WELCOME TO MY BLOG
My photo
Dulu saya selekeh, tapi sekarang dah handsome sikit =D

Friday, January 28, 2011

CONTEST BLOG PALING CANTIK, COMEL DAN KEMAS !


-jadi follower FARZANA FARZANTO.-
-peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana)-
-ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.-
-buat 1 entry tentang contest ni.-
-tag kepada 5 orang rakan blogger anda.-
-letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni-
-setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.-
-penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011-

tagged to : zarith | eira | izzudin | hajar | pijie

Thursday, January 27, 2011

|KONTEST BLOG TERCANTIK|


-kena ada blog,kalau takde takboleh masuk- []
-kena ada blog cantik bagi nana jatuh cinta kat blog kau orang- []
-jangan nak main tipu eh- []
-MALAYSIAN!- []
-kena like fan page blog ni kat facebook- []
-kena follow blog ini- []
-buat post dengan tajuk |KONTEST BLOG TERCANTIK| dan letak banner sekali- []
-tag 4 blogger- []
-open to all gender- []
-dah siap post, posting kan entry kau orang dalam comment entry ni- []

tagged to : |pijie| |maizan| |ainina| |afiqah|

Wednesday, January 26, 2011

SHARING IS CARING KAN

hah ? terkejut ? OooooMaiiiiGod !
aku tahu benda nih dah lama dah lapukk pon
tapi mengingatkan itu lebih afdal kan ?
kalau yang dah tahu tu mesti cakap aku ni lambat pikap lah kampung lah
watdehell lah --'
ada aku kisah ?

tapi ada gak orang yang taktahu pon apa maksud cocacola ni kan macam aku
bila kawan aku cakap aku macam nak percaya tak nak je
tapi bila tengok gambar ni baru aku percaya
cishhh ! takguna punya kafir lahanat

tapi kita umat islam yang dah tahu pasal benda ni buat apa ?
butakan mata pergi kedai runcit beli coca-cola lepas tu minum
bukan nak boikot beli minuman ni
last last bila dah ketagih sangat baru tahu kan akibatnya
sakit sini sakit sana
masa tu baru kau nak sebut 'YA ALLAH ' sakitnyaaaaa'
padan muka kau !
so before terlambat tolong lah berhenti. tak ada faedah pon kau beli minuman ni
bawa penyakit ada lah
sharing is caring kan ? ;)
so muhasabah diri
duit kau bukan duit aku
tapi sebab sayangkan umat seagama aku
aku taknak lah korang menjadi ahli neraka yang sangat lama :)
~wallahulam~

Tuesday, January 25, 2011

SANGAT PELIK !

KENAPA SEKARANG KALAU AKU NAK FOLLOW ORANG PICTURE AKU YANG BAPAK HENSEM TU TAK KELUAR EK ?
JADI GAMBAR ORANG TAK BERMUKA
PELIK ! --'

Saturday, January 22, 2011

MALANG vs BERTUAH

pernah tak kau pergi mana mana tiba tiba motor kau mati sebab minyak habis ?
hah ! apa perasaan masa tu ? cuak atau happy ? hAHA
tadi aku dengan kawan aku nak pergi bandar nak claim duit gaji hotel
first before aku keluar rumah check ah tangki minyak sebab kat meter memang dah tak naik langsung XD
aku fikir macam boleh lepas ni nak sampai stesyen minyak
then keluar pergi rumah kawan and singgah kedai beli roti kejap
bila dah gerak nak pergi bandar aku tak rasa macam ada something wrong somewhere
then baru sampai setengah jalan aku rasa macam ringan je tempat pulas minyak tu *apa namanya? aku taktahu --'*
aku pulas kuat kuat sebab taknak lah mati tengah jalan
then tiba tiba motor tu mati tengah jalan, HAHA
CEKALA betul !
then alihkan motor pergi tepi jalan
aku bersyukur lah masa tu aku pergi dengan kawan aku,so aku minta tolong dia tolakkan motor aku sampai stesyen minyak
tapi yang aku hairan sangat kan, PELIK SANGAT KE kawan aku tolak motor aku tu ?
sampai semua orang tak kira motor ke kereta ke asyik nak tengok je
bukan main lagi satu kereta ni hon kat kitorang
memang lahabau betul cina tu . tau la kereta canggih , tak payah nak hon hon konon kitorang menghalang jalan dorang --'
then aku rasa macam bersalah dah susahkan kawan aku tu
aku cakap kat dia yang nanti gaji aku nak belanja dia makan
wah wah ! HAHA

aku rasa kan gaji pertama aku nanti tak sampai seminggu habis lah
yelah nak bayar duit untuk lesen kereta,bagi mak aku rm100,lebih nak enjoy !
memang tak tahan ah nak sampai sebulan duit tu :P

eh eh rajin pula aku meng-h-update blog ni
opss ! lupa aku kan cuti hari ni. HAHA :D

okay! babai~

Friday, January 21, 2011

HU HA HU HA !

rakan sekerja aku yang otak gila gila babeng! HAHA
lagi lagi yang ulala tu
memang ketawa hu ha hu ha kerja aku kalau melepak dengan dia
sambil konon konon buat kerja takut kena sound ! :P
dorang ni standard abang and kakak lah
tapi dengan aku 'kau-aku' je
standard kawan sekolah kan XD
nasib dua dua sporting !


Tuesday, January 18, 2011

ENTRY KHAS UNTUK MARK ZUCKERBERG


siapa yang masih tak tekan button 'change your new profile' kat facebook dia
jangan terkejut macam jumpa hantu bila tengok mukabuku korang tibatiba tukar wajah
ishh macam ular kan main tukar tukar ni. HAHA
macam apa tah tiba tiba je facebook set semua facebooker jadi layout baru
dulu pasal akaun facebook nak tutup lah
sekarang pasal layout dia yang very annoying !
aku tak suka langsung layout yang baru ni
memang serabut, bayangkan page yang 'FRIENDS ONLY|ALIFF AND FRIENDS|ALIFF ONLY'
semua di gabungkan jadi satu masuk dalam profile
sangat tak seronok !
then tadi tengah seronok wall to wall dengan member tiba tiba bukan page dia tulis 'add as friends'
sangat terkejut lagi sebab aku fikir kawan aku remove aku
rupanya dia pon cakap benda yang sama padahal masing masing tak click pun button 'remove friends'
maybe masa tu mark zuckerberg tengah sibuk nak tukar semua akaun jadi baru
hish sangat tak suka !

p/s: eleh kalau tak suka pon nak buat macam mana,kena lah hadap benda alah tu juga kan !

Friday, January 14, 2011

SEDIHNYA HATI INI


first of all aku nak cakap yang aku dah jarang kan update entry
lagi lah blogwalking, langsung aku tak buat !
and effectnya blog aku terus tak TOP! ;'(
sedih ni sedih ni
dulu bukan main konon blog aku ni top lah . SANGAT KAN ?
sedihnyaaaa! kat chatbox pun tak ramai yang tinggalkan jejak
sangat buat aku double double sedih
sejak aku start kerja ni, memang serabai gila blog aku sebab takde orang jaga kan
tak macam dulu masa sekolah, rapi je blog ni, HAHA KONONNYA :P
macam macam cabaran lah sejak jadi pekerja ni
tak sangka aku dunia luar macam ni
dulu masa sekolah semua makan minum pakai dalam luar terurus kan
tapi sekarang semenjak dah kerja ni semua pon macam terabai
yelah, mandi pun sekali sehari . opsss HAHAHA
sangat penat !
takpelah. PENGALAMAN MENDEWASAKAN KITA

kepada adik adik sekolah jangan terlalu nak sangat habis sekolah
kang menyesal tak sudah pulak !

p/s: bila aku off aku try blog walking eh ;)

Wednesday, January 12, 2011

kanak kanak didera

sedih aku baca berita pasal kematian adik Nordiana Qistina
kata ibu tirinya dia meninggal sebab lemas
tapi bila dibedah siasat rupa rupanya akibat penderaan
MASHALLAH ! bukan 1 2 kesan dera tu tapi 73 sekali gus !
ya ALLAH sedihnya aku bila insan kecil ni didera sampai macam tu sekali
seorang kanak kanak yang tidak berdosa,tidak tahu apa apa didera macam tu sekali
macam mana perasaan arwah sewaktu didera sebegitu kejam
segala rintihan,tangisan langsung tak membuatkan ibu tirinya berlembut hati
sungguh KEJAM ! tak ubah seperti manusia tak bertamadun
sedangkan kucing pun sayangkan anaknya . haiwan pon tau perasaan sayang tu
ini manusia ! yang dikurniakan akal dari Tuhan , tapi tak tahu apa itu maksud kasih sayang
subhanaALLAH memang hilang nilai kemanusiaan perempuan ni
aku nak sangat perempuan tu diberi hukuman bunuh ! jangan sekadar PENJARA sahaja
kalau tidak dihukum dengan hukuman sepatutnya. tanggunglah dosa pembunuh tu sampai akhirat
biar di akhirat orang orang yang bersubahat dihukum oleh TUHAN MAHA ADIL !

AL_FATIHAH kepada arwah NORDIANA QISTINA

Tuesday, January 11, 2011

JOM MASUK U

borang untuk kemasukan IPTA fasa 2 dah dibukan
fuhh bukan main berebut rebut masing masing nak isi borang tu
tak terkecuali aku. HAHA
memang pening kepala cakap kau nak fikir nak ambil course apa
sampai aku ambil masa dua jam menghadap site syarat kelayakan course yang ditawarkan
then aku analisis . fikir masak masak nak ambil apa kan
kalau salah mohon, masa depan aku musnah lah wei !
then masa nak isi UPU tu online facebook sekali
memang cakap kau, satu group yang aku join kat fb ni tak habis habis cerita pasal UPU
nama group tu batch 1993. HAHA mestilah dah tahun lahir pon 1993 kan ;p
kat situ juga aku tanya pasal nak isi UPU ni
tanya pandangan dorang pasal course tu course ni
lama juga nak buat keputusan nak ambil course apa
sampai aku buat status kat facebook. HAHA
tanya mak bapak aku pasal course yang aku cadangkan
dorang tak kisah sangat janji aku minat nak belajar and boleh bawa subjek tu
dorang kust support aku je, tak lah terlalu mengongkong suruh aku ambil subjek yang aku tak minat tapi dorang minat. memang best lah both of you ;)
lepas dua tiga jam aku fikir ,analisis,baca syarat khas kelayakan nya, then tanya orang sana tanya orang sini
inilah keputusan course yang aku ambil untuk masuk IPTA tahun depan
semoga aku mendapat yang terbaik ! AMIN :)

Pilihan 1 * : UiTM - E2210 DIPLOMA PERAKAUNAN
Pilihan 2 * : UniSZA - D2210 DIPLOMA PERAKAUNAN
Pilihan 3 * : UTM - T2271 DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI (PERAKAUNAN)
Pilihan 4 * : UiTM - E2031 DIPLOMA KEJURURAWATAN

nampak kan ? betapa havoque nye aku dengan akaun
HAHAHA
eh eh perasan tak tiba tiba menyelit diploma kejururawatan?
kau jangan nak ketawa eh ! gaji besar tu. lagi pun peluang untuk calon lelaki sangat besar ;')
jangan pilih kursus yang popular tapi peluang terhad okay ;D
berfikir sebelum bertindak .

p/s: lagi empat pilihan akan di fikirkan selepas dapat result

Monday, January 10, 2011

DUNIA BARU AKU !

whoa ! akhirnya dapat jugak aku membelai blog kesayangan aku ni
dah lama gila aku tak update entry kankan :D
ada orang kisah ke aku update ke tak ,bukan blog meletup pon kan . HAHA
hari ni aku happy sangat sebab dapat tau yang esok dengan lusa aku cuti!
bukan cuti umum okay , nak pulak tempat aku bagi cuti even cuti umum ! --'
kelasss gitu kan dapat cuti dua hari . HAHAHA
okay dah dah tu je nak bagitahu, so boleh lah rilekskan badan dua hari ni
tak payah fikir pasal kerja :)

cerita pasal tempat kerja aku ni kan
aku ingat zaman 'budak budak' gedik dah takde semenjak aku habis sekolah ni
tapi lagi parah !dah lah standard mak mak bini orang --'
sangat gedik you all ! naik menyirap aku dengan perangai dua ekor beruk dusun ni
tak reti reti nak faham dengan status dorang
yang seorang kerja nak menegur kesalahan orang je, diri sediri tak betul ada hati nak menegur , tau lah pangkat tinggi ! kononnya lah kan
yang seorang lagi jenis menggedik sumpah nauzubillah . naik menyampah aku tengok, dengan suara macam apa tah.
euwww! sumpah annoying gila
dulu punya lah aku respect menggunung dua ekor beruk dusun ni
tapi sekarang , sorry to say lah !
ada aku kisah perlu respect kau ke tak kan
kalau kau tak reti nak respect orang lain
lagi lagi masa aku tengah buat kerja, ada je nak cari kesalahan aku. memang aku rasa macam nak tenyeh taik anjing belakang rumah makcik senah je kat muka dia
tu lah manusia , bila dah dapat pangkat tinggi dunia bawah tapak kaki pun tak pandang
orang tua tua cakap 'lupa daratan' kan
biar kan dua ekor beruk dusun ni dengan dunia dorang
ada aku kisah ! memang aku maki kalau aku nak berhenti nanti. HAHA
dah niat awal awal ni :p
lain cerita pulak ,time ni kasi reda sikit bahang api kemarahan aku tu XD
kat tempat kerja aku tu memang gila best ah dengan staff staff kat situ
sporting then memang gelak gelak ah aku kat situ
promoter pun ada yang sporting ada yang tak , kalau jenis yang hagham sombong memang sungguh annoying
tapi staff yang kat sini memang best gila ! HAHA
ada je benda yang diketawakan,sampai terserlah kehodohan ketawa aku :D
SUPERB lah ! tak macam dua ekor beruk dusun tu yang gila pangkat je lebih
HAHA
pedas sungguh ayat ayat aku tu kan
yelah semenjak dah masuk 18 tahun ni. HAHA :P

dengar dengar cerita facebook nak tutup kaunter march ni? gila !
memang tempah maut ah zuckerbeg kalau ada rusuhan kat luar rumah dia . HAHA
semoga dia berubah fikiran lah ek . ;)

Wednesday, January 5, 2011

saya menang topap !

ingat semalam nak post entry ni
tapi my father dah bubbling suruh offline . so delay kan dia. HAHA :D
ini entry aku buat sebab first time menang game ala ala contest bagi aku
bendanya tak payah letak gambar ke letak quote ke buat entry pasal contest tu ini lah
tapi just comment kat comment form and teka siapa orang yang dimaksudkan
HAHA kau faham tak apa yang aku cuba cakap ni? kalau tak faham sila buat buat faham sebab takde siapa nak terangkan kat kau ;p

hari tu aku saja saja je jenguk blog celoteh MJ
then masa tu dia baru post pasal soalan plus game kat blog dia
so aku try lah jawab soalan dia padahal tak expect apa apa pon masa tu
ingat saja saja dia suruh teka, so aku letaklah 'oprah winfrey kan?' kat kotak komen
then semalam aku bukak blog second aku ni saja nak usha
tiba tiba nampak kat shoutmix katanya 'ada hadiah untuk anda.TQ'
terkejut masa tu tiba tiba ada hadiah apa ni agak blur jugak lah kan *drama drama :P*
then jenguk link yang dia bagi . HAHA terkejut sebab dipilih menang dalam soalan tu
hadiah tak silap topap kot, tak pasti sebab tak dapat lagi kan baru je tahu menang. HAHA XD
alhamdulillah lah kan sebab tak expect langsung nak menang
okaylah terima kasih daun keladi lain kali buat lagi ;)

terjah lah blog dia kasi follow ramai ramai lepas tu join lah contest serta GA dia kalau ada :)

Tuesday, January 4, 2011

ADA AKU KISAH customer macam tu

hari ni aku ambil MC !
sebab bahu aku tiba tiba mogok taknak kerja
eh eh maksud aku dia sakit lah
sakit sangat sampai nak basuh berak tutttt pun susah
tapi tadi mak aku ajak pergi urut kat rumah kawan dia
agak kurang sikit lah sakitnya, boleh hidup lagi la.
kau nak cakap aku manja ? baru kerja sikit dah sakit sana sakit sini
wadefak kalau ada yang cakap macam tu
HAHA amik kau !

tapi aku taktahu lah sebab apa tiba tiba dia sakit macam ni
dulu bahu ni pernah retak sebab jatuh
takut lah jugak kan kalau tiba tiba luka lama berdarah kembali. cessh ! HAHA
aku rasa maybe aku kerja banyak sangat kot
yelah kalau off day kerja kat mall aku terhegeh hegeh nak kerja waiter tanpa bagi tangan aku rehat
berkerja jee . mungkin Tuhan nak suruh aku take care sikit pasal kesihatan badan
alhamdulillah :)
Doakan aku cepat sembuh okay

aku nak cerita satu story masa aku kerja . HAHA
hari tu masa aku full day kat mall,aku kena jaga tempat ' back to school'
aku taktahu apa apa pasal tempat tu tiba tiba kena jaga
aku okay je kan mula mula. jaga macam biasa je
tapi bila customer tanya tu tanya ni aku dah jadi blur
sampai satu masa ada seekor customer dia boleh sound aku
sebab masa tu dia nak cari tudung sekolah
aku cari lah merata rata tudung tu tak jumpa jumpa
then aku cakap kat customer tu tak ada ah tudung tu
then tiba tiba customer tu jumpa dua tiga plastic tudung kat atas rak
dia boleh cakap aku menipu dia
berasap telinga aku dengar masa tu. tapi cover je ah kan buat muka tak bersalah
tapi dalam hati memang aku rasa nak tenyeh tenyeh je muka customer tu
pfttttttt=='
last last bukan nak beli tudung tu, blah macam tu je
sabar je lah kan . customer always right ? =='

dapat gaji pertama terus nak daftar lesen kereta !
MUKTAMAD!



Monday, January 3, 2011

I LOVE MY BLOG Q's

sorry yunk lambat buat entry you. HAHA *ini gurauan je okay*
I LOVE MY BLOG !
Sejarah nama blog dan kisah di sebalik header dan background blog.
sejarah? i hate sejarah kat sekolah tu. urghh eh eh lari topik la ! HAHA :P
sejarah nama blog aku ? urmm I.ME.MY.MINE.HE.HIM blog ni sah terang tang tang blog aku dan blog seorang lelaki, so segala cerita berkisar kehidupan aku . :) and header&background tiada apa apa sejarah atau makna sebab setiap masa akan ditukar mengikut mood aku. HAHA :P

Berapa kali anda update blog.
berapa kali? kalau masa rajin memang dua tiga kali,kalau masa malas memang lansung tak update,tulis padam tulis padam last last delete nak buat entry ! HAHA

Sebab utama anda buat blog.
dulu aku terpengaruh dengan kawan kawan maya aku bila dorang suruh buat blog,mula mula memang serabut gila ah blog first, tapi lepas baca blog MYZA baru tahu betapa bestnya menjadi seorang blogger ni. and tercipta lah blog ekaldude ni . :)

5 pekara mengenai blog anda yang patut di ketahui.
1. blog ini milik sepenuhnya oleh lelaki XD
2. cerita dalam ni adalah sepenuhnya cerita real dan bukan cerita menipu ;p
3. blog ni kekadang tak best . :)
4. blog luahan hati aku
5. aku dah taktahu nak cakap apa

5 entry terbaik di blog anda yang patut di baca( senaraikan entry itu beserta link).

3 pekara yang tak dapat di lupakan sepanjang berblogging.
1. dapat berkenalan dengan kawan sesama blogger
2. dapat mendalami lebih lagi bidang blogging ni
3. dapat meluahkan perasaan yang dipendam kat dalam blog ni. HAHA

10 blog kegemaran anda.
semua blog aku suka baca. aku bukan jenis yang suka pilih bulu, kau tau kan kalau aku listkan sepuluh blog tu mesti yang tak ter-list tu kecil hati, kan tak seronok kalau macam tu,so aku rasa SEMUA blog yang aku follow dan yang follow aku adalah kegemaran aku :')

5 tips yang anda nak kongsi kan dalam berblogging ini.
1. jangan gunakan bahasa budak budak semasa menaip entry please
2. cuba lah rajin kan diri melawat blog kawan sesama blogger. hehe
3. jangan menaip entry yang boleh mencetuskan isu perkauman
4. tolong jangan beratkan blog anda dengan benda benda yang tak patut . kalau boleh jangan banyak sangat gadget
5. follow lah aku ! HAHA :P

sejauh mana anda sayang blog anda.
sejauh bumi ke bulan ditambah dengan sejauh bulan ke matahari ditambah dengan sejauh bulan ke planet pluto.
jauh kan aku sayangkan blog aku ni :D

3 sebab kenapa perlu datang/berkungjung ke blog anda.
1. sebab blog ni best
2. sebab blog ni comel
3. sebab ada aku kisah? HAHA :P follow follow la ek :)

-Siapakah 10 blogger lain yang anda ingin tag
boleh tak aku tag 4 orang sahaja ? dua lelaki dan dua perempuan :)
LELAKI : AROL . SOLEHAN
PEREMPUAN : AZWEEN . CEJA

Sunday, January 2, 2011

ayooh kembali ke sekolah

sekolah dah start pun kan
haihh tak sangka aku dah tak sekolah lagi
dulu sebelum ni mesti kelam kambut malam sebelum sekolah nak beli macam macam
sekarang takpayah kelam kabut dah
realeks goyang kaki je tengok adik adik aku pergi shopping .
HAHA
eh eh tak lah goyang kaki, aku kerja lah :P
kawan kawan yang sekerja dengan aku ada yang form 4 nak masuk form 5
so aku sengaja kalau jumpa dia cakap 'welcome back to school'
HAHA biar dia rasa bahangnya sekolah ni . ayooo bahang ka ?
dah habis sekolah ni jarang jumpa kawan kawan sekelas aku lagi
ada yang dah kerja,ada yang sibuk tanam anggur kat rumah,ada yang tengah mencari
kalau nak jumpa pun susah,sebab jadual kerja dorang tu macam macam pattern
pheh rindu siod nak gather dalam kelas macam dulu dulu
HAHA
baru kau tahu kan betapa rindunya kalau dah habis sekolah ni
dulu masa sekolah bukan main suka kalau dapat cuti lah,cikgu tak masuk kelas la
tu semua nafsu je. aku pun tak terkecuali
sebab tu sekarang aku baru sedar
sekarang cuma tunggu nak ambil result spm je kalau nak betul betul jumpa
itu pon kalau semua datang
kalau ada yang tak datang, so terpaksa ah decide ramai ramai buat reunion. :D

sekarang tak sangka aku dah besar
umur je badan tak besar besar . XD
18 tahun dah aku hidup kat dunia ni kan
agak agak umur aku tu dah cukup belum nak jadi 'dewasa' ?
HAHA aku dah fikir bukan bukan ni :P
stop stop !
wey aku nak cakap kat korang ni
kan aku kerja waiter as part timer kan
sabtu hari tu aku kena call sebab ada function wedding cina
kau nak tahu apa yang aku happy sangat ?
jeng jeng jeng
aku tak pegang langsung wine dan beer !
fuhhh lega siot hati aku bila tak payah pegang semua tu
sebab ada cina yang handle . :D
okay lah sekarang pun aku memang busy memanjang =='
bye bye :)

bila aku nak tukar colour blog ni ek ?