Bismillahirrahmanirrahim...
Build this system in your life... be the first one user of this application.
Tuesday, July 28, 2009
Sunday, July 26, 2009
Friday, July 17, 2009
Tribute to MSR'09
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada anda semua... Siswa- Siswi UniKL MFI !!!
Pertama sekali saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana diberikan kekuatan dan masa untuk bersama dengan adik-adik freshie UniKL MFI dan Mestech. Berada dengan dengan anda semua, khususnya kumpulan IBGT adalah merupakan satu peluang dan pengalaman berharga untuk saya. Saya yakin dalam hidup ini, kita mesti memberi sebanyak, semampu yang kita boleh kepada orang-orang yang memerlukan.
Meskipun hanya beberapa hari saya bersama andaa semua, tapi itu sudah cukup untuk perkenalan awal kita. Maaf dalam lingkungan kumpulan seramai 15 orang, saya tidak dapat mengingati semua nama anda, hanya beberapa orang yang 'hyperactive' jee..hehe. Tapi rauk muka dan perangai sudah tentu saya tidak lupakan, ada yang jenis pendiam tapi bila dapat mikrofon dialah paling aktif, pelbagai... mungkin ini adalah keistimewaan IBGT.
Khamis, 16 Julai 2009 program Minggu Silaturrahim (MSR UniKL MFI'09) telah pun selesai. 'Apa yang penting Kerjasama !!!'. Saya tinggalkan anda dengan ucapan dan nasihat daripada seorang senior bahawa dalam dunia kampus, kejayaan bukan semata-mata dalam slip peperiksaan anda, tetapi perlu ditambah dengan kejayaan anda menguasai semua cabaran dan permasalahan sebagai seorang Mahasiswa. Justeru bila anda telah mempunyai ciri-ciri ini, barulah anda benar-benar telah bersedia untuk keluar berada dilapangan masyarakat, menjadi salah satu komuniti, memainkan peranan dan memberi manfaat kepada orang lain. Itulah kejayaan sebagai bekalan dunia dan akhirat.
Akhir kata, salam persaudaraan dan selamat maju jaya untuk anda semua !!!! untuk adik-adik pre-France... nanti bolehlah ajar saya.. cakap france okey... Manalah tahu rezeki di sana..hehe. Sekian, terima kasih.
Sunday, July 12, 2009
MSR UniKL MFI ( satu )
Minggu Silaturrahim ( MSR ) UniKL MFI'09
Betulkan NIAT, Satukan MATLAMAT !!!
Bismillahirrahmanirrahim...
Betulkan NIAT, Satukan MATLAMAT !!!
Bismillahirrahmanirrahim...
Ole-ole untuk anda !!! Semua pelajar MFI... saya akan berusaha untuk memberikan laporan semasa mengenai perjalanan program MSR yang sedang berlangsung. Dan untuk intro yang pertama, saya hanya dapat selitkan beberapa memori sekitar minggu Orientation Camp, Pantai Morib, Banting, Selangor.
InsyaAllah, laporan lengkap akan menyusul selepas ini.Jadi, minta izin untuk mengundur diri dulu. Sekian, terima kasih.
InsyaAllah, laporan lengkap akan menyusul selepas ini.Jadi, minta izin untuk mengundur diri dulu. Sekian, terima kasih.
Monday, July 6, 2009
Yes Boss !!!
Aku berlari, berlari dengan segala kekuatan yang aku miliki, papan berlubang dan tiang elektrik... seolah-olah bunian melalui diriku...
Ku palingkan wajah... ke belakang... raut wajah itu... impian, kenikmatan bersadur keringat yang deras mengalir, jelas kelihatan pada wajah kawan-kawanku... Tangan mereka ingin menggapai namun hanya disambut oleh aliran angin pantai itu.
Dan aku... pantas, terus berlari... dan "naannnnnnnnnnnnnti.... pacik............ tunggu !!!!!!"
"Ais krim roti ada lagi pacik ??? wuh..wuh..." aku tercungap-cungap...walau angin ini selalu menggegarkan dinding rumah ku.
"Iya ada lagi... nasib baik.. satu lagi tinggal.." jelas pacik penjual ais krim.
"Oppssss... !!!!!!!!!!!! ais tontong!!!!"
" woi !!! break !!!!" habis dan musnah...
bersambung jo.. cerita nie...
Thursday, July 2, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)