Wednesday, 30 June 2010

:-> Takziah Buat Keluarga Kak Intan


AL-FATIHAH


Salam Takziah buat Keluarga Kak Intan (BLOG JARI INTANKU) di atas pemergian Bonda tercinta. Semoga Arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman.

Buat Kak Intan dan Keluarga semoga tabah menghadapi ujian ini. Berita ini E-na dapat dari shoutbox blog Kak Intan yang di tulis oleh Cik /Puan Hamsiah.

Hamsiah Salam kepada semua pengungjung blog kak intan...dukacita dimaklumkan emak kak intan telah kembali ke rahmatullah..sebentar tardi...al fatihah..
arwah meninggal akibat sakit tua...

Details
2010-06-29 4:16 PM

Kepada semua pengunjung Lovely Kitchen marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

:-> Special Award From PR


Award dari Pencinta warna Purple, PURPLE ROSES. Thank You so much di atas Award ini dan Lovely Kitchen amat menghargainya. Terharu sangat sebab PR siap buatkan special award khas untuk Lovely Kitchen...ada strawberries lagi, sukeeeee!! ;-) Semoga perkongsian ilmu ini mendapat keberkatan dan memberi manfaat kepada kita semua.

Di bawah ini n3 di blog PR, Thanks again!

"NI PR nak kasi award kat tuan punye blog ni..sebab..PR suke tengok makanan besh² kat sana.
Siap ada resepi untuk dicuba. Harap
e-na (http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/)
(tuan blog ni) terima award xseberapa ni..buat sendiri tau.."

dan sebagai tanda penghargaan sudilah kiranya PR menerima Thank You Card yang tidak seberapa dari Lovely Kitchen...


Monday, 28 June 2010

:-> Gulai Kurma Ayam Lemon




RESEPI GULAI KURMA AYAM LEMON

Bahan-bahan
  • 8-10 ketul ayam
  • 200ml santan
  • 1 1/2 sudu besar rempah kurma - bancuh dengan sedikit air
  • 1 biji kentang - belah 4
  • 2 inci carrot - potong kecil panjang
  • 1/2 labu bawang besar - di belah kasar
  • 2 biji cili hijau -di belah 2
  • 200ml air
  • sedikit jus lemon
Bahan Tumis
  • 3 ulas bawang merah (di mayang / tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang / tumbuk)
  • 1 inci halia (dihiris / tumbuk)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan rempah kurma dan kacau sehingga naik minyak / agak garing.
  3. Masukkan ayam, carrot dan kentang. Kacau dan masukkan air. Biarkan mendidih.
  4. Apabila ayam telah empuk masukkan santan, bawang besar, dan lada hijau.
  5. Biarkan mendidih dan perlahankan api sehingga naik minyak.
  6. Perasakan garam, masukkan tomato dan jus lemon.
  7. Tutup api bila gulai sudah cukup rasa dan naik minyak. Angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba!


:-> Pulut Kuning Kukus @ Pulut Semangat


Pulut Kuning atau di kenali juga dengan Pulut Semangat adalah antara makanan kegemaran anak-anak E-na untuk breakfast. My kids boleh makan pulut kuning macam tu tanpa sebarang lauk. Biasanya E-na gorengkan telur dadar untuk anak-anak dan buat rendang atau sambal tumis / masak sambal untuk kami berdua.

Kali ni masak pulut baru sempat posing. Selalunya habis kena serang sejurus diangkat dari pengukus. Makan dengan Ikan Rebus Goreng Sambal dan timun.

Bagi yang tiada pengukus boleh juga masak pulut kuning guna rice cooker.


RESEPI PULUT KUNING KUKUS

  • 3 mug beras pulut (+-500 gram)
  • 250 ml santan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai daun pandan - di potong 2
  • Air untuk merendam pulut - sukatan air 1 - 1 1/2 inci melebihi paras pulut

Cara-cara
  1. Beras Pulut di cuci bersih.
  2. Masukkan air, serbuk kunyit dan asam gelugor ke dalam bekas dan kacau supaya serbuk kunyit larut.
  3. Kemudian masukkan beras pulut dan rendam semalaman.
  4. Keluarkan asam gelugor, cuci dan bilas beras dengan air paip untuk membuang sisa-sisa kunyit.
  5. Didihkan air dan masukkan beras dan separuh daun pandan ke dalam pengukus, ratakan.
  6. Kukus selama 15 minit atau sehingga 3 suku masak.
  7. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar bersama baki daun pandan tadi.
  8. Tuangkan santan yang telah dicampur dengan garam gaul rata.
  9. Kemudian ratakan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus semula selama 15 - 20 minit atau sehingga masak.
  10. Angkat dan hidangkan. Sesuai di makan bersama rendang, sambal tumis, masak berlada/ sambal. Selamat mencuba!

TIPS
UUNTUK MENDAPATKAN WARNA PULUT KUNING YANG CANTIK SEKATA
  • Rendam beras pulut bersama asam gelugor atau asam keping supaya warna melekat pada beras.
  • Kacau beras 2 atau 3 kali selama proses merendam supaya sekata.
  • Tumbuk sedikit kunyit hidup dan masukkan ke dalam beras yang di rendam. ( warna lebih terang)

Saturday, 26 June 2010

:-> Kuah Kacang Daging



Kuah Kacang Daging terkenal di negeri Johor. E-na pernah makan tapi inilah first time cuba masak sendiri. Resepi asal dari rumah maya Kak Inahar, seorang doktor yang rajin memasak. Seperti kata kak Inahar kuah ini sedap bila ada rasa serai dan gula yang banyak dan di sesuaikan pula dengan tahap kepedasan masing-masing. Memang tidak rugi mencuba!

Makan satay ayam bersama kuah kacang daging...yummy...yummy

Resepi di bawah telah di edit untuk kesesuaian isi rumah Lovely Kitchen. Di makan bersama Satay Ayam Madu dan Nasi Impit. Mungkin boleh juga kalau daging diganti dengan ayam ke....Kuah kacang ayam...why not!


RESEPI KUAH KACANG DAGING

Bahan-bahan
  • 100 gram daging - dipotong kecil dan direbus sehingga lembut
  • 200 gram kacang - di goreng dan tumbuk / kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia (1/2 inci di kisar, 1/2 inci diketuk)
  • 3 batang serai - 2 dihiris, 1 diketuk
  • 1 sudu besar chilli powder
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 keping asam gelugor
  • 150- 200 ml santan
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 ketul gula melaka (agak2 lah ye)
  • 2 cawan air (agak2)
  • garam dan perasa
Cara-cara :
  1. Kisar serai, halia, lengkuas, bawang besar, dan serbuk cili.
  2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
  3. Masukkan santan, asam keping dan kacang. kacau.
  4. Kemudian masukkan garam, gula masak sampai mendidih.
  5. Tambah air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini.
  6. Biarkan mendidih dan rasa sebati.
  7. Perasakan masin, manis secukupnya barulah di tutup api.
  8. Sesuai di makan dengan satay, nasi impit, ketupat nasi, cucur udang atau di campur dengan kuah lodeh. Selamat mencuba!

Note :
  • Sukatan di atas untuk hidangan 3 ketul nasi impit adabi/nona.



:-> Satay Ayam Madu



Resepi Satay Ayam Madu kali ini tidak banyak beza dengan Satay Ayam yang di buat pada pagi raya tahun lepas. Cuma tambah madu, gula melaka dan menggunakan rempah biji. Ada masa dan sedikit kerajinan bolehlah buat seperti ini kalau tidak belasah je rempah serbuk semuanya... sedap juga! ;-p

Macam mana nak bakar satay? susah ke? perlu ada arang or bbq set baru boleh buat satay? Jangan risau ada bermacam-macam cara yang boleh kita gunakan. Di bawah ini e-na bagi pilihan dan idea untuk yang ingin mencuba.

PELBAGAI PILIHAN CARA MEMBAKAR SATAY
  1. Sapukan TUDUNG PERIUK dengan sedikit minyak masak dan letakkan di atas dapur gas. Susun satay di atas tudung periuk dan bakar sehingga masak. Boleh bakar dan renjis macam bakar dengan arang tu juga. Jangan risau tudung periuk yang hitam kerana ianya akan hilang apabila dicuci. Ini cara yang E-na guna sebab mudah dan cepat masak. Lidi satay juga tidak panas / sedikit panas. Tidak perlu beli alat pemanggang yang lain kan. ATAU
  2. Bagi yang tinggal di Jepun semua DAPUR GAS mempunyai tempat khas untuk membakar ikan/ayam. Boleh gunakan cara ini cuma berhati-hati semasa memegang lidi untuk mengangkat dan balikkan satay kerana lidi agak panas. ATAU
  3. Bakar satay di dalam OVEN dengan suhu 200 c selama 20 - 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada jenis oven. ATAU
  4. Buat je SATAY GORENG kemudian bila dah masak cucuk dengan lidi kalau tak pun makan terus lagi senang!

E-na masak Kuah Kacang Daging untuk di makan dengan satay ayam madu. Kalau tidak salah Kuah Kacang Daging ini terkenal di negeri Johor kan... Selalu buat kuah kacang biasa tu je.


RESEPI SATAY AYAM MADU

Bahan:
  • 500 gm isi ayam/daging (hiris kecil )
  • 3 batang serai - dikisar
  • 3 hiris lengkuas - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis - dikisar
  • 1 sudu kecil jintan putih - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 - 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil madu
  • sedikit gula melaka / kurosato /nisse -dikisar
  • Lidi satay secukupnya

Bahan tambahan:
  • Kuah Kacang Daging / Kuah kacang
  • nasi impit - dipotong dadu
  • timun (dipotong kecil)
  • bawang besar jika suka (potong kecil)

Bahan untuk merenjis :
  • 1 biji buah keras(ditumbuk halus)
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun pandan
  1. Kacau gula dengan air hingga hancur.
  2. Masukkan buah keras dan minyak kemudian kacau sebati.
  3. Serai yang diketuk sedikit dan diikat bersama sehelai daun pandan sebagai perenjis.
  4. Celup ke dalam bahan renjis dan renjis ke atas satay yang sedang di bakar.

Cara membuat satay:
  1. Biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih di sangai / digoreng tanpa minyak sehingga wangi kemudian baru di tumbuk / dikisar bersama serai, halia, lengkuas, kunyit, bawang putih, dan gula melaka.
  2. Kemudian campurkan dengan gula, garam dan madu. Perasakan cukup manis, masin.
  3. Perap ayam dengan bahan kisar selama 4 jam atau semalaman untuk rasa yang lebih sedap.
  4. Cucuk dengan lidi satay.
  5. Bakar dan renjiskan dengan bahan renjis sehingga satay masak. Selamat Mencuba!


Friday, 25 June 2010

:-> Home Made Keropok Lekor



Keropok Lekor untuk minum petang. Lama tak makan, itu yang telefon mak tanya resepi. Biasanya masa kecil-kecil dulu kalau buat keropok arwah ayah yang tukang uli. Selepas rebus arwah suka makan macam tu je tanpa perlu di goreng.

Resepi mak agak-agak sahaja bahannya jadi E-na pun cuba lah agak-agak sukatan bahan-bahannya dan menguli sendiri. Baru tahu betapa kuatnya bau ikan mentah yang lekat di tangan. Kalau dulu tahu makan je, mana lekat bau ikan...he he.

Resepi keropok lekor ini bila dah dapat hasil yang puashati baru E-na post di Lovely Kitchen. Sekarang masih dalam eksperimen. Tungguuuuuuu!

Thursday, 24 June 2010

:-> Tomato



Pokok Tomato yang E-na tanam di balkoni sudah mengeluarkan hasil. Antara jenis-jenis tomato yang ada di mini kebun sayur E-na adalah 2 pokok Tomato bersaiz kecil dan satu pokok tomato bewarna kuning.... 3 pokok sahaja...maklumlah tempat sempit. Tahu tak tomato dalam kategori buah-buahan atau sayur-sayuran? Kalau nak tahu boleh tengok di Sciencebob.

Walaupun buah tomato rasanya sedikit masam tetapi mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan. Antaranya untuk awet muda dan boleh membuang toksin dalam badan. Pokok tomato adalah antara pokok yang senang ditanam dan mudah untuk dijaga. Boleh baca di blog kak yong dan cuzshar untuk mengetahui khasiat tomato dan teknik penanaman pokok tomato di Yuzamri's blog.

Tomato bersaiz sederhana yang sedang masak ranum.


Masih kecil.


Baru menguning... Saiz buahnya besar sedikit dari pokok tomato di bawah ini.


Ini pula tomato bersaiz kecil. Fokus pada buah yang masih menghijau.


Buah tomato yang baru menguning.


Sudah masak! Saiznya sebesar biji guli. Sudah selamat di makan oleh anak-anak. ;-)

Pokok tomato yang buahnya bewarna kuning susah sikit nak lekat bunganya. Sekarang baru ada 2 biji. Nanti bila sudah masak E-na publish di sini ye. Cili hijau dan cili padi juga sudah boleh dipetik. Cili merah dan capsicum merah belum masak lagi. Pokok kesum sudah semakin membiak dan boleh dipasarkan sekitar nagoya..he he iyo je lah.... Strawberry pula dapatlah merasa 4, 5 biji setakat ini. Pokok Daun sup dan Pokok Timun sekarang dah sampai hujung nyawa. Pokok kacang buncis baru mengeluarkan buahnya dan pokok bendi masih kecil lagi.

Tengoklah tu semua jenis pokok di tanam padahal tempat kecil jer...dah minat kan nak buat macam mana. Sekarang pokok ulam raja, kacang panjang dan kunyit baru nak hidup. Kalau berhasil dapatlah merasa makan ulam raja di Nagoya dan masak rendang dengan daun kunyit sendiri...Insyaallah.


Monday, 21 June 2010

:-> Gula Oh Gula



Ada pelbagai jenis gula tapi tahukah kita setiap gula mempunyai fungsi yang berbeza dan tersendiri. Jom baca!

JENIS-JENIS GULA DAN FUNGSINYA

Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagainya, kita hendaklah tahu kegunaan dan kesesuaian gula itu dengan produk yang hendak kita hasilkan.

1. Gula pasir (coarse sugar)
Jenis ini adalah yang paling mudah didapati. Ia bewarna putih dan butir-butir gula agak kasar. Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh minuman dan membuat kuih-muih. Jika anda hendak membuat gula hangus untuk puding atau kek,cairkan gula pasir ini diatas api yang sederhana hingga gula cair dan keperangan,kemudian baru dimasukkan air dan kacau hingga cair.

2. Gula halus (fine granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.

3. Gula kastor (castor sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.

4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)
Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).

5. Gula perang (brown sugar)
Terbahagi kepada dua jenis iaitu light/dark brown.Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat,biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.

6. Gula merah/gula melaka/gula kabung
Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya berpasir.Setelah melarutkan dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi membuang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.

7. Sirap emas (golden syrup)
Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut, kek atau pencuci mulut.

8. Gula hitam (treacle @molasses)
Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.

9. Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)
Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula.

Source : Hajah Noraini bt. Haji Zakaria
Photo : Kredit to Mr. Google

:-> Rendang Pedas Nangka Muda



Selain dari Kari dan Gulai Nangka, Nangka Muda sedap juga di buat rendang. Sesuai untuk hidangan bersama nasi putih, nasi lemak, nasi beriyani, nasi lemak hujan panas, nasi tomato, nasi minyak atau di makan bersama nasi impit, ketupat dan lemang.


Rendang Pedas Nangka Muda

Bahan-bahan
  • 2 tin nangka (500g)
  • 200 gram daging - dihiris nipis
  • 1 tin santan (400ml)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai dain kunyit - dikoyak2kan
  • 1 cawan air
  • sedikit gula
  • garam dan perasa

Bahan-bahan kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 sudu kecil chilli powder
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 10 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)

Cara-cara :
  1. Keluarkan nangka dari tin, siram dgn air dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi dan agak garing.
  3. Masukkan daging dan air dan masak sehingga daging lembut.
  4. Kemudian masukkan santan, nangka, garam, gula dan perasa.
  5. Masak sehingga pekat dan nangka sebati dengan rasa rendang.
  6. Masukkan kerisik dan daun kunyit.
  7. Kacau sekali sekala sehingga agak kering / lembab sikit dan naik minyak.
  8. Sedia di hidangkan bersama nasi kesukaan anda. Selamat mencuba!

Note :
  • Jika menggunakan nangka fresh, rebus dahulu sehingga lembut/ empuk dan toskan airnya.



Sunday, 20 June 2010

:-> Apam Comel Dot Dot


Apam comel bertambah kiut bila di tambah dengan dot dot di permukaannya. Ada masa dan kerajinan bolehlah buat macam ini tapi kalau tak cukup masa buat je seperti gambar di bawah, plain....cantik juga kan!

Kalau nak buat design macam APAM COMEL INTI STRAWBERRY JAM ni pun boleh...Terpulang pada citarasa masing masing.

Apam Comel Dot Dot Inti Blueberry

Bahan-bahan

(70 biji papercup kecil comel-comel) :

  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Pewarna hijau, merah dan kuning

Bahan untuk inti :
  • Blueberry filling secukupnya.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan apam kecuali pewarna ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan paling maxima selama 6-8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag atau bag plastik yang bersih.
  4. Susunkan mangkuk kertas ke dalam acuan lompang.
  5. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas.
  6. Kemudian picitkan blueberry filling secukupnya.
  7. Picitkan lagi adunan yang sama warna sehingga 3/4 penuh.
  8. Kemudian picitkan beberapa titik adunan yang berlainan warna ke atas permukaan apam tadi.
  9. Kukus di dalam pengukus yang telah mendidih selama 10 - 15 minit.
  10. Angkat dan sejukkan. Ulang langkah 4 sehingga selesai. Selamat Mencuba!

Source : Azita Zain

Saturday, 19 June 2010

:-> Roti Sosej Pintal Mayo Cheese



Bahan-bahan untuk doh:
  • 130 gram (fresh milk + 1 biji telur)
  • 260 gram tepung roti
  • 60 gram water roux
  • 20 gram butter
  • 20 gram gula
  • 20 gram susu tepung
  • 3 gram garam
  • 5 gram dry yeast
Bahan-bahan lain :
  • 12 batang sosej
  • mozarella cheese
  • sos cili
  • mayonis
Cara-cara
  1. Masukkan bahan-bahan doh ke dalam bread maker dan pilih menu 'dough'. (boleh rujuk sini)
  2. Bila selesai keluarkan dari BM dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan udara.
  3. Bahagikan doh kepada 12 bahagian dan bulatkan.
  4. Ambil satu bahagian dan canai. Balut doh pada sosej.
  5. Potong dengan pisau secara menegak sehingga sosej putus tetapi jangan sampai doh di bahagian bawah putus. Potong 8-10 potongan.
  6. Kemudian pintal dengan menarik ke kiri dan ke kanan potongan sosej tadi sehingga selesai.
  7. Ulang langkah 4 sehingga habis.
  8. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda atau selama 40 minit.
  9. Paipkan chili sause, mayonis dan tabur mozarella cheese di atas permukaan doh.
10. Bakar denga suhu 180°C selama 12 - 15 minit atau sehingga perang bergantung kepada

jenis oven.

11. Sejukkan roti dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat Mencuba!


Note : Doh ini lembut sedikit, boleh kurangkan sukatan susu menjadi 110 atau 120ml jika mahu sedikit keras untuk memudahkan proses memotong. E-na suka sukatan asal di atas.


Untuk Rujukan Klik di bawah :





Thursday, 17 June 2010

:-> Macam mana nak buat ni??? TOLONGGGGGG!!!


Tak ada penyakit cari penyakit...



Tak ada kerja cari kerja...



Tangan dok bermain-main dengan new template dalam blog...



HASILNYA?



Dah dapat penyakit dan bertambah pula satu kerja...



Tengok lah apa dah jadi dengan HEADER Lovely Kitchen tu????



dah bertambah jalur-jalur gemilang gitu...huhuuuu



itu hasil gatal tangan nak tengok macam mana rupanya TEMPLATE DESIGNER yang baru dalam DESIGN blogger.



Apply pandai tapi nak REMOVE semula TEMPLATE DESIGNER tu masih tidak berjaya...


Ni nak minta tolong Rakan-rakan dan pengunjung Lovely Kitchen 'macam mana nak REMOVE TEMPLATE DESIGNER YANG TELAH DI APPLY tu?




Kalau sudi membantu tinggalkan mesej di dalam ruangan komen di bahagian atas n3 ini ye....



Pertolongan Kalian amat diperlukan.... :-(


:-> Rainbow Marble Pudding



Pudding ni sedap makan sejuk-sejuk dari peti ais. Menggunakan resepi yang sama sebelum ini (klik di sini untuk resepi asal) cuma resepi di bawah telah di edit mengikut bahan di sini dan cara di olah sedikit mengikut design seperti di dalam gambar...

Rainbow Pudding Marble

Bahan-bahannya:
  • 1 bungkus solid agar-agar (20g)
  • 700ml air
  • 220 gram gula pasir
  • 70 gram butter
  • 4 biji telur saiz sederhana
  • 200 ml fresh milk
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Pewarna merah, kuning dan biru
  • Loyang 20cm 4 segi

Cara-cara
  1. Masak agar-agar bersama air dan gula sehingga hancur dan mendidih. Tutup api dan ketepikan.
  2. Pukul telur dengan whisker, masukkan fresh milk dan tepung kastard, kacau sebati.
  3. Tapiskan ke dalam agar-agar tadi. Kacau rata.
  4. Masak semula sehingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata. Angkat.
  6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  7. Masukkan serbuk koko yang telah di bancuh dgn sedikit air suam ke dalam satu mangkuk. Dan masukkan 1 mangkuk lain dengan warna kuning, mangkuk lain dengan warna merah dan mangkuk yang terakhir dengan warna biru.
  8. Salah satu hujung Loyang di sanggakan / di alas dengan kain/ buku untuk tinggikannya.
  9. Tuangkan satu senduk adunan merah diikuti dengan adunan biru dan kuning berselang seli sehingga abis.
  10. Letakkan semula loyang dalam kedudukan asal.
  11. Kemudian dengan berhati-hati tuangkan adunan coklat ke atas permukaan agar-agar tadi. Ratakan.
  12. Sejukkan di dalam peti sejuk.
  13. Bila dah keras bolehlah dipotong dan dihidangkan. Selamat Mencuba!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...