I appreciate them.

Monday, 28 November 2011

How do i live cover by dya mohamad untuk yang tersayang

Ececeh.Nak muntah eh?baru baca tajuk dah nak muntah?jangan macam tu encik adik manis.Belum tengok video aku lagi.Nanti korang boleh cirit birit.Ehehe:D

Lagu ni ditujukan khas buat yang menyayangi diri ini.*bayangkan macam ucapan dari radio suria FM segmen suria cinta


Aku nak cakap terima kasih untuk segalanya.Terima kasih sebab tahan dengan sikap aku,terima aku seadanya,Tak pernah komplen banyak dekat aku,penuhi kehendak aku,dan cuba jadi yang terbaik untuk aku.Terima kasih banyak-banyak sebab aku tahu aku banyak kekurangan tapi dia telah terima aku.Kalau ada jodoh aku dan dia,aku bersyukur.Tapi jika tak ada,aku redha.*ayat macam drama melayu


NiE LaGu FeVrEt aWk KaN.TiTtEw Bg KarTz AwK.CuKeWw TaRkS?TiTtEw TaU AwK cUkeWw.
IsH MaLu LetTeWw.*muntah untuk ke doplohsembilan kali.


P/S:Korang mesti selalu dengar radio suria FM segmen suria cinta jam 11 malam sampai 2 pagi kan?Eh camne aku boleh tau waktu siaran ni.Korang yang dengar ke aku yang dengar ni?Kantoi.Kbai.

From him.

Friday, 25 November 2011

Patah seribu-shila amzah cover by dya mohamad

Ehehe.Apsal lately asyik nak buat cover je.Gian gamaknya.Ehem Lagu ni aku biasa jugak dengar,mula-mula rasa cam tak best je lagu ni.Tapi bila dengar banyak kali,layan jugak lagu ni.

Oh by the way aku memang tak reti main gitar,baru nak berjinak-jinak nak belajar main gitar.Sebab tu aku guna background music dia and aku reduced sedikit suara Shila Amzah so jadilah macam ni.Slow sikit music.Tapi takpekan?Korang kesah ke?Tak kan?mesti korang tengah cakap ada aku kesah nok?

Lagu ni telah di request oleh seorang blogger yang bernama Dani.Ni link blog dia nurdaniub.blogspot.com.Pergi tengok sekarang baru play video aku.



P/S:Wahh melayan request macam aku ni DJ radio je kan.Kbai

Thursday, 24 November 2011

GEREJA TERBESAR ASIA TENGGARA BAKAL TERDAPAT DI MALAYSIA

Assalamualaikum semua.Erm harini aku nak post something pasal negara kita yang tercinta ni iaitu Malaysia.Kalau korang dari Bangladesh,maka negara korang yang tercinta adalah Bangladesh bukan Malaysia.Ada paham adik manis?


Apa yang dah jadi dekat Malaysia ni?Aku ingat dia nak buat Masjid terbesar di Asia,tapi jangan nak mimpi lah sebab Masjid yang ada ni pon selalu tak penuh,selalu tak ramai jemaah.Kepada sesiapa yang dah tahu tu,senyap dan kunci mulut anda,dan kepada yang taktahu aku nak bagitahu korang,gereja yang terbesar di Asia atau mungkin di dunia sedang dalam pembinaan,dimana?Berdekatan dengan bukit Jalil,masa korang pergi tengok Harimau Malaya lawan Syria korang ada perasan tak ada satu pembinaan yang snagat besar dekat situ?Tu la pembinaan bagi gereja yang terbesar di Asia ataupun namanya Calvary church.

Calvary church telah diasaskan oleh Tan sri(dr) prince dan isteri pada tahun 1968,sebenarnya dah ada banyak dah Calvary church ni,tapi kali ni mereka nak kembangkan lagi church dan ajaran kristian.Dalam Calvary church ni nanti ada banyak kemudahan contohnya dewan untuk dieorang bersidang atau nak buat jamuan atau dalam kata lain suka hati dieorang nak buat event apa sekalipon dalam dewan tu.Ada aku kesah?Lepastu keluasan Calvary church ni adalah 60000 square feet.Besar tak nok?Besar kan?Katanya,pembinaan calvary church adalah  mengikut prinsip rukun negara.Ingat tak rukun negara?Ye lah.Korang ni pemalas betul nak refresh memory.Hamek kau sebesar-besar rukun negara aku bagi dekat korang.Dalam english lagi.Suka letteww.



Memang Malaysia ni negara demokrasi,aku tak nafikan,kita ni satu Malaysia.Tapi majoriti rakyat  Malaysia adalah umat islam,lepastu agama rasmi Malaysia adalah islam.Kenapa nak buat gereja yang megah dan lebih besar dari Masjid sedangkan dekat luar negara pon takde yang sebesar gereja yang Malaysia sedang bina?Apa agenda yang mereka sembunyikan sebenarnya?Aku ni nak cakap lebih-lebih aku tak berani,tapi aku cakap jugakla tak kesahlah korang nak cakap aku ni mulut macam hape ke,mulut tak serupa dengan rupa ke Hape ke lantak korang.Tapi aku nak cakap jugak yang perasan ataupun tidak tujuan Kafir ni sebenarnya memang nak pesongkan Umat islam.



Gambar ni kalau aku cerita ada je yang akan menghentam aku balik ni.Aku tau dah sebab sesetengah readers blog aku ni suka sangat cakap bukan-bukan.Bak kata kawan aku,Orang yang menerima ilmu akan berterima kasih terhadap ilmu yang dia terima walaupun sikit,tapi orang yang bodoh sombong akan bagi banyak alasan.Aku just kongsi apa yang aku baca dan tahu pada readers aku je.Calvary church ni ada kaitan dengan freemason.Kenapa nak cakap kebetulan jugak?Lantak korang la.Tengok image dekat atas.Nak percaya silakan kalau taknak percaya,ada aku kesah?

"Kaum Nasrani dan Kristian tidak akan senang selagi kamu tidak memasuki agama mereka".
(Al-baqarah ayat 120)


Aku bukan reka cerita tapi benda ni dieorang buat secara perlahan dan secara kita tak nampak.contohnya cara berpakaian,pengaruh dari mana?Barat kan?Tapi alasan kita adalah kita tak bersedia nak tutup lagi semua benda.Ayah aku cakap kita semua ni bukan tahu apa pon,kita ikut je budaya dieorang,lepastu dieorang pon senyum jela dan dieorang fikir yang dieorang sebenarnya dah berjaya dengan misi dieorang.Ada jugak yang cakap usaha kristian ni makin banyak dan kuat manakala usaha islam semakin lemah dan semakin cepat terpengaruh dengan agama lain.Aku bukan nak cakap aku baik tapi selagi nama aku islam tapi aku ada tanggungjawab  untuk sampaikan apa yang aku tahu dan dakwah walaupun sikit.Apa yang perlu kita buat?

Gereja methodist damansara

Masih ingat lagi pada kes gereja methodist damansara?surat jemputan pada majlis tersebut terdapat tulisan Bismillahirahmannirahim?Masih ingat lagi yang sebenarnya mereka ingat memurtadkan orang melayu?Kalau tak ingat sila lihat video ini,yang memaparkan kata-kata dari seorang islam yang telah murtad di majlis tersebut.*kenapa ayat aku macam skema gila.
Pihak gereja jugak pernah buat Jamuan berbuka puasa.Heh melebih ni.




P/S:Station TV Malaysia ni,suka sangan keluarkan cerita indon yang merepek,dieorang tak tahu ke yang Orang indoneseia bukan suka pon dengan kita.Tu la baik sangat.Politik je semua ni.Kbai.

P/S:Ohh untuk readers yang request lagu,akan diupload jumaat atau sabtu ni sebab aku busy.sowie.Kboi.

Sunday, 20 November 2011

8.41 minit daripada filem DUKUN 2007 MONA FANDEY yang di Banned

Memang superb!
Kalau lah ada orang boleh tunaikan hajat aku untuk tengok filem ni,aku akan bagi dia hadiah paling besar sekali!Apa hadiah dia?Dinner dengan aku nak?HAHA


Kalau dieorang release cerita ni,aku rasa memang kaya raya produce cerita ni.Macam real sebab filem ni  tunjuk macam mana Dukun tu buat upacara dan sebagainya.Korang tengok jela.

Aku pelik kenapa dekat Malaysia ni,cerita yang memang tak best dan tak ada kualiti dikeluarkan,tapi cerita macam ni tak boleh?Herm.Aku faham Keluarga Mona fandey tak bagi keluarkan cerita ni.Tapi masa dieorang tengah shooting cerita ni,dieorang tak mintak kebenaran dari keluarga Mona Fandey ke?

P/S:Please aku nak sangat tengok cerita ni.Muka Umie Aida memang seram gila.Hari ni takde Kbai sebab aku serius.Tapi Kboi ada.Kboi.

Friday, 18 November 2011

Kisah dongeng Cover by Dya Mohamad

Assalamualaikum readers,memandangkan aku dah post video aku  nyanyi lagu someone like you by adele yang aku nyanyi separuh tu,aku terima banyak komen secara lisan dan bertulis,yang bertulis banyak mengutuk aku,bukan dia komen video aku,maksud aku disini adalah Haters blog ni,tapi aku peduli apa.Yang komen secara berhemah tak kira bertulis di twitter,Facebook atau blog aku ucapkan berbanyak terima kasih.

Aku minat lagu kisah dongeng dari stacy ni,dan lagu ni telah di request oleh peminat blog aku,ecececeh,nama dia Iskandar ismail,ni link blog dia pandadinda.blogspot.com,korang pergi cekidaut sekarang.





P/S:oh ya kalau nak mengutuk dan mengata aku,sila guna link anda,fb anda yang sebenar ya.Tak main la fake sebab aku rasa kalau fake ni pengecut nak reveal diri dia sebenar.Orang cakap Haters ni sebenarnya dia caring pasal diri kita sebab tu dia sentiasa amek tahu apa kita update.Ye dak?Kbai.

Tuesday, 15 November 2011

Seram.Pontianak ikut balik rumah dan boleh nampak di cermin sisi motorsikal.




CHAKCHAKCHAK!

Wah bukan main panjang lagi tajuk entri aku kali ni,macam tak menyempat nak cerita dekat korang apa yang berlaku kan?Tu adalah salah satu tanda aku excited nak cerita selain daripada title aku dalam CAPSLOCK.

Sebelum apa-apa aku kenalah tanya khabar readers aku pada hari ini.Apa khabar?Sehat?kalau tak sehat,aku boleh tolong doa je untuk kesihatan korang.Sweet tak aku?*Wekk

Sebelum tu aku ada permintaan ni,memandangkan kita semua dah lama tak tengok video ni,apa kata,jadikan video ni sbagai background music waktu korang nak baca cerita aku ni?




Hari ni jam 12.00 tengah malam,aku nak cerita dan kongsi dekat korang tentang pengalaman Z iaitu seseorang yang penting dalam hidup aku yang telah melalui perkara yang boleh dikatakan seram,malam ni kalau korang duduk dekat kolej dan nak pergi toilet nak terkencing,sila ajak semua kawan-kawan yang ada.Aku tak jamin benda tu tak follow korang lepas ni.

Z, yang berumur 21 tahun,sama dengan aku,seorang yang langsung tak mempercayai kewujudan hantu,langsuir,pocong,bila orang cakap pasal hantu,mesti dia cakap "ahh Mana ada hantu dalam dunia ni".Sampailah satu hari perkara yang dia tak jangka berlaku.

Hari khamis malam jumaat tahun lepas,Z  balik ke rumah sewa dia,Lepastu kebetulan housemate dia semua keluar,jiran dia pon keluar,yela dieorang semua ni satu kolej,maknanya malam tu Z terpaksa duduk sorang-sorang dalam rumah sewa tu.Tanpa berfikir apa-apa,dia terus bukak lampu tangga dan naik ke bilik.Masa tu jam menunjukkan pukul 11malam,tiba-tiba TV terpasang tiba-tiba,Z pon turun ke bawah,Z ingat kawan-kawan dia semua dah balik,tapi bila Z panggil semua nama kawan dia,semua tak menyahut.Z naik atas balik,lepastu TV tu terpasang balik.Dah kali kedua terjadi,apa lagi,Z blah daripada situ.Nampak macam Filem Melayu kan?Tapi itulah yang berlaku pada Z untuk minggu pertama.

Pada Minggu kedua,hari khamis malam jumaat pada jam 10 ke 11 malam,Z dan kawan dia nak pergi makan,naik motor,masa ni dekat bukit permai Ampang,dah kata naik motor,mestilah berdua je,TIBA-TIBA sampai je satu selekoh,Z nampak sesuatu di sebelah cermin sisi kiri, Zcakap dekat aku memang jelas gila muka dia,yela sebab benda tu betul-betul sebelah dia,Z cakap muka dia hitam,hodoh,rambut panjang mengerbang,tengah follow Z mana je Z pergi.Lepastu Z tak sedap hati dia cabut cermin sisi kiri tu.Nak dijadikan cerita,Z nak pandang cermin sisi kanan,benda tu ada dekat belah kanan Z pulak,Z terus terbalikkan cermin sisi kanan ke depan.Kawan Z pelik dan tanya "kenapa".Tapi Z tak jawab,sebab Z ni jenis kalau nampak,dia akan senyap dan tak cakap.

Sebelum aku sambung cerita pasal Z,bapak aku pernah cerita yang anak jiran kiteorang ni balik lewat pagi dalam pukul 1,dia lalu  lorong dekat kawasan rumah aku naik motor,tiba-tiba ada perempuan tahan dia suruh berhenti,perempuan tu pakai baju putih je.Tapi malangnya bila dia berhenti bukan perempuan sebenarnya tapi benda tu.Habis dia demam seminggu.Nampak macam Filem Melayu lagi sekali kan?Tapi korang ingat hantu ni tau ke pasal filem melayu yang korang nak cakap cerita aku ni nak ikut filem melayu?

Okay sambung cerita tentang Z,lepas Z dah perasan benda tu ikut Z,Z hantar kawan dia balik rumah,tapi muka Z lain macam,so kawan dia tak bagi Z balik,Kawan dia suruh Z stay rumah kawan dia dulu,dan suruh housemate Z datang amek Z,Bila dua orang kawan Z sampai untuk amek Z,masa dua orang kawan dia dekat pagar rumah,Z tanya "M dan L korang datang berapa orang?".M dan L pon jawab "2 orang je.Kenapa wey?".Z cakap tak ade apa-apa tapi sebenarnya Z nampak lagi seorang yang semestinya bukan orang tengah intai Z disebalik kawan-kawan Z dan disebalik dinding.WOWOWO.Seram wey aku dengar cerita Z.Cuba korang bayangkan ada benda intai korang dekat tingkap sekarang ni?Tak ke tanjat boboy disitu.

And then Z ikut M naik motor,manakala L bawak motor Z.Kiranya Z ni jadi penumpang je,sebab dia dah tak berani nak bawak,motor yang dinaiki M dan Z ada didepan.Motor yang dibawak oleh L ada dibelakang.Maksud aku disini,L follow M dan Z dari belakang la.Complicated ke ayat aku ni?Nak dijadikan cerita seramnya,Z boleh pulak nak toleh belakang sebab Z cakap saja nak tengok L,waktu tu Z nampak benda tu  ikut motor yang dinaiki L dari belakang.Benda tu tak duduk atas seat motor L tapi benda tu follow dari belakang.Z cakap Z nampak rambut benda tu yang mengerbang tak tentu pasal.Herm nampaknya benda tu memang sangat berminat nak mengikuti Z.

Mengikut kata ustaz yang mengubati Z,benda ni perempuan dan dia sangatlah berminat nak kawan dengan Z.Masa Z cerita aku cakap dengan Z "Tu la sapa suruh hensem sangat sampai hantu pon minat.".Yang mak Z pulak cakap "Kau ni memang dah tak ada perempuan lain ke yang kau nak pilih,sampai kau pilih hantu ni.".IshIsh.Masa Z kena ikut dengan benda ni,Zmemang tak boleh langsung cakap dengan gf dia,bila gf  call,Z terus akan melenting.Z cakap pernah waktu gf dia kol,Z marah sampai tendang kipas sampai pecah.Tapi Z tahu yang marah tu bukan Z tapi benda tu,Dah kata benda tu perempuan,mungkin dia jealous kot Z ada perempuan lain.*Kuat jeles betul benda ni.HeHe.


Lepas dah berubat,Z still boleh nampak benda-benda tu sampailah sekrang.Ada sekali tu Z cakap dengan aku,ada satu pokok redang dekat je dengan kampung Z,masa ni raya,boleh tak waktu tu dah tengah malam,Z message aku macam ni "Sy nampak benda tu tengah bertenggek dekat atas pokok.Elok je dia duduk,Sy takut la".Dah lah masa dia message aku tu,aku duduk dalam bilik sorang-sorang.Z cerita lagi yang dia tengah duduk sorang-sorang dalam bilik,lepastu dia dengar ada orang sebut nama dia sayup-sayup sebanyak 3kali.Korang pernah alami macam ni?

Ada lagi,waktu Z  pergi Kelantan dengan kawan-kawan Z,Z lalu disatu kawasan dimana terdapat satu rumah kosong,dulu rumah kosong tu adalah tempat pembunuhan cucu bunuh nenek sebab cucu dia tu penagih dadah,pernah masuk berita kisah ni tahun 2008,dan Z nampak ada seorang nenek tua bongkong tengah berdiri di kawasan rumah tersebut,waktu malam eh.bukan siang.Kalau ye pon,apelah si nenek ni buat dekat tempat seram macam tu?nak bercucuk tanam kot.

Cuba bayangkan benda yang rupa macam ni ikut korang dari belakang masa nak balik rumah?
Sebab tu orang cakap mulut jangan celupar,jangan nak berlagak,jangan main lalu dan langgar je tempat orang,tapi korang jangan sesekali cakap macam ni "Tok nenek,cucu tumpang lalu".Tu maknanya korang dah syirik dah tu.

P/S:Oh ya Z cakap dengan aku benda yang ikut dia tu cara dia macam makcik tua dalam cerita congkak,tapi seram lagi.Fikir-fikirlah,Eh apa dekat tingkap korang tu??Kbai.

Thursday, 10 November 2011

Cover version Someone Like you yang tak habis dari Dya Mohamad

Well Assalamualaikum.Disini aku nak pesan awal-awal kepada semua aku bukan ingin menjadi Najwa Latif walaupun bukak radio je lagu Najwa Latif.Dan aku bukan ingin menjadi Yuna sebab aku tak minat Yuna walaupun aku pakai tudung macam Yuna.

Kenapa aku cakap macam ni?Sebab biasanya akan ada mulut mulut Shaiton Nirojim yang akan mengata aku macam tu dan macam ni lepas aku upload video ni.Oh ye,Untuk pengetahuan korang aku dah banyak rakam video and post dekat internet sebelum Najwa Latif dan Yuna lagi,so mulut tu sila bersifat baik dan boleh dilentur.Sekian.Suara aku tak sesedap mereka pon.sekian lagi.


Aku nak nyanyi lagu ni sampai habis tapi disebabkan aku pakai digital camera canon,memorynya udah penuh,jadi aku nyanyi syok sendiri rupanya,dalam diam,memory tak cukup.Sila tengok dihujung video nampak tak kegigihan aku nak habiskan perkataan you tu?

Boleh tak starting pon dah merepek?




Apa la nyanyi pon lari tak sama ngan lagu kekadang.Yela aku ni takdela hardcore fan makcik adele ni.Kenapa upload jugak?sukahatilah sebab blog aku.*HAHA(gelak evil)

Video ni aku buat  sebab saja-saja nak penuhkan masa lapang,cuti selama seminggu ni.Sebab aku memang minat menyanyi,sebab memang tak ada sebab.
*Teheeee.


P/S:Aku memang suka menyanyi dari kecik lagi,masa tu aku cuba tiru suara Alka Yagnik,ala suara yang selalu ada dalam semua lagu hindustan tu.Kbai.

P/S:Seperti biasa muka tak reti senyum daripada aku seperti dalam entri aku ni jugak Macam mana aku pakai selendang.serious kemain macam nak ajar kawad.Aku memang biasa ajar orang kawad dari sekolah sampai lah ke PLKN.Sebab tu serious kemain.Haih Kemain betul.Kbaibai

Friday, 4 November 2011

BERHATI HATI SEMUA GADIS BERTUDUNG

Assalamualaikum semua,Apa khabar?Hari ni entri aku bukan pasal seram ke hape ke,tapi sebab aku nak kongsi dekat korang apa yang dah jadi dalam dunia internet sekarang ni.Sebelum tu aku nak tanya korang especially gadis-gadis bertudung,Facebook korang tu private ke tidak?Ke semua orang yang bukan friends korang pon boleh tengok status dan semua gambar korang?Kalau ya,Korang dah boleh start hati-hati sekarang jugak.Kenapa?Sebab kemungkinan besar gambar korang akan dicuri serta dimalukan dalam beberapa blog yang akan aku tunjuk nanti.

Aku tahu korang cantik dan menawan,sampai nak bagi semua orang tengok gambar korang semua tanpa friend dengan korang.Tapi tau tak apa side effectnya?Gambar korang akan dicuri dan disalahguna oleh orang lain.Sedangkan dulu aku free hair,ada orang curi gambar aku dan dia cakap aku skandal dia pon aku dah bengang inikan pulak gambar private korang diletakkan dalam blog dikhaskan untuk gadis bertudung.

Dalam blog ni,admin tak dedahkan siapa sebenar diri dia.Takut kot.Yela orang dah berak tengah jalan takkan nak mengaku pulak ye dak?Owner blog ni mencuri segala gambar yang dia suka,gambar perempuan tu bertudung lepastu tak bertudung pon hado.Awek UiTM pon hado,gambar kawan aku pon hado.Aku rasalah owner blog ni terdesak nak girlfriend kot sampai semua gambar perempuan die kebas.Mesti kehidupan dia penuh dengan kesedihan dan kebosanan sebab tu dia buat macam ni kan.Eh tak dilupa jugak ya,gambar perempuan pakai leggings,nampak segala lurah pon ada.So,kepada wanita yang bertudung dan suka sangat pakai leggings tu,korang dah boleh pakai seluar jeans semula.Lagipon tudung dan leggings memang sangat buruk dan tak kena.Ketat macam sarung nangka je kaki tu.*Euww

Okay sekarang tibalah masa aku nak bagitau dekat korang blog apa yang jahanam sesuka hati amek picture orang dan letak dalam blog dia.Tadaaaa

KLIK LINK TERSEBUT

Gadis Melayu bertudung

Dalam Blog gadis Melayu bertudung ni,banyak gambar perempuan yang comel pakai tudung posing sana sini.Check sekarang ada gambar korang ke tak! Eh eh cuba tengok iklan yang ada dekat blog tu?

Awek Tudung

Blog ni pulak lebih fokus pada perempuan pakai tudung tapi seksi bagai.Kalau Perempuan bertudung dan nampak lurah bontot,nampak spender tu memang dah selalu sangat aku nampak merata dekat KL ni*Euww.
Ada muka korang tak dalam blog ni?



Kalaulah Mark Zuckerberg tu faham bahasa Melayu memang dah lama aku maki dia,suka sangat tukar setting Facebook.Sebenarnya boleh je aku maki dia dalam bahasa inggeris tapi tak stylo la guna bahasa orang lain.Kalau aku guna bahasa inggeris dia faham apa aku maki,habis aku kena maki balik.Hehe

P/S:Sebenarnya blogger pon kena hati-hati jugak.Termasuk aku.Takutla dunia yang makin kejam sekarang ni.Jom buat rumah dekat matahari?Kbai