Sunday, August 31, 2008

Bismillahirahmanirrahim....


Pixel Code Graphics



Alhamdulilah, saya baru blik dari solat terawih, ramai juga yg hadir walaupn jika dhitung msih ramai yg x hdr.. mgkn solat berjemaah di rumah bersama kelurga msg2 atau di surau berdekatan. Walaupun hari ini Hari Kemerdekaan, saya lebih berminat untuk menulis mengenai Ramadhan. Slam merdeka buat semua.. Pada saya, pertemuan Hari Kemerdekaan pada hari ini dan bermulanya Ramadhan merupakan satu mesej simbolik daripada Allah SWT kepada kita, supaya kita memerdekakan diri kita daripada belenggu nafsu dan kejahatan yang selalu mengganggu hidup kita.

Pertemuan merdeka dengan Ramadhan ini juga bererti bermulanya satu titik permulaan untuk kita berhijrah untuk kita menjadi insan yang lebih baik. Bermulanya Ramadhan, merdeka lah kita daripada syaitan laknatullah yang selama ini memangkin serta mendidik nafsu kita supaya lebih gagah mengatur langkah kita ke arah kebinasaan. Bermulanya Ramadhan, merdekalah kita dari kesakitan yang datang akibat permakanan yang mengikut hawa nafsu yang menjuruskan kita kepada penyakit. Bermulanya Ramadhan, merdeka lah kita dari sikap mementingkan diri sendiri, tamak haloba, cintakan dunia akibat godaan nafsu yang tidak mengenal erti ikhlas, ihsan dan wasatiyah.

Bermulanya Ramadhan, merdekalah kita dari sifat kedekut dan bakhil. Bermulanya Ramadan, merdekalah kita dari sifat hasad dengki dan iri hati. Bermulanya Ramadhan, merdekalah kita dari gelojak nafsu seks yang membawa kita kepada keseronokan sementara dan dosa di luar izinNya. Bermulanya Ramadhan, merdekalah kita, dari belenggu ikatan syaitan yang telah dipasung agar kita dapat melangkah dengan bahagianya ke syurga Allah SWT. Insyaallah.


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.


Pixel Code Graphics

Saturday, August 30, 2008

Bismillahirahmanirahim...

Salam semua.. Setelah mengetahui khasiat2 dlm mknan, mari kita lihat petua untuk makan pula. InsyaAllah jika diamalkan akan mendapat kesihatan yg baik. Moga anda semua dapat amalkan cara pemakanan yg sihat..

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje. sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah
susah2 makan pil untuk kurus. Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini, kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA
AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2
cubalaa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...

Wednesday, August 27, 2008

Khasiat TAUGEH

Bismillahirahmanirahim...

Salam semua... saya bru blik kenduri nie.Nk dijadikan cerita, ada la lauk taugeh yg disediakan oleh tuan rumah. Ada la seorang pak cik nie 'bertekak' asal taugeh. Rupa2nya mereka bertekak pasal taugeh yg dimakan. Yg seorang nie kat taugeh xde khasiat lgsg, org cerdik xmkn taugeh sbb tiada khasiat... Yg seorang lg lg mengatakan taugeh bnyk khasiat. Org cerdik akan mkn taugeh. Merekamenegakkan hujah msing2 sehinggaah hbs sepinggan nasi dimakan. Xtao la saya, sape mng, sape kalah. Pak cik nie, kedua2nya pencen kerajaan rupanya. Saya pulak, lps hbs knduri msih berfikir2 apa khasiat taugeh nie... Cari punya cari, jom kta kongsi info nie.. Terima kasih kat pcik td sbb dpt pula msukkan info dlm blog sya...Harap pakcik baca blog saya..:)

Makanlah tauge... jangan tak makan!!!

Memakan taugeh untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan. Taugeh bnyk terdapat dlm masakan melayu.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya... Selamat semua.

Monday, August 25, 2008

Kenal pasti ramuan pada label makanan

Ok... Setelah anda semua mengetahui kepentingan membaca label ketika ingin membeli makanan, now, kenal pasti pulak ramuan pd label makanan. Dari ramuan anda dh dpt tao sama ada sesuatu makanan tue berkasiat ke tidak. Mari jelajah senarai ramuan di label makanan yg anda beli..

Senarai Ramuan
Senarai ramuan kelihatan seakan-akan saperti resipi. Ia memberitahu anda tentang bahan-bahan yang ada didalam makanan dalam bungkusan tersebut. Ramuan itu biasanya di tulis dalam bentuk menurun berdasarkan beratnya. Ramuan yang ditulis paling atas dalam senarai adalah yang paling banyak digunakan, diikuti dengan yang kedua dan ketiga banyak dan seterusnya.

Mari kita perhatikan senarai ramuan dalam sebuku roti sebagai contoh nya.

Ramuan

Tepung protein tinggi, granual gula, tebu, lemak sayuran, ragi roti, garam, tepung soya, pemantap doh, vitamin C, kalsium, zat besi, kalsium propionate.

Namun sesetengah ramuan diberikan nama berbeza antara satu senarai dengan yang lain. Lemak dan minyak umpamanya, akan disenaraikan sebagai vegetable oil, dripping, shortening atau hydrogenated vegetable oil.

Semua jenis lemak tersebut mempunyai nilai tenaga yang sama tetapi berbeza dari segi darjah ketepuannya. Lemak dan minyak daripada sumber haiwan adalah yang paling tepu. Ia tidak sesihat lemak dan minyak daripada sumber yang tidak tepu saperti safflower, bunga matahari atau kacang soya.

Gula
Dalam senarai ramuan bahan ini boleh ditulis sebagai gula tebu, gula perang atau gula asli (raw sugar), gula aising, sukrosa, gluscose, dektrosa, maltosa, fruktosa, mollase, sirap jagung atau madu yang kesemuanya mempunyai nilai tenaga serupa.

Pemanis tiruan saperti aspartame, saccharin dan acesulfame juga boleh dimasukkan ke dalam senarai gula.

Garam
Kadang2 garam ditulis sebagai sodium chloride tetapi ia juga boleh ditulis sebagai rock salt, sea salt atau vegetable salt.

ok. Inilah antara maklumat yg saya boleh kongsi bersama untuk kali ini. Bnyk lg maklumat yg anda perlu tahu selepas ini...
----- ilmu walaupun sedikit, amat berguna jika dimanfaatkan... DAN ilmu xkan berguna walaupun bnyk, jika kita tidak amalkan..

Sunday, August 24, 2008

MINUMLAH air zam zam

Umum mengetahui bahawa terdapat bnyk kelebihan meminum air zam zam. hari ini, mari sama-sama membaca kisah tentang air zam zam..

AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.

Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: "Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit."Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah. Air zam zam baik untuk semua perkara seperti di beri kpd bayi yg baru lahir, di amalkan oleh ibu yg sdg mengandung dan untuk sebarang kegunaan dgn niat yg baik. Sesuai juga untuk kegunaan memasak.

Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam.Berdasarkan nas asy-Syafi'eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.

Disebutkan dalam hadis, Jabir bin `Abdullah, katanya: "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.

Diriwayatkan Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam. Rasulullah pernah bersabda: "Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Ok, kpd mereka yg ingin ke tanah suci, bekalkanlah air zam zam pulang ke tanah air kerana banyak kelebihannya.. SELAMAT minum air zam zam..


Saturday, August 23, 2008

KHASIAT BAWANG PUTIH

SALAM SEMUA SAHABAT, Alhamdulillah dpt juga update posting terbaru nie. Maaf la sehingga ada sahabat yg menegur knp x update.. tq kpd semua yg prihatin, saya agak sibuk 3 hari nie.. Nk g Permatang Pauh, x dpt cuti pulak.. huhu.. Doakan kejayaan DS Anwar Ibrahim, semoga dapat mengembalikan zaman kegemilangan MALAYSIA tercinta.. Amin... ok, hari nie kita baca info mengenai bawang putih pula...


Bawang putih telah lama dikatakan baik untuk kesihatan, tetapi apakah yang membuatnya menyihatkan tidak begitu jelas. Kemusykilan itu kini terjawab melalui satu kajian yang telah dijalankan dan dilaporkan dalam makalah Akademi Sains Nasional di Amerika Syarikat.

Para penyelidik kajian itu mendapati bahawa memakan bawang putih meningkatkan bekalan semula jadi hidrogen sulfida (hydrogen sulphide). Tubuh manusia sebenarnya mengeluarkan sendiri hidrogen sulfida yang bertindak sebagai antioksidan dan memberi isyarat menerusi sel-sel untuk menenangkan saluran darah dan menambah pengaliran darah.

Dalam kajian terbaru yang dilakukan di Universiti Alabama di Birmingham Amerika, itu para penyelidik mendapati bawang putih turut mengeluarkan hidrogen sulfida yang berguna. Untuk kajian itu, mereka telah mengeluarkan jus daripada bawang putih dan mencampurkan sejumlah kecil jus itu dengan sel-sel darah merah manusia.

Mereka mendapati bahawa sel-sel itu dengan segera mengeluarkan hidrogen sulfida. Keupayaan bawang putih mengeluarkan hidrogen sulfida mungkin boleh memberi jawapan mengapa kita boleh terlindung daripada diserang barah jika memakan makanan yang kaya dengan bawang putih.

Ini termasuk barah buah dada, barah prostat dan barah usus. Pakar-pakar lain pula mendapati bawang putih juga boleh menyihatkan jantung. Walaupun ia belum menunjukkan secara konsisten boleh menuruhkan kadar kolesterol, para penyelidik dari Maktab Perubatan Albert Einstein di Amerika mendapati awal tahun ini bahawa menyuntik hidrogen sulfida pada tikus hampir mencegah keseluruhannya kerosakan pada otot-otot jantung akibat serangan jantung.

Dr David W. Kraus, professor bersekutu bidang sains sekitaran dan biologi di Universiti Alabama, berkata memakan lima biji atau lebih bawang putih melalui masakan sehari adalah disarankan jika kita ingin meraih faedah bawang putih. Namun, beliau mengingatkan agar usah memasak terus bawang putih selepas ia dihiris, ditumbuk atau dikisar, sebaliknya biarkan ia selama kira-kira 15 minit untuk meraih faedah nya. Ini akan membolehkan berlakunya reaksi enzim pada bawang putih.

Ok... after this, bley la kira2 jumlah bawang putih yg ingin dimakan...

Monday, August 18, 2008

PERKARA yang perlu diamalkan

Salam semua.. Semua mengetahui amalan membaca label pd pek makanan adalah perlu, tetapi berapa ramaikah yg mengamalkan perkara ini. Mari kita singkap kebaikan membaca label pd makanan yg kita beli. Cerita hari nie tentang amalan yg perlu dan patut anda semua amalkan ketika membeli. Perkara yang perlu dijadikan amalan ialah Membaca label bungkusan makanan.

Ini disebabkan pada label tersebut ada pekara-pekara berikut :

  • Segala maklumat mengenai ramuan yang terkandung dalam makanan tersebut. Bahagian ini dinamakan sebagai senarai ramuan atau ingredient list
  • Maklumat pemakanan daripada Panel maklumat pemakanan.
  • Maklumat mengenai produk-produk makanan yang lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh dikenali melalui simbol Healthier Choice pada bungkusan makanan
  • Maklumat tentang dakwaan nutrient makanan. Dakwaan ini akan memberitahu anda sama ada sesuatu makanan itu mengandungi banyak serat, bebas kolestrol atau rendah lemak dan sebagainya.
  • Selain itu, terdapat juga tarikh dibuat dan tarikh luput untuk sesuatu produk.
  • Logo HALAL pula perlu dipentingkan oleh setiap muslim.
OK, sekarang anda telah mengetahui kepentingan membaca label pada bungkusan makanan.. anda telah amalkan perkara ini.. TAHNIAH jika anda telah amalkannya.. bg yg blom mengamalkan, amalkan mulai SEKARANG... *)

AMALAN PEMAKANAN... pilihan tepat


BERSUA kita semula.. today, kita kongsi cerita lg tentang food.... Story kali ini untuk menjaga kesihatan anda.Maklumlah, skang nie bnyk makanan di jual di pasaran, kita sahaja yg menentukan nk beli or not. From now, hati-hati dgn kandungan dalam makanan anda..

SELAMAT MEMBACA...

Di bawah adalah berita kesihatan dari California. Kerajaannya telah mengharamkan penggunaan trans fat di dalam penyediaan makanan. Nama lain bagi trans fat adalah HYDROGENATED VEGETABLE OIL.

Kandungannya mempunyai kimia bernama hexane seperti yang terdapat dalam diesel. Ia menyebabkan bengkak saluran darah, menyebabkan saluran darah tersumbat dan menyebabkan plaque di atas permukaan dinding saluran darah. Akibatnya, jantung sentiasa terpaksa kerja kuat untuk pam darah ke seluruh badan.


Kalau membeli apa-apa makanan seperti cokelat, makanan sudah proses, makanan siap masak masak dan sebagainya di supermarket, harap baca label dan lihat jika ada HYDROGENATED OIL. Jika ada, tinggalkan dan cari alternatif.Anda boleh mencari makanan yg tiada kandungan trans fat. Jika anda mengambil dalam kuantiiti yg tinggi dlm kehidupan anda, boleh membawa kemudaratan. Pilihlah makanan yg berkhasiat dan akan akan mudah bebas dari penyakit.


**INFO INI MUNGKIN MEMBANTU ANDA...Tiada makanan yang lebih sihat daripada makanan segar yang dimasak di rumah, buah-buahan tempatan dan air putih.

Semoga sahabat-sahabat semua menjadi lebih sihat dan panjang umur. mulakan memasak dengan BISMILLAH dan berdoalah moga dikekalkan kesihatan untuk melakukan kebaikan di dunia ini.

MOGA MENDAPAT RAHMAT ALLAH.. AMIN

------------ --------- --------- --------- --------- -----

Saturday, August 16, 2008

ANEH TAPI BENAR.....

Salam semua... Bersua lg dgn satu lagi kisah yang boleh anda semua jadikan iktibar.. Kisah ini berkaitan dengan amalan yg sering kita lakukan... NAMPAK MUDAH, tp kesannya....... ANDA TERUSKAN MEMBACA...

JANGAN JILAT SAMPUL SURAT!!!

Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California .Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya .Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak..

Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan bengkak biasa. Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari Bengakpada lidah wanita tersebut semakin membesar.

Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada lidahnya.Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankanpembedah an kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut.
Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu
Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul suratyang dijilatnya.Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:

'Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat .'

'Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan 'tray' gam tersebut!' 'Saya
sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.'

'Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan.Majikan
tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat .Saya tidak pernah faham mengapa.
'Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak
2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!'

* berfikir sebelum menjilat sesuatu.. *) Harap cerita ini bermanfaat kpd anda..

Friday, August 15, 2008

Kurma Jordan River




Salam semua... ok. hari nie kita kongsi satu lg info, nie saya dpt dari emel seorang rakan..Saya pun tertanya2, selama ini saya makan kurma buatan yahudi ker... NAUZUBILLAH.. Moga semua makanan dalam diri saya, halal dan suci bersih. jika anda tidak percaya pn, fikir-fikirkanlah fakta ini ataupun anda semua boleh kaji dan cari maklumat sendiri..

selamat MEMBACA..

Sekarang bulan puasa bakal menjelma .....berhati- hati..... ...

be careful of Kurma Yahudi ..

Tolong Distribute!

Kurma bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi diedarkan di Malaysia.

Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin.

Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

ingatlah>>> MAKANAN YANG KITA MAKAN AKAN MELAHIRKAN ZURIAT DAN DARAH DAGING... makanan sumber utama PEMIKIRAN..

Tuesday, August 12, 2008

MANFAATKAN segala ILMU

MAAF semua... semalam xdpt kemaskini blog seperti dijanjikan, satu hari satu cerita@isu..Ok, today, saya kongsi tentang makanan. Harap info ini dapat membantu anda semua..


Beza Antara Mentega Dan Marjerin
(Differences Between Butter And Margarine)

Dipetik dari Rense.com <http://rense. com/>


Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega? Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK! Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini: Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya
(ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda? ..

FIKIR SENDIRI, ILMU TELAH DIKETAHI, PILIHLAH SENDIRI..

BAGUSLAH KALAU DAH TAHU….

Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

Sunday, August 10, 2008

Fikir sejenak....

Hujung2 minggu nie, mari kita bersantai dengan cerita teladan...


LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING : Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : eh… kenapa ?
ANJING : aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU : Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING : Wah .. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

**NAMPAK SANTAI CERITA INI…. TP, FIKIR FIKIRKANLAH..

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa… Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).

Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat... Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Don't walk in front of me, I may not follow.
Don't walk behind me, I may not lead.
Just walk beside me and be my friend.

"People Will Forget What U Said
People Will Forget What U Did
But People Will Never Forget How U Made Them Feel "

Saturday, August 9, 2008

salam buat semua blogger



Firstl... tq to all fren yg support saya untuk create blog nie. Mungkin melalui blog nie, kita akan berkongsi segala maklumat seantara dunia... Sama2 meriahkan dunia siber dengan penulisan blog yg berilmiah.

Ok... tujuan saya buat blog nie untuk kongsi segala ilmu yg bley dikongsi. maklumlah, dunia yg penuh mencabar yg sedang kita tempuhi bersama .. Sambil tue, bley memasarkan produk2 perniagaan di sini....

Cukuplah sekadar permulaan... Di samping memasarkan produk, saya akan berkongsi cerita mengenai apa yg berlaku dan gelagat2 yg manarik... mungkin akan dikongsi cerita setiap hari, moga berkelapangan masa

sama2 kita melangkah di dunia ini supaya berjaya dengan cemerlang untuk menuju Akhirat yg kekal abadi

SALAM PERKENALAN