ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Ada sesiapa kat sini yang pernah pergi Legoland Malaysia ?
1..2..3..4..5..6..7..8..9 okay okay macam ramai yang dah pergi. Hehe And aku nak tanya, adakah korang tahu apakah misteri yang terdapat di Legoland ?
Meh nak story
23.01.2013 aku dengan kawan ex-matrik seramai lima orang pergi lah kat tapak Legoland yang terletak kat Nusajaya, Johor tu. Mula-mula pergi kitorang nampak suasana lengang gila, kitorang pun endahkan lah situasi lengang tu kan. So, kawan aku pun drive la kereta nak pergi cari parking, memang kat tempat parking pun cakap kau takde kereta langsung. Terlintas kat minda kami takkan kitorang dah salah masuk tempat ni. Takpe, positifkan minda. So dah dapat parking kitorang pun pergi lah nak masuk dalam Legoland tu, tengok kiri kanan takde orang lalu lalang langsung. 'Aik, takkan orang dah jemu nak masuk Legoland kot' itu ayat yang terkeluar dari bibir aku. Kitorang still tak ambil kisah pasal tu, kitorang pun terus lah masuk kawasan Legoland tu. Kedai bukak, semua kedai bukak. Ada Tutti Frutti, ada KFC, macam-macam. Then terus kitorang pergi ke kaunter ticket Legoland. KOSONG! Takde orang langsung. Semakin menjadi-jadi pelik, takkan hari ni semua orang boikot Legoland kot. Takpe kitorang still tak puas hati, nampak makcik cleaner dalam Legoland tu, kitorang tanya makcik tu
''Makcik, kenapa takde tiket dijual ni makcik?''
''Dik, hari rabu memang Legoland ni TUTUP''
Maka itu lah misteri Legoland yang aku nak ceritakan kat korang hari ini. Hehehe Suspen tak ?
Bytheway, kalau nak pergi Legoland, pergi lah hari lain selain hari rabu, sebab kalau pergi hari rabu korang cuma dapat bergambar depan signboard Legoland je macam kitorang. Sedih kot T____T
So hari tu jugak, kitorang decide pergi tempat lain sekitar Johor ni, kawan aku teringin nak pergi Zoo Johor, so kitorang pun pergi lah zoo . hihi Lepastu pergi Danga bay sampai lewat malam lepak tepi laut tengok Singapura dari jauh. Haaa lepasni kitorang plan nak pergi USS pulak. So kena standby duit dan passport! HAHAHA
Gambar depan Zoo Johor
Gambar ni kat City Square, JB
Lepak kat Danga Bay sambil main-main basikal. Syiok wooo! hehehehe
24.01.2013 (khamis) Kami berlima tak puas hati selagi tak masuk Legoland kami taknak balik! Hak bermain hak kami! Gitu sekali kan. haha. So kami decided hari khamis tu kami berlima pergi Legoland Malaysia ni. Alhamdulillah hari khamis nasib baik bukak, kalau tutup jugak memang kitorang bakar Legoland tu. Takut tak? =D
Apa yang boleh aku cakap, Legoland Malaysia ni best. Tapi dengar cerita Waterpark masih dalam proses penyiapan, so insyAllah kalau dah lengkap semua dah Legoland ni, kami pakat nak pergi lagi Legoland ni. Maybe bilangan orang akan bertambah, sebab ? Sebab nanti kan tengok gambar, gambar akan ceritakan segalanya. Ceh =D Bytheway, time kitorang pergi ni ada promosi 35% OFF per tiket sebab ada voucher yang boleh didapati kat pek bungkusan Mamee/Corntoz dll :)
Kami berlima pakat pakai baju sama. Hehe
Pintu masuk Legoland. Memang ramai lah orang time ni. HAHA
Takpayah sesusah nak pergi KL nak bergambar depan Menara berkembar. HEHE Legoland semua ada!
Roller coaster ni menggerunkan. Terjerit-jerit kitorang naik. HAHA
Tak dapat main waterpark, main benda yang ala-ala berair pun boleh. Takde lah lencun mana main benda ni -,-'
Sumpah ngeri! :O
Pakai cermin mata 3D sebab nak tengok cerita 4D Hehe
Legoland Best!!!! ^^
Alhamdulillah dapat jugak merasa pergi Legoland ni. Korang? Tunggu apa lagi? Sementara tengah ada promosi 35% Off per Voucher ni, ramai-ramai pergilah berseronok ! ^^ Dari tiket RM140 boleh dapat RM91 je. Hehe
Terima kasih sudi baca, Assalamualaikum :)