Jom Reka Dialog

klik SINI 
  

 isteri: you ni asik sibuk ngan blog je sampai I pun you tak layan. merajuk la,hantar I balik rumah mak!

suami: ala..jangan la macam ni yang. ok jom gi spa. boleh rilek2 sikit. I tau you tension ngan kerja u kan.

isteri:  ok jugak. I pun ada dapat voucher spa tu.

suami: cantik! tak la kopak duit I. cayang you la. 

isteri:  cayang you lebih...hihi

p/s: hehe.. :p 

Lega lepas berhoneymoon

salam semua.

penat. konon la tu..haha..baru balik dari kem selama 3 hari dari selasa sampai hari ni. lega betul bila dah habis. kem paling tak best pernah aku tengok. aku jadi fasi dalam kem tu. persertanya student dari French School KL. perghhh... ketegaq betui depa tu. rasa nak babab je.. nak piat je telinga tu.

dah la macam itik ngan ayam bercakap. dorang tak reti english. kita cakap dorang tak paham pun. setiap kali bagi arahan, cikgu dorang la kena translate kan. adeh.. kalau aku tau cakap bahasa dorang tak pe la jugak.

hari ni hari terakhir aku praktikal. tapi aku stay lagi. malam ni nak merayap ngan bos dulu. pi tengok wayang dulu la. ok tak ada mood nak menulis. sakit kepala la. sekian. kembali ke sri pentas..

p/s: pergghh..susah giler nak publish entry ni.semuanya BAD REQUEST punya pasal. aku pakai opera browser baru ok ni.cett..berasap 


segmen dan jom dapatkan 1000 follower bulan ini

salam semua.


segmen oleh naimul firdaus. nak join? SINI


Hadiah-hadiahnya:

  • semua penyertaan akan dimasukkan ke dalam senarai bloglist saya yang baru.
  • 30 penyertaan terawal akan mendapat promosi di dalam artikel-artikel saya.
  • 3 penyertaan terbaik akan dapat hadiah misteri

1000 follower?macam mimpi kot kalau aku dapat. haha.. bagi aku follower tu penting. at least kita tau ada yang sudi follow blog kita. follower tu pun kawan2 kita jugak kan. boleh meramaikan kawan.  tapi tak semua follower tu adalah reader blog kita. yang follow ramai tapi yang komen sikit je. mungkin jugak la silent reader.

bagi aku, aku tak kisah kalau orang tak follow tapi aku kejar komen. aku harap sangat setiap entry aku dapat komen yang banyak. tapi, nak komen yang banyak, follower pun kena banyak kot. hehe..kalau ramai follower aku, tercapai la cita2 aku nak orang kenal blog ni. ya..blog ni bukan aku. orang tak kenal aku pun tarak hal.

ok tu je. kembali ke sri pentas :p

Shamsul Yusof ajak aku berlakon filem arahan dia!

salam.

wow! percaya tak? mesti la kan... aku pun tak sangka dapat offer dari dia. memang tak sangka sungguh la. macam dalam mimpi..erk..Shamsul Yusof tu beb. dia kol aku semalam..adeh.. so, sementara tunggu bukak sem, boleh la aku terima offer dia tu. aku memang dah lama kenal dia.sebelum dia popular lagi.  tapi tu la...dia tak pernah kenal aku..hehe...

saya dan Eera kawan rapat- Shamsul Yusuf

AUTA betul semua cite tu..haha..ala gurau2 je. korang pernah tak berangan luar alam? contoh berangan bercinta ngan alien ke.. berangan kawin ngan anak raja ke? berangan jadi artis ke? berangan apa2 la...

ceciter ceciter... apa salahnya kongsi kan? kan... nak tau jugak. kot ada yang berangan nak kawin ngan aku ke..opss..off record yang tu.. :p

share la kat komen tu ek. tuu.. bawah tu jek..

aku? aku mana suka berangan...betul! hahaha :p

ok cayang awak semua.. mmmuuuaaaahhhhh!!!! *peace*

Honeymoon 3 hari 2 malam

salam.

fuh lega giler aku. selera makan aku yang tiba2 hilang tadi dah datang balik. lapar ni lapaaaaarrrr!!!  lega bila semuanya dah selesai. penyelia praktikal aku, Puan Suzana buat visit kat tempat praktikal aku. baru je tadi. sepatutnya dia datang pukul 2 tapi dia dah terawal kan. ok jugak kalau tak makin nebes aku wei..hihi...

nasib jugak la dapat bos yang sporting cam kak sashi tu. dia dok puji aku ngan kawan aku tu depan lecturer. memang kitorang layak dipuji kan..hoho..riak la pulak.masok troli tolak sendiri..hihi..lantak la kan.

khamis ni hari terakhir aku praktikal tapi aku extend sampai ahad sebab sabtu ada program lagi. saja nak tolong dorang apa yang patut. nak dapat A kan..tak la aku kan rajin.. hoho :p

mulai besok sampai khamis ada program ngan French International School. so, malam ni stay kat chalet kat Pantai Bagan Lalang sebab program tu pun buat kat area pantai jugak. honeymoon 3 hari 2 malam. tak sempat nak online kan..aduss!!

ok..jumpa lagi kalau ada umur yang panjang..hehe :p

Luahkan cinta: diterima atau ditolak?

salam.

korang pernah minat seseorang tu? minat means korang ada hati kat dia. then, korang pernah ngaku tak depan2 dia? dia terima ke tolak?

kalau dia tolak, apa penerimaan korang? kecewa? frust tertonggeng-tonggeng? rasa nak terjun KB mall? ke rasa macam nak simbah asid kat dia?

tak pun korang pasrah? ni semua cobaan..ke korang jadi cam Seth Tan, tunggu si dia sampai 10 tahun? tadi borak2 ngan member aku kat fb. dia bagitau yang dia ngaku kat sorang awek tu dia minat sama itu awek. tapi awek tu sudah ada pakwe ma. mau kawin dah. simpati aku ngan nasib kau. tapi dia tak frust pun sebab awek tu appreciate perasaan dia dan dorang jadi kawan baik la. bagi dia, pompoan tu antara yang terbaik yang dia jumpa... jangan pakwe awek tu simbah asid kat kawan aku sudah....

kesiankan...ala guys..rilek la. kalau kena reject pun awek kan lebih ramai dari pakwe. yang awek2 je takut sebab pakwe tak ramai. kang kena kongsi...ohhh tidak..lu kongsi lu mati..hee..

kalau dah kena reject tu, terima je la. dah bukan jodoh kan. insyaALLAH kalau tak ada kat dunia, ada la kat akhirat. jangan rendahkan diri sebab cinta.


korang percaya pada jodohkan? 

p/s: cinta lah pada Pencipta

Macam mana nak tegur orang yang tak solat?

salam.

kat sini ada pertanyaan..kot la ada yang sudi nak jawab kan.

kelmarin dapat mesej dari kawan aku. dia cerita pasal kawan2 dia yang tak solat. hei dah besar panjang dah- boleh kawin tak mau solat nak kena babab ni..hehe.. so dia tanya, macam mana nak tegur kawan yang tak pernah solat?

 kalau adik sendiri aku tau la... tak payah bebel panjang2, panggil abah je..haha..

ada sapa2 boleh tolong?

Pemandu pelancong ambil kesempatan

salam semua.

tadi aku keluar lunch, ngan bos aku kak sashi. kedai makan yang kitorang pergi tu, ada pelancong Jepun yang singgah makan. memang ramai la. dapat la aku jamu mata...hihihi..bila dorang nak balik, pemandu pelancong dorang, sorang pakcik berbangsa  Melayu nak bayar la makanan dorang. then, dia suruh pekerja kedai tu kirakan sekali makanan kitorang. perghh...bukan senang orang yang tak kenal nak belanja kita kan. memang rezeki aku hari ni... tu yang aku nak bagi tau. pemandu pelancong ambik kesempatan belanja kitorang..hehe :p

then, kitorang gi Pantai Bagan Lalang pulak. jumpa ngan pengurus chalet nak confirmkan certain thing untuk program ngan French School minggu depan. kak Arini, yang uruskan chalet tu sangat baik. dah la cun, cakap lembut gila lepas tu peramah pulak tu. even dia nampak busy gile sebab semua benda dia kena uruskan sorang tapi dia tak kisah layan kitorang ngan baik. pilihan mak mertua tu..this is best bro..hehe

lepas tu jumpa pulak abang yang uruskan bot kat jeti Sepang. abang Zaidi. abang tu memang baik. tak banyak kerenah. kak sashi memang puji gila cara kerja dia. soal duit dia memang tak pernah berkira even dia memang perrlukan duit. sapa tak nak duit..ceh

aku rasa bahagia je hari ni sebab jumpa ngan orang yang baik2. orang2 macam ni la rezeki dorang tak pernah putus walaupun kerja dorang cuma biasa2 jek. sorang pemandu pelancong, sorang pengurus chalet, sorang pengurus bot. hei...kerja biasa2 pun kalau rajin usaha boleh jadi luar biasa kan. tak ada yang mustahil kan. so, pengajarannya, bila korang buat baik korang akan dapat balasan yang baik jugak. what you give you get back kan (betul ke falsampah ni).. so lepas ni jangan berkira sangat tahap taik hidung masin kalau nak buat baik.


what goes around, comes around...

renung2 kan dan selamat beramal.

p/s: perasan tak header baru yang hodoh tu? percubaan pertama..hahaa..lantak la


Segmen : Bang , jom g jalan jalan

Santai Bersama BEN ASHAARI
jom jalan2 kat SINI

awak2 yang singgah sini,
terima kasih banyak2.
<3



Umar Faruq : Promosi Blog Aku !!

salam.
nak promo jugak?SINI

apa yang best kat blog aku?
macam2 ada. roti canai ada. karipap ada. teh tarik pun ada.
mana mau?
menu special?
roti sapu planta letak gula cicah sirap limau.
korang baca korang tau la apa yang best kat blog ni.
tak best?
bagi la idea nak kasik best lagi ek.
thanks pada yang sudi terjah sini.
^_^

umar faruq: promote blog ni!paksaan ni..hehe
 :p







Penting tak komen pembaca?

salam.

tiba2 nak cakap pasal KOMEN pulak. dah baca entry aku yang ni macam mana nak buat blog lebih menarik. ada yang komen cakap follower ramai tapi yang komen sikit je. kenapa ek? kita buat blog hanya untuk kejar follower ke? follower ramai tapi nak update blog pun jarang. atau mungkin entry tak berapa menarik.

macam mana nak tambah follower dalam masa yang sama kekalkan pembaca di blog kita. susahkan.. aku pun tak reti nak buat entry menarik. rajin2 kan la diri intai2 blog2 orang pemes ni. dorang selalu jugak bagi tips.

komen? kenapa kena komen? bila kita komen, tu tandanya kita dah baca entry dorang. tapi, ada jugak kan yang tak baca or baca separuh then komen. boleh nampak la komen tu macam mana.

lebih2 lagi kalau entry tu perlu kan pendapat dari readers. kalau tak komen, mana blogger tu nak tau pandangan orang tentang entry or blog dia kan.

dengan komen jugak, blogger or penulis tu boleh baiki kelemahan dia. boleh la nak perbaiki mana yang patut kan.

lagi. kalau jadi silent reader, macam mana la blogger sama blogger nak kenal kan. kalau setakat nak follow je tak pe la. tapi kalau nak tambah kawan atau nak cari jodoh atau nak berskandal.. komen je la kan.

hah, lagi satu! komen bagi la komen yang membina. bukan menjatuhkan atau memalukan atau mengarut atau menyakitkan hati.

komen la dengan seikhlas hati. komen anda amat dihargai. pesanan penaja dari - yang mengejar komen.

p/s: terlompat-lompat kesukaan setiap kali ada yang komen. kalau korang, penting tak komen tu? ke NO COMMENT? tak dapek den nak nolong :p

123...bukan kod rahsia!

salam.

ni tak pasal2 jadi tukang promot blog pulak.hehe..ada upah tak?

! Aku Along Usop
serang beramai-ramai kat SINI

kat atas ni follower yang ke 123 blog ni.. nombor tu comel kan? tolong la cakap comel. hehe... apa lagi..terjah la blog dia! 

|blog.tiga.kosong.lapan|
baling batu kat SINI

yang ni follower ke 122. aku pun follower yang ke 122 kat blog dia. kebetulan yang menunjukkan bahawa, keciknya blogger...hehe..perlu ke? 

lantak la (eh, dah lama tak guna trademark aku ni)..

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG

Santai Bersama BEN ASHAARI
jom hack SINI

salam.
segmen hari ni agak kejam kan..haha..

aku teringin nak hack blog ni :
nescafe + milo

sebab apa?
sebab aku suka minum neslo..hehe. mesti la sebab aku suka baca blog ni. setiap entrynya best. ada nasihat dan pengajaran. gaya penulisannya bersahaja je. sesuai ngan tagline, 'bukan sekadar omongan kosong'.

pesanan yang aku nak tinggalkan:
neslo panas satu! :p


Macam mana nak buat blog lebih menarik?

salam.

setelah lelah dan berpeluh- peluh berjogging dari blog ke blog, saja la nak ceciter cinta sikit.

1. header
    - kebanyakan blog punya header yang menarik (ya aku punya biasa je kan tapi aku suka sebab kawan aku yang buat..hehe). header tu penting kan sebab nak menarik orang terjah sesuatu blog tu.  tapi ada jugak blog yang best tapi header dorang bese2 jek. ala..macam pepatah don't judge a book by it's cover. header biasa tapi entry menarik.persoalannya sekarang, penting tak header??

2. entry
    - blogger yang hebat, entry dorang pendek, simple tapi sangat menarik. kalau dorang cerita pasal diri sendiri pun, tetap menarik. kenapa ek? apa resepi rahsia dorang?hehe.. kalau la aku boleh jadi macam tu..

3. widget
   - kalau tengok blog  yang best2, tak ada pun widget yang ikut je cursor kita ni. ada tu pulak, terlalu banyak sampai nak baca entry pun susah sebab widget tu mengganggu pandangan.  perlu ke widget?

4. lagu
  - banyak jugak la blog yang pasang lagu then autoplay pulak tu. dulu aku pernah letak tapi ada seorang blogger yang tegur aku buang je lagu tu sebab menganggu. music player, tak penting kot.

5. segmen
  - kalau buat segmen mesti ramai yang terjah blog tu. blogger yang buat segmen makin fofular dan yang join pulak boleh tambah kenalan. aku pun suka join. segmen boleh promote blog kan? setuju tak?

6. komen
  - ramai follower tapi tak banyak pun dapat komen. kenapa ek? mungkin ramai yang silent reader. mungkin jugak entry tak menarik. macam blog aku, tak semua entry ada komen dan yang komen pun tak banyak. tapi percaya la, segala komen dan kritikan korang amat dihargai!! kalau korang, rajin tak tinggal komen dan kenapa korang komen?

tu je kot. semua blog best2 belaka. kalau tak best, tak kan seseorang tu buat blog kan?semua orang boleh menulis, tapi tak semua boleh menulis ngan baik (ye contohnya macam orang yang menulis ni..haha).

p/s: berblogwalking tadi nak tambah ilmu. banyak benda kena belajar lagi ni. hehe......so, jawabla soalan aku, macam mana nak buat blog lagi menarik?


Mintak tolong cari barang aku yang hilang!

salam.

aku hilang sesuatu hari ni. sesuatu yang bikin hidup ni suram. ceh ayat poyo je kan. entah kenapa hari ni rasa macam tak ada mood je nak buat apa2. nak update blog pun tak ada mood. blogwalking pun sekejap je tadi lepas tu malas dah. nak cakap ngan orang pun tak ada mood. rasa macam nak cari gua dan bertapa kat situ..haha..lain macam je kan...

korang pernah tak rasa macam ni? rasa tak ada mood gila2. sampai nak makan pun tak ada mood. hehe..

ok.terima kasih pada yang sanggup baca entry tak ada mood ni.hihi :p

p/s: pukul 2 ni Ben Ashaari nak buat segmen.segmen apa?tunggu...........

SEGMEN SIMPLE : SAYA SAYANG AYAH ...

sayang ayah jugak?SINI

salam.

hanya dengan satu ayat, 
abah,walaupun aku punya segalanya yang ada di dunia ini,
aku tetap memerlukanmu!

boleh kan bro..hihi..

p/s: rajin bro nasz buat segmen sekarang :p



Pelakon Zami Ismail meninggal dunia...


salam.
pelakon Zami Ismail meninggal dunia di IJN, 10.15 pagi tadi. 
semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah buat arwah..

p/s: suka tengok lakonan arwah yang comel ni.selamat menuju jalan yang abadi....

Mega Bloglist Umar Faruq

salam.
! UmarFaruq.Com
nak join, SINI

jom join bloglist Umar faruq..
aku nak ajak semua kawan2 aku..
jom2!


Meh kritik sini

salam.

korang rasa belog aku ni kosong ke semak ke ok2 je? eh..blog ni pink kan.tapi header aku agak kebiruan bak awan nan biru kan?actually aku suka gabungan pink dan biru.kiut ape. kan? siapa cakap tak aku cubit dagu dia.

erkk..kenapa aku baru perasan yang background aku ada bentuk hati @ love tu. ada kan? eeii..jiwang la. kenapa selama ni aku perasan yang belang2 tu je..arr..erk..perlu tukar ke tak..erk..i tak jiwang la :p

jom kritik belog buruk aku ni..kritikan membina yang akan menaikkan semangat berblog aku..korang sayang aku kan?eleh..malu2..kan? kalau tak pi main jauh2..hehe..gurau je.. (kang cakap aku halau pulak).

Follower yang ke 100!

salam.

ek eleh.100 pun nak kecoh. lain la 10 000 kan.hehe..tu tak penting. yang penting aku sayang follower aku yang ku anggap macam sahabat aku.

thanks ye korang semua yang sudi follow or singgah kat blog yang tak ada apa ni (ada apa denganku)..huhuu..

aXis of my inSpiratiOn
klik SINI


tuan punya blog ni pandai melukis. dia lukis muka aku. caya kan? hehe...mesti la tak. lalalala ^_^

p/s: tak ada hadiah la untuk follower ke 100 ni.tolong promosi blog boleh la..hihihi :p

Abahku bukan abahmu

salam.

abah.
ayah.
papa.
daddy.
walid.
bapak.
appa.


tak kisah lah apa panggilan pun tapi yang pastinya dia adalah seorang lelaki yang bawa kita ke dunia ni. yang banyak berkorban untuk kita. seorang yang tinggi tempat dan darjatnya dalam hati kita.


Firman Allah SWT;
“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya …  ”  (Al-Ankabut ayat 8 ) 



SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa di luar sana.

entah bila la abah ni nak berambut..hehe
untuk abahku,
memang aku tak pernah cakap aku sayang padamu tapi hanya ALLAH tahu bahawa aku amat menyayangi mu dan bangga mempunyai abah sepertimu. susah payah kau membesarkan aku, berhempas pulas mencari rezeki untukku, aku tak mampu membalas budi mu itu walau hingga akhir hayatku. ketahuilah abah, aku ingin sangat membahagiakan mu.........sayanggggg abah!

abah...hero di hati ku!

BLOG JADI BAHAN BUKTI

salam.
ingat tujuan asal kita nak berblog ni. nak buat benda baik ke nak cari pasal? emm..aku terfikir, apa yang aku dah merepek kat blog ni ek?kena tengok balik ni. nanti nak jawab apa ngan DIA? eeiii...takut...

tengok SINI okeh??

Segmen Simple : Kalaulah ...

kalau lah korang klik SINI

salam.wah ni pestaim join segmen bro nasz ni.

kalaulah.....

kalaulah aku ada idea nak tulis entry ni.kalaulah aku tak mengarut.kalaulah aku serius (maap maap..aku serius ni). kalaulah aku kaya kan, aku nak round2 the world..hehe..kalaulah aku dapat peluang melancong ke seluruh dunia, aku nak bawak family aku sekali. kalaulah aku mampu sangatkan, aku nak pusing dunia ni naik kapal then berhenti kat mana2 negara yang best.kalaulah melampau sangat kayanya, aku nak naik kapal sendiri (kapal aku la). 

kalaulah aku boleh design kapal tu, aku nak kapal tu rasa macam suasana kat rumah aku. lepas tu aku nak kapal tu ada satu library yang besar yang ada macam2 jenis buku. kalaulah duit aku bersepah-sepah dalam bank tu aku nak ajak orang yang pernah tolong aku dan family aku berlayar sekali ngan aku. lepas tu, kalaulah aku berpeluang, aku nak buat satu catatan pengembaraan aku. aku nak share kat blog aku sikit dan selebihnya aku nak buat buku yang menceritakan pengalaman pelayaran dan pengembaraan aku tu. kalaulah aku tak berangan lebih2 kan.....

kalaulah aku tak berhenti berangan sekarang.kalaulah aku sedar diri.oh..cukuplah.nanti lagi merepek je.hehe.
kalau lah kalau korang sudi baca entry ni. kalaulah korang nak terima 'terima kasih' aku ni. kalaulah bro nasz baca ni..ok la thanks bro nasz buat segmen ni dan thanks pada yang sudi baca :p


Kau kawan ke lawan?!

salam.


siapa tak sayang kawan?kawan masa susah senang.kawan masa ketawa dan nangis. tapi berapa ramai yang dapat kawan sejati. dan berapa ramai juga yang dikhianati kawan sendiri?


sebab salah faham, tak boleh tolak ansur, dengki, buruk sangka..akhirnya kawan jadi lawan. 


tikam belakang ni biasa je jadikan. well..depan nampak baik.konon macam malaikat. tapi belakang macam seth tan.eh, seth tan?? 


so, hati2 la pilih kawan. kata orang, kawan ni macam cermin untuk kita. kalau nak tau kita cam ne, tengok kawan kita tu. eh..kawan aku semua baik2 tau :p


kawan yang baik, akan bagi pengaruh yang baik untuk kita. akan bagi keuntungan untuk kita. tapi kawan yang buruk perangainya, akan menyusahkan kita pulak. macam hadis ni :

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

cari kawan yang macam ni hah :

sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 – Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

sepak je dia!hehe

tinggalkan kawan yang macam ni..bikin somak hati kau jo! (keluar nogori den..hihi)

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

curik dari: sini





PERANG antara BLOGGER BERMULA !

 KKETUA KUMPULAN: Sunah Sakura

NAMA KUMPULAN: KL GANGSTER


  1. http://gula-gulapelangi.blogspot.com
  2. http://www.adybudika.com
  3. http://lzulxocraxme.blogspot.com
  4. http://www.sunahsukasakura.com
  5. http://dreamcda.blogspot.com
  6. http://birumuda91.blogspot.com
  7. http://thesoundofmyjourney.blogspot.com
  8. http://ekahafizy.blogspot.com
  9. http://bintangkita080808.blogspot.com
  10. http://bicaramakdara.blogspot.com
  11. http://ibundadelight.blogspot.com
  12. http://mizztina.blogspot.com
  13. http://ahmooyymunchett.blogspot.com
  14. http://azfar9897.blogspot.com
  15. http://cekedismanis.blogspot.com
  16. http://pilhanhati.blogspot.com
  17. http://suarahatisipujaanhati.com
  18. http://nusha1706.blogspot.com
  19. http://sitikektus.blogspot.com
  20. http://amanithecraziest.blogspot.com
  21. http://www.hasrulhassan.com
  22. http://pinkexia.blogspot.com
  23. http://sitiatikah.com
  24. http://qyrndishdush.blogspot.com
  25. http://pwince93.blogspot.com
  26. http://themrizzo.blogspot.com
  27. http://salimharmanain.blogspot.com
  28. http://jahidihsaili.blogspot.com
  29. http://2octobersecret.blogspot.com
  30. http://sukmabintara.blogspot.com
  31. http://msredcheesecake.blogspot.com
  32. http://idafirdausi79.blogspot.com
  33. http://syurgacintalya.blogspot.com
  34. http://sitiumairahsaat.blogspot.com
  35. http://www.blahblahasnita.blogspot.com
  36. http://kasutkaripap.blogspot.com
  37. http://official19.blogspot.com
  38. http://belogperibadi.blogspot.com
  39. http://viniyamey.blogspot.com
  40. http://eerashera.blogspot.com
  41. http://www.jamaluddin.net
  42. http://frameandlenses.blogspot.com
  43. http://smileasuwant.blogspot.com
  44. http://hasrisa.blogspot.com
  45. http://miss-nadya.blogspot.com 
  46. http://ayaisensei.blogspot.com
  47. http://bbyuya.blogspot.com
  48. http://eima-contest.blogspot.com
  49. http://belogcikarda.blogspot.com
  50. http://sempoi-zone.blogspot.com 

SEGMEN BLOGLIST MINAH BLUR

nak blur jugak?meh SINI

ni mereka2 yang saya tag


PERANG BLOGGER

Santai Bersama BEN ASHAARI

tengok SINI


Tawar organ RM1 juta

salam.



Seorang wanita berniat untuk menjual organ atas alasan mahu melangsaikan hutang. itu adalah jalan terakhir yang mampu dilakukannya bagi melangsaikan hutang along. 


JOHOR BAHRU: “Ini ikhtiar akhir, saya mahu jual buah pinggang atau mata pada harga RM1 juta untuk melunaskan hutang along,” demikian luah ibu kepada dua anak berusia 35 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Fatimah di sini, semalam.


Suami Fatimah dikenali sebagai Ahmad, 39, terpaksa menanggung kadar bunga mencecah RM54,000 sejak September lalu melalui pinjaman RM30,000 untuk memulakan perniagaan, sudah tidak tahan lagi diganggu lelaki tidak dikenali yang sering datang ke kediamannya di Larkin di sini, bagi menuntut hutang terbabit.
Fatimah yang tidak bekerja berkata, dia sedar perbuatan menjual organ tubuh salah di sisi undang-undang, tetapi beranggapan ia jalan terakhir mampu dilakukannya bagi melunaskan hutang secepat mungkin.

“Saya melakukannya kerana tidak sanggup melarikan diri daripada buruan along selain kasihan dengan ibu yang sering menjadi mangsa maki-hamun lelaki tidak dikenali.



“Harga diletakkan pula memang tinggi kerana saya beranggapan selepas menjual organ, saya mungkin berdepan masalah kesihatan dan wang itu akan digunakan untuk membiayai kos sepanjang hayat,” katanya.



sumber: Harian Metro

p/s: kenapa ada lagi yang nak berhutang ngan abang long tu ek sedangkan dorang bukan tak tau apa akibatnya. peringatan untuk semua =)

Segmen | Tabiat saya yang paling pelik..

klik sini

salam.segmen lagi..suka hati la kan dah aku suka..hihi

tabiat aku yang pelik ek?

1. aku suka cakap sorang.bukan gila okeh.bermonolog..haha..suka bebel or cakap sorang2. kawan aku selalu marah.dia cakap monolog aku tu tak macam monolog. boleh dengar..haha

2. aku penakut tapi aku suka takutkan orang. nasiblah setakat ni aku tak pernah kena lagi kan.hehe..ala aku buat ringan2 je.kira tahap seram 18 tahun ke bawah la.

3. aku tak suka ulang siaran.kalau aku cakap sekali tak dengar, tengok la aku nak cakap balik ke tak. biasanya aku geleng kepala or cakap tak ada pape.hehe...

4.aku tak suka pakai baju sama ngan orang lain. ada baju sama tak apa.pakai masa yang lain2 yek.hehe..

5. aku tak reti nangis depan orang. sedih macam mana pun susah la air mata tu nak keluar. nangis dalam bilik air je la..huhu

6. kadang2 aku tak berapa suka sesuatu yang orang gilakan sangat. gila tahap fanatik la. 

tu aje yek. tak pelik sangat pun kan..haha..






Bro Wacana Ajak Berskandal

Wacanaku

nak berskandal? SINI

salam.

kenapa aku nak berskandal?isy..pasang skandal..mesti la nak..macam artis kan..ah merepek pulak. ok aku join skandal ni sebab aku nak orang kenal blog yang baru nak hidup ni. sebab? aku nak tambah kawan, nak tau pandangan orang tentang blog ni. kalau boleh, kalau dah singgah tu sudi2 la tinggal jejak.komen la sikit.aku nak tau jugak blog aku ni ok ke tak. hampas kelapa ke, bosan ke... hihi..nak tau kat mana yang boleh diperbaiki ke.

ok tu jek..kembali ke sri pentas..

p/s: bro wacana join bro ben buat segmen ek?bagus2... ^_^

GAME ANTARA BLOGGER BERMULA

NAMA KUMPULAN :  LAMBAT SIAP

KETUA KUMPULAN : UJANG 9897



http://kasutkaripap.blogspot.com/

http://mydolceamyra.blogspot.com/ 

http://rosita-rizal.blogspot.com/

http://ceriteracikfarah.blogspot.com/ 

http://eerashera.blogspot.com/

http://rosita-rizal.blogspot.com/

http://yien9897.blogspot.com/   

www.xanahanami.blogspot.com

http://www.pwencessyuyue.co.cc/  


KENAPA NAMA KUMPULAN INI DIPILIH   : Sebab kumpulan ni paling lambat siap..hee