk semua. Bulan mendekatkan diri kepada dunia empuNya, fizikal mahupun spritual.

Saturday, August 14, 2010

Terima Kasih Ustazah


Terima kasih Ustazah. Nama saya Muhammad Saipul bin Somme. Seperti yang kamu kenal dulu, masih sama dan masih tidak berubah.

Friday, August 13, 2010

Hitam

"Hitam... kenapa Hitam ???"
"Supaya warna yang lain lebih kontra"

"~Yang Hitam Manis...yang hitam manis pandang tak jemu - pandang tak jemu...ewah~"

"eh..eh..masuk...masuk...eh...haha"
"tak boleh bla... masuk je nak ambil chorus.."

"haha... potong line sikit"

kemana

Bukan apa bro !!! Gua sedang melihat kearah beberapa lapis masa depan yang datang. Yang kita rancang adalah dalam satu arah yang sama. Berjalan seusia dengan umur menjelang. Manakala diluar arah itu adalah segala perkara yang tidak kita jangkakan. Kadang baik buat lu kadang baik buat gua. Dan kita sikitpun tidak dapat mengubahnya. Manakala yang kita rancang juga belum tentu akan berhasil. Nampak sangat gua, lu dan mereka sangat naif. Kita takut dan kita mengharap kepada sesuatu.

Persoalannya, sesuatu itu kita sandarkan kemana ? Kepada makanan di bulan puasa ini ? Berharap untuk makan segalanya dan takut dari mulut tidak merasa makanan. Atau kepada status ? Berharap untuk berada di kasta tertinggi maka takut untuk hilang segalanya ? Gua pun tidak tahu bro.

Gua juga takut dan gua juga berharap. Gua merancang masa depan gua. Mungkin sekarang gua lihat diri gua akan begini pada hari esok. Tapi sebenarnya gua juga takut jika ianya tidak menjadi. Sebab ini bukan dibawah kawalan kita. Ini adalah diluar kawalan kita, diluar lingkup kita sebagai seorang manusia. Gua selalu menyoal diri sendiri, perancangan hidup kita sangat terperinci, malah diikuti dengan pelan -pelan tindakan lain sebagai manipulasi seandainya pelan yang dirancang itu tidak menjadi. Kemudian gua fikir, kalau esok gua mati. Maka semua itu, hanya tatapan lu sahaja. Perg...ayat sikit punya power tu...!!!

Pedas tak gua kata nie ??? Sekali-sekala bulan puasa nie... recheck sikit lah empunya diri. Ini asyik recheck, recontruct, rebuild orang lain je. Diri sendiri tak lama lagi dah nak expired.

Kemudian gua fikir, kalau begitulah ringkas kehidupan kita ini. Perlu ada satu pelan tindakan bijak. Pelan yang datang dengan satu pesanan lengkap. Lengkap untuk kita semasa hidup, selamat untuk kita selepas hidup. Bro !!! Lu cuba lah bayang brader-brader nie kata awal 20-an nie masa untuk enjoy,suka-ria.Bila dah awal 40-an baru brader nie nak start berubah rancang pelan selepas hidup. Itu conform berlaku bila diorang menjadi tuan dalam kehidupan diorang. Tapi drama dunia ini tidak begitu, kita ini adalah watak-watak dunia, dan yang mengawal itu adalah diluar kuasa kita.

Jadi, kuasa diluar kawalan itu kita sandarkan kemana ? Sandarkan pada kenangan bak kata Jamal Abdillah. Atau ada benda lain... Lu jangan layan sangat pemikiran gua ini, sebab benda-benda nie nabi-nabi dah fikir sebelum nie. Serabut bro !!! serabut !!! benda nie nabi-nabi dah tolong fikirkan untuk kita. Contoh Nabi Ibrahim, sampai ke matahari, ke bulan dia sandarkan harapan. Tapi useless, no point bro.


Please bro... cuba letakkan diri kita dalam keadaan itu. Mungkin baru firasat akal logik kita menimbulkan perasaan syukur kerana gua dan lu lahir diwaktu semua persoalan ini telah diuraikan,lengkap dengan penjelasan para Rasul dan para ilmuwan.

Jadi bro !!! selain dari kita ke meja itu untuk berbuka puasa !!! hehe...Kemana lagi kita ini ??? Hidup ini sangat pendek, sangat pendek dari perancangan kita yang berjela-jela itu. Takut dan berharap itu adalah sangat baik jika kita sandarkan kepada Sang Penguasa . Takut untuk ke neraka dan berharap untuk ke syurgaNya. Sememangnya ini adalah sifat yang patut pada kita, seorang hamba yang hina,daif, serta langsung tidak mempunyai kuasa.

"So... bila pakcik tu dah panggil kita kesana... nak buat macam mana ? " soalnya.

"Aduh... kena lah ikut... sebab kita tiada kuasa menghalang pakcik itu jemput bukak puasa..hehe"

Wednesday, August 11, 2010

Sunday, August 8, 2010

Silaturrahim

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam ukhwah... moga semuanya dalam redha Ilahi... sentiasa tenang dan sihat...InsyaAllah. Beberapa hari lagi Ramadhan, bulan puasa akan kunjung tiba. Masa yang semua kita nanti-nantikan, Semua golongan ana-enta, aku-kau, gua-lu, saya-awak, dan i and u pasti menanti-nantikan bulan baraqah ini. Ya... disana ada harapan... harapan kepada perubahan ke arah kebaikan, dari yang mahu berhenti merokok sampailah mencari keredhaan Ilahi semuanya menyimpan seribu satu harapan.

Alhamdulillah... harapan itu saja sudah mendatangkan pahala buat diri kita masing-masing. Apatah lagi kita melaksanakannya menjadi suatu yang realiti...sudah pasti memberi impak kepada tuan empunya diri. Ramadhan ini penuh dengan keberkatan, makan sikit pun dah kenyang apatah lagi yang makan banyak. Buat amal sikit pahala banyak apatah lagi beramal berganda-ganda. Justeru sangatlah bertuah bagi mereka yang menyedari akan hakikat dan kelebihan Bulan Puasa ini, sebaliknya sangat malang bagi mereka yang tidak merebut peluang ini dan satu kecelakaan bagi mereka yang tidak menunaikan ibadat bulan puasa... apa dia ??? Puasa bro !!! No Excuse bila keadaan diri anda membenarkan.

Semuanya diatas adalah untuk diri saya, si tukang penulis ini sendiri, tiada niat untuk mengajar ,sekadar sebagai peringatan bagi kita yang sering lupa.. dari sekecil-kecil lupa... hingga lupa diri kita sebagai hamba kepada sang agung Allah s.w.t.

Akhirnya... Bro !!! Lu walau merokok... walau rokok masih kat mulut lu... lu kena simpan perasaan benci kepada rokok... lu mesti kata "saya tak nak merokok". That is the point, U have setup a simple aim for yourself, that is, u want to change. Begitu juga amal kebaikan, mesti berniat baik, kita kena mulakan dengan niat, bulan puasa ini kita mahu menjaga solat 5 waktu contohnya. lagi solat diawal waktu contohnya, lagi istiqamah mengaji al-Quran. Alhamdulillah penuh dengan niat. Benar...bulan puasa penuh dengan harapan kita sebagai hamba mengharap perubahan yang baik dalam diri kita. Cuma tinggal satu lagi... iaitu cara. The way we can make all that aimbitions to become true.


Mari sama-sama kita berdoa kepada Allah, moga Allah menunjukkan jalan terbaik buat diri kita masing-masing, setaraf dengan keupayaan kita agar jalan-jalan perubahan itu kita sedari, kita lihat seterusnya kita bertindak ke arah satu lagi pembaharuan dalam diri kita. Orait bro !!! Masa pun dah 'time'. Have to go now... wassalam.

Friday, August 6, 2010

Bermata-mata


Coba kau tinggalkan aku sendiri
Untuk belajar menahan kerinduan
Dan untuk menimbang sampai seberapa
Kadar cinta kasihku kepadamu
Sampai seberapa kesetiaanku,padamu

Coba kau biarkan aku berfikir
Apa yang mestiku katakan padamu
Setiap orang selalu saja bicara
Tentang masa depan dan masa silam
Aku akan jujur saja ku katakan, aku cinta padamu

Ku lihat kaki-kaki burung berdansa
Ku dengar putik-putik kembang berdendang
Itukah petanda aku jatuh cinta
Itukah petanda hatiku kembali tergugah

Coba kau renungkan sekali lagi
Di sisi manakah ku harus berdiri
Sebab ini semua tergantung padamu
Sedang di sini telah ku buka tanganku
Sekarang tinggal bagaimanakah kau bersikap, padaku

Kekerasanmu mulai aku sukai
Sikap-sikapmu pun telah ku mengerti
Pandangan hidupmu aku pun setuju
Walau kita ada di jalan berbeda
Tetapi jelas bahwa tujuan kita sama, padaNya

Benarkah di satu sudutmu Jakarta
Cintaku mulai tumbuh subur
Atau semua ini hanyalah sejenak
Seperti yang selalu aku dapati
Seperti yang selalu aku temui, berakhir.

" Perg... Ebiet tu...!!!" pujinya.
"Ohh... biasa....der... gua walau jiwa rock dalam hati ada taman tau !!!!... haha".

Sunday, August 1, 2010

Prime Minister

"okay...seterusnya... ko sepul ???"

"iya cikgu... "

" apa cita-cita mu ?"

" Perdana Menteri....."

"apa dia !!!! ????"

" Perdana Menteri !!!! "

"tinggi jugak... cikgu pun nda terfikir"

selepas itu... itulah yang terakhir cikgu tanya pasal cita-cita kami...

Saturday, July 31, 2010

Jangan Makan Tuan



"Okay..kasi mula itu musik ya...!!!".
"Mau cari feel nie...biar semangat itu masuk kedalam badan ku".
"Apa lagi ko... mau ?". Dia menanyak.
"Sedikit masa untuk aku bertenang". Bilangku.
"Nah mula lah sajak mu !!!"
"Okay bah..."

Cinta...
Biarkan ia bebas dan pergi jauh !!!
Perginya dan tidak kembali...maka sesuatu kebebasan untukmu.

Cinta...
Biarkan ia bebas dan pergi jauh !!!
Perginya dan andai kembali...maka sesuatu tanggungjawab untukmu.

"Oina... sandi bah tue !!! haha". Diorang ketawa.
"Uina... kamu lagi sandi... tahan mendengar...haha". bilangku.
"Eleh... mengolok-ngolok konon..tapi suka...wallu....". tambahku.

"Next song please... Rhoma Irama pulak ya...hehe".

Thursday, July 29, 2010

Hati Emas

"Bro...lu kalau nak masuk Universiti belajar tinggi-tinggi... pastu last sekali jadi setan. Takda guna bro... Gua sayang kat lu... gua kalau boleh tak nak tengok lu terkancah dalam dosa-dosa besar nie... budak ada otak... tapi macam setan... kepala dia lain sikit... manipulasi sana... manipulasi sini...songlap sana-sini. Dia boleh kata dia Genius...rupanya Genius itulah ujian Tuhan buat dirinya....wuuu ngeri kan..." sambil gua duduk memerhati silih berganti barisan demi barisan insan-insan sedang sibuk berbaris menunggu giliran.

"Bro... senang ceritalah gua katakan. Mak bapak kita hantar belajar jauh-jauh nie... belajar tinggi-tinggi... supaya kita boleh beza betul atau salah... cukup itu jee... pastu 'setup' kepala otak kita nie untuk buat perkara yang betul.. itu je. Tak susah pun..." sikit gaya ustaz gua terang kat dia.

"Gua bukan ustaz bro... tapi Tuhan dah siap beri hati kat diri kita masing-masing. Fitrah manusia buat perkara betul akan rasa tenang dan buat perkara jahat akan rasa bersalah... tidak tenteram... betul tak ?" Soal gua...

"Betul" deras bunyi nya kerna dia sedang enak mengunyah keropok buatan si nyonya.

"Der... dah terlanjur lu bagi khutbah kat gua nie.. semalam baru je Ustaz tu kata...hidup kita nie perlu sederhana... biar setiap masa muncul sifat berharap kepada Tuhan...nak makan berharap bantuan Tuhan... belajar mengharap bantuan Tuhan... setiap masa lah katakan... bila dah ada perasaan ini... barulah kita sentiasa berhubung dengan Tuhan."terangnya...


"Pergh... inilah gua punya sahabat...fuiyo !!! Bangganya sampai gua nak bungkus lu dalam frame ni pastu gantung kat dinding... boleh bagi tazkeerah free..hehe" gua membalas.

"Okay... this is the last thing u should know bro... u see the sun flowers in front my house...right.???"

"Yeay"

"Imagine our life like the life of this kind of plant...It will grow higher and higher.. u see... then what is inside and outside of his body...??? " I'm asked.

"I don't know..."He said. Still wondering what type of question his friend is asking right now.

"Okay listen here bro... One is inside the earth... the roots of that plan...referring to our soul... your soul.. u punya dalaman... my soul too... and the second one is above this land..if i can say start from the stem till it's smaller leaf... that is our attitudes...gua punya perangai... the more we grow...become older... the more higher the plant grow...And what u expect up there?" as well my hand showing right to the blue skies.

"What ?" He asked again.

"Of course lah... Pemandangan yang indah... atau dalam bahasa Bugisnya an awesome scenery...but dont forget the risk of being higher then others. Angin kencang, puting beliung, storm,kilat, and all kind of that is more chances hit or get through to the person up there... u see..

Terakhirnya... mau bagi tau kita nie...anak-anak muda... satu masa nanti kita akan jadi seseorang...tumbuhlah setinggi mana pun... yang penting akar kehidupan itu mesti kukuh... kerna kita lah orang yang pertama... lapisan terawal akan merasa cuaca-cuaca kehidupan ini... Beres Bro !!!." Gua menambah.

"Lu kalau nak basah..mandi hujan..boleh terus terpacak kat sini..okay. Gua nak masuk dalam nie..hehe."

"Der... sampai hati.... tunggu lah jap... start motor nie.. wei !!! "

Sunday, July 25, 2010

Mau Jiwa Kental !!!


" Awak tahu tak... dulu saya pernah nak jadi Power Rangers. Disebabkan mereka sudah lima orang berkumpulan maka saya tidak dapat menganggotai pemikiran mereka. Lagipun jam tangan saya tidak berintonasi seperti mereka." Dia senyap... seperti ada rauk wajah kesedihan menyelubungi dirinya.

Gua terus...

" Kemudian... awak tahu tak... saya pun mengishtiharkan Power Ranger Hijau yang baru. Tidak sewarna dengan mereka. Tapi salahkah saya ??? Saya juga berhak menjadi hero. Hero itu tetap dalam diri saya hatta saya berada dalam penjara sinaga-naga mereka." Gua lagi terus ...

Dia menunduk... seperti mengharap sesuatu berlaku....

Disebabkan tiada reaksi dan refleksi yang boleh mengganggu gugat... gua pun menyambung.

" Jadi kenapa ??? Tidak boleh kah ??? Tomato man... Power Rangers... Thunder Cats ... dan lain-lain bergabung bersama. Tujuan kita sama... cuma saya hero yang baru...mereka sedikit lama... dan adat hero-hero.. yang lama selalunya gah...tapi gah juga wujud dalam hero yang baru".

Kini...mukanya sedikit hitam kemerahan... jari-jemarinnya juga tidak henti bergerak. Kemudian dia berkata.

" Jika begitu lah peristiwa yang telah berlaku... sudi kiranya saya menghulurkan apa-apa bantuan kepada awak ?" jelasnya.

" Sangkanya....dia... harapan." kata gua.

"Ditanya lagi !!!." dia membalas.

"Boleh saya tanya...awak lihat ke arah mana tue ???" soal gua.

"Kaca TV". Cepat dia membalas.


"Tapi...gelap... tak nampak... sudah sejam elektrik terputus". Gua berterus- terang.

"Awak.... Imaginasi itu realiti dalam hidup saya... dan realiti itu saya jadikan imaginasi dalam perjalanan saya." Jelasnya.

Sambil gua memerhati mata-matanya sedang berkelip atau tidak... sedang sedar atau tidak.

Matanya

"Baru saja 10 minit tadi hujan turun... sekarang dah terang semula." kata si penunggang basikal itu.

"Biasalah.... apapun jalan tetap basah"... jelas gua.

" So mcm mana ??? " dia fokus bersama dengan basikal tuanya.

" Kita tunggu saja sampai jalan itu kering... biar gua yang melakar pelangi keliling jalan itu". terang gua.

" Kalau begitu... biar saja gua bermata-mata disini... hehe".

Sunday, July 18, 2010

Penting Vs Genting


Permudahkan urusan kami ya Rabb...
Benar Engkau menguji kami...
Tinggi rendah iman kami...

Peristiwa ini akan penting dan pada masa yang genting...
buat kami...berdua.

ameen.

Saturday, July 10, 2010

Tuesday, June 22, 2010

Titis Hati

Ya Allah...
Hati kami keras, hitam seperti batu,
Saat pagi kami mengingatiMu,
Bila senja kami melupaiMu,
Kadang kami tewas,
Kadang kami menang,
Berperang dengan diri sendiri,

Mulia kami kerna mengingatiMu,
Hinanya kami bila melupakanMu.

Ya Rabb...
Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.


Monday, June 7, 2010

cinta

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan.

Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.



Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan.

Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.

Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'

Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.'

pesan Buya Hamka...

Monday, May 31, 2010

Kembara


"orang berbudi kita berbahasa"

Wednesday, May 19, 2010

Cool !!!


Gua belajar...
Kamu ini bersih...
Iya kerana benar...
Tidak kerana salah.

Gua belajar...
Kamu mudah mengaku dosa...
Lantas mengalir air mata.

Gua belajar daripada kamu.

Saturday, May 1, 2010

Jiwa Panas !!!


Gua bukan haraki atasan...
salah sezarah...
balasnya sedarah.

Gua bukan haraki atasan...
mengulas seribu satu alasan...
namun tanpa ada tindakan.

Gua bukan haraki atasan...
membodek kelangit mengampu ke tumit.

Kerna gua bukan atasan...
Gua mengamuk di jalanan...
mencari perhatian...
membela kebenaran...
mengubah kasta pemerintahan.
 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing