Saturday, March 30, 2013

"GERAKAN HARAMKAN UMNO" | 31Mac | 10.30pg | KLSCAH |

Kepada Ketua Pengarang,

"GERAKAN HARAMKAN UMNO"

Adalah dimaklumkan bahawa pihak SAMM dan kumpulan Revolusi 13 berhasrat menjemput semua pengamal media untuk membuat liputan ke atas sebuah sidang media gerakan yang akan dilancarkan iaitu "Gerakan Haramkan Umno".

Berikut adalah maklumat mengenai sidang media tersebut;

Tarikh: 31 Mac (Ahad)
Masa: 10.30 pagi
Lokasi: Dewan Auditorium KLSCAH (berdekatan Monorel Jln Maharajalela)

Kami juga menjemput semua penggerak blog (blogger) dan juga facebooker untuk hadir bersama dan sebuah ikrar akan dibacakan di hujung sidang media.Terima kasih

Edy Noor Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Dato Tarmizi Mohd Jam
Pengelola Kumpulan Revolusi 13

Friday, March 29, 2013

GEMPAR!!! Perdana Menteri DAP Jika Pakatan Rakyat Menang PRU-13!!!



Hampir 2 Ribu Warga Felda Palong Sambut Tian Chua - Bukti Fitnah Jahat Ditolak

Kenyataan Terbuka
29 Mac 2013

Hampir 2 Ribu Warga Felda Palong Sambut Tian Chua - Bukti Fitnah Jahat Ditolak

Bersempena dengan terbubarnya DUN Negeri Sembilan semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui SAMM N.Sembilan dan juga aktivis PKR tempatan telah menganjurkan sebuah ceramah perdana di gagasan Felda Palong 2. 

Penganjuran ceramah yang berkisar 'genre' isu Lahad Datu tersebut menampilkan YB Tian Chua, Chegubard dan juga Ustaz Noor Azman Mohamad, telah dihadiri oleh hampir 2000 penduduk Felda. Ini merupakan satu suasana yang sangat ngeri buat Umno dan Barisan Nasional apabila melihat penduduk Felda bangkit untuk sekurang-kurangnya hadir mendengar maklumat.

Walaupun terdapat ura-ura akan berlaku serangan dari pihak NGO pro-Umno berikutan antara penceramahnya ialah YB Tian Chua, namun di atas persediaan yang sangat rapi oleh SAMMdan warga setempat maka keadaan terkawal sepanjang program. Keselamatan hadirin adalah menjadi keutamaan. Malah aktivis Umno setempat yang turut hadir mendengar ceramah menyatakan kekesalannya di atas sebarang gangguan dan menyifatkan ia sebagai pengacau dari luar.

Rata-rata rakyat yang hadir ingin mendengar sendiri penjelasan Tian Chua berhubung isu Lahad Datu di mana kenyataan beliau telah dimanipulasi media yang berat sebelah. Jelaslah betapa rakyat hari ini semakin celik untuk menilai sesuatu perkara dari pelbagai sumber, bukan dari satu sumber semata-mata. Justeru itu, SAMM terus mengambil tanggungjawab membawa YB Tian Chua ke negeri Perak pula selepas ini pada tarikh 16 April bertempat Tapak Pekan Rabu, Batu 5 Parit Buntar.

SAMM Kebangsaan juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat komrad SAMMyang bekerja keras menjayakan program ini khususnya SAMM zon Palong dan SAMM zon Muadzam Shah. Dengan keberjayaan ini, SAMM meneruskan rekod bersih penganjuran tanpa gangguan.

Walaubagaimanapun, SAMM ingin merakamkan rasa kesal di atas sikap pimpinan PKR N.Sembilan yang mengambil sikap tidak progresif. Walaupun yang hadir ialah Naib Presiden parti tersebut tetapi wujud arahan untuk tidak bekerjasama telah dikeluarkan dari peringkat negeri. Malah, PKR N.Sembilan tidak mengambil inisiatif di atas sejarah pembubaran automatik DUN N.Sembilan. 

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Anak Muda Mahu Debat Polisi, Tolak Tawaran 10 Minit Bentang Manifesto

Kenyataan Terbuka
29 Mac 2012

Anak Muda Mahu Debat Polisi, Tolak Tawaran 10 Minit Bentang Manifesto

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mewakili anak muda perintis perubahan dengan ini menolak tawaran 10 minit Kementerian Penerangan untuk Pakatan Rakyat bentang Manifesto pilihanraya.

SAMM ingin tegaskan, tawaran 10 minit berbentuk rakaman di atas nama 'transformasi' kononnya memulihkan demokrasi adalah sebenarnya memberi gambaran jelas sejauh mana keikhlasan kerajaan pemerintah. Sudahlah masa yang diberi 10 minit itu jauh dari mencukupi, ditayangkan pula dalam bentuk rakaman yang menjadikan tayangan tersebut boleh diedit dan dimanipulasi mengikut acuan media milik kerajaan.

Barisan Nasional umumnya telah berkempen dan berpropaganda sepanjang penggal melalui media arus perdana. Di sebelah pihak lagi, Pakatan Rakyat terpaksa jelajah seluruh negara menyampai maklumat dalam bentuk ceramah demi menepis segala tohmahan yang dilempar.SAMM percaya tidak perlu diadakan ceramah jika media perdana benar-benar bertindak adil memberi ruang sama-rata. 

Lebih buruk, ceramah Pakatan Rakyat juga terpaksa melalui pelbagai rintangan termasuklah gangguan penyokong Umno yang dibantu kebisuan pihak berkuasa. Kesan dari sorotan serangan di tempat ceramah ini juga sedikit sebanyak menakutkan orang ramai untuk hadir ke tapak ceramah dan seterusnya ketandusan maklumat. Ketika yang sama, satu pihak lagi dengan selesa menyampaikan dakyah secara terus ke dalam rumah melalui peti telivisyen.

Dalam situasi kritikal sebegini, apakah 10 minit yang diberi itu difikirkan cukup? Apakah ini sahaja yang mampu diberi oleh sebuah kerajaan 55 tahun? Atau kerajaan takut pekungnya terdedah kepada golongan atas pagar yang rata-ratanya sukar ditembusi melalui ceramah dan media alternatif.

SAMM menyokong penuh pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat yang sebulat suara menolak tawaran 10 minit 'mengarut' ini, Sebagai anak muda progressif, SAMM bertekad memastikan kesedaran rakyat khususnya golongan atas pagar berada di tahap tertinggi untuk memilih pihak mana yang wajar diundi demi masa depan bersama. 

Justeru itu, SAMM yakin anak muda seluruh tanahair pasti mengalukan satu wancana debat dianjurkan untuk membentang polisi masing-masing. SAMM sedia menganjurkan wancana debat polisi ini namun terpulang kepada pihak kerajaan. Wancana debat tersebut juga perlu diadakan secara langsung terus ke kaca tv di semua saluran utama media perdana. Jika ini berlaku, maka barulah apa yang dikatakan 'transformasi' itu berfungsi walaupun SAMM yakin rakyat lebih memilih 'reformasi'.

Semoga Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Wanita ini punya keberanian untuk merealisasikan aspirasi anak muda melalui wancana debat ini, atau simpan saja 'transformasi' yang berbondong itu. 

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Thursday, March 28, 2013

[GEMPAR] Gambar Bukti DSAI Agen Rahsia!!


Gambar DSAI bersama Datuk Michelle Yeoh, pelakon Hollywood kelahiran Malaysia. Imbas kembali, Datuk Michelle Yeoh pernah berlakon dalam salah satu siri terkemuka James Bond 007... Kali ini sekali lagi Michelle berdepan dengan seorang lagi super agen - Anwar Ibrahim agen Amerika, agen cina, Agen india, agen melayu, agen asing, agen israel, agen arab, agen al-maunah, agen islam, agen kristian, agen global witness, agen wikileaks, agen sulu dan lain-lain lagi KECUALI agen IC (Mahathir)

SIDANG MEDIA & IKRAR BLOGGER/FACEBOOKER UNTUK 'GERAKAN HARAMKAN UMNO'



Kenyataan Umum
27 Mac 2013

SIDANG MEDIA & IKRAR BLOGGER/FACEBOOKER UNTUK 'GERAKAN HARAMKAN UMNO'

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama dengan kumpulan blogger dan facebooker Revolusi13 akan mengadakan sebuah sidang media mengenai gerakan baru yang dikenali sebagai 'Gerakan Haramkan Umno'. Juga akan berlangsung, ikrar para blogger dan facebooker untuk bersama dalam gerakan penting ini.

Berikut adalah maklumat mengenai sidang media tersebut

Tarikh: 31 Mac (Ahad)  
Masa: 10.30 pagi
Lokasi: Dewan Auditorium KLSCAH (berdekatan Monorel Jln Maharajalela)

Turut akan bersama memberi taklimat dalam sidang media ini ialah Chegubard Ketua Penyelaras SAMM, Dato Tarmizi Mohd Jam Pengelola kumpulan Revolusi 13 dan juga beberapa peguam yang akan membentang bagaimana ROS melindungi Umno sebagai parti haram.

Umno Haram

Sorotan daripada pergolakan perebutan jawatan yang berlaku dalam Umno bahagian Tanah Merah pada tahun 2008, ada yang mahu bertanding jawatan utama ketika itu didapati tidak membayar yuran dan terdiri ahli dari cawangan haram. Maka kes mahkamah dibawa dan melalui proses mahkamah dibuktikan 126 cawangan Umno di Tanah Merah ialah cawangan yang tidak berdaftar dan cawangan dibatalkan pendaftaran iaitu cawangan haram.

Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram telah menghantar perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram. Bahagian pula menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno dan secara automatik Umno itu sendiri menjadi tidak sah, atau haram.

Ia sama sekali menggambarkan betapa negara ini sebenarnya telah ditadbir oleh sebuah pertubuhan haram. Maka 'Gerakan Haramkan Umno' akan dilancarkan bagi menyelamatkan negara.

Semua pengamal media dijemput untuk menghadiri sidang media ini. Aktivis blogger dan pemain facebooker juga dijemput hadir khususnya untuk bersama menyatakan ikrar.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Tuesday, March 26, 2013

[GEMPAR!!] NEGARA DITADBIR PERTUBUHAN HARAM!!


Kenyataan Media
26 Mac 2013

SAMM & GABUNGAN BLOGGER REVOLUSI 13 MULAKAN GERAKAN HARAMKAN UMNO

Pada 24 Mac 2013 di Kuala Lumpur, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama Gabungan Blogger Revolusi 13 telah mengadakan taklimat bersama hampir 100 orang pemain cyber (blogger/facebookers) pro perubahan. Pertemuan ini ialah siri awal ke arah memulakan gerakan yang dikenali sebagai 'Haramkan Umno'.

Umno sebuah organisasi politik yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pada 4 Febuari 1988 melalui satu keputusan mahkamah tinggi. Ini kerana pertembungan perebutan jawatan Presiden antara Dr.Mahathir dan Tengku Razaleigh telah dimenangi oleh Dr.Mahathir dengan taktik jahat antaranya ialah membawa perwakilan haram. Kes ini dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan Umno diharamkan. 

Kemudian Razaleigh telah cuba merayu keputusan pengharaman Umno tetapi sebaliknya Dr.Mahathir telah menggunakan kuasanya dengan memecat Tun Salleh Abbas (Ketua Hakim Negara pada ketika itu) dan menggagalkan persidangan rayuan pengharaman Umno. Rupanya apabila Umno asal (1946) diharamkan, Dr.Mahathir meraih keuntungan dengan menubuhkan Umno Baru dan terus memperkukuhkan cengkaman kuasanya.

Setelah mendapat hak penubuhan Umno baru beliau meminda akta pertubuhan 1966. Semenjak itu Umno amat besar kepala mereka memikirkan undang - undang negara sudah berada di bawah tapak kaki mereka. Semua perundangan termasuk akta pertubuhan diambil sambil lewa. 

Setelah Umno asal diharamkan maka semua pendaftaran peringkat pusat, bahagian dan cawangan terbatal. Kemudian Umno baru ditubuhkan maka seharusnya semua proses penajaan dan penubuhan harus dibuat semula dari awal, namun merasakan mereka amat berkuasa maka banyak peringkat Umno telah tidak bertindak dalam mendaftarkan semula organisasi Umno peringkat tertentu. Kemudian keadaan bertambah parah berikutan banyak cawangan Umno yang tidak menghantar dokumen tahunan seperti dikehendaki akta pertubuhan 1966.

Natijahnya tanpa sedar ribuan cawangan Umno menjadi cawangan haram. Umno menggunakan sistem perwakilan maka cawangan haram menghantar perwakilan ke bahagian secara automatik bahagian menjadi haram. Bahagian menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agong Umno secara automatik Umno itu sendiri haram.

Pada tahun 2008 dalam Umno bahagian Tanah Merah telah berlaku pergolakan perebutan jawatan, ada yang mahu bertanding jawatan utama ketika itu didapati tidak membayar yuran dan terdiri ahli dari cawangan haram. Maka kes mahkamah dibawa dan melalui proses mahkamah dibuktikan 126 cawangan Umno di Tanah Merah ialah cawangan yang tidak berdaftar dan cawangan dibatalkan pendaftaran iaitu cawangan haram. 

Ini diakui oleh Setiausaha Agung Umno sendiri dan Pendaftar pertubuhan, cuma kes di mahkamah dibuang kerana pengadu yang membawa kes ke mahkamah telah dipecat melalui surat pemecatan yang dikatakan telah di'back-dated'kan. Pengadu telah hilang status sah sebagai ahli (hilang local standi) untuk membawa kes ke mahkamah. 

Umno Tanah Merah terus bermesyuarat dengan dengan perwakilan cawangan haram dan perwakilan dari mesyuarat haram Tanah Merah telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno pada tahun itu yang seharusnya turut memberikan implikasi pengharaman PAU tersebut. 

Dari maklumat dalaman tiada cawangan Umno berdaftar di Jeli, Bachok dan Tumpat. Hanya sebilangan kecil cawangan Umno berdaftar di Kota Bharu. Carian dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan adalah haram. (sumber SIASAH 2010)

Carian juga telah dibuat di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Shah Alam, Pulau Pinang dan Alor Setar ke atas ratusan cawangan Umno namun Pejabat Pendaftar Pertubuhan menyatakan fail gagal dicari dan berada di Putrajaya. Persoalanya mengapa di Putrajaya ? 

Berdasarkan Seksyen 10 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan semua warga Malaysia diberi hak untuk memeriksa dokumen pendaftaran mana - mana organisasi berdaftar di Malaysia kecuali beberapa dokumen sulit seperti laporan kewangan. Malangnya carian di Putrajaya juga gagal mendapatkan maklumat yang dibenarkan berdasarkan akta pendaftar pertubuhan 1966 malah diwujudkan borang Pertubuhan 27 untuk membolehkan carian sepertinya dilakukan.

Diyakini seluruh negara 3/4 dari cawangan Umno adalah terdiri dari cawangan haram, malah ada bahagian Umno juga yang terdiri dari bahagian tidak sah pendaftarannya.

Jadi kini tidak pelik bagaimana negara boleh berdepan dengan 1001 masalah dan krisis - ini kerana negara telah ditadbir oleh sebuah organisasi politik haram. 

Maka SAMM dan gabungan Blogger Revolusi 13 mengajak seluruh rakyat pro perubahan untuk bersama dalam gerakan 'Haramkan Umno'. 

Peranan semua: 
1. Menyampaikan penerangan  'kenapa Umno organisasi haram?'  ke seluruh pelusuk negara.
2. Menggerakkan desakan carian status cawangan Umno di peringkat masing-masing. Gunakan borang Pertubuhan 27. Isi sendiri dan buat carian cawangan Umno tempat anda, hantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan dapatkan respon bertulis serta cop rasmi, scan dokumen tersebut dan hantar ke email haramkanumno@gmail.com

3. Gerakan Haramkan Umno ini juga memohon kakitangan pejabat pendaftaran agar dapat menghantar email secara sulit, maklumat berkaitan pendaftaran Umno yang tidak sah ke email haramkanumno@gmail.com
Maklumat berkenaan gerakan ini boleh diperolehi di www.anakmudamalaysia.com dan juga laman facebook Umno-Parti-Haram beberapa laman FB serta blog sekutu. 

Gerakan ini juga akan memfailkan satu petisyen mahkamah berkenaan perkara ini dalam masa terdekat. Ini satu gerakan serius selain dari usaha menggunakan seluruh ruang teknikal perundangan, gerakan ini juga akan menjadikan PRU-13 sebagai satu proses referendum rakyat untuk menolak organisasi haram sebagai pemerintah negara.

Mohon kerjasama semua pemain cyber dan editor media rasmi agar sama membantu hebahan dan dalam masa terdekat akan diadakan satu pelancaran terbuka 'Gerakan Haramkan Umno' di ibukota.

Sekian.

che'GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Lihat pendedahan siri pertama di sini - [WAJIB SEBAR] Pendedahan Bersiri #UmnoHaram Bermula! Episod Pertama!



Monday, March 25, 2013

Wawancara Anwar di Radio: SAMM Lancar hashtag #1359AM Untuk Hebahan Maksimum!



Kenyataan Umum
25 Mac 2013

Wawancara Anwar di Radio: SAMM Lancar hashtag #1359AM Untuk Hebahan Maksimum!

Malam ini akan ke udara siaran langsung wawancara bersama DS Anwar Ibrahim di radio, buat kali pertama selepas hampir 15 tahun. Liputan bagi siaran 'tanpa tapisan' dibawakan khas oleh Radio Free Malaysia yang dipancar dari luar negara tidak memerlukan lesen kebenaran dari Kerajaan Malaysia, boleh didengar di frekuensi AM 1359 di seluruh negara (satu frekuensi untuk semua).

SAMM mengambil tanggungjawab untuk menghebahkan program ini dan berharap setiap anda yang mengetahui maklumat ini supaya turut membantu hebahan di FaceBook dan twitter, dan hebahan mulut ke mulut jika perlu. Biar seluruh rakyat Malaysia malam ini bertumpu di corong radio berfrekuensi 1359 AM selama dua jam bermula jam 9 malam hingga 11 malam.

SAMM juga dengan ini melancarkan hashtag #1359AM untuk dimainkan di Twitter bagi hebahan maksimum untuk program yang bernotis sangat pendek ini.

Dalam satu lagi perkembangan, penganugerahan 10 minit masa 'airtime' oleh Kementerian Penerangan Malaysia untuk Pakatan Rakyat adalah sangat tidak munahsabah. Maka, rakyat Malaysia khususnya yang bersama arus perubahan terpaksa berkorban untuk kembali semula ke zaman Jepun yang ketika itu hanya radio menjadi sumber maklumat.

Apakah akan ada kepala yang bakal dipancung kerana mendengar siaran malam ini, tidak dapat dipastikan.

Ayuh, hebahkan siaran malam ini. SAMM yakin, rakyat yang dahagakan maklumat atau sekurang-kurangnya bertindak rasional dengan mencari kebenaran dari pelbagai sudut adalah satu tuntutan untuk menjadi bangsa yang lebih bertamadun.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Jika Parlimen Tidak Bubar Awal Minggu Ini


Kenyataan Terbuka

25 Mac 2013

Jika Parlimen Tidak Bubar Awal Minggu Ini

Teka-teki pembubaran parlimen telah masuk ke kancah lebih kritikal setelah banyak jangkaan pembubaran pada minggu-minggu yang lalu meleset. Kali pertama dalam sejarah, pentadbiran negara telah melepasi lima tahun mandat yang diberi pasca 8 Mac 2008. Lebih parah, hanya tinggal sehari sebelum satu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar secara automatik iaitu DUN Negeri Sembilan dan seterusnya DUN Pahang pada 7 April.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan perkembangan ini sebagai tidak sihat. SAMM percaya kesempatan cuba diambil oleh kerajaan pemerintah susulan daripada pembubaran automatik DUN yang bakal berlaku sebelum parlimen dibubar. 

Dengan perkembangan ini juga, tidak mustahil boleh berlaku pilihanraya negeri ketika kerajaan pusat masih di bawah pemerintahan BN, bukan di bawah kerajaan sementara seperti yang sepatutnya. Kuasa yang ada pada pemerintah multak membolehkan segala peruntukkan terutamanya peruntukkan kewangan digunapakai dalam kempen pilihanraya negeri berbanding kuasa sebagai pemegang kerajaan sementara yang agak terbatas. 

Implikasi dari pilihanraya di dua buah negeri ini ialah, Barisan Nasional mencari kemenangan awal yang mampu menaikkan moral sokongan sebelum pertembungan sebenar. Kedudukan Negeri Sembilan yang dijangka jatuh ke tangan Pakatan Rakyat mampu dikekang secara maksimum dengan taktik ini dan kemenangan ke atas negeri Pahang akan memberi jaminan yang lebih selesa kepada BN demi kempen pilihanraya seterusnya. Malah, jika kerajaan Selangor membubarkan DUN lebih awal seperti yang digemburkan sebelum ini, ia adalah bonus besar buat BN dan mungkin pilihanraya tiga negeri serentak akan disaji sejurus sebelum parlimen dibubar 28 April.

Jika inilah perancangan Barisan Nasional, maka tidak hairan mengapa parlimen masih belum dibubar. Rakyat harus melihat dan menilai betapa bacul dan jahatnya kerajaan Umno Barisan Nasional pimpinan Najib. Ia sama sekali tidak 'gentleman'.

Justeru, SAMM mendesak keras agar pembubaran parlimen wajib berlaku sebelum mana-mana pembubaran automatik DUN. Ia juga bermaksud, pembubaran parlimen harus berlaku pada awal minggu ini sebelum 27 Mac 2013.


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Saturday, March 23, 2013

Kantoi!! Utusan Malaysia Dedahkan Pemilik Blog Papagomo!!


Semalam telah terbit dalam akhbar Utusan, bahawa Papagomo adalah susuk seperti yang ada di dalam gambar di atas (kerana tiada tertulis 'gambar hiasan'), kononnya blogger Papagomo tetap pertahan pendirian... Namun hari ini pula, susuk yang sama telah menafikan pemilikkan blog Papagomo.

Mana satu yang betul? Apakah Utusan bakal disaman lagi?

PS: Terkejut melihat muka gadis di sebelah kiri itu seperti Najib Razak mengenakan tudung...