Followers

Wednesday, August 4, 2010

SaBah Day 2..KunDasang N Poring

Sambung En3  jln2 cari pasal kat Sabah ari tu..dah basi baru jd En3..hehehhe almaklum la bizi...setelah subuh gajah kerana lupa yg Sabah sejam awal waktunya dr semenanjung kami bersiap unt trip ke kundasang...mula2 sewa kereta..just sewa saga jerks...nak budget katakan... tu pun unt 3 ari kena RM 370.00..melayang layang terbang duit..hehehhe jalan nak tapi berkira cit pooodaahhh.. 
 
posing kat dlm kete dulu...perjalanan bermula pada pukul 9 pagi...berlepas dari umah En Yono di Bandar Sierra..tgk signboard Kundasang tu dlm 60KM ++ jer...(dlm ati ...eleh.. dekat je mesti kejap sampai)
pemandangan yg cantik semasa perjalanan ke kundasang...tak bosan tgk..tp kena jln slow2 je sbb tak biasa ngan jln tu dan berbukit..adakala lalu sentuh awan...best gilew tak payah pasang ekon..sejukkkkkk nyaman
Sebelum sampai Pekan Kundasang ada satu kawasan (namanya aku dah luppa) jual kraf...so benti la dlu bg menghilangkan lengguh2..tgk2 barang..
murah betul kraf kat sini..tgk harga dorng letak cam mahal tp bila tanya trus dorng bg harga yg paling rendah pas tu ley tawar lagik..bayangkan beg anyam yg aku beli Rm30 kat semenanjung dapat beli kat situ dgn harga RM12 je..suka..suka..suka..
Aksi koboi kecik ambil gambar..(peace kat jari tu tak abis2 walaupun sebatang jari je kuo)


PEACE lagik
 Around 12 ngahari br sampai kat Kinabalu PArk...wah cantik betul la.....
 perut pun dah lapar..pelagik makan time
 Cik Puan Dyea n Cik Mizi di Kinabalu Park cafe (pic amik sendirik..takde orng nak amik kan)
Nenek2 dan cucu amik angin selepas kenyang belasah lunch di Kinabalu Park
 singgah di strawbery Park Hotel (krn aku ada terbaca satu en3 menyatakan boley petik strawberi kat sini) tp sayang masa sampai situ strawbery blum berbuah katanya....
Perjalanan diteruskan dan akhirnya sampai ke pekan Kundasang...aku dan anak2 layan soping (window shopping sebetulnya) sementara cik Abg n mak2 pergi solat...
 mengubati luka krn tak dpt petik stawbery..dpt la tgk buah n pokok kat kedai2 kat sini...
strawbery paling best aku rasa..tak terlalu manis..manis, lemak dan tak terlalu masam..just nice..buahnya pun kecik2 je cam buah anggur besarnya.
Syurga sayur-sayuran..iitu la kundasang..murah dan segar..tp aku hanya tgk je tak beli sbb takkan aku nak borong bawak balik Semenajung kot...
geram kan tgk..sayur2 ni..
 jumpa jugak my faberet... bunga rose..
pelagik beli la..tp tiga kuntum je..RM5..sbb aku tau mesti tak sampai semenanjung punyer bunga aku ni...
 
Aksi si Adam
Aksi si Ice (aku suh duk kat bunga amik pic dia hentam lari tepi jln..ish,ish,ish)
Sepanjang perjalan kami tertanya2 mn Gunung Kinabalu ni..tak nampak pun.....yg mn satu gunung nya ek? tp disebabkan seronok dgn permandangan yg best maka diabaikan sahaja soalan tu...

lebeh kurang pukul 2 perjalanan diteruskan ke Poring dan Ladang tea

sampai simpang poring n ladang tea kami kena buat keputusan sbb jarak yg sama tp jln yg lain dan waktu tu dah dekat kul 3..maka kami pilih Poring
Poring hot water...sampai akhirnya...
Ha baca jan tak baca!!!!
cantik gilew air terjun kat sini...paling cantik aku pernah tgk..tp x ley mandi sbb laju sgt airnya..danger!!!!
 mula2 lalu jambatan kayu
lepas tu jambatan gantung...cuak ooooo
ni la Ultraman Kuning
 Ultraman Merah

Aksi dikolam air panas...nak tunggu air separuh kolam lama la plak so takat air suku je kami kebabom...selain kolam air panas ada juga Rock pool (air sejuk)

tak bley berlama kat sana sbb Cik abg nak patah blk ke KK unt bermlam, so plan nak bermalam kat Kundasang cancelled..
 (Tgk Mata Cik Abg ni tgk pe tu??????)

lagi pun duk lama2 kat situ kan lemah jantung mak n mertua aku sbb mat saleh je yg ramai kat situ dan dorng plak  berbikini n underware jer..hehehhehe almaklum la old timer...

berpatah balik Ke kundasang
pemandangan indah selepas hujan
 dan tanpa disangka Gunung Kinabalu menunjukkan diri...
rasa excited sgt..nasib kami baik sbb hujan telah menolak awan jd nampak la gunung tu...klu tak masa naik tadi lansung tak nampak apa padahal kat sebelah kita sepanjang bawak keta ni nampak gunung Kinabalu tu
terlalu gah....nampak beza antara gunung Kinabalu dan gunung2 lain..besar gilew
 
 Seisi bergambar sebelum meninggalkan Gunung Kinabalu
Bye Kundasang.....By Poring....By Gunung Kinabalu....letih satu hari berjalan...nasib baik sempat turun dr kundasang sebelum gelap..sbb jalan kat sana bahya..gelap dan berkabus...bersambung lagik...di next En3





Tuesday, August 3, 2010

ScAnDaL SliPar JepUn

What???? scandal!!!! Cik Puan Dyea ada scandal? with who?....eh jan la pikir macam2... aku hanya setia kat cik Abg aku jer...hehehhehe,...

apa kena mengena dgn selipar jepun pulak? oh no!!!!! aku bukan nya sedang di goda oleh tokey kilang selipar jepun atau pun dah jadi tokey selipar jepun...tapi.......
Adake ari ni aku terpakai slipar jepun ni ketempat kerja....haru tul la.......

Alkisahnya pagi td nak kuo umah aku dah pakai kasut, tp aku masuk balik dlm umah pas tu bila keluo aku terpakai slipar jepun...tgh bawak keter baru perasan...nak pusing dah separuh jalan...pikir punya pikir nasib la teringat ada satu kasut yg aku nak bawak g kedai baiki kasut ada kat dlm bonet..

Ada jugak penyelamat disaat cam gini, walaupun kasut tu tak sempurna tp belasah je la janji dpt cover selipar jepun aku...so ari ni aku cam lampu lip lap la jd nya...kasut pink, suo jeans biru, baju hitam, jeket biru gelap, tudung coklat....tak seswai langsung kan......

Monday, August 2, 2010

My Biziii Day...MAsih BZ..cam bini menteri..huahahaha

Sekarang ni Nak buat en3 pun tak nyempat ni pun aku cilok semasa buat kerja..huahuahua biasa la tak mencilok tak mencabar...ari ni aku half day kirje..

pepagi lagi aku dah kuo umah p klinik bandaraya untuk ambil suntikan Thypoid, lepas merelakan diri disuntik aku bergegas lak ke Koperasi nusajaya untuk book tapak n pilih calon menantu tapak, 

Pas tu pusing2 plak cari kedai buat banner...pot pek pot pek...berjaya jugak aku tempah banner..hehhehe 3 ari lg siap..

Sampai umah dah kul 11.30 pagi..nak kena masak la plak...so masak simple2 duk kejap je n trus g opis..

ALHAMDULLILAH urusan aku semuanya selesai ari ni..tunggu poser menjelma je unt jalan kan projek aku ni..

apa projeknya....tunggguuuuuuuuuu poser dlu ek..nanti aku war2 kan..

Friday, July 30, 2010

Cik Puan Dyea yg Bizi...

Salam dan selamat pagi unt sahabat2..

minggu ni en3 unt dimasukkan banyak terutama perjalanan 3 ari ke sabah ari tu tp oleh kerana aku sibuk ngan kerja,, balik je letih..seminggu jugak aku lambat p opis gara-gara terlajak tido..tak tau la kenapa, dlm kepala semak ajer aku rasa tu yg membuat kan aku bertambah letih...hehehhehhe

Bulan 7 dah nak abis..bulan 8 akan menjelma...aku tunggu sgt bulan 8 ni sbb ada perubahan dlm hidup aku pada bulan 8 ni..diharapkan jalan yg aku pilih ni akan mendatangkan kebaikan...insyaallah...

malam tadi tergesa2 aku terpaksa cari kasut sukan unt Adam sbb esok dia ada sukan kat tadika dia..harapnya esok aku tak terlajak tido lagik klu tak Adam main sukan atas  katil la jawapnya...good luck to anak mama...good luck to myself....and tuk korng jugak la good luck semua unt apa je yg korang buat.

Monday, July 26, 2010

NisFu SyA'AbAn 1431H

Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh  itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan  seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama  setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
 

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
    Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
    Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
    Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
 
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
i)   Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat  kepada Allah
ii)  Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada  Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di  dalam iman &  
    pohonlah segala yang baik dan munafaat.
 

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x    
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x
 
4. Berpuasa pada siangnya)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
 

Antaranya yg termasyhur adalah:
1.     Malam Dimustajabkan Doa

2.     Malam Pembahagian Takdir

3.     Malam Rahmat

4.     Malam Berkat

5.     Malam Pengampunan (Taubat)

6.     Malam Penebusan

7.     Malam Syafaat

8.     Malam Penulisan

9.     Malam Keagungan dan Kemuliaan

10.    Malam Rezeki

11.    Malam Hari Raya Para Malaikat

12.    Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof   d ida lam syurga.
 

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
 : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang  meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
 
Wallahua'alam

SaBah Kami Datang...19/07/2010

Akhirnya saat dinantikan tiba setelah hampir 6 bulan booked Air Asia...jeng..jeng..jeng Sabah we are comingggggggggg.......

perjalanan kami bermula dari Skudai ke Senai Airport....Teng Q to Puan Harina n En Ustad sbb sudi kutip ketera kami unt di parked kat umah korang..hehehhe jimat duit parking RM80.00 (ces jenjalan nak tp nak bayar parking kedekut)

ini la aksi2 hero2 aku semasa menunggu nak naik kapal terbang...tak senang duduk pening aku

 


mak budak pun sempat gak posing2 


tepat  jam 9.30pm perjalanan ditruskan........nasib tak delay..yela Airasia kan selalu camtu...

letih gak melayan hero2 aku ni..time kena pakai seat belt dibelasahnya berdiri sebab nak tgk kat luo..padahal gelap je kat luo tu aku tgk..siap baca buka la pas tu time aku terlena dengar la ada buku kena koyak..selamat la pamplet2 kat saku seat tu..

 
ni la gaya bakal Doktor tgh study...
 mesti ngah phening nak pilih nak bg mama yg mana ni..

jam 12 midnight flight kami selamat mendarat di K.K...

TEng Q so much En Agus kerana datang menjemput kami...Teng Q jugak kat En Yono n family kerana sudi bagi kami menumpang tidor kat rumah korang..
 abg mithali..si Adam berebut ngan Ice nak susu kan Afiq (En yono punya anak)
 
20/07/2010 ari ni terpaksa subuh gajah sbb terlupa yg masa kat sana awal sejam dari semenanjung..walaupun kami bgn 6.30 am tp matahari dah keluar cam kul 8. pengembaraan hari ni akan bermula..tunggguuuuuuuuuuuu cerita seterusnya di next EN3

Friday, July 23, 2010

MAjLiS TahLiL @ 17/7/10 @ No17 BBKP

AlFATIHAH............. 
sebelum membaca en3 ni aku harap korng boley sedekahkan alfatihah unt jiran aku yg telah kembali ke padanya pada 21/7/2010..Arwah Abg Man...semoga ditempatkan bersama orng2 yg beriman dan takziah unt isteri beliau Kak Zai serta anak2..semoga tabah dan kuat unt meneruskan hidup kalian tanpa orng tersayang disisi..aku dapat berita ni pun masa tu aku kat Sabah, jd maaf kerana tak berkesempatan hadir ke majlis pengembumian Arwah.

sebelum berangkat ke Sabah aku sempat buat majlis Tahlil yg telah lama aku rancang tp tak terrealisasi...

menu..nasi dagang....
 jemputan...jiran2 sekeliling umah...
Pic..ketibaan wanita2 BBKP (Bndr Baru Kangkar Pulai)..yg lelaki2 duk berbual kat luo..malu la plak aku nak g amaik pic dorng...hehhehee
 
Alhamdullilah semua berjalan lancar..tukang masak import dua orng lagi tuh...My Mum And MIL,teng Q..klu tak mesti tak masak nasi tu sbb kena elok ari kenduri tu aku migrain...setenggah ari aku layan tido...
Si Ice yg tak reti duk diam..sibuk memanjang dr awal majjlis hingga abis..si Adam plak tak tau la kat mana menyorok nak amik pic dia pun tak bley..so Ice je la yg glamer ek...insyaalah taun depan klu ada rezki boley la buat lagi...itu je yg termampu aku buat unt mengingati yg telah pergi..Arwah Razak (Abahku) Arwah Md. Din (FIL) Arwah Salleh (Atuk) Arwah Mandak (Moyang)...Mati Itu PAsti........(semoga aku akan sentiasa mengingati mati dan trus beramal tanpa lalai)