Sunday, December 19, 2010

Das Auto

Hi blog.
U see here, aku nak beli macam-macam.
Handphone, MP3 Player, PSP, Baju, Seluar.

Tapi kan, duit takde.
Mana nak cari?
Sapa nak bagi?
Keje? hahaahaha.
Tanak.

Tapi kan, aku nak saving sebenanya.
Biar terjamin masa depan.
Nak bukak ASB.
Simpan dan simpan.

Tapi kan, duit minyak dah naik.
15 sen seliter.
And sekarang ni aku drive pegi UTM.
Time aku plan nak saving la die nak naik.

Tapi kan, boleh je nak saving.
Tak payah bawak kete pon.
Suroh abg aku anta, dok lam UTM, belaja macam bese.

Tapi kan, aku belom explore JB abes2 lagi.
Banyak tempat aku nak pegi.
Kalau takde kete, cane nak buat.

Tapi kan, aku takde GPS pon nak explore JB.
Budak2 kelas aku pon tak taw jalan2 JB.
Yang dok JB pon style yg dok rumah tolong mak masak.

So.

1. tak payah ngade2 nak explore JB. sesat kang baru tau.
2. kan senang dok je lam UTM. dok diam2. blaja sungguh2.
3. minyak tak jadi hal kan skang kalau tak pegi mana2? watpe nak bawak kete dah.
4. duit yang patot spend kat minyak all semester, half bole saving.
5. lagi half, beli la semua yang aku nak.

see? what a good solution.
tak payah bawak kete. dah. end of the stori.


Ni kereta jenis apa tah. Nak masok ikot mana pn tak taw.

sok sek : Eeee. nak cat kancil dah! can't wait!

There are no stupid questions, just stupid people.

Monday, September 6, 2010

Ape Nak Buat

seharian dow aku dok blik.
mlayan bende2 online ni.
sebab bile kua bilik asek kne mara je.
better wat keje sorang2.
for the first time,
sgt teruja nak balik kolej.
raya pon tak semangat.
makan pon tak lalu.
nak ckp pon malas sbb kalau silap ckp,
ade yg tarik muke.
haiii... idop2.

Friday, July 16, 2010

Happy Besday Waida!!

Soalan cepumas.
Siapa Waida?
Aku rase orang malas nak jawab pon.
So aku jawabkan lah. senang.

Waida ni seorang budak yang kadang-kadang senyap,
Kadang-kadang dok keje pot pet pot pet cam mak datin.
Bile senyap mate die stim je. Bosan agaknye.
Tapi bile sampai sawan nak bercakap,
Orang tu depan mata, tapi cakap macam orang tu kat seberang laut.
Pastu komplen macam-macam.
Suke komplen kakak die terencat lah, bongok lah, moist (lembab) lah.
List lah semua. Memang dia penah sebut.
Ratu kosa kata ngutuk kakak die.
Baju nak lawa-lawa semua.
Kat skolah pakai tudung labuh.
Balik umah lagi seksi daripada kakak die.
Tau lah body tu hawt.
Pastu keluar mesti mekap punya.
Paris Hilton Malaysia lah katakan.
Dan shopping complex adalah rumah kedua dia.
Die ni spesel.
Kat umah die bole pilih mane tempat2 yg bagus untuk die melabuhkan punggungnya.
Die punye favorite spot:
1. Depan pc, facebooking.
2. Atas katil, texting and calling.
3. In the shower, and she takes quite a while in there.
4. Depan cermin, dok tepek bedak.

Ari ni besday die.
Tapi aku lupa nak wish.
So aku wat entry yang spesel ntok die.
Tadi die dapat segala pelok cium dari aku and it worth 1 year of kissing and hugging in one shot.
Tapi aku takde hadiah.
Aku postpone dulu lah.
It's the feeling that matters.

SHE'S MY ONE AND ONLY SIS.
AND I LOVE HER MORE THAN ANYTHING IN THIS WORLD.
I'M SO GRATEFUL TO HAVE HER AROUND.
I WILL TREASURE THE BOND WE HAVE,
AND MAY IT LAST FOREVER AND EVER.
THE FURTHEST WHERE TIME CAN TAKES US TO.

AND HER NAME IS WAHIDAH WAHID.

HAPPY BIRTHDAY GAL.
LOVE YAH!


Ni lah wahidah

sok sek : Adek aku.. adek aku... *Mengeluh*

You only live once, but if you do it right, once is enough.



A Good Change

Wahai blog tersayang.
Maafkan saya kerana meninggalkan kamu.
Bukan ape. Saya sibuk.
Kamu tentu paham kan.
Saya perlu masa untuk berubah.

Dari KUALA LUMPUR ke SKUDAI.
2 tempat yang jauh berbeda.
Ada baik ada buruknya.
Ada manis ada masamnya.

Kalau dulu di KUALA LUMPUR,
Nak enjoy senang.
Shopping complex dekat2.
Dari bilik pon da nampak KLCC.

Skarang di SKUDAI.
Kalau takde kereta jgn harap nak shopping.
Tgk keluar tingkap nampak ape?
Hanyalah semak samun dan rumah felo.

Kalau dulu di KUALA LUMPUR,
Nak daftar subjek senang.
Jadual orang office dah sususnkan.
Diorang bagi list subjek.
Hanya perlu copy 'n paste pada borang pendaftaran.
And everything's considered done.
All we have to do next is to attend every class registered in that semester.

Skarang di SKUDAI,
Kena tengok subjek yang boleh transfer.
Kena tengok subjek yang kena ambik.
Kena susun jadual biar tak clash.
Untuk subjek yang diingini,
Kena jumpa lecturer subjek tu,
dan amek sign die bagai peminat yang mengharap autograph justin bieber.
Kadang kala dihalau keluar kelas bagai kucing kurap.
Sebab kehadiran kami telah melebihi student limit kelas tu.
Senang kata, seminggu yang pertama is a HELL week.
When it suppose to be a good week for us newcomers.

Kalau dulu di KUALA LUMPUR,
Nak gi kelas kena awal 1 jam.
Sebab jalan jam, sesak.
Dan bas gerak tak tentu masa.

Skarang di SKUDAI,
Jalan lengang,
Macam bole tido jap kat tgh jalan.
Dan tiada siapa yang pedulik.
Bas punctual.
Every 15 minit confirm datang punya.
Tak payah disuruh-suruh.

Kalau dulu di KUALA LUMPUR,
Lecturer sangat prihatin.
Macam mak-mak dan bapak-bapak.
Kena marah kalau malas.
Ajar budak satu-satu.
Semua disuap.

Skarang di SKUDAI.
Semua lecturer berpangkat Dr. falsafah dan keatas.
Ajar style tgk slide dan bace semua yg ada.
Kedatangan kelas hanyalah sebagai syarat.
Nak datang ke tak, suka hati.
"ape aku kesah" kata lecturer.

Kalau dulu di KUALA LUMPUR,
Dok dalam kolej,
Memang muka yang sama je yang kite jumpe.
Kalau tak kenal name skalipon,
Muka masing2 familiar.
Kalau bukan jumpa sebab makan kat cafe,
Jumpa kat foodcourt flat sebelah.
Jumpa time aktiviti kolej,
Jumpa selisih2 kat campus.
Kat Mid Valley pon boleh jumpe!
Terasa cam stalker pon ade.
Memang orang yang sama je lah.
Pak cik Manbo pon bosan agaknye tgk muke2 selebet yang sama everyday.

Skarang di SKUDAI,
1 kolej bilangan pelajarnya macam 1 UTMKL.
Pastu ada lam 12, 13 kolej.
Banyak fakulti.
Cafe pun banyak.
Belajar 3 tahun pon blom tentu dapat berselisih dengan semua orang.
Kalau peramah, memang advantage.
Ada link nak tau cite-cite panas kat kolej lain.

Anyway.
The only thing that matters is the way you cope with things the way they are.
U can't always do things like the way u did before.
THINGS CHANGED no matter how u try to resist it.
Take it as a challenge for u to become a better person.
A person with flexibility to live in all kinds of environments and deal with different types of people.
We are still learning to distinguish between the good and the bad, and we always will.
As long as our life is still intact.
We have to move on.
Living our life to the fullest. =)


A good friend will be next to you during your ups and downs.

sok sek : Doakan saya berjaya di UTM SKUDAI! =))

If the world were merely seductive, that would be easy. If it were merely challenging, that would be no problem. But I arise in the morning torn between a desire to improve the world and a desire to enjoy the world. This makes it hard to plan the day. -E.B. White-




Wednesday, June 30, 2010

Bengong

aku da beli pin.
aku dah dapta.
halfway done.
tapi lagi halfway stuck.
ape die kate?
connection problem?
aku cucuk bijik mate tu karang.
cucuk dengan garpu.
cucuk dalam-dalam.
pusing 360 darjah sebanyak 2 pusingan.
angkat garpu.
cucuk balik.
angkat garpu.
cucuk lagi sekali.
ulang selama 60 minit.
sesungguhnya aku pengarah filem thrill yang berjaya.
so now kene tunggu bulan 7.
salah sape?
yang penting bukan salah ibu mengandung.
dan bukan salah tun abdullah badawi.
abes tu nak salahkan sape?
jangan salahkan orang, tak baik. hati bersuara.
lantaklah.
moist (aka lembab). lambat. bengap.
marahnye akuuuu!
tuba mane tuba?
aku nak... &*@!>^$#
*cerita selepas ini dipotong. ada unsur2 18sx. eh silap. 18sg.*

garpu ada dalam pelbagai size dan rupa.

sok sek : bersabar itu separuh daripada iman.

Kalau kita kentut tak henti-henti selama 9 tahun dan 6 bulan, gas itu mencukupi nak hasilkan sebijik bom atom. Sumpah busuk.

Tuesday, June 29, 2010

Gigi

Hari ini.
Bukak tudung saji,
saya nampak :

Udang masak merah
Ayam goreng KFC
Sayur yang tak berapa dikenalpasti namanya.

Tapi malang.
Saya tak boleh makan.
Gigi sakit dipagar besi stainless steel.
Setiap gigitan menusuk bak halilintar.
Mengapakah ini terjadi?
Sebab saya gatal nak pasang pagar.
Kate orang gigi saya dah mula nak jongang.

oh. busuk sungguh statement itu.

Tapi.
Tak mengapa.
Saya redha.
Sesungguhnya.

<< BEAUTY is PAIN >>



Saya faham perasaan kakak. Tapi udah le tu. Burok beno muke tu saya tengokkan.

sok sek : Kalau nak kurus, pasanglah pagar pada gigi. Dijamin berkesan.

Kalau kita menjerit non-stop selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari, tenaga bunyi yang dihasilkan cukup untuk memanaskan secawan kopi. Ada coffee maker sebok nak melalak.


Monday, June 28, 2010

Rilex lah.

Asyik kene marah aje.
Yang marah tu. Cube relek2 sket.
Cool. Chill. Amek wuduk.
Bukan semua bende boleh setel ngan amukan The Incredible Hulk.
Dan bukan semua orang bole tahan kena marah macam Cinderella.
Kalau aku dapat kawen anak raje lainlah.
Itu pon kalau kawen tapi kene marah gak, ang pi la maen jaoh2.
Tak pon kawen ngan Fasha Sandha.

So kesimpulannye, jangan marah2 ea.
Dunia lebih indah tanpa marah dan tengking anda.
Dan takde orang nak gi New York Skin Solution untuk tegangkan kembali muka yang tua sebelum waktunya akibat marah tak tentu hala.
Dan takde orang nak luahkan rase hatinya yang duka di laman web eijinyanya.blogspot.com.
Dan semua orang bergelak ketawa, berkasih sayang dan bersuka ria.
Saya impikan dunia itu =))



Atok nampak manis walaupun gigi lompong.

sok sek : Asal lah cinderella pakai kasot kaca. Kan bole melecet kaki tu.

Carrot adalah sayur paling popular after kentang.