::
• Memperkenalkan makanan pertama pada bayi mungkin sukar terutama bagi ibu-ibu baru. Bila nak mula mungkin sudah ramai yang tahu tetapi hendak mulakan dengan makanan apa yang paling sesuai?
• Jangan terlalu ghairah hendak mempelbagaikan jenis-jenis makanan pada bayi. Mulakan dengan ‘cereal’ atau puree buah seperti pear, pisang, sweet potato atau avocado. Tunggu sehingga beberapa hari, seeloknya 4 hari sebelum memperkenalkan makanan baru pada si manja anda. Contohnya hari ini buat puree pisang, tunggu lagi 4 hari barulah tukar menu lain pula seperti puree
avocado pula.
• Ini kerana dengan menunggu beberapa hari, kita boleh melihat samada makanan tersebut sesuai dengan bayi, samada bayi mengalami alahan pada makanan tersebut atau tidak. Atau bayi mengalami cirit kerana makanan tersebut. Jika bayi tiada masalah, boleh teruskan dengan memperkenalkan makanan baru padanya.
Setelah beberapa bulan bayi sudah boleh menerima solid food, tawarkan bayi pelbagai makanan dalam sehari yang mengandungi:
* Susu badan
* Daging
* Cereal
* Buah-buahan
* Sayur-sayuran
* Telur dan ikan
Tahukah anda terdapat tiga stage pemakanan anak kita?
1 SEHINGGA 6 BULAN : PENYUSUAN SUSU IBU SAHAJA
6 SEHINGGA 12 BULAN : PENYUSUAN SUSU IBU DAN DIPERKENALKAN DENGAN MAKANAN PEJAL
SETAHUN KE ATAS : MAKANAN ADALAH SUMBER UTAMA DAN SUSU IBU ADALAH BUKAN SEKADAR SUSU SEMATA-MATA
- Sumber : Puan Nor Kamariah, Perunding Laktasi di SusuIbu.Com
Jenis Pemakanan
1. Buah-buahan
Puree: avokado, epal, pisang, betik, pear, apricot, peach, prunes yg dilenyek / dicampur dgn susu ibu.
**jauhi buah-buahan sitrus / masam mcm epal hijau, limau..
2. Bubur nasi
Bubur yg cair n dilenyekkan. / tambah sikit susu badan. / blend. / tambah dua sudu puree sayur-sayuran.
3. sayur-sayuran
Seperti kobis, brokoli .Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas
** sayur yg dicadangkan di awal 6-8 bulan adlh labu, kentang (sumber vitamin A yg baik) Rebus, lenyek / blend
** selepas 8 bulan boleh dipelbagaikan seperti brokoli, kobis bunga, asparagus, sawi, terung bulat, mushroom
4. Daging
Daging direkomen adalah daging ayam mase 7 ke 8 bulan. boleh rebus/panggang/kukus / blend.
5. Ikan
ikan bilis digoreng n ditumbuk halus.ikan salmon, siakap, / ikan ape2 yg dibuang tulang, kukus / stew, amik isi / lenyek. 7 ke 8 bulan
6. Telur
Boleh diberi 8 bulan ke atas.
7. Daging Lembu
Boleh diberi 8 bulan ke atas.cara memasak panggang adalah terbaik utk mengekalkan nutrisi di dalamnye.masak n jadikan puree beef..Daging lembu sgt bagus sebab tinggi protien dan zat besi seta mengandungi kalsium dan folat.
Madu merupakan makanan yg dilarang untuk bayi! Walaupun madu itu baik n sunnah nabi tapi TIDAK untuk bayi anda! Boleh menyebabkan kematian! Honey can contain spores of a bacterium called Clostridium botulinum, which can germinate in a baby’s immature
digestive system and cause infant botulism, a rare but potentially fatal illness.
Tapi lepas setahun boleh la..
These spores are usually harmless to adults and children over 1 year old, because the microorganisms normally found in the intestine keep the bacteria from growing.
**Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini (ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam).
- Sumber : Internet
(Segala penulisan di atas dari hasil pencarian , bacaan dari blog / laman
web / majalah / buku dll yg berkaitan) TQ