Happy New Year 2012...Selamat Tahun Baru... walaupun dah masuk hari ke-3 tahun baru nie, hampir nak masuk hari ke empat dah pun.. =_= efa tetap nak ucapkan selamat tahun baru...sebab ini adalah entri pertama tahun 2012..hehe *
lambat laa minah nie =_=
Sebab baru je dapat
on-line kat kolej nie..cuti seminggu bersenang lenang sambil meng-ulangkaji pelajaran di rumahku syurgaku ^^
*study laa sangat =_= untunglah kat rumah tak boleh
on-line..ada la juga masa nak pegang-pegang tengok-tengok buku kann..hehe
sebenarnya hari ahad lepas lagi nak balik study kat kolej tapi malas pulak rasa..mula-mula plan nak balik pukul 4ptg...tengok jam hampir pukul empat...cakap kat hati, pukul 5ptg laa balik...dah pukul lima, rasa gerak pukul 6ptg lagi okey...akhirnya pukul enam pergi tanpa meninggalkan pesan..tak balik jugak.. =_= tukar plan balik hari isnin pagi pulak..tapi abang-abang efa ajak mandi bersantai-santai sekeluarga di pantai Port Dickson pulak...rugi laa kalau tak ikut kan!? hehe..
Di pendekkan cerita, isnin tanggal
2 Jan 2012: sempat lah efa merasa mandi air laut dan angin pantai yg sepoi-sepoi bahasa Malaysia tuu ^^ rasa bahagia sangat beriadah bersama keluarga di PD *
ayat skema gila =_= sebenarnya dah lama sangat tak pergi laut...lebih 2tahun kot..dulu selalu jugak pergi TC masa belajar kat Kuantan..
Akhirnya hari ini Selasa baru selamat pulang ke Puncak..hehe tetapi masih rasa malas lagi nie.. rasa rindu pulak kat rumah..rindu mak ayah adik-adik..:(
*gaya macam jauhhh sangat je rumah tuu =_= rasa tak nak balik Puncak Alam terus dahh T_T tetapi
mesti/harus/wajib balik juga...Ooohhhhh ini semua
Final exam punya angkara =_=
Cerita tahun baru, bulan pertama 2012 nie, seluruh penuntut
UiTM dan kawasan yang sewaktu dengannya bakal menduduki peperiksaan akhir...atau nak lagi best boleh sebut
final exam..hehe untuk diriku dan rakan-rakan seangkatan, final exam ini merupakn peperiksaan terakhir pengajian.. sebab dah last semester pun.. *
pejam celik pejam celik tak pejam pejam* sekejap je rasa belajar selama 2 tahun nie..nak habis dahh =_=
semoga tahun 2012 ini memberikan lebih 13688601388juta kebaikan, kebahagian dan kejayaan dunia dan akhirat buat efa dan semua yang
menonton membaca
blog ini ^^
buat semua rakan-rakan yang di kasihi, selamat maju jaya..all the best!
Doakan efa berjaya menjawab final exam dengan tenang, cemerlang lagi gemilang ye!
Terima Kasih sayang! ^^
^^ mekasih sudi baca ^^