Tuesday, May 26, 2009

Live With Flying Colours

Ya Allah…
Temanku itu hartaku…
Mesra kami penawar duka...
Rindu kami menambah pahala...
Rajuk kami pembawa ceria...

Ya Allah...
Silaturrahim kami ukhwahfillah...
Bermusuh kami nauzubillah...
Berpisah mati insyaAllah...
Pengubat hati doa Rabithah...

Ya Allah...
Rahmati kami meniti usia...
Walau terpisah kami dialam nyata...
Temukan semula di taman syurga...
Amin...Ya rabbal alamin...

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji bagi Allah s.w.t diatas segala nikmat kurnia dan rezeki, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat, seterusnya para pejuang yang telah berkorban sehingga kalimah Lailahillah berada dalam setiap diri kita.


Biar gambar ini bercerita…

Mutiara Naga KLCC

Mutiara yang hilang selama ini...

Mul.... tengok apa?


I'm holding the Klcc tower..hehe

Lawatan Sambil Belajar Di Akademi Tahfiz Bestari, Gombak

Adik-adik Akademi Tahfiz Bestari...

Muhammad dan Aqasyah...

Umar...

Ustaz... jangan tunggu lama-lama... nanti lama-lama...

Kembara TrigHill

Kampungku waktu air laut surut...

Cari BDC di mana ?

Jogging dari SMK St. Mary...


Sukan Pasti Sandakan di SMK St. Mary

Dik... lompat... tapi jangan terbang... susah kakak-kakak nak cari nanti....

My Junior...

Dik... tengok sana !!! bukan di sini...

Apa macam ??? Ada gaya pemain professional ???


Relaks ya... semua dapat hadiah...

Guess who ?

Gol.. ka cikgu ??? Cikgu-cikgu.. main sekali lah.. lagi bagus...

Dik..jangan tengok jak... ambil bola tu...

Budak bola part time....

Minta izin kepada semua ya.... Afwan wassalam.

Saturday, May 2, 2009

Pelangi Disebalik Awan


Pelangi Disebalik Awan


Bismillahirrahmanirrahim…

Cuba kamu tengok sana tu pelangi… cantikkan !!!” jelasku sambil jari telunjuk ku menunjukkan kedudukan pelangi itu.

“ Pul… jangan tunjuk macam itu… putus nanti jarimu tue.. mana boleh tunjuk pelangi guna jari telunjuk… kalau mau guna jari ibu”… tegas kawanku.

Ada ada syak kau nie.. tiada lah bah tue…” jelasku. Sambil kaki kami deras bergerak didalam air masin berusaha untuk mengapungkan diri masing-masing.


Berenang air masin adalah aktiviti utama saya dan kawan-kawan. Apalagi bila tiba waktu cuti sekolah...ada saja permainan... lumba perahu.. lumba berenang... gusti atas kapal laut...lagi seronok mandi kalau tengah hujan... kerana ombak laut akan semakin deras dan kuat.


Ini persekitaran permainan saya sewaktu kecil... walaupun waktu itu telah bermula era permainan komputer seperti Playstation, Nintendo dan permainan lain yang memerlukan belanja yang besar. Namun kami lebih senang dan gembira dengan bermain dengan permainan alam ini. Meskipun begitu ia banyak mengajar kami tentang erti persahabatan, kesungguhan dan daya kreativiti. Kami hanya akan berhenti bila mak dan ayah panggil untuk balik rumah atau rambut sudah mula berubah warna. Dari warna hitam kewarna perang-keperangan sedikit.



Semangat ini yang saya rasakan semakin lama semakin hilang pada kanak-kanak sekarang. Yang hanya asyik menghadap permainan komputer, berada di depan televisyen, terperuk dirumah dan banyak lagi aktiviti persendirian yang pada saya langsung tidak membina nilai-nilai insan yang positif, menambah sikap pentingkan diri sendiri dan membantutkan daya pemikiran kanak-kanak itu sendiri.


Kadang-kadang saya meluahkan perasaan ini dengan kawan-kawan sekampung. Kerana rugilah mereka anak-anak kampung yang tidak dapat merasai pengalaman ini. Pengalaman yang pasti akan membantu mereka menyelusuri proses kedewasaan mereka kelak. Sudah tentu semua ini berlaku disebabkan oleh penerapan budaya hedonisme yang melampau pada masyarakat sekarang.


Pengisian rancangan television yang semata-mata terarah kepada hiburan, pergaulan bebas dan seks terus membelenggu fikiran anak-anak ini. Lalu fenomena ini berlaku dan terus berlaku, maka timbul kes anak-anak kampung yang mencuri, anak-anak kampung penghisap batu atau syabu dan banyak lagi kes juvana yang lain.


Disebabkan tiada penguatkuasaan undang-undang yang diambil dan rasuah gelap yang berlaku... maka terus hanyutlah adik-adik ku ini. Dilamun fatamorgana keasyikkan dunia. Insan yang diharapkan menjadi harapan agama,bangsa dan negara.


Pelangi yang indah ini hanya dapat kelihatan jika anda berada disebalik hujan, mungkin bahasa yang senang untuk kita fahami ialah kedudukan kita berada dibelakang hujan. Proses pembiasan yang berlaku menyebabkan cahaya matahari terbahagi kepada spektrum-spektrum warna asas yang kita namakan sebagai pelangi.



Kau jangan patah semangat ya Mul... InsyaAllah nanti datanglah IC mu. Kita belajar dulu, kau ambil STPM...aku plak ambil Diploma. Nanti kita sambung Ijazah sama-sama. Habis belajar pun sama-sama...hehehe.


Kanak-kanak pelangi ini... adalah golongan yang istimewa, berada dalam situasi yang sungguh kompleks... hasil daripada kesan politik dan diskriminasi pemerintah kepada rakyat. Terima atau tidak, hakikatnya golongan pelajar seperti sahabat saya ini memang wujud. Warganegara Malaysia yang lahir di Malaysia dan telah melalui sistem pendidikan Malaysia namun masih tidak mempunyai kad pengenalan diri. Status kewarganegaraan mereka dipertikai oleh pemerintah.



Murid ataupun pelajar yang tidak mempunyai negara. Jika bernasib baik dapatlah mendapat pendidikan sekolah kerajaaan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Namun bagi kanak-kanak lain, terus menjadi buruh kanak-kanak. Bergelandangan di bandar, pasar-pasar malam, malah ada yang terlibat dengan penjualan dadah dan pasaran gelap.


Bagi keluarga yang mempunyai kesedaran tentang ilmu, mereka terus berjuang. Memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka meskipun terpaksa bersekolah di sekolah swasta. Mereka tahu hanya ilmu yang dapat mengubah nasib keluarga, hanya ilmu yang dapat membela nasib mereka daripada diperbodohkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.


Maka lahirlah insan seperti sahabat saya ini, sehinggalah selepas tamat STPM dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang Sains Hayat, malangnya beliau tidak dapat melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi disebabkan ketiadaan kad pengenalan diri. Maka golongan ini terus berjuang, memperjuangkan nasib mereka, berurusan dengan pemerintah, dan semestinya proses ini memakan masa yang panjang. Mereka ini adalah kanak-kanak pelangi , golongan cerdik pandai yang tidak mempunyai kesempatan dan peluang untuk melanjutkan pelajaran.


Assalamualaikum Pul... Apa khabar ?

Sihat alhamdulillah... apa khabar Mul.. sihat jugak ???

Sihat bah...

Aku ada berita gembira nie... bulan depan aku mau pigi Semenanjung buat IC di Putrajaya.

Iyakah... Jangan risau nanti aku jemput kau di airport ya... lepas tu kita pigi Putrajaya sama-sama... okey ya Mul....


Ini adalah salah satu kisah yang kebanyakkan rakyat Sabah hadapi. Korupsi kolar putih yang menjadi-jadi dan penganiayaan pemerintah kepada rakyat telah menjadi kaca mata rakyat. Disebabkan oleh kecetekan ilmu dan kurangnya kesedaran tentang hak sebagai seorang rakyat dikalangan masyarakat, maka golongan ini sering diperbodohkan dan menjadi mangsa kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa.



Tulisan ini saya nukilkan sebagai peringatan kepada diri saya sendiri agar tidak melupakan latar belakang diri sendiri dan masyarakat... dari mana saya berasal...meskipun dimana saya berada. Sebagai panduan agar saya sedar masih banyak yang perlu saya lakukan untuk rakyat Sabah, bermula dari menerapkan kepentingan dan kecintaan kepada ilmu pelajaran dikalangan adik-adik sekolah sehinggalah akan memperjuangkan dasar-dasar negara untuk membela semua rakyat Sabah.


Dan anda selaku pembaca budiman, samada berasal dari Sabah ataupun negeri yang lain... yang masih belajar atau telah bekerjaya... Mari kita sama-sama memperjuangkan dan membela nasib rakyat melalui ilmu... ilmu yang dipandu oleh Agama... hanya ini yang boleh mengubah... biarlah Pelangi ini kita dapat nikmati bersama walau dimana sudut pun anda berada. Teruslah berjuang mengikut keupayaan yang kita ada, jangan lari atau menyembunyikan diri. Tidak mahu melibatkan diri dalam perjuangan ini dan hanya muncul bila keadaan telah selesa. Pada saya, apabila anda bertindak sedemikian... itu adalah urusan anda dengan Allah s.w.t.



Tetapi jika andalah individu-individu yang menghalang perjuangan murni ini, menjadi golongan pencacai dan korupsi. Masa saya telah menjadi musuh nyata anda... dan lihatlah anda akan kami lenyapkan satu persatu dari muka bumi Sabah ini.


Salam ukhwah... salam sayang... daripada saya kepada anda semua... anda insan biasa dengan keupayaan luar biasa. Syukron, wassalam.



 

Web Page Traffic Counter
Directory Listing