Monday, April 30, 2012

Rangkuman Video TERBAIK Setakat Ini !! WAJIB TONTON!! #BersihStories


s

Rangkuman video terbaik yang aku jumpa dan siarkan setakat ini. Video klip yang penuh dengan aksi berani rakyat Malaysia membuat bantahan terhadap sistem pilihanraya yang tidak adil. 

Setelah pelbagai cara rundingan telah diusulkan kepada SPR, semua 8 tuntutan bukan sahaja tidak dipertimbang untuk diperbetul malah pihak kerajaan mengambil kesempatan mengukuhkan lagi bentuk-bentuk penipuan di atas nama PSC. Pendedahan IC bertarikh luput dan juga pendedahan nombor ahli Umno bagi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR memburukkan lagi imej badan yang bertanggungjawab memastikan pilihanraya berlaku dengan adil.

Kini majoriti rakyat telah hilang kepercayaan kepada SPR tetapi juga kepada sistem demokrasi yang dilaungkan dalam perlembagaan Malaysia. Hasilnya, BERSIH 3 menjadi himpunan terbesar dalam sejarah negara!

Berbalik kepada video di atas, keberanian ini adalah hasil dari amarah kepada pemerintah yang sanggup menggadai kedaulatan negara semata-mata untuk terus berkuasa. Salah satu klip daripada video di atas menunjukkan pihak polis terlebih dahulu cuba untuk melanggar Dr Chin Huat yang ketika itu menyebut dengan jelas agar demonstran bersurai.

Rusuhan sebenarnya dibuat oleh pihak polis, bukan rakyat !! Nantikan ulasan penuh saya dalam sedikit masa lagi...


EDYES REDUAN

SERIUS!! Footage Ini BEST!! Polis Takut Kalau Rakyat Berani!! #BersihStories


Video Paling Jelas @AnwarIbrahim Bagi Arahan Menuju Jalan TAR, Bukan Dataran!! #BersihStories




DSAI sebut dengan jelas "PUSING KANAN" untuk ke Jalan TAR

Sunday, April 29, 2012

Gambar Semangat Untuk Anak Muda!! #BersihStories


 "Kalau esok BERSIH 4.0 pun aku turun juga... walaupun aku tak mampu berlari di atas kecederaan fizikal hari ini..." - che'GuBard



La Viva SAMM !!

GEMPAR!! Polis Menyamar Demonstran Buat Kacau!! #BersihStories


Polis Merusuh!! Polis diarah agar rusuhan berlaku demi merosakkan nama himpunan aman BERSIH!!

Mungkin Ramai Dah Tengok Footage Ini, Tapi Kali Ini Ada Sound Effectnya Sekali!! #BersihStories


Tembus Ke Dataran Merdeka (Sudut LRT) #BersihStories


Polis Lauk Para Demonstran | #BERSIH 3.0 #BersihStories


Bersih 3.0: Lautan manusia banjiri Kuala Lumpur (Ini Klip Ramai!!) #BersihStories


SAMM Bermula di Jalan Sultan #BersihStories


Selingan: Power Rangers Juga Bersama #BERSIH 3.0 #BersihStories


Lagi Footage Polis Pukul Orang Awam BERAMAI-RAMAI !! (Mungkin Anda Belum Lihat Ini)


Video Klip Yang Paling Aku Setakat Nie... #BERSIHSTORIES


Najib tewas...

Saturday, April 28, 2012

@Chegubard dipukul Hingga Berdarah Selepas Ditangkap!! #BERSIH #BERSIH3

Sekarang ini Edyes sedang berada di Pulapol memberi tekanan kepada pihak polis untuk memastikan mereka yg cedera dirawat.

Chegubard telah dipukul setelah ditangkap bersama beberapa aktivis SAMM termasuk Sani, Azizi, Yaser, Munir dan Syafiq.

Diharapkan nasib mereka yang ditahan keselamatannya terjamin dan dirawat!

Edyes Reduan
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, April 26, 2012

Tuntutan Tambahan #BERSIH3 - Pengerusi SPR Letak Jawatan!!




Kenyataan Terbuka
26 April 2012

Tidak ada dalam mana-mana pertandingan rasmi yang melibatkan dua pasukan negeri/negara, pengadilnya adalah dari salah satu pasukan yang bertanding. Jika berlaku demikian, perlawanan / pertandingan tersebut boleh diiktiraf sebagai berat sebelah atau tidak adil.

Menjelang dua hari sebelum BERSIH 3, didedahkan oleh SUA PKR bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah bukan berkecuali tetapi menjadi ahli kepada parti politik yang bertanding. Merujuk kepada pendedahan tersebut, telah dibongkar bahawa kedua-dua pemegang jawatan tertinggi dalam SPR itu adalah ahli Umno.

Solidariti Anak Muda Malaysi (SAMM) memandang serius kecelaruan Ini kerana ia soal memilih kerajaan, soal memilih masa depan rakyat Malaysia! Bukan sekadar perlawanan bolasepak maka sudah tentu ketelusan menjadi keutamaan penting dan sebarang prejudis atau prasangka tidak harus timbul sama sekali.
 

Maka tidak hairanlah jika kita melihat SPR begitu condong terhadap parti Barisan Nasional yang bertunjangkan Umno. Prasangka majoriti rakyat yang sudah celik dengan penipuan demi penipuan SPR menjadi kenyataan apabila dibuktikan SPR itu in favor kepada Umno, sudah pasti kerna Pengerusi dan Timbalannya sendiri ahli Umno.

Justeru itu, SAMM mempersoalkan apakah jaminan PRU13 akan berlangsung dengan adil dengan situasi sebegini? Kepercayaan rakyat terhadap sistem pilihanraya kian tipis dan diburukkan lagi dengan berita keterlibatan SPR dengan parti politik yang memerintah negara ini sejak sekian lama. Sudah banyak 'damage' berlaku melibatkan ketidak-telusan SPR, seterusnya laporan PSC yang tidak dibahas mencemarkan lagi saki baki kepercayaan. 

SAMM berpendapat, jangan salahkan rakyat jika SPR tidak lagi dipercayai. Jangan terkejut jika tuntutan BERSIH kali ini datang bersama desakkan perletakkan jawatan pengerusinya yang apabila dilondeh, rupanya ahli Umno bertopeng keadilan.

Dengan ini SAMM mendesak Pengerusi SPR dan timbalannya meletakkan jawatan segera supaya ia membuka sedikit harapan untuk sebuah pilihanraya yang adil. SPR harus direformasikan terlebih dahulu sebelum bersedia mengendali pilihanraya ke 13, atau lantik badan profesional menggantikan SPR bagi menjalankan pilihanraya kali ini!!

Sekian
 
"Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata"


EDYES REDUAN
Solidariti Anak Muda Malaysia
www.anakmudamalaysia.com

Tengok KlipVideo Lengkap Ini Dulu, dan Bersedialah ke Kuala Lumpur!!


Video Penjelasan Mengenai IC Bertarikh Luput - JPN Terbukti Menipu!!


 

ADAKAH JPN BEKERJASAMA DENGAN SPR UNTUK MENGEKALKAN KUASA BN?

Apa Guna Pilihanraya??


Wednesday, April 25, 2012

#BERSIH3 Semakin Hampir!! Siap Sedia!!


Mengapa Perlu Demonstrasi di Dataran Merdeka




BERSIH 2.0 mensasarkan 500,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Duduk dan bantah atau "sit in protest" yang dianjurkan oleh gabungan 84 NGO tersebut menuntut agar kerajaan Malaysia menerima lapan tuntutan yang dikemukakan oleh mereka.

Setakat ini hanya satu sahaja tuntutan BERSIH yang diterima iaitu penggunaan dakwat kekal. Itu pun banyak helahnya.

Masih ramai yang tidak percaya dakwat kekal akan digunakan berikutan penipuan kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum ke 12 apabila penggunaan dakwat kekal dibatalkan empat hari sebelum mengundi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kali ini digunakan untuk menghalang perhimpunan rakyat pada 28 April ini. Penganjur didesak untuk memindahkan lokasi perhimpunan ke dalam stadium.

Dalam ucapan pengerusi bersama BERSIH, Datuk A Samad Said di Selayang baru-baru ini, dengan tegas menyatakan bahawa organisasi tersebut akan tetap duduk dan bantah di Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka simbol kemerdekaan negara. Perhimpunan menuntut pilihan raya BERSIH, bebas dan adil di Dataran Merdeka umpama menuntut kembali kemerdekaan, kali ini bukan dari penjajah tetapi dari sebuah kerajaan yang berusia lebih 54 tahun.

Dunia tahu Dataran 'dikuningkan'
Setiap kali menjelang demonstrasi rakyat, seringkali kerajaan meminta agar penganjur memindahkan program ke stadium.
Mengapa?

Kerana apabila perhimpunan berpindah ke stadium, ia tidak lagi menjadi demonstrasi, ia sudah menjadi seperti ceramah umum.

Kerajaan takut. Jika penganjur berjaya membawa 500,000 rakyat ke Dataran Merdeka, imej yang akan bermain dalam media asing akan kelihatan seperti apa yang berlaku di Dataran Tahrir, Mesir.

Jika itu berlaku, seluruh dunia akan tahu bahawa Dataran Merdeka 'dikuningkan' oleh kerana rakyat Malaysia mahukan reformasi sistem pilihan raya.

Pelabur asing akan mula berhati-hati. Ini kerana, sesebuah pilihan raya jika tidak dipercayai oleh majoriti besar rakyat, ertinya politik sesuatu negara tersebut tidak akan stabil.

Jika dibiarkan, sesebuah kerajaan yang dipilih tidak mempunyai legitimasi politik. Ini boleh mengundang kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan melalui pilihan jalan raya.

Amerika akan persoal
Duduk dan bantah ataupun "sit in protest" kaedah demonstrasi yang paling mudah akan tetapi memberikan impak yang besar.

Jika 500,000 rakyat duduk dan bantah di Dataran Merdeka, ia memberikan isyarat jelas kepada kerajaan agar tunaikan kesemua tuntutan BERSIH.

Kesanggupan 500,000 rakyat untuk bersama-sama ke Dataran Merdeka akan turut memberi tekanan kepada rakan-rakan Malaysia di peringkat antarabangsa.

ASEAN walaupun mempunyai dasar "tidak campurtangan" urusan dalaman negara anggota sudah pasti akan mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia masih mahu berdegil sedangkan Burma sudah mula membuka ruang demokrasi?

Amerika Syarikat yang menjadi "payung besar" kepada Malaysia sudah pasti akan mempersoalkan kepada Najib Razak mengapa tidak mahu pilihan raya bebas dan adil.

Pilihan raya bebas dan adil ini antara kempen "sheriff" dunia tersebut.

Dataran Merdeka simbol kebebasan
Dataran Merdeka simbol kepada kebebasan dan demokrasi. Ia milik kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia bukan milik DBKL. DBKL hanya bertugas untuk menguruskan tempat tersebut.

Apatah lagi pimpinan DBKL tidak dipilih oleh penduduk Kuala Lumpur. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak dipilih melalui proses demokrasi tetapi dilantik oleh kerajaan.

Sebab itu apabila beliau bersuara, rakyat tidak mahu dengar. Dataran Merdeka tetap menjadi destinasi utama perhimpunan tersebut. Melihat kepada pengalaman perhimpunan BERSIH 1 dan 2 lalu, jika Dataran Merdeka ditutup, Kuala Lumpur akan lumpuh.

Jika di Dataran Merdeka sekurang-kurangnya masih mampu dikawal. Bayangkanlah jika 500,000 rakyat berselerak di merata Kuala Lumpur.
Bukankah ia bakal menyebabkan perhimpunan di lebih banyak lokasi?

Jika Kuala Lumpur lumpuh tidak boleh bergerak, ia memberikan isyarat yang tidak baik kepada negara.

Serahkan kembali Dataran Merdeka kepada rakyat sebelum rakyat bangkit merampas.


Amin 'Black' Iskandar


Dapatkan Lagu Tema BERSIH ciptaan Amin Iskandar di sini 

 

Hanya Dataran Merdeka Untuk #BERSIH 3

Sebuah sidang media bagi menyatakan sokongan terhadap perhimpunan BERSIH 3 'Hanya di Dataran Merdeka' telah berlangsung di Pusat Khidmat masyarakat Taman Asean Melaka. Dalam sidang media yang dipengerusikan oleh Penyelaras SAMM Melaka iaitu sdr Zuraidi Abdullah, dengan sokongan DPP PAS Melaka, AMK Melaka dan DAPSY Melaka telah bersetuju untuk hanya berhimpun di Dataran Merdeka pada tanggal 28 April 2012. 

Berikut adalah klip video sidang media tersebut;


Ucapan tambahan. Haji Yuhaizad Abdullah (Ketua DPP Melaka) menyatakan PAS melaka telah bersiap sedia ke Dataran Merdeka sekurang-kurangnya 5 ribu orang. Ginie Lim (Exco AMK keadilan Pusat) menambah berita tentang keperitan mahasiswa di dataran merdeka dan bersih 3.0 juga bermaksud menyokong perjuangan mahasiswa.

Dalam masjlis itu juga kita telah menghebahkan kepada reporter dan orang ramai bahawa kita telah melancarkan Risalah "BONGKAR".

  

Kehadiran : Zuraidi Abdullah (Penyelaras SAMM Melaka), YB Tew kok kiew (ketua DAPsy melaka), Haji Yuhaizat (ketua DPPas Melaka), Mazri Saleh (Setiausaha AMK Negeri melaka), Ginie Lim (Exco AMK Malaysia), halim Bachik (Ketua Cabang Masjid Tanah), Cikgu Yusof Wahab (Penerangan PAS Melaka), Komrad2 SAMM dan orang ramai.

Tuesday, April 24, 2012

GEMPAR!! JPN Kantoi 2 Kali Dalam 1 Kenyataannya!! (WAJIB SEBAR!!)



Ok lihat kenyataan di atas seperti yang dilaporkan Malaysiakini. JPN menjelaskan kebimbangan IC yang mempunyai tarikh luput. Malangnya, rancangan busuk Umno-JPN-SPR-dan sekutu-sekutunya untuk menipu di PRU13 terbongkar!!

1. JPN maklumkan bahawa kad pengenalan tersebut dikeluarkan pada tahun 2001 kerana ketika itu tiada banyak jenis kad seperti hari ini. 

PERSOALAN: Tahun 2001 bermakna hayat kad pengenalan seperti gambar di bawah hampir 12 tahun... Cuba lihat kad pengenalan anda semua, bagaimanakah rupanya fizikal kad pengenalan yang telah dikeluarkan lebih 10 tahun dulu?


2. JPN mengesahkan pemegang MyKad itu bukan pengundi berdaftar. Ini bermaksud semua kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput tidak boleh mengundi atau dengan kata lain - tidak mempunyai rekod di SPR

PENDEDAHAN: Lihat lagi satu pendedahan IC bertarikh luput di bawah - Pemegang kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput ini BOLEH MENGUNDI !!!

Inilah sebabnya mengapa kita harus tempuh segala halangan dan dugaan untuk sampai ke Dataran Merdeka 28 April 2012!! Tidak hairanlah jika TG Nik Aziz juga sanggup mengatakan kehadiran anda yang cintakan tanahair ini adalah WAJIB!

Ingatlah... Jika anda terasa berat untuk bersama di Dataran Merdeka 428 nanti hanya kerana kemungkinan berdepan bahaya dan kesakitan yang sementara, maka kita semua akan selamanya terperangkap dalam sebesar-besar ketidak-adilan!!

Percayalah negara kita sedang digadai!! Ibu Pertiwi kita sedang diperkosa oleh gerombolan yang tamak kuasa!! Ayuh semua ke Dataran Merdeka 284!!! Pastikan Aziz dan SPR LETAK JAWATAN!!!

Ayuh semua... Masanya sudah tiba... 428 satu sejarah !


EDYES REDUAN
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Pendedahan awal di buat oleh blog Semut dan Kekunci , dan entry awal hari ini berkaitan di sini - Lagi IC Bertarikh Luput Dikesan!! Aziz SPR Harus Letak Jawatan!! #BERSIH3


Mentari Kuning Menyalalah...

 
Muzik diakui sebagai medium penyampai maklumat dan motivasi yang penting. Begitu juga dalam gerakan rakyat. Banyak lagu-lagu telah dicipta dalam meransang gerakan rakyat di seluruh dunia.

Bagi BERSIH 3.0 kali ini SAMM telah tampil dengan pendekatan muzik untuk menggerakkan massa rakyat. SAMM telah menerbitkan album (cd) single : Mentari Kuning Menyalah yang menampilkan amin iskandar selaku penyanyi,pencipta dan penulis lirik.

Lagu ini dicipta khas sempena bersih 3.0 dan kali pertama diperdengarkan secara live ketika pelancaran countdown bersih di Kg baru, KL tempoh hari. Kelihatan ribuan yang hadir begitu tertarik dengan lagu ini maka SAMM telah segera meminta Amin ke studio dan merakamkan lagu tersebut. Maka lahirkan single sempena bersih ini.

Selain lagu mentari kuning menyalalah yang cukup memotivasikan rakyat ke arah mobilisasi 28 April ini, cd ini juga menampilkan bonus track lagu memperingati pejuang negara 'Burhanudin Helmy'.

Hanya sebanyak 3000 keping dicetak. CD ini boleh didapati dalam program-program BERSIH 3.0 atau boleh hubungi / sms +60102675872 untuk membuat tempahan. Cd diedar dengan derma minima RM5 sahaja.

Anak Muda Johor Tumpu Hanya Dataran Merdeka Untuk #BERSIH3


Sidang media kedua menyambut kenyataan awal SAMM bertarikh 23 April 5 Hari Menjelang #BERSIH 3.0 : Fokus Dataran Merdeka, Aziz Harus Letak Jawatan


Sidang media pertama datangnya dari kumpulan anak muda utara yang diketuai oleh SAMM region utara. sila klik di sini untuk lihat sidang media pertama. Sidang media dari kumpulan Anak Muda Johor ini menunjukkan ketegasan betapa Dataran Merdeka adalah venue utama yang tidak boleh dikompromi, sambil menyeru supaya mengendahkan venue BERSIH selain di Kuala Lumpur di atas faktor-faktor yang jelas.

Dijangkakan juga satu sidang media yang diketuai oleh SAMM Melaka sedang berlangsung ketika ini di Melaka. Nantikan laporannya dan amati kenyataan dari Anak Muda Johor di bawah;

Bersama dalam sidang media: Roslee Penyelaras SAMM Kebangsaan, Sdr Anwar Penyelaras SAMM Johor, Suhaizan KP Pas Johor, Nazri Ketua Amk Johor dan wakil DAP

Kenyataan Media
24 April 2012

Perjalanan Sistem Pilihanraya Negara ini berada dalam keadaan pincang dan sentiasa dimanipulasi oleh regim penguasa untuk mengekalkan tampuk kekuasaan mereka. Pilihanraya Umum akan datang akan menjadi Pilihanraya paling kotor dalam sejarah, pelbagai siri penipuan telah didedahkan. SPR akan memainkan peranan selaku pengendali pilihanraya yang pincang dan berat sebelah. Kepincangan PRU harus segera diperbetulkan, senarai pemilih perlu dibersihkan sebelum Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 diadakan.

Kejayaan BERSIH 2007 memberikan tekanan kepada SPR sehingga penipuan dikurangkan dan membuahkan keputusan seperti 2008. BERSIH 2.0 pula telah membangkitkan tekanan dalam dan luar Negara hingga menyebabkan Perdana Menteri terpaksa menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung Penambahbaikan Pilihanraya.

Kali ini BERSIH 3.0 menjadi platform desakan rakyat tak kira sama ada mereka berparti atau pun tidak berparti untuk melihat sistem pilihanraya kali ini lebih adil dengan beberapa tuntutan. Duduk Bantah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur adalah tanda bantahan rakyat terhadap sistem Pilihanraya yang pincang dan penuh penipuan. Rancangan licik untuk menipu dalam PRU 13 ini hanya dapat dihentikan jika pada 28 April ini, 500,000 rakyat bersama di dalam himpunan di Dataran Merdeka.  Jika kita tidak turun memainkan peranan kita sebagai warganegara bertanggungjawab maka Malaysia akan hancur.

Justeru, kami Selaku Anak Muda Johor dengan ini mengajak seluruh rakyat untuk berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April 2012 bermula jam 2 petang bagi menunjukkan kuasa rakyat dalam memberikan tekanan pemulihan proses pilihanraya dengan melaksanakan tuntutan reformasi sistem pilihanraya. Mobilisasi di Semenanjung Malaysia ini seharusnya ditumpukan ke Dataran Merdeka sahaja kecuali Sabah dan Sarawak. Ini kerana dengan bertumpu di Dataran Merdeka sahaja maka tumpuan kekuatan rakyat boleh difokuskan dan tidak memustahilkan sasaran BERSIH 3.0 seramai 500,000 orang selain sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut. Kami juga menyeru agar tiada perubahan lokasi Duduk Bantah walaupun mungkin pelbagai sekatan, arahan dan drama politik regim penguasa akan menyusul beberapa hari ini.

Kesempatan ini seharusnya diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan himpunan BERSIH 3.0 bagi menunjukkan betapa rakyat menuntut hak untuk punya pilihanraya bebas, bersih dan adil. Jika jumlahnya besar, pasti Rejim Penguasa terpaksa sedikit beransur dan mengubah beberapa perkara dalam pengendalian PRU tetapi jika kurang rejim akan segera membuat PRU dalam keadaan penuh manipulasi.

Malahan, dengan kehadiran ramai ke Dataran Merdeka, 28 April ini juga menjadi simbolik sokongan rakyat terhadap aspirasi mahasiswa selain menyatakan sokongan kepada mereka yang sudah berkampung di sana sejak beberapa hari lalu. Jika mahasiswa-mahasiswa ini boleh dan sanggup bangkit, maka, ayuhlah anak muda dan seluruh rakyat Negeri Johor, kita ke Dataran Merdeka. Berhimpunlah bersama untuk pencerahan keadilan dalam sistem demokrasi di Malaysia. Ini adalah tanahair yang kita sama-sama cintai, jangan biarkan ibu pertiwi ini rosak hancur dengan amalan pilihanraya yang pincang.

ANAK MUDA JOHOR


Kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Dewan Pemuda PAS Johor turut akan ke Dataran Merdeka selaras dengan saranan kepimpinan parti di peringkat pusat. Kami menjangkakan mobilisasi 10,000 penyokong & pendokong PAS ke sana. DPP Johor sedang dalam kempen jelajah BERSIH 3.0 ke 26 kawasan parlimen di Johor bagi menerangkan Mengapa Perlu BERSIH? Dan juga membangkitkan semangat rakyat ke Dataran Merdeka.
-Suhaizan Kaiat

Kenyataan Ketua AMK Johor - Sdr. Nazri Ismail

AMK Johor turut sama akan mobilisasi penyokong, pendokong & seluruh rakyat ke Dataran Merdeka seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Exco AMK Johor. Kami menyeru seberapa ramai rakyat untuk bersama.

Kenyataan Timbalan Ketua DAPSY Johor

DAPSY Johor memang jelas akan menggerakkan ahli ke Dataran Merdeka untuk Duduk Bantah BERSIH 3.0. Ini kerana himpunan di ibukota ini perlu ditumpu agar sasaran 500,000 peserta dapat dicapai. DAPSY Johor turut menggesa rakyat Johor untuk ambil kesempatan menyatakan pendirian menolak perjalanan pilihanraya yang kotor.

Kenyataan Tambahan SAMM Johor

SAMM sememangnya serius dengan persoalan sistem pilihanraya yang bersih dan juga prinsip demokrasi yang dijunjung negara. Kerana itu, SAMM telah pun melancarkan Jelajah Anak Muda-BERSIH 3.0 di seluruh negara di mana siri pertama jelajah ini bermula di Johor pada 10 April 2012. Tujuan jelajah adalah untuk mobilisasi rakyat dan membangkitkan mood rakyat ke Himpunan Duduk Bantah BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka.

Gambar dari kiri : Suhaizan Kaiat - Ketua Pemuda PAS Johor, Nazri Ismail - Ketua AMK Johor, Ahmad Anwar Asyraf Ismail - Penyelaras SAMM Johor/Kordinator Anak Muda Johor, Yatin Sarpan - Ketua PKR Cabang Muar, Ng Yoke Ham - Timbalan Ketua DAPSY Johor

Lagi IC Bertarikh Luput Dikesan!! Aziz SPR Harus Letak Jawatan!! #BERSIH3


Sebelum ini, Edyes memaparkan video IC bertarikh luput di sini ... Hari ini keluar lagi beberapa kes dan salah satunya adalah di bawah... 

Fikir baik-baik, Edyes lihat orang minang atau kebanyakkan pendatang nie dalam keadaan tiada IC, boleh berniaga sendiri di pasar pagi, pasar malam, jual burger , jadi operator telefonis perkhidmatan telco dan macam-macam lagi... bayangkan kalau mereka-mereka ini diberikan IC hanya untuk memastikan kemenangan BN? Maka merempatlah rakyat di bumi sendiri!!

Percayalah saudara sekalian, kita akan ditipu habis-habisan dalam PRU-13!! Untuk menentang penipuan ini, wajib untuk kita menyatakan bantahan dan semua percaya BERSIH 3 jawapan kepada sebuah kerajaan penipu rakyat!!

Turun ke DATARAN MERDEKA Sabtu ini 28 April 2012 !! DESAK AZIZ SPR LETAK JAWATAN!!!

Untuk maklumat lanjut mengenai IC bertarikh luput di atas, sila ke blog sahabat : Menjelang PRU13 - Mykad ada tarikh luput tapi LAYAK mengundi! [VIDEO bukti]

Menyambut Kenyataan SAMM, Anak Muda Penang dan Kedah Memilih HANYA Dataran Merdeka Untuk #BERSIH3 dan Sedia Untuk Lebih Dari Sehari!!


Menyambut baik kenyataan media yang dikeluarkan SAMM pada pagi 23 April 2012, SAMM P.Pinang dan Kedah bersama sekutunya menggerak langkah menyeru warga utara semenanjung untuk turun ke Dataran Merdeka bagi meraikan himpunan rakyat BERSIH 3.

Untuk kenyataan SAMM Pusat, sila klik di sini (5 Hari Menjelang BERSIH 3, Aziz Harus Letak Jawatan). Manakala di bawah pula adalah kenyataan media jam 3 petang oleh SAMM P.Pinang dan Kedah, serta anak muda bersekutu;

Duduk dari hujung kiri Johari Kasim Ketua Penerangan MPN Negeri,YB Ng Wei Aik S/U Dapsy Pulau Pinang, Zulkifli Ibrahim Pengarah Sekretariat SAMM, Azman Nasruddin Ketua Amk Kedah, Amir Ghazali Ketua Amk P.Pinang, Habib Ahmad Muhaiyuddin Bin Habib Danial Penyelaras SAMM Kedah


Solidariti Anak Muda Malaysia
Kenyataan Media
23 April 2012

Setelah pimpinan PR,NGO serta NGI mengadakan roadshow seluruh negara. Semangat untuk menghadiri bagi membantah menuntut kepada sistem pilihanraya yang lebih adil cukup tinggi. Kebangkitan suara rakyat pada Bersih 3.0 daripada desakan rakyat, tidak kira sama ada mereka berparti ataupun yang tidak berparti untuk melihat sistem pilihanraya kali ini lebih adil di semua peringkat melalui roadshow tersebut amat jelas sekali.

Justeru, amatlah perlu seluruh rakyat di mana-mana pelusuk negara untuk hadir ke Dataran Merdeka pada 28 April 2012 untuk menunjukkan komitmen selaku rakyat Malaysia yang serius membuat tuntutan kepada sistem pilihanraya yang lebih adil dan bersih

Selaku Anak Muda Malaysia, kami mendesak agar seluruh rakyat dengan penuh rasa tanggungjawab untuk turun ke Dataran Merdeka dengan tidak mempedulikan mana-mana himpunan di negeri-negeri.Ingat,misi kali ini himpun 500ribu. Tidak bermakna saudara hadir di Kuala Lumpur dengan mengabaikan himpunan di negeri-negeri, anda tidak punya semangat bersih!

Bahkan, anda perlu berbangga bahawa pilihan Dataran Merdeka pada 28 April 2012 nanti adalah langkah terbaik menunjukkan komitmen serius di samping memberi semangat kepada adik-adik mahasiswa kita yang sudah berkampung sejak beberapa hari lalu. Mereka dipukul, cuba dihalau namun semangat kental mereka perlu kita hargai. 

Ayuh! Dataran Merdeka adalah lokasi terbaik berhimpun untuk duduk dan bantah. Jika adik-adik mahasiswa boleh, mengapa anda perlu berhimpun di negeri hanya beralasan lebih dekat dengan tidak membuang kos tinggi. Ingat,nilai yang kita bayar untuk jatuhkan Regim lebih berharga dan anggaplah pengorbanan tuan puan sekalian ke Dataran Merdeka adalah bayaran yang cukup mahal demi generasi dan masa depan negara serta anak cucu yang bakal mewarisi negara ini nanti

Ayuh! Ke Dataran Merdeka 428, penumpuan kami selaku anak muda adalah hanya berhimpun di Kuala Lumpur.

Zulkifli Hj Ibrahim
Pengarah Seketariat SAMM
Mewakili SAMM P.Pinang dan Kedah

Kenyataan Media Sekutu Anak Muda

Kenyataan YB Ng Wei Aik
Seluruh Anak Muda Malaysia perlu hadir memberikan komitmen pada perhimpunan di Dataran Merdeka memandangkan ini adalah isu nasional..penumpuan di Dataran Merdeka di dokong oleh Dapsy Pulau Pinang

Kenyataan Amir Ghazali
Perhimpunan 1.0 dan 2.0 dilaksanakan di Kuala Lumpur,jika lain2 negeri menganjurkan perhimpunan yang sama,ianya akan membantutkan sasaran 500ribu dan perhimpunan tersebut akan mengelirukan rakan-rakan lain yang sudah mempersoalkan lokasi sebenar perhimpunan,Jadi Amk Pulau Pinang bertegas Dataran Merdeka adalah pilihan kita.

Kenyataan Azman Nasruddin
AMK Kedah menyeru bukan saja di utara bahkan seluruh warga negara yang bertanggung jawab pada negara hadir ke Dataran Merdeka..Amk Kedah tidak akan hadir di mana-mana perhimpunan negeri, dan hanya menumpukan di Dataran Merdeka. Amk Kedah juga menyeru ahli-ahli UMNO untuk turut sama hadir bagi menyatakan bantahan apabila pemimpin atasan yang sanggup mengekalkan kuasa menggadaikan negara dengan memberikan kerakyatan pada warga asing sebagai pengundi


Monday, April 23, 2012

5 Hari Menjelang #BERSIH 3.0 : Fokus Dataran Merdeka, Aziz Harus Letak Jawatan


Kenyataan Media
23 April 2012

5 Hari Menjelang BERSIH 3.0 : Fokus Dataran Merdeka, Aziz Harus Letak Jawatan 

1. SAMM telah selesai siri jelajah seluruh semenanjung Malaysia bertemu secara terus dengan aktivis SAMM akar umbi serta aktivis organisasi sekutu jadual terakhir atas nama Jelajah Anak Muda (SAMM) - Bersih 3.0 yang terakhir akan diadakan di Jalan Berserah, Kuantan pada 26 April ini. Dalam siri jelajah ini ternyata sambutan rakyat dan respon agak luar biasa. Contohnya di Pontian (kampung Ketua Penerangan Umno Pusat) tanpa nama besar tetapi telah berjaya menarik lebih 2000 orang tempatan untuk hadir bersama. Program jelajah SAMM punya 3 elemen penting iaitu pertemuan tertutup, edaran risalah dan Ceramah umum. Hasil positif dan memberansangkan setakat ini membayangkan lautan manusia hadir bersama pada 28 April 2012. Pertemuan tertutup bukan sekadar dengan anggota SAMM tetapi ada beberapa peringkat pertemuan turut melibatkan rakan - rakan organisasi sekutu ke arah memaksimakan mobilisasi ke BERSIH 3.0 . Himpunan Ceramah umum Jelajah SAMM - BERSIH 3.0 mendapat sambutan hebat di perbagai tempat kehadiran antara 1000 - 5000 orang.

2. PRU akan datang akan menjadi PRU paling kotor dalam sejarah, perbagai penipuan telah didedahkan. Ternyata SPR akan memainkan peranan jahat selaku pengendali pilihanraya yang pincang dan berat sebelah. Untuk itu tuntutan SAMM sebelum PRU ialah bersihkan senarai pemilih dan proses menangani kepincangan SPR ini harus bermula dengan desakan Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof harus meletakan jawatan. Ternyata dalam banyak perkara beliau dan beberapa anggota SPR bermain politik, jika mereka ingin jadi orang politik maka dicabar letak saja jawatan dan jadi calon Bn di mana - mana saja pasti ada rakyat yang bersedia berdepan dengannya dalam sistem demokrasi secara anak jantan.

3. SAMM dengan ini mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 28 April 2012, bermula jam 2 petang bagi menunjukkan kuasa rakyat dalam memberikan tekanan pemulihan proses pilihanraya dengan membersihkan senarai pemilih. Telah diumumkan juga beberapa lokasi lain perhimpunan namun bagi SAMM dalam negara seharusnya di Malaysia mobilisasi ditumpukan ke dataran Merdeka sahaja kecuali Sarawak di Kuching dan Sabah di Kota Kinabalu. Ini kerana jika bertumpu kepada Dataran Merdeka sahaja maka tumpuan kekuatan rakyat boleh difokuskan dan tidak memustahilkan sasaran BERSIH 3.0 seramai 500,000 orang.

4. Himpunan kali ini perlu dilihat dengan serius dan perlu disertai semua. Sikap SPR dan ditambah dengan beberapa pindaan mengarut kononya atas nama reformasi proses PRU akan melengkapkan lagi penipuan bagi memenangkan regim penguasa. 28 April semua wajib turun. SAMM berpendapat jika PRU dilakukan dengan kendalian pasukan SPR yang sama serta tanpa pembersihan senarai pemilih maka PR akan hilang kerusi malah negeri yang ditadbirnya. Kerana itu Yang Berhormat - yang berhormat perlu lebih serius , jika angka tidak menjangkau ratusan ribu berkumpul maka bersedialah untuk membawa kotak ke pejabat masing - masing dan mula bungkus barang, anda semua akan kalah bukan kerana tidak mendapat sokongan tetapi akan ditipu dalam proses PRU pincang. Maka semua YB-YB (bukan Bn)  kini kamu semua tidak ada selain bersama dalam menggerakkan penyokong turut sama ke Dataran Merdeka. Setiap YB wajib membawa sekurang kurangnya 1000 orang ke Dataran Merdeka 28 April nanti. Jangan nanti lepas PRU baru nak merengek persoalan ditipu SPR, sekarang ini gembeleng tenaga ke jalan raya sebelum pilihanraya.

5. Respon kepada halangan DBKL, SAMM menyeru supaya diabaikan respon mengarut tersebut. Ramai pasti tertawa dengan alasan Dataran Merdeka bukan tempat berhimpun dan hanya untuk aktiviti peringkat nasional. DBKL keliru atau sengaja ingin mengelirukan tidak pasti kerana sambutan kemerdekaan dan lain - lain itukan perhimpunan di lokasi sama dan BERSIH bukan sekadar acara peringkat nasional tetapi internasional kerana turut diadakan himpunan di puluhan bandar lain seluruh dunia serentak dengan maksud yang sama. SAMM bersimpati dengan DBKL yang diperkuda regim penguasa. Semua harus sedar DBKL hanyalah  sebahagian dari aparat regim yang diperkudakan untuk regim yang menguasai negara dengan pilihanraya pincang ini untuk terus kekal kuasa. SAMM menggesa, hanya ada satu himpunan BERSIH 3.0 iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.

6. Regim sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini. Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan BERSIH. Oleh kerana Najib terpaksa untuk mengadakan PRU dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini. Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan BERSIH 3.0 bagi menunjukkan betapa rakyat menuntut hak untuk punya pilihanraya bebas, bersih dan adil. Jika jumlahnya besar pasti regim penguasa terpaksa sedikit beransur dan mengubah beberapa perkara dalam pengendalian PRU tetapi jika kurang regim akan segera membuat PRU dalam keadaan penuh penipuan.

7. Tuntutan rakyat kali jelas, kepincangan PRU harus segera diperbetulkan, senarai pemilih dibersihkan dan ia harus dimulakan dengan pemecatan Aziz selaku ketua SPR kerana dia memainkan peranan ke arah mempersiapkan proses PRU dan daftar pemilih kotor. Tuntutan jelas dan harus ditunaikan. SAMM tidak menolak kemungkinan puluhan ribu rakyat akan terus duduk dan berkhemah di Kuala Lumpur sehingga tuntutan dipenuhi. 

8. Semua termasuk polis juga harus tenang, SAMM masih menyokong pendirian sebarang pertukaran kerajaan harus berlaku dalam proses pilihanraya untuk kestabilan dan masa depan negara. Namun rakyat diseru turun beramai - ramai kali ini adalah untuk menuntut supaya proses pilihanraya dibersihkan. SAMM sendiri sedia menurunkan 200 marshal terlatih dan berpengalaman dalam mengendalikan perbagai demonstrasi termasuk 2 himpunan BERSIH yang lepas di mana SAMM antara yang memainkan peranan utama.

9. Kejayaan BERSIH 2007 memberikan tekanan kepada SPR sehingga penipuan dikurangkan dan membuahkan keputusan seperti 2008. BERSIH 2.0 pula telah membangkitkan tekanan dalam dan luar negara menyebabkan Najib terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi membetulkan proses pilihanraya. Dengan tertubuhnya jawatankuasa tersebut maka secara lansung Najib mengakui sememangnya proses pilihanraya negara ada kepincangan. Namun malangnya sudahlah peranan wakil bukan Bn dinafikan untuk punya laporan hasil kerja mereka, malah pengakuan kepincangan tidak ada satu ditangani dengan pindaan undang - undang pilihanraya yang diluluskan baru - baru ini. Rakyat perlu bangkit melawan penipuan ini.

28 April 2012, 2 petang, Dataran Merdeka - Sekali lagi diingatkan SAMM tidak menolak kemungkinan akan ada ribuan rakyat akan duduk paling tidak sehingga tuntutan Pengerusi SPR letak jawatan.


Sekian.





che'GuBard

Solidariti Anak Muda Malaysia

IMBAS KEMBALI #BERSIH 2.0 - Malaysians March Together


Sunday, April 22, 2012

BERSIH 3.0 vs Najib - Klip Wajib Tonton dan Sebar!! #BERSIH3


SAMM Terbit Lagu Tema #BERSIH3 Ciptaan & Nyanyian Black! Dapatkan Single BERSIH Malam Ini di Selayang!!


Pelancaran CD Single lagu sempena BERSIH 3.0 'Mentari Kuning Menyalalah' nyanyian Amin 'BLACK' Iskandar terbitan SAMM


Ceramah Umum & Pelancaran CD single khas BERSIH 3 
Bersama A.samad,TS Kadir,Datuk Chua Jui Meng,che'GuBard, Rafizi & YB William leong 
22April, 9mlm ini, Padang Selayang Indah (belakang NSK Selayang)

   Dapatkan CD single khas lagu sempena Bersih 3.0 - keluaran terhad terhad, "Mentari Kuning Menyalalah" + bonus track "Burhanudin Helmi" nyanyian Amin Iskandar terbitan SAMM 



Saturday, April 21, 2012

Takbir!! Dr MAZA Juga Sokong Himpunan BERSIH !!



Jangan rosakkan harta negara, jangan memaki hamun orang lain, jangan mencerca tetapi laungkan slogan keadilan dan hak yang anda inginkan. Berhimpun dengan penuh sopan dan adab, tetapi dengan penuh semangat. Semoga Allah merahmati anda dan negara kita! - Dr MAZA

Status IC ada Tarikh Luput Milik Burmese : Sedia Diambil ?


BERSIH 3.0 - WE WILL ! WE WILL ! ROCK YOU !

Friday, April 20, 2012

CABARAN MAHASISWA SAMM UNTUK WARIS MALAYA

SAMM Segmentasi Mahasiswa ketika menganjur 'Program Anak Muda Merasai Kemiskinan Rakyat'


Kumpulan Waris Malaya yang dilancar Presiden Umno

Kenyataan Terbuka
20 April 2012

CABARAN MAHASISWA SAMM UNTUK WARIS MALAYA

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)  Segmentasi Mahasiswa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap oleh samseng upahan di bawah kelolaan Waris Malaya, ke atas mahasiswa yang berkampung di Dataran Merdeka untuk menuntut pendidikan percuma.

Merujuk kepada sekumpulan samseng telah bertindak merosakkan khemah-khemah di kawasan tersebut dan mencederakan mahasiswa yang mempertahankan kedudukan mereka di kawasan terbabit. SAMM segmentasi mahasiswa kesal dengan tindakan tidak bertamadun dan memalukan tersebut. SAMM beranggapan bahawa sebarang bentuk keganasan dalam kejadian yang berlaku pada malam tersebut harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya oleh regim UMNO/BN. Baru-baru ini Waris Malaya juga dilancarkan oleh Presiden Umno.

Seharusnya jika terdapat di kalangan pihak-pihak tertentu  yang tidak berpuas hati dengan kumpulan mahasiswa tersebut, hendaklah bertindak dengan cara yang lebih melambangkan kekuatan ilmu dan hujah bukan dengan menggunakan kekerasan.

Seraya itu, SAMM memberi cabaran kepada pihak terbabit (Waris Malaya) supaya tampil kehadapan dan nyatakan dengan prinsip mengapa tindakan tersebut dilakukan. SAMM juga mencabar wakil kepada Waris Malaya untuk berdebat secara ilmiah di Dataran Merdeka dengan mahasiswa dihadapan umum supaya rakyat dapat menilai perjuangan pihak mana yang lebih benar.

Jika Dataran Merdeka menjadi soalnya, maka kita memilih Daratan Merdeka sebagai tempat yang paling sesuai untuk wacana debat diadakan. Pilihlah walau Ezam Md Noor sekalipun untuk berdebat, kami mahasiswa dari SAMM dan kumpulan mahasiswa lain yang bernaung di bawah Solidariti Mahasiswa Malaysia sedia untuk menghantar wakil. Sila nyatakan tarikh dan masa.

Akhir sekali SAMM beraharap pihak berkuasa khususnya Polis Di Raja Malaysia PDRM melakukan siasatan dengan segera ke atas kumpulan yang bertanggungjawab melakukan serangan tersebut dan jangan biarkan sistem polis diperalatkan oleh  pihak-pihak yang mempunyai kepentingan politik.

Wan Farel
Penyelaras Segmentasi Mahasiswa
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)