Assalamualaikum
Terkejut membaca tajuk entri aku?Ya,Aku memang sangat memerlukan bantuan dan sumbangan semua.Bukan untuk diri aku,tapi untuk diri anak-anak yang tidak terbela,anak-anak yatim islam yang kehidupannya serba dhaif:(
Masih ingat lagi kisah tragis di myanmar?Umat islam dibunuh disana,semua,SEMUA umat islam dibunuh!Mereka tidak mahu sorang pon umat islam tinggal disitu.Jadi disini lah mereka menumpang.memintak sedekah demi mencari sesuap nasi.
Puan zarina,rakyat malaysia,adalah seorang yang sangat bertanggungjawab,sanggup menjaga dan mengutip anak-anak myanmar ini.mereka miskin,mereka anak yatim piatu,tiada sesiapa di dunia ini.
Semalam aku dan kawan aku,telah berjanji dengan puan zarina untuk berjumpa di rumah pelarian rohingya,
iaitu rumah anak yatim rohingya darul aitam di selayang.Mengejutkan tak,yang suami puan zarina juga adalah seorang pelarian dari myanmar,mereka terpaksa lari,kalau tidak mereka akan DIBUNUH!subhanallah!
Puan zarina mengatakan,pada hari raya haji baru baru ini,rumah suaminya di myanmar,habis hancur dibom.:,(
Anak-anak didalam rumah ini,semuanya lelaki dari umur 7 tahun hingga 15 tahun.Sangat sedih keadaan mereka disana,Puan zarina,pengetua dan penjaga disana berkata,walaupun disitu majoriti melayu,islam,tapi mereka jarang dan ada juga yang tidak menolong.Hai sahabat semua,walaupun mereka ini anak-anak pelarian myanmar,bukan orang malaysia,tapi mereka orang islam!Islam!kenapa nak tengok sentimen bangsa?Tengoklah agama!agama kita islam,tapi kenapa kita menyisihkan saudara islam kita sendiri hanya kerana mereka bukan orang malaysia??Yang peliknya,puan zarina mengatakan,agama lain yang datang menolong,bila tiba raya cina,penuh rumah itu dengan limau mandarin,hasil sumbangan orang cina.
Mari kita mulakan dengan tempat tidur mereka,untuk pengetahuan semua.,dalam rumah ini,penuh dengan budak-budak tidur,mereka hanya tidur dilantai,ada jugak yang pakai toto,tapi bantal mereka tak cukup,ada jugak yang terpaksa berkongsi bantal,subhanallah.Sampaikan dapur pon mereka terpaksa jadikan tempat tidur.dan paling menyedihkan,tempat tidur itu adalah tempat mereka belajar dan tempat yang sama itu jugalah tempat mereka makan.
Macam mana pulak dengan makanan?Sebelum ini puan zarina memasak sendiri makanan untuk 42 anak-anak ini,tapi baru-baru ini datang dua orang myanmar,mohon untuk memasak untuk anak-anak ini.Jadi buat masa sekarang,dua orang myanmar ini adalah tukang masak mereka.Mereka akan makan bekalan yang telah ada dan disediakan.Anak-anak ini ada jadual makan.Sebelum waktu makan,jika ada bekalan makanan kering,sperti bisku,mereka akan makan yang itu sementara menunggu makanan berat,tapi jika tiada biskut,atau makanan kering,mereka terpaksa menunggu waktu makan,kalau tidak makanan tak cukup.Untuk biskut pon mereka terpaksa patahkan biskut untuk kongsi beramai-ramai,mereka jugak makan didalam dulang .
Bagi pakaian mereka pula,mereka pakai jubah setiap hari memandangkan mereka belajar Al-Quran setiap hari.Tapi mereka terima bantuan pakaian harian.Nak tahu aktiviti dan jadual hidup mereka?Bangun qiamulail,solat subuh,mengaji alQuran,solat zohor,tidur,mengaji,solat asar,solat maghrib,makan,tidur.Itulah setiap hari.Sampai ada budak-budak yang tekanan dan lari daripada rumah tersebut,Tapi Alhamdulillah polis jumpa mereka.Boleh dikatakan,bukan boleh tapi memang mereka kekurangan kasih sayang.Ada yang mak hantar ke rumah ini,tapi memang susah nak jenguk dan kadang-kadang tak jenguk langsung.Ya Allah boleh bayangkan tak macam mana mereka jalani hari raya mereka?tak sama macam kita kawan-kawan.kita ni masih bernasib baik!
Mereka dilarang keluar daripada rumah,untuk anak-anak yang berumur 15 tahun sahaja yang dibenarkan keluar,yela mereka ni bukan orang malaysia,takut jadi apa-apa dekat mereka.Sahabatku semua,boleh bayangkan tak kehidupan mereka?kita ni senang-senang buang makanan,tapi mereka tak cukup makan,kita derhaka dengan mak ayah,tapi mereka tak ada mak ayah:,(
4 shower,sempit |
toilet |
Mereka juga kekurangan barangan mandi,shower hanya ada empat,dan tempat mandi diluar dan memang sangat sempit untuk 42 orang,mereka terpaksa mandi bergilir-gilir,DAN mereka kongsi sabun mandi untuk 42 orang!mereka tiada syampu rambut macam kita.sabun mandi itulah syampu mereka!Tandas pon ada tiga sahaja,untuk 42 orang ada tiga toilet?macam mana?kenapa tiada pihak yang membantu
Bukan pengetua disitu tidak mahu memohon bantuan baitulmal,tetapi puan zarina dan suami takut,nanti pihak tersebut akan datang dan soal siasat dan menghantar semula anak-anak tersebut di myanmar!macam mana kalau mereka di myanmar?Mereka akan dibunuh!disinilah mereka menumpang kasih:(
Puan zarina dan suami juga pernah memohon untuk anak-anak tersebut dapat peluang belajar sama seperti anak-anak lain,tapi apakan daya,mereka ini bukan anak malaysia,jadi permohonan mereka ditolak.
Mereka boleh cakap bahasa melayu dengan fasih sekali.Alhamdulillah jadi bukan satu masalah untuk kami berbual dengan mereka.
Aku bertanya pada puan zarina,Apa yang kekurangan di rumah ini,Puan zarina cakap sabun mandi,mereka terpaksa berkongsi sabun mandi,bantal,penyapu,gelas,mereka terpaksa berkongsi gelas kerana gelas mereka selalu hilang dan juga sabun cuci baju.Harap maklum,yang ni aku yang tanya bukan puan zarina mintak.
Aku mohon kalian semua spread entri aku ini,aku mohon sangat.Mereka ini islam,janganlah pandang pada bangsa,negeri,tapi kita pandang pada agama.Kasihanilah mereka!Mereka dhaif!kami ingin membantu mereka semampu kami.Pada mereka yang nak hulurkan bantuan,bolehlah pergi ke masjid-masjid berikut pada tarikh 15 dan 16 haribulan 12 tahun 2012.Kami buat selama dua hari untuk mengutip sumbangan dari jam 11 pagi hingga 3 petang.Anda semua boleh contact orang yang berkenaan di bawah ini.
Pada mereka yang ingin menghulurkan bantuan kewangan juga boleh masukkan wang di bank yang telah dinyatakan di bawah.Tolonglah mereka bantulah mereka!Semoga dapat menjadi bekalan kita di akhirat nanti.
Firman Allah bermaksud:
"Dan infakkanlah hartamu pada jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam lembah kebinasaan dengan tanganmu sendiri, dan berbuatlah kebaikan. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." [Al-Baqarah:195]
Sedang terhadap yatim piatu, perhatian Nabi s.a.w. sangat besar sekali, prihatin, melindungi, dan menjamin keperluan hidup mereka, dan selalu dipesankan dan dianjurkan kepada umatnya dalam tiap keadaan. "Aku dan pemeliharaan anak yatim, akan berada di syurga kelak", sambil mengisyaratkan dan mensejajarkan kedua jari tengah dan telunjuknya, demikianlah sabda baginda s.a.w.
(H.R. Bukhari)
P:S/kalau masih ragu ragu boleh contact saya sendiri.Insyallah minggu berikutnya selepas kutipan sumbangan kami akan serahkan segala sumbangan kepada rumah anak yatim tersebut dan kami akan adakan sedikit aktiviti untuk menggembirakan anak-anak tersebut.Allahuakbar!mohon sokongan!
Rumah Anak Yatim Darul Aitam Tahfiz Quran
No 1, Jalan 16/2A,
Taman Wilayah, Selayang
Kuala Lumpur