Sunday, September 28, 2008

salam Ramadhan.. dan salam syawal bakal menjelma..

Salam semua. Saya minta maaf la.. sdh seminggu x update blog nie. Kebetulan sbuk di bulan mulia ini. Sibuk dgn tempahan brg dan di kilang praktikal. Hanya Allah tao betapa letihnya saya melayan kerenah2 manusia nie. lpas 2, blik kilang dh ptg, nk siapkan juadah berbuka.. mlm blik terawih mcm2 kerja perlu disiapkan. memang penat... mgkn dugaan di bulan mulia nie.. alamak, bru nk bercerita pnjg.. dh azan nie... ok laa, saya berbuka dan nk solat mgrb... Mungkin selepas tarawih, kta bersua lg jika berkelapangan.... TERIMA KASIH KEPADA YG SETIA MELAWAT LAMAN AMBO NIE....

Sunday, September 21, 2008

relax2 MINDA

salam semua... huhu, dh lm x msuk blog nie.. sorie la.. saya agk sbuk la dlm bulan ramadhan nie. Almaklumlah, mgkn bnyk keje perlu diselesaikan.. Mari kita relax2 minda... Yg pempuan jgn mare pulak bc nei yer... hehe...Mgkn kebetulan sahaja berlaku kpd anda..Sebelum anda membaca entri ini,cuba jawab soalan ini dahulu. Agak-agak, betul ke yang wanita ini kompleks dari lelaki? Hurm..fikir-fikirkanlah sambil anda membaca entri ini yer.

Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang,cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan 鈥渁laamak byk la aku ambik鈥�
30. Sampai depan kaunter 鈥渂erapa?鈥�
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. DH tao harga pn, msih kira2 duit lg.. cukup ke tidak
34. Tutup dompet. Ambik nasi
35. Tinjau-tinjau tempat duduk.
36. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
37. Cari tempat duduk lain
38. Jumpa. Duduk..
39. Alamak. Air tak order lagi
40. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
41. Order air
42. Bangun
43. Ambik sudu
44. Duduk
45. Bangun
46. Ambik Tisu
47. Duduk
48. Air sampai
49. Belek dompet (Step tadi)
50. Bayar
51. Tutup
52. Minum air
53. Start makan
54. Tengok-tengok orang sambil makan
55. Makan separuh..kenyang
56. Sebab dah minum air
57. Letak sudu, letak garpu
58. Pinggan tolak tepi
59. Borak2... mcm2 crita
60. kengkadang sempat ngumpat... kui3
61. Pukul 2, naik opis..
62. Ambik beg makeup, g surau!!!!!
Last3.. pukul brapa bru wat keje kat ofis.....
BILa waktu blik, dia yg ankat beg tangan dulu.... hehe

BERBEZA KAN??? :)

Ha ha ha. So, adakah perempuan memang kompleks atau list ni yang saja ditokok tambah? Mari-mari berikan komen anda yang bernas itu.

Sunday, September 14, 2008

akibat tak bersahur dan berbuka berlebihan..














Bismillahirrahmanirrahim.
Salam semua... ok, bersempena Ramadhan nie marilah sama2 pertingkatkan amlan bg org islam... Gmbr di atas adalah akibat tak bersahur dan selepas itu akkibat mkan terlalu bnyk ketika berbuka.... hehe, penuh sinis.. TETAPI inilah yg berlaku di kebanyakan antara kita...
SAMA SAMA RENUNGKAN...

Wednesday, September 10, 2008

MENU olimpik






Bismillahirrahmanirrahim.

Salam semua....now agk sbuk laa.. siang sbuk di kilang dan mlm kna siapkan report2 selepas solat terawih.. x sempat nk jengah teratak ambo nie.. terima kasey kpd yg sudi menjenguk teratak ambo nie.. Ari nie ada dpt gmbr dari member yg smpt g olimpik di china.. Mari kita tengok makanan yg ada dijual di sana.. Agk2 brpa rmi rakyat Malaysia yg beli makanan ini jika dijual di negara kita yer.... sama2 fikirkan jawapannya.... ok




Monday, September 8, 2008

CERITA sebagai iktibar....

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam semua. Today, saya nk kongsi satu cerita, ini berlaku pada org kg saya. Terpulang kpd anda ingin percaya atau tidak... Moga dapat jadikan iktibar...


MELAKA - Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!

Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.


Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu. Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan,katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam. Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.


Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh, kata pesara tentera itu.Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit. Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.


Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat, katanya.

*CEGAH SEBELUM PARAH....MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI... ")


Sunday, September 7, 2008

MaKaN dan ciNTa

Bismillahirahmanirrahim..

SALAM semua.. bagaimana dgn ramadhan anda, moga2 makin bersemangat menghadapi ramadhan tahun ini. Ok, hujung2 minggu nie, mari kta relax2 minda. Saya sertakan cara makan anda dengan cinta anda.Mungkin anda percaya atau tidak, tp anda boleh perhati cara si kekasih hati atau pasangan anda makan di depan anda...Setiap perkara yg dilakukan mgkn berkait rapat dgn fitrah manusia,so... Perhatikan cara makan pasangan anda....


gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Ini berdasarkan kaji selidik yg dilakukan kaitan sikap dan kaedah semasa makan. Perhatikanlah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya. Semoga terhibur dgn artikel kali ini.

Makan dengan tenang :


-Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu
buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam! membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan :


-Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya

Serius ketika makan :


-Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!


Makan sambil borak :


-Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!


Makan sambil kerap tengok jam :


-Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.


Makan sambil merungut


- Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah,macam kat cafe,kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis kat cafe atau di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas u all nanti!

Sudah baca semua.. bagaimana agknya cinta anda.. Anda sahaja yg boleh menilai.bagaimana pula cara korang makan.....dan cinta korang....erk ? hehe.....

*CINTA KEPADA ALLAH ADALAH CINTA HAKIKI

Friday, September 5, 2008

Bismillahirahmanirahim....

Salam semua.. Artikel ini saya terima dari seorang teman di Belanda, yang mendapatkannya dari seorang temannya yang manuntut dan bekerja di salah satu rumah sakit di Rotterdam /Belanda. saya rasa amat pntg untuk kita semua tahu.

ALUMINIUM CHLORHYDRAAT DALAM DEODORANT


Aluminium Chlorhydrate, untuk selanjutnya saya singkat menjadi AC. AC terdapat dalam Nivea Deodorant sensitive without alcohol dan juga dalam Dove Deodorant Silk Dry (tutup emas), tidak didalam Dove fresh touch, juga rexona men xtreme.

Baru2 ini saya menghadiri sebuah seminar tentang kancer payudara. Waktu soal jawab, saya mengajukan pertanyaan tentang, mengapa bahagian ketiak adalah tempat dimana paling sering perkembangan kancer payudara terjadi.

Waktu itu pertanyaan saya tidak dpt dijawab dan akan diberi jawapan kemudian hari. Selang beberapa waktu, saya menerima pos, dimana ada keterangan/jawaban atas pertanyaan saya. Keterangan atau jawaban itu ingin saya informasikan kepada anda semua.

Penyebab utama untuk kancer payudara adalah karana pemakaian produk2 ANTI-TRANSPIRANTEN (= anti peluh). Kebanyakan produk yang ada dipasaran merupakan kombinasi dari anti-peluh dan deodorant. Produk Deodorant sendiri tidak berbahaya.

Mohon periksa bahan2 apa saja yang tertera dikemasan produk2 deodorant anti-peluh anda dirumah! Jika mengandung AC, SEGERA BUANGLAH, seperti. Rexona dan Dove Deodorant. Cuba menggunakan lain yang tidak mengandung bahan AC ini.Biar mahal sedikit asal tidak mudarat kpd kesihatan kita.


Alasannya adalah sederhana: Hanya beberapa bahagian dari tubuh kita yang dapat mengeleminasi zat2 racun, iaitu bagi. belakang lutut, belakang kuping, diantara kaki dan
ketiak. Zat2 racun ini dikeluarkan dalam bentuk peluh.

Produk2 anti-peluh mencegah peluh keluar. Dengan menggunakan deodorant anti-peluh, zat2 racun tadi tidak boleh dikeluarkan dari dalam tubuh, melainkan tertumpu di kelenjar getah bening dibawah lengan. Asal kanser payudara kebanyakan ditemukan di area bagian atas payudara.

Laki2 tidak sepeka wanita terhadap type penyakit ini. Meskipun laki2 menggunakan produk2 anti-peluh, bahan2 produk ini biasanya tinggal melekat dipermukaan ketiak dan tidak langsung masuk kedalam kulit.

Kaum wanita yang setelah mencukur bulu ketiak dan terus menggunakan produk anti-peluh lebih banyak risikonya, karana lewat luka2 kecil yg mungkin terjadi akibat mencukur bulu ketiak. bahan2 kimia yang ada dalam produk anti-peluh bisa lebih cepat masuk kedalam tubuh.

Rupa-rupaanya setelah di periksa, saya pn memakai deodorant yg mempunyai AC. Saya terus buang dan akan berhati hati ketika memilih deodarant selepas ini.Tolong sebarkan hal ini kepada semua laki2 dan perempuan yang anda kenal atau pun xkenal. Kanser payudara kian hari mencapai jumlah yang membimbangkan.

HARAP KEMENTERIAN KESIHATAN DAN SYARIKAT YG TERBABIT DPT MEMBERI PENJELASAN BERKAITAN


Monday, September 1, 2008

SALAM RAMADHAN DARIKU...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan


"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

-Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

-Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; *-

-Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan..

SALAM RAMADHAN DARIKU...