hai semua pembaca ye..miera dah lama sekarang nie nak updated blog sebab tak tahu nak mengpdated apa..harinie miera ada satu ilham dari kisah miera yang ingin berubah kepada yang lebih baik..kisah ini bermula setelah akak kepada miera seperti ingin berubah kepada muslimah-muslimah sejati lar senang cerita..
bukan sebelum ini dia ingkar ke apa..biasalah kan..batas agama memang kita jaga..tapi akak miera tetiba sangat-sangat menitik beratkan tentang ini dan miera pun ingin berusaha seperti dia..walaupun secara perlahan-lahan..insya allah..miera tekad ingin berubah bukan kerana dia tetapi kerana ALLAH....miera harap ALLAH dan korang semua mendoakan miera yang terbaik ye..
lagipun tahun hadapan miera akan hadapi PMR kali terakhir untuk tahun 2012..miera harap sangat dapat menjadi antara calon-calon yang terbaik..dengan perubahan ini jugak..miera akan terus lebih semangat untuk belajar dan menuntut ilmu tidak seperti sebelum ini..miera agak lalai..miera mengaku,,miera macam ambik tak kisah je tentang pelajaran ini sangat,,tapi yang miera tahu,,miera akan skor baek padahal usahanya tiada..dan bila ada sahaja peperiksaan miera tak pernah nak dapat yang terbaik..sekadar 1A ...adush..macam mana nak jadi yang terbaik untuk PMR kelak,,
miera harap sangat-sangat miera akan berubah suatu hari nanti..INSYA ALLAH..