Thursday, November 27, 2008

SIAPA paling Malas....Adakah anda??? hehe


Bismillahirrahmanirrahim...
Salam semua. Hari nie ada cerita mengenai siapa paling malas. Anda fikirkan siapa paling malas.. semoga terhibur ..
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang
menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari
dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....

Lalu raja itu pn mengatakan budak itulah paling malas..

*ish3, macam nie pn ada kan….

Ok, dh tao siapa paling malas?? sekarang anda nilai di mana tahap kemalasan anda... Semoga ia memberi manfaat dan membuatkan anda akan lebih rajin selepas ini...

Saturday, November 22, 2008


HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL...) CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!

Alat ini dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya. Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device. Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan

Wallahua'lam…………….

Thursday, November 20, 2008

Salam...

Bismillahirrahmanirrahim...
Agak lama x bersua di laman nie.. Maaf la, saya out station ke utara seminggu lepas. Di chalet penginapan tiada sumber internet pulak.. InsyaAllah. Saya akan update info setelah selesai semua tugas.. Terima kasik kepada sahabat yg sudi menjengok laman saya nie///

TERUSKAN PERJUANGAN...

Thursday, November 13, 2008

Berat badan wanita bergantung kepada kegembiraan: Saintis



LONDON: Satu kajian terbaru menyatakan kesukaran wanita terutama golongan isteri mengawal berat badan dan mengelak gemuk bukan disebabkan amalan pemakanan atau kurang senaman, sebaliknya berpunca daripada rasa bahagia dan selesa disamping pasangan.

Pakar pemakanan dan saintis berkata, hasil kajian mendapati turun naik berat badan seseorang wanita bergantung kepada sejauh mana kegembiraan dan kebahagiaan yang dinikmatinya.

"Pada peringkat awal hubungan, wanita biasanya melakukan amalan pemakanan ketat demi menjaga penampilan dan ketika ini berat badan turun secara purata 2.2 kilogram sebulan."

"Bagaimanapun, keadaan berubah apabila wanita mula berasa selesa dengan pasangannya. Rancangan perkahwinan yang menjadikan wanita gembira akan menyebabkan berat badan bertambah, sebelum berkurangan semula selepas bayi dilahirkan," kata seorang daripada penyelidik.

Sebuah firma pengurusan berat badan yang turut membuat kajian ke atas 3,000 wanita berkata 'kaum hawa' menghadapi lima tahap turun naik berat badan dalam hidup mereka dan ia berbeza antara satu sama lain.

"Emosi wanita mempunyai kesan yang amat besar terhadap kesihatan dan berat badan," kata Jane McCadden dari firma berkenaan yang dipetik sebuah akhbar tempatan.

Beliau berkata, tempoh hayat seseorang wanita menyaksikan berat badan mereka turun naik mengikut fasa baru dalam kehidupan, percintaan dan status keluarga.

"Kajian kami juga berjaya menjelaskan betapa sukarnya untuk wanita mengekalkan berat badan sepanjang hayat mereka. Walaupun ada masanya mereka berjaya mengurangkannya, tabiat pemakanan yang buruk akan berulang dan mereka kembali berdepan masalah itu," katanya.

Beliau berkata, kajian menunjukkan bahawa separuh daripada responden bersetuju bahawa berat badan mereka bergantung kepada sejauh mana kegembiraan yang dialami.

Wednesday, November 5, 2008


Bismillahirrahmanirrahim...
*maklumat nie sya dapat dari rakan blog saya...
Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit.

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri? SAMA SAMALAH KITA FIKIR KESANNYA

Monday, November 3, 2008

HATI HATI DENGAN UBAT TIRUAN..

Bismillahirrahmanirrahim...

GERAM rasanya membaca laporan akhbar mengenai rampasan ubat tiruan yang tidak sudah-sudah. Ada saja pihak tidak bertanggungjawab yang mahu untung cepat tanpa memikirkan risiko bakal dialami pesakit apabila memakan ubat tiruan yang diseludup masuk ke negara ini.Fungsi pihak berwajib haruslah ditingkatkan untuk mengawal gejala ini daripada terus berleluasa.

Perniagaan ubat tiruan berlaku di seluruh dunia, termasuk negara kita. Ia merangkumi 10 peratus daripada bekalan ubat dunia yang membabitkan RM70.4 bilion dan dianggarkan akan terus berkembang pada kadar 13 peratus setahun jika tiada usaha mengekangnya.Apa yang dikatakan ubat tiruan? Ubat tiruan mempunyai bentuk dan warna hampir sama dengan ubat asli tetapi berbeza kandungan bahan aktifnya. Ubat tiruan bukan saja merugikan wang pengguna, bahkan boleh mengancam kesihatan dan nyawa.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ubat tiruan ialah ubat yang:

> Tercemar. Ubat tercemar ialah produk asal yang dicampur dengan bahan lebih rendah mutunya atau tidak diluluskan

> Mengandungi bahan aktif atau bahan kimia yang salah

> Tidak mengandungi bahan aktif langsung

> Jika ada bahan aktif, kuantitinya mungkin tidak tepat, sama ada terlalu sedikit atau banyak

> Mempunyai rasa, konsistensi, rupa yang berlainan atau memberi tindak balas fizikal berbeza apabila dimakan

> Dibungkus dalam bungkusan berbeza. Namun dalam kebanyakan kes, perbezaan pembungkusan ubat tiruan sukar dilihat

> Tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan

Cara mengelak

> Beli ubat daripada farmasi berdaftar atau pakar perubatan saja

> Usah terpengaruh jika ada pihak menawarkan produk pada harga murah

> Usah beli jika bungkusannya mencurigakan atau sudah dibuka

> Periksa tanda label pada produk

> Baca dan periksa label pada bungkusan

> Periksa sebarang perubahan pada bungkusan dengan ubat yang anda sudah beli

> Jangan sekali-kali beli ubat melalui Internet atau telefon

> Pastikan ubat berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan mempunyai hologram

> Usah beli ubat daripada kedai runcit, kedai kopi, kedai ubat tradisional yang tidak berlesen, gerai tepi jalan atau ejen jualan langsung

> Gunakan budi bicara anda. Pilih ubat yang selamat iaitu disokong kajian saintifik.
Waspada jika ada pihak menawarkan ubat ajaib dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang hanya disokong oleh testimoni pengguna.

Ini kerana reaksi setiap orang terhadap sesejenis ubat adalah berbeza. Ubat yang sesuai untuk individu A mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada anda, walaupun kedua-duanya mengalami masalah kesihatan sama.

Untuk meningkatkan kesedaran pengguna terhadap bahaya ubat palsu, Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd menerbitkan buku panduan anti-ubat tiruan dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina.Menurut Pengarah Serantau Keselamatan Global Pfizer, Dave Campbell, buku panduan berkenaan mengandungi banyak maklumat mengenai bahaya ubat tiruan dan langkah berjaga-jaga dalam bentuk soal jawab yang mudah difahami.

Buku panduan percuma itu boleh diperoleh dari mana-mana klinik dan farmasi. Pembaca juga boleh menghantar e-mel ke malaysia_counterfeiting@pfizer.com untuk mendapatkan satu salinan buku panduan. Jika anda curiga pada mana-mana produk atau ada maklumat mengenai ubat tiruan, sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Farmaseutikal di talian 03-7968 2200 atau hantar e-mel ke pharmacy1@moh.gov.my.


Sunday, November 2, 2008

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam semua.. Hari nie ada crita yg kwan saya ajak kongsi bersama anda semua.Mula2 saya baca artikel nie, tergolek2 saya gelak... xsangka walaupun nmpk mcm kelakar... Teruskan membaca...

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia dalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang…. dipetik dari majalah PA&MA…Feb 2004…kalau tak caya…

So kengkawan kalau tengah stress tu …..bolehlah cium ketiak suami atau boyfriend. Bagi kaum adam pulak, simpan bau ketiak tu utk orang tersayang. Moral of the Story…. So kalau isteri dok tension tu … lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tu Insyaallah mood dia ok…….

Ha..ha…ha. … selamat mencuba…& Kepada para isteri jangan dok tension sangat…nanti kena cium bau ketiak suami …….. kuikui.... YANG PENTING, CERIAKAN HIDUP ANDA.