Inilah Jalanku …
Jalan Yg Mengajarku erti Kehidupan…
Yang kadang pelik dimata insan...
Namun ku syukuri aku masih mempunyai jalan...
Walau masih berliku...
Namun ku lihat dimana garis perhentian...
Walau kadang terjatuh...
Namun ku masih bersyukur masih dapat melangkah...
Inilah Jalanku...
Yang mungkin aku belum pasti sampai nun jauh disana...
Namun biarlah aku berada di lorong yang betul...
Meskipun jauh beribu batu...
Jangan ya Allah ...
Engkau letakkan aku di fatamorgana simpang dunia...
Simpang yang dekat namun tidak berkekalan...
Simpang mati daripada aku terus berhubung denganMu...
Aku yakin pasti akan berhenti di salah satu lorong simpang
perhentianMu...
Hanya satu pintaku...
Moga ku bergerak ke arah papan tanda syurga Mu...
Amin ya rabbal alamin....
10.10 pm / 27 Februari 2009
Bismillahirrahmanirrahim…
Segala Puji Bagi Mu ya Allah… memberikan kami nikmat kehidupan, kebolehan untuk berfikir, belajar dan mengajar. Sungguh banyak nikmat yang Engkau telah berikan kepada kami.
“2000-2004, Sepatah kata hari… Kerjasama…Dieja dengan huruf K.E.R.J.A.S.A.M.A, mempunyai 4 suku kata iaitu KER JA SA MA. Perkataan ini bermaksud melakukan sesuatu aktiviti atau matlamat yang sama melebihi daripada seorang individu…..”
Itu adalah diantara ayat keramat saya ketika menjalankan tugas sebagai seorang penterjemah dan sebagai wakil Persatuan Bahasa Melayu SMK SANDAKAN, hari Isnin memang hari yang sibuk, lagi-lagi kalau anda seorang pengawas macam saya, kalau bukan bertugas menjadi pengerusi majlis, jadi ustaz baca doa, kalau tak jadi ustaz, jadi perwira naikkan bendera sekolah, kalau semua kerja ini saya tak buat, anda boleh cari saya di pagar sekolah. Akhir sekali anda akan jumpa saya di barisan guru-guru disiplin yang sedang sibuk buat pemeriksaan disiplin kepada semua pelajar.
Itu adalah wayang gambar kehidupan saya, kini saya berumur 3 hari… 3 hari 22 tahun.
3 hari 22 tahun = ? saat
1 tahun = 365 hari
22 tahun = 8030 hari
1 hari = 24 jam
8030 hari = 192 720 jam
1 jam = 60 minit
192 720 jam = 11 563 200 minit
1 minit = 60 saat
11 563 200 minit = 693 792 000 saat.
Nampaknya hasil analisa dan kajian dilakukan memberikan jawapan bahawa umur saya ialah 3 hari 693 792 000 saat. Masih muda, comel dan bertenaga... Jangan cemburu ya. Cuma mungkin sebagai satu muhasabah, untuk saya bersyukur atas nikmat kehidupan yang telah diberikan.
Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, mempunyai kawan- kawan seperti anda merupakan nikmat yang tidak ternilai bagi diri saya. Jika anda seorang yang pendiam, anda mengajar saya untuk bertanya, jika anda seorang yang suka bertanya, anda mengajar saya cara menjawab, begitulah sebaliknya. Semua yang Allah ciptakan mempunyai tujuan dan peranan masing-masing kepada diri kita sendiri.
Okey...cuti pertengahan tahun nie... kamu akan mengikuti satu kem kepimpinan dengan semua budak bermasalah dalam sekolah nie di RAMD Kinabatangan. Tiada pengecualian... haa...boleh lah rasa macam mana naik trak askar kan... mesti bangga punya... sebab bukan naik trak polis.. haha.
Aii.. cikgu.. kenapa kami pulak yang mesti pigi.. kamikan pengawas... lainlah kalau budak-budak yang bermasalah tue.. lain ceritalah..
Sudah saipul.. ini arahan cikgu... kamu belajar lah benda yang baru... nanti kamu mesti akan sedar... apa yang cikgu mahu sampaikan.
Belajar benda yang baru... ya memang saya belajar perkara yang baru. Selain daripada belajar berkawat dalam kolam, bangun pukul 4 pagi, berkain sarung sambil berkawat ke surau, menembak menggunakan M16 dan banyak lagi. Ada satu perkara yang paling besar bagi saya iaitu belajar untuk menilai seorang manusia, belajar untuk tidak menghukum sebelum memahami dan mengenali.
Mungkin inilah mesej yang cuba disampaikan oleh cikgu, sepanjang program saya semakin mengenali kawan-kawan yang bermasalah disiplin ini, mengetahui latar belakang mereka. Ada yang tidak bermasalah untuk bangun pagi seawal pukul 4 pagi kerana membantu ibu-bapa menguruskan urusan keluarga berniaga bermula seawal pagi, tapi pada masa yang sama dialah pelajar yang selalu datang lewat ke sekolah. Adakah dia perlu dihukum ? Cikgu mengajar saya untuk menjadi seorang yang bijaksana... bijaksana dengan kuasa yang ada... Bijaksana dengan kuasa yang ada...
Mulai hari ini sampailah 1 bulan akan datang... abang sebagai jurulatih, mahu kamu semua berlatih 3 kali seminggu termasuklah hari sabtu dan ahad. 2 minggu sebelum pertandingan kita semua akan tinggal asrama, setiap malam buat latihan. Boleh tidak ??
Boleh !!!
Kamu berguling lah di simen tu sampai simen tu berbekas dengan latihan silat kamu. Suara mesti kuat... Biar suara kamu semua buat budak aspura dan aspuri ni ndak tidur...
Dengan ini diumumkan pemenang bagi Pertandingan Seni Silat Peringkat Daerah Sandakan ialah dari SMK SANDAKAN !!!!
Tiba-tiba air mataku mengalir... mengalir tanpa siapa pun sedari...aku merasa puas.. puas dengan segala usaha yang telah aku lakukan.
Perjuangan Semanis Madu, Memerlukan Pengorbanan Sepahit Hempedu, perkataan keramat yang saya kenali setelah berada di dunia kampus, dunia mahasiswa, yang penuh dengan cabaran, idealis dan perjuangan.
Salam...pul. Ana kat dalam Dewan Besar sekarang nie. Tengah kira undi.. nampaknya kita akan menang 4 kerusi... Takbir !!!
Ya kah syeikh... Allah.. Syukur alhamdulillah.
Saya masuk ke dewan besar bersama dengan kawan yang lain.
Okey ingat... ana tak nak ada sesiapun yang timbulkan sebarang provokasi... jaga imej kita... kita menang..atas bantuan Allah...!!!
Sekali lagi air mata ini mengalir tanpa memberikan sebarang petanda.... aduh nikmatnya ya Allah perjuangan ini... terima kasih ya Allah.
Anda sebagai seorang pemimpin... mesti BERJIWA BESAR... walaupun mungkin diri anda kecil..hehe.
Perli Pn. Ainon kepada saya.
Walaupun di kampus, anda mesti berikan yang terbaik, berikan yang termampu untuk menghidupkan syiar Islam, anda tahu dimana batasannya....berjuang jangan undur selangkah... pergilah kehujung sekali... paling dekat sekali dengan garisan perbatasan itu... kalau tak boleh pijak hulur lah dengan tangan kalau tak sampai lagi..gunalah ranting... kalau terpaksa berdiri satu kaki...berdiri...berikan tangan anda kepada sahabat yang lain.
Fahami sayap kiri anda... rakan muslimat anda.. Saya pun seorang perempuan.. saya faham sangatlah mcm mana perempuan bergerak kerja. Anda kadang-kadang mesti frust dengan muslimat... sebab selalu ungkitkan benda remeh temeh.. perkara kecik-kecik. Betul tak ? Saudara kena faham itu lah peranan muslimat.. sebagai pembantu sebab anda selalu fikir ke hadapan... pembantu kepada muslimin.. fikiran anda 100 tahun kehadapan.. yang esok punya gerak kerja... saudara tak fikirkan. Betul tak saudara?
Ye..ye..... puan.
Minum petang di Janda Baik.. memang best... tambah pulak sedikit perkongsian daripada Pn. Ainon yang merupakan Pengarah PTS Publication, membuatkan jelajah kami memang sangat bermakna... Bila lah pulak nak p sana lagi???
Sesungguhnya sepanjang perjalanan kehidupan ini telah mengajar saya terlalu banyak perkara. Saya berdoa kepada Allah moga kekal dikumpulkan bersama rakan-rakan seperti anda. Akhir kalam, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjadi kawan, rakan, seanggota, saie, geng, sahabat, kamcing dan rakan seperjuangan saya kerana anda sanggup menerima kelebihan dan kelemahan diri saya. Saya berdoa mudah-mudahan hubungan persaudaraan Islam ini akan mendapat redha Allah demi kebaikan kita bersama dunia dan akhirat.
Salam sejuta sayang.... syukron..wassalam.