Assalamualaikum..salam pembuka bicara.
Rasanya topik ni paling popular dalam kalangan remaja khususnya. Ye la, mana taknye..macam-macam boleh diramalkan dengan horoscope ni, hanya dengan mengetahui tarikh lahir, dan tanda astrologi (gemini, pisces, dan lain2) kita yakin dapat tahu jenis bakal pasangan yang betul2 'ngam' dengan kita, nak kahwin nanti bahagia ke tak, esok pergi kerja dapat duit banyak ke tak, kisah cinta macam mana..dan sebagainya..hmm..
Sedara, bukankah Allah telah berfirman,
"Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Penegtahuannya." (Surah Luqman: 34)
Bermakna apa itu ya pak?? maknanya, Allah sahaja yang mengetahui segalanya dan lagak mempercayai horoscope ini adalah HARAM sama sekali!! masya Allah, terpesong akidah tau...sapa yang mula-mula perkenalkan horoscope ni ya? Ha..buat2 tak tau pula..sudah semestinya la musuh Islam yang paling durjana di muka bumi ni, i.e yahudi laknatullah..Adik2 yang muda2, remaja pasni jangan duk percaya da tau pasal horoscope ni..hilang akidah nanti..ye la, hari tengok horoscope cakap 'hari yang paling bertuah dalam hidup anda' pastu gi la keluar jalan2, buatnya Allah nak tarik nyawa hari tu jugak? bertuah ke tak tu? ilmu pun ntah cukup tak lagi nak timbang kat akhirat nanti..tak gitu?
Eh kejap2, macam mana pula dengan kalendar peramal islam tentang keserasian suami isteri yang dikenal sebagai 'Tajul Muluk' tu ye? haram juga ke? Hmm..tapi kan, jika dilihat kepada dalil Allah S.W.T tadi, Allah mengetahui segalanya, termasuklah sesuai ke tak pasangan tersebut. kan ajal ngan jodoh ni ditangan tuhan, jawapannya haram juga la tu ye adik2 sekalian, jangan percaya ye...percaya pada Allah yang satu..=)
wallahua'alam..
p/s : sendiri punya horoscpe 'scorpio' (kala jenking)..tak rela den nak disamakan dengan kala jengking nih, hu2..manusia kan sebaik-baik kejadian..=D
Tuesday, September 27, 2011
Horoscope
Posted by IbnU_ShaFie at 2:26 AM 0 comments
Habbatussauda' dan HIV/AIDS
Sedara sedari ingat tak Allah pernah menjelaskan tentang khasiat madu dan habbatussauda’. Meh kita bincang pasal habbatus sauda’ nak?
Imam Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a, bahwa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda ;
“Dalam Habbatussauda’ terkandung kesembuhan untuk segala penyakit, kecuali as-sam.’ Aku bertanya, ‘Apa as-sam itu?’ Beliau menjawab,’Kematian’”
Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan ;
“Tidak ada satupun penyakit melainkan dalam habbatussauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.”
Sudah jelas disitu, sebenarnya semua penyakit ni ada penawarnya dengan rahmat dan perkenan Allah S.W.T. Tapi kenapa sampai sekarang HIV ni tak ada penawar ye? Dari segi perubatan,masih lagi kebuntuan kajian, mungkin tak dikaji pasal habbatussauda’ ni, ataupun tak boleh nak kaji…haa ni yang buat bersemangat nak buat kajian pasal ni nih..(maklum la, budak biochem-biotech eng. kan, heh3) mane la tau..nanti ada rezeki boleh dapat hadiah Nobel..hehe..
Diperhalusi dari segi Islamnya, mengapa penawar HIV/AIDS masih lagi tak dijumpai mungkin boleh dihipotesiskan dengan jelas. Meh nak Tanya sikit, biasanya HIV/AIDS ni dapat sebab apa ye? Kebanyakannya kerana dadah dan kehidupan kelamin yang tidak sihat seperti bertukar-tukar pasangan, dan sebagainya..search sendiri ye..
Berbalik pada membe yang cakap pasal HIV/AIDS tadi, beliau ada cakap yang ada kajian tentang kesuksessan penawar HIV/AIDS yang dijumpai tapi mungkin dibuat senyapkan atas sebab2 tertentu. Ce teka apa penawar dia? Masya Allah..penawarnya adalah hukum HUDUD!! Macam yang dicakapkan tadi, HIV/AIDS sekarang banyak yang dapat dari hubungan kelamin tak sihat i.e berzina, baik sebelum dan selepas kahwin. (kita halusi aspek ni ye..)Apa hukuman yang telah ditetapkan Allah terhadap orang yang berzina sebelum kahwin? Membe cakap, kajian menunjukkan salah satu HIV/AIDS ni boleh hilang adalah dengan merasai kesakitan yang amat sangat. Sedara sedari boleh cuba try search ye..sebab tak berani nak komen lebih2..takut kena marah dengan budak2 medic plak..huhu..
Hukuman bagi mereka yang berzina sebelum kahwian adalah hukuman sebat kan? Masya Allah indahnya segala ketentuan Allah..bagi mereka yang menghadapi hukuman sebat ni, dan masih lagi berupaya dan diizinkan Allah untuk terus hidup didunia ni, berkemungkinan diperkenankan Allah dan hilang virus HIV/AIDS.nak pastikan? Suruh en.Najib laksanakan hukum hudud ye..Bagi yang dah berkahwin tetapi masih lagi berzina,hukumannya pula adalah rejam sampai mati. Hal ini jika dilihat logiknya bagi penzina tersebut dan jika ditakdirkan Allah S.W.T menghidap penyakit HIV/AIDS, sebagai satu hukuman dan 'precaution' bagi mencegah anak-anak yang dikandunginya atau suaminya menghidap penyakit yang sama.
kesan HIV/AIDS |
Wallahu'alam..
P/S :- kan bagus kalau hukum hudud benar2 dilaksanakan di negara kita ni? salah satu strategi untuk mengurangkan jenayah yang berkesan. Dah terbukti pun kan masa zaman Rasulullah dulu..
Posted by IbnU_ShaFie at 1:39 AM 12 comments
Friday, September 16, 2011
Berbohong Sunat
1) Ketika peperangan
2) Untuk mendamaikan di antara manusia
3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya
(HR Imam Muslim)
Posted by IbnU_ShaFie at 2:59 AM 0 comments
Wednesday, August 17, 2011
Formula mudah mencari halaman Al-Quran
Cara mudah mencari muka surat setiap juzuk Al-Quran. Hanya dengan menggunakan formula
matematik ringkas, kita dapat tahu m/s setiap juzuk Al-Quran. Contoh 1: Jika anda ingin
mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82. Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Begitulah seterusnya.~Salam Nuzul Quran~
Posted by IbnU_ShaFie at 5:22 AM 0 comments
Sunday, July 3, 2011
Memahami konteks aurat
" Assalamualaikum, saya ada satu pertanyaan, sahabat saya selalu bersukan pakai seluar pendek yang menampakkan paha dan lutut. (lelaki) sedangkan yang saya faham aurat lelaki dari pusat sehingga lutut. tapi kawan saya cakap aurat lelaki adalah 'antara' pusat dan lutut. saya konfius, boleh ustaz jelaskan lebih lanjut tantang batas aurat? " (soalan buat sendiri..sebagai mukaddimah, hehe..)
ehem2..
Assalamualaikum,
salam pembuka bicara.
"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
- suami mereka atau
- bapa mereka atau
- bapa mertua mereka atau
- anak-anak mereka, atau
- anak-anak tiri mereka atau
- saudara-saudara mereka atau
- anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
- anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
- perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
- orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
- kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
berbalik semula kepada isu aurat, aurat lelaki pula berbeza dari pandangan sesetengah ulama'. tetapi yang termaktub dan wajib ditutup bagi lelaki adalah bahagian kemaluan depan dan belakang. Dari hadis Jarhad yang diriwayatkan oleh Bukhari, menyatakan aurat lelaki adalah dari pusat sehingga lutut yang bermakna lutut itu wajib ditutup. Tetapi sesetengah ulama' berpendapat hadis ni ada kelemahannya sikit dari segi kesahihan yang mencacatkan untuk penghujahan dan hukum. Sesetengah ulama' berpendapat yang hadis daripada Anas yang diriwayatkan bukhari lebih tepat yang menyatakan kemaluan lelaki hanya 2 bahagian kemaluan sahaja.
Hadis itu menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah membuka paha sucinya. Pendapat ini didukung oleh Ibn Hazm dan Imam Malik. Dalam kitab-kitab mazhab Malik menyatakan bahawa aurat lelaki hanya terbatas kepada dua bahagian kemaluan sahaja. Sebahagian ulama fikah cuba menserasikan antara dua pendapat ini dengan mencari jalan tengah, termasuk Imam Bukhari sendiri yang berpendapat hadis riwayat Jarhad lebih sempurna bagi penutupan aurat, sekalipun daif, manakala hadis Anas pula lebih sahih dari segi riwayat. Ini bermakna Imam Bukhari lebih cenderung kepada hadis Jarhad dalam hal penutupan aurat yang membabitkan hukum masyarakat.
Imam al-Syaukani juga lebih cenderung kepada hadis Jarhad yang menyatakan paha itu aurat. Menurut beliau, hadis Anas walaupun kedudukannya lebih kuat, namun ia lebih merupakan suatu pemberitahuan tentang keadaan nabi. Jalan pemberitahuan ini lebih khusus kepada nabi sahaja. Maksudnya, hukum itu tidak boleh diamalkan oleh umatnya secara umum dan menyeluruh. Ibn al-Qayyim pula
Pendapat yang bersandarkan hadis Anas ini memberi sedikit kelonggaran kepada ahli sukan dan pasukan beruniform yang memilih pakaian itu jika ia tidak mengganggu pandangan orang ramai dan penonton. Hadis riwayat Anas menjadi sebaik-baik hujah kepada mereka. tetapi kita dari masyarakat melayu yang mengamal dan menerima mazhab Imam As-Syafi'e masih belum dapat menerima pendapat yang kedua dan berpendapat aurat lelaki itu dari pusat sehingga lutut. tapi apa la salahnya kalau main bola pun pakai tight yang menutup bahagian paha. Manis ke lelaki duk tunjuk-tunjuk paha kat orang tanpa ada rasa malu? huhu..
wallahu'alam..
p/s- haa..kan dah cakap panjang..
Posted by IbnU_ShaFie at 7:14 AM 1 comments
Sukan bola sepak wanita - medan pendedahan aurat?
Assalamualaikum...
salam pembuka bicara...
Sukan bola sepak memang cukup terkenal diseluruh dunia. Baik miskin, kaya, budak-budak, orang besar, semua main bola. Kebalakangan ini, sejak zaman moden dan perkembangan globalisasi menjadi satu fenomena, sukan bola sepak mula menular kepada golongan wanita secara professional berbanding sebelum ini yang hanya lelaki saja yang terlibat dalam sukan ni. Siap ada Bola Sepak Piala Dunia untuk wanita lagi, yang sedang hangat berlangsung ketika ini. (betul kan?)
Apabila seseorang bersukan, tegar bagi mereka untuk mendedahkan aurat meski secara sengaja atau tidak. kenapa ana cakap macam tu? tengok balik sedutan sukan sea ke, sukma ke..atau pape la yang berkaitan dengan sukan. walaupun yang perempuan pakai tudung, dan lelaki pakai seluar, berapa kerat je yang tutup aurat seperti yang dituntut syariat? haa..jawab sendiri.
Apabila bermain bola, lazim bagi pemain bola untuk memakai seluar pendek. Cuba bayang kalau yang main bola tu orang perempuan. yang duk menonton pulak ramai je lelaki...masyaAllah..seram sejuk ana pikir..(respon pada pihak yang teringin nak buat liga Bola Sepak wanita) Ye la, yang datang tengok tu kalau tak ramai pun, mesti ada punya yang otak kotor. hm..meh sedara-sedari, kita tengok sikit dalil Al-Quran dalam surah Al-Ahzab ayat 59
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
kejap-kejap..ada lagi..
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" (surah al-a'raf-ayat 26)
ha...nak lagi?
"Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya. Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu Daud)
Aurat adalah satu perkara yang cukup sensitif. Aurat adalah salah satu penentu cara hidup dan penghormatan kita disisi Allah. jangan buat main-main bab aurat ni tau..berbalik kepada tajuk entri, benarkah bolasepak wanita ni satu medan pendedahan aurat bagi wanita? cuba la jawab sendiri. cukup la medan hiburan negara je yang buat isu aurat ni sebagai satu mainan. bukak sana, dedah sini..nauzubillah..
Habis tu? lelaki main bola? nampak lutut..aurat jugak tu..haa, yang tu nanti ana ulas dalam entri yang seterusnya ye, takut orang menyampah nak baca nanti, panjang sangat.
wallahu'alam..
p/s- harap-harap la kementerian belia dan sukan dan kerajaan kita sendiri cuba menghalang kalau betul liga bolasepak wanita diadakan, jika betul mereka memerintah benar disisi agama..
Posted by IbnU_ShaFie at 6:43 AM 1 comments
Friday, July 1, 2011
Nafsu dan Akal - topik hangat..
Assalamualaikum w.b.t
salam pembuka bicara..
kenapa topik hangat? (kali ni takde mukaddimah..)
bukan apa..topik ni sejak dari zaman dahulu lagi diperbincangkan, sampai la sekarang. Masa ana jalan singgah forum yang menceritakan tentang topik ni pun nampak seronok google buat duit. Ramai orang singgah dan bahaskan. Baiklah, untuk memudahkan bicara mari kita sama-sama lihat kenapa nafsu dan akal ni boleh jadi topik hangat. Pernah disebut bahawa lelaki itu ada 9 bahagian akal dan 1 bahagagian nafsu, dan perempuan pula ada 9 bahagian nafsu dan 1 bahagian akal. Haa...kan dah cakap hangat. Seronok la para lelaki yang membaca tatkala para perempuan mengetap bibir..
NANTI dulu!!!..sebenarnya perumpaan ini hasil daripada ungkapan popular Imam Al-Ghazali tatkala menceritakan tentang kisah Hasan Al-Basri nak pergi meminang Rabi'atul Adawiyah suatu masa dahulu.
lebih kurang macam ni la cerita tu..
Rabiatul Adawiyah : Hai Hassan,dalam berapa bahagiankah Allah menciptakan akal?
Hasan Al-Basri : 10 bahagian,9 untuk lelaki 1 untuk wanita.
Rabiatul Adawiyah : Dalam berapa bahagiankah Allah menciptakan nafsu?
Hasan Al-Basri : 10 bahagian,9 untuk wanita 1 untuk lelaki.
Rabiatul Adawiyah : Hai Hasan,aku dapat menguasai 9 nafsu dengan 1 akal,sedangkan kamu,pihak lelaki tidak dapat menguasai 1 bahagian nafsu dengan 9 akal yang kamu dapat.
Dush...kan dah malu pihak lelaki..baiklah, teringin pula ana nak mengungkap kembali ayat-ayat dari blog saifulislam.com berkaitan yang menyatakan sebenarnya, eloklah ditukar nafsu tu jadi 'emosi' dan akal tu jadi 'logik'. Haa..barulah para pembaca perempuan nak senyum sikit..iye x? Rabiatul Adawiyah ada menyatakan dalam ungkapannya kepada Hassan Al-Basri "Rasulullah pernah menyatakan.." jadi ramai yang salah sangka bahawa ini adalah satu hadis. Tapi maafkan saya Halim..saya putaaaarrrr..jawapannya tidak betul. =) ini bukanlah salah satu hadis dari Rasulullah S.A.W tapi sekadar kisah yang diceritakan didalam kitab Durratun Naasihin dari Uthman Al-Khaubawi. Dan kita boleh terima kisah dan teori yang diterima pakai seluruh dunia.
Benar terasa jika ada yang mengatakan bahawa ungkapan hangat tersebut seolah-olah merendahkan martabat wanita. Dan benar juga jika ada yang bersetuju bahawa ungkapan ni melebih-lebih hanya nak tunjuk lelaki power daripada wanita. (jadi kita tukar macam yang disebut Ustaz Hasrizal Jamildalam saifulislam.com ya..baru sedap didengar.)
Jika direnung kembali, sebenarnya ungkapan ini nak mengajar dan memberi nasihat pada para lelaki
seperti yang dilihat dalam kisah Hassan Al-Basri tadi. Ada 9 akal pun tak guna jika 9 itu ditukar kepada nafsu dan 1 kepada akal. Tu yang macam serigala tak cukup makan bila tengok perempuan-perempuan yang seronok mendedahkan aurat tu. Saudara, fungsi akal ni cukup penting dalam membuat satu pertimbangan, keputusan, dan memilih sesuatu. Biasanya akal akal akan menjadi lemah. Masa ni la lelaki lebih banyak menggunakan akal berbanding wanita yanglebih banyak menggunakan emosi. (nak lebih jelas lagi, rujuk kitab Ihya' Ulumuddin). Fitrah Allah menjadikan sememangnya sebegitu kerana wanita bijak dalam menghadapi situasi yang berbeza dan tak boleh ditandingi oleh lelaki. Wanita diberi tugas yang berbeza seperti mengandung, dan sebagainya. Dan disinilah emosi bijak digunakan, tak macam lelaki yang bijak je cari alasan nak keluar rumah bila isteri mengandung..(bukan semua tau..)
Haa..sebab tu la hak menjatuhkan talak ni pada lelaki, kalau tak mesti isteri hari-hari jatuh talak sebab laki tak puji masakan si isteri sedap..hehe..
Segala yang diciptakan Allah semuanya saksama, adil dan sama rata antara lelaki dan perempuan. Tentang akal dan emosi ni pun ada keadilannya dari pelbagai segi. Sudahkah saudara lupa yang manusia itu semuanya setaraf, sama sahaja disisi Allah..yang menentukan kemuliaan disisi Allah, tertakluk pada iman hambaNya,jadi para lelaki jangan bagi kurang iman ye ungkap ayat hangat ni memberono je ye..segala yang diciptakanNya, indah..umpama mutiara menyinar lautan, menyingkap kisah duka sang ombak, membuahkan badai yang ayu menyisip kelembutan jiwa yang merasainya.. =)
Wallahualam..
Posted by IbnU_ShaFie at 4:48 PM 2 comments
Monday, June 27, 2011
Suara penggoda Iman?
Posted by IbnU_ShaFie at 1:12 AM 0 comments
Friday, June 17, 2011
Mudahnya meluahkan bicara
Assalamualaikum...
Salam pembuka bicara.
Lihat entri kali ni pasti ada yang pelik dan menyangkal. memang mudah nak berbicara melainkan bisu. tak begitu? nanti la dulu, setakat baca entri saja memang la pelik tajuk tu, mungkin kena pakai tajuk yang lebih 'ummph' sikit bak kata pengasas teh BOH. tapi pagi-pagi idea tak datang lagi, terima je la yek cik minah oi...
Mudahnya meluahkan bicara. lebih jelas lagi, mudahnya meluahkan bicara sinis, menghina, menyakitkan hati, dan yang sewaktu dengannya. terlalu mudah. sebabnya? banyak..nanti kita tengok satu-satu.
Saudara pembaca masih ingat tak hadis Rasulullah yang ni?
“Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
selepas sahabat tunjuk klip video pasal Maharaja Lawak semalam, terasa sedih sangat. (antara sebab kenapa entri ni ditulis) Banyak betul penghinaan yang berlaku betul tak? maaflah ML, ana cuma berkongsi luahan. sebagai contoh, kumpulan Sepah tiru gaya Ustazah Norbahyah dan Ustaz Akasyah,Jozan tiru gaya Dato' Fadzilah Kamsah dengan cara seperti memperlekeh tokoh-tokoh tersebut. Kata-kata ni ibarat pedang. Rasulullah selalu sebut agar jaga kata-kata kita. Jangan menghina, jangan mencaci, jangan cakap perkara yang boleh menyakitkan hati sesorang. mungkin niat hanya nak bergurau. tapi bukankah gurau pun ada batasan? semua perkara ada batasan. tak gitu cik munah? pak seman? Kata-kata ni macam-macam 'consequences' dia, ntah betul ke tak eja tu...yang buruk maksud ana. sekali terlepas je, ibarat bom atom yang sengaja dilepaskan di Hiroshima la nanti. Hancur luluh hati mereka yang mendengar. Hati orang lain-lain. Susahkah kita nak menjaga hati sesama manusia? dengan harapan keredhaan Allah, dan kebahagaian hidup dunia dan akhirat menjadi milik kita? lagi best dari cincin 18 karat tajaan Habib Jewels. Tak ada tolok bandingannya.
Siapalah kita untuk menjadi manusia yang sempurna. Saudara, kesempurnaan itu bukanlah perlu kita miliki, tapi perlu kita cari, perlu kita dapati dari cara kehidupan, cara keimanan tersimpan, takdenye orang lahir-lahir da sempurna segala iman dan...apa2 je la. tidak dengan kuasa Allah.
Bicara panjang tak menjamin kebenaran yang disebar meresap ke jiwa. Ntah ada orang baca pun tak entri ni pun tak jamin. haha...Segala yang baik itu datangnya dari ilham milik Allah S.W.T, yang buruk itu sudah pastinya datang dari diri penulis sendiri. salam peringatan buat mereka yang membaca.
Wallahualam...
p/s: nama-nama yang disebutkan tak ada kaitan dengan yang hidup dan mati ye...Ustazah Norbahyah dan rakan-rakan tu lain la...yang cik munah dan rakan-rakan tu takde kaitan..=)
Posted by IbnU_ShaFie at 4:23 PM 1 comments
Friday, June 10, 2011
Hati..
Assalamualaikum..salam pembuka bicara.
Bangun tidur hari ni, tiba2 teringat tentang hadis Rasulullah yang ni. :
"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."
Hati. organ terpenting manusia. Sesetengah menafikannya dan anggap jantung yang paling penting sebab tanpa jantung, sistem pernafasan tak berfungsi, bukan begitu? Kalau macam tu, meh ana nak tany sikit, dekat alam barzakh nanti kita guna tak jantung? Tak pasti bukan? emm...Hati? guna tak?
"betul2...mesti la guna kan opah!" bak kata upin-ipin versi cilok..
Di alam ni kita guna hati, kat alam seterusnya pun kita guna juga hati ni. apa yang pentingnya hati ni sbebenarnya?
Saudara sahabat perjuangan sekalian. renungi kembali hadis Rasulullah diatas. Hati merupakan sudut hidup seseorang manusia yang dibentuk untuk menenetukan hala tuju seseorang individu. Sejak daripada lahirnya manusia merasai nikmat udara. telah pun bekerja keras hati tersebut untuk menentukan hala tuju bayi tersebut. "Hati umpama sehelai kain putih bersih yang belum terusik. andai putih diwarnakannya kelak, putihlah ia, andai hitam diwarnakan hati itu kelak, hitamlah kain suci tersebut"-ayat syarahan masa darjah 6 dulu.
Hati mudah untuk menerima sesuatu. Tapi sukar untuk mengubah apa yang telah diterimanya itu. (dalam maksud tu tau..) begitu juga sifat manusia. Mudah menerima, sukar mempercaya, sukar mengubah cara.
Banyak lagi sebenarnya nak dibicarakan. tapi risau tak ada yang nak membaca pula. maklumlah zaman sekarang ni orang lebih suka tengok gambar lagi daripada membaca. Sebab tu la ramai yang berfesbuk..ha3 tulis blog pun banyak gambar. kalau tak tak ada sapa2 pun nak layan, 'x gitu anje?' (arwah pak zami Ismail dalam Pi mai Pi mai Tang Tu)
Persoalannya sekarang, bagaimana untuk membentuk hati agar sentiasa suci dan menjadi pembela di hari penentuan kelak? Payah tu saudara. maklumlah, kita ni manusia akhir zaman..banyak dugaan. nampak wanita tak pakai tudung pun dah tergoda, apatah lagi nak memantau hati dan perasaan.
Nanti dulu..bukankah Allah da bagi panduan untuk kita memelihara hati? tak ingat? nampak sangat tak fokus masa belajar Pendidikan Islam kat sekolah menengah dulu. haha..macam2 boleh kita lakukan saudara. paling senang, solat jangan tinggal, bacalah al-quran walaupun sebentar sahaja, sehelai sehari pun da ok, jangan lupa berdoa, doa tu kan senjata kita orang mukmin..dan banyak lagi yang dapat kita lakukan untuk memelihara hati. tepuk dada tanyalah hati. kalau apa yang kita lakukan itu (mungkar) tak diterima hati, usahlah buat..tapi kalau hati pun terima perkara yang mungkar tu...err..em, "Balik Awall....."-bak kat Ustaz Azhar Idrus.
Wallahualam..
p/s- mimpi tak bes hari ni. berkaitan hati dan perasaan. mimpi tu mainan tidur je kan?
Posted by IbnU_ShaFie at 3:23 PM 3 comments
Kemalangan?
Assalamualaikum w.b.t..
Salam pembuka bicara, selamat kembali membaca bagi seseiapa yang ada membaca setitis tinta ana ni. Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan, terdetik juga akhirnya hati ni untuk menulis, sekadar ingin mengisi waktu subuh dengan perkongsian jiwa dan rohani. Tapi sebenarnya lebih kepada perkongsian jiwa.
Hari ni takdir Allah telah menetapkan yang hambanya ni balik ke kuantan dari Kuala Lumpur dengan keadaan yang mengantuk sangat dan kereta yang 'alingment' tayarnye ada problem. Betapanya bersyukurnya hati lemah ini pada sang Pencipta keranamasih lagi dapat mencuri helaan nafas percuma kurniaanNya lagi pada pagi ni. 2 kali hampir2 eksiden di lebuhraya Pantai Timur semalam bukanlah satu perkara yang layak untuk dibanggakan. Cuma ingin menegaskan betapa kekuasaan di tangan Yang Esa. Syukurnya padaNya kerana jiwa lemah ini masih mampu menulis, hidup mencari sinar keampunan dan kesyukuran.
Alhamdulillah, umur masih panjang, mungkin esok, mungkin lusa 'waktu' yang sebenarnya, siapa yang tahu. Bersyukurlah buat masa ni, masih lagi dikurniakan kekuatan untuk menghela nafas mengisi ruang hati bernama kehidupan!..
Wallahualam..
Posted by IbnU_ShaFie at 2:57 PM 0 comments
Friday, April 1, 2011
Cinta Pertama..
Posted by IbnU_ShaFie at 8:05 AM 3 comments
Tuesday, March 29, 2011
.....
Assalamualaikum..salam pembuka bicara..
Dinginnya pagi..Alhamdulillah hari ni dapat sekali lagi diri ini diberi peluang menghirup udara segar milik Yang Esa.Tiada fokus yang khusus rasanya kali ini. Sekadar tergamam, banyaknya peristiwa yang berlaku dalam masa beberapa jam..
Sepertiga malam sebentar tadi, hatiku terganggu. Sebab utamanya masih menjadi tanda tanya. Benar kata orang, bukan segalanya indah. Tidak dengan bantuan Yang Esa. Menyaksikan ianya menjadi noktah pada sebuah permulaan yang indah. Lantas kaki ini melangkah mencari secebis ketenangan. Bodohnya aku, bahkan ketenangan itu bukannya perlu dicari beribu batu.
Aku terhenti melihatkan Abdullah. Sunyi nampaknya. Alhamdulillah pertemuan itu satu rahmat daripada Allah. Kami bertukar-tukar idea tentang kebesaran Allah. Betapa diri ini masih kerdil, betapa diri ini ingin seklai mengubah apa yang menjadi pelindung pada rahmat Allah, betapa diri ini ingin mengingatkan diri sendiri dan seluruh umat manusia. dan betapa lemahnya untuk kami merealisasikannya.
Tertarik ketika aku mendengar keluhannya pabila berada di dalam sesebuah kelab. Betapa dirinya ingin sekali melangkah dek kelakuan mereka-meraka yang tegar untuk mendekatkan diri padaNya. Tapi tidak terdaya. tidak terdaya selagi dirinya dapat mengingatkan mereka agar berada disesebuah kelab, bukan sekadar ingin mendapatkan kredit dan penyumbang kepada kecermelangan akademik semata. Tapi kerana ingin mencari redha Ilahi. Redha Allah yang meredhai para hambaNya yang memimpin kearah jalanNya yang benar. Ya Allah, indahnya rahmat yang Kau berikan padanya.
Aku sedar ya Allah..apa yang aku lakukan belum cukup untuk mendapatkan redhamu. Terkadang aku menegur, dilabel padaku sebagai melebih-lebih, terkadang aku bersuara dilabelnya aku menjaga tepi kain orang. Terkadang aku cuba membetulkan, tuba yang aku terima..belum cukup ya Allah, belum cukup lagi ruang untuk aku menerima rahmatMu..banyak yang perlu diperbetulkan dan banyaknya dosaku ya Allah! Ampunkanlah daku..moga seluruh insan yang kusayangi, semua saudara seIslamku, dan moga diriku dapat terus mencari rahmatMu ya Allah. Aku rindukan syurgaMu...
Posted by IbnU_ShaFie at 4:20 PM 1 comments
Friday, March 25, 2011
Malu..
Assalamualaikum w.b.t
Salam pembuka bicara.
Tajuk entri kali ini nampaknya macam da biasa kita dengar.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a:
” Suatu ketika Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Ansar (lelaki) yang sedang menegur saudara lelakinya kerana ia sangat pemalu. Ketika itu juga rasulullah SAW bersabda:” Biarlah dia kerana malu adalah sebahagian daripada iman.”
(al-Bukhari)
Dari sudut syarak malu adalah menahan diri dari melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu yang negatif bukan malu tersipu-sipu yang tidak kena pada tempatnya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri ini adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah peribadi. Tetapi al-haya’ (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadian lantaran kuatnya iman dalam menolak segala sesuatu yang negatif.
Maka sifat malu itu sendiri adalah sebahagian daripada iman dan terpuji. Sifat malu menjadikan seseorang jauh daripada perbuatan hina dan maksiat sebaliknya meletakkan dirinya dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif. Contohnya para wanita. Umum kita mengetahui bahawa para wanita itu dikurniakan 9 bahagian malu daripada Allah S.W.T berbanding lelaki yang mana hanya mempunyai 1 bahagian. Umum juga kita mengetahui bahawa sifat malu dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Wanita yang malu pada tempatnya, di mana si Isteri yang malu untuk mempertontonkan dirinya kepada lelaki ajnabi,membuat sesuatu tanpa pengetahuan si suami yang mendatangkan kemarahan suami dan keretakan sumah tangga, wanita remaja yang malu untuk bergaul bebas dengan para lelaki, bebas bersembang, berbual, tanpa batasan, malu untuk mendedahkan auratnya meskipun secebis pandangan, itu adalah wanita yang dirahmati Allah S.W.T.
Maaf jika para wanita membaca mungkin menyifatkan penulis sedikit 'bias', bahkan penulis sebenarnya kagum dengan apa yang dikurniakan Allah pada para wanita. Sudahkah saudara-saudari sekalian lupa bahawa para wanitalah yang mudah untuk mendapat rahmat, keampunan dan kerdhaan Allah berbanding lelaki. Tapi awas! juga, mereka jugalah yang mudah untuk menjejekkan diri ke arah kemurkaan Allah dan menempah tiket di neraka bagi mereka yang lalai!. Sifat malu yang dikurniakan Allah adalah bonus sebenarnya bagi para wanita untuk menempah tiket ke syurga abadi, berbanding lelaki. Nikmat bukan kurniaan Allah? Adil dan saksama.
Mereka yang menghargai sifat malu akan berkata bahawa:
“ Sesungguhnya aku adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan aku lebih mulia daripada perbuatan tercela itu.”. Dengan perkataan lain seseorang yang tidak mempunyai sifat malu, dia bukanlah hidup sebenarnya, tetapi sudah mati atau hampir mati imannya.
Wallahualam..
Posted by IbnU_ShaFie at 10:17 PM 0 comments
Thursday, March 24, 2011
kisah Hassan Al-Banna siri-4
LAHIRNYA IKHWANUL MUSLIMIN Pada Mac 1928, ada 6 ikhwan - yang mendapat pengaruh dari ceramah-ceramah al-Banna yg bermula di kedai kopi, yang kemudian dibawa ke musholla untuk dibimbing secara intensif - mengunjungi al-Banna, mengutarakan kesedihan hati mereka melihat perlaksanaan syari’at Islam di sekitar mereka. Bahkan mereka merasa sudah bosan melihat umat Islam terhina dan terbelenggu oleh penjajah Eropah. Al-Banna tersentuh jiwanya, dan akhirnya terjadi bai'at antara mereka bahawa mereka akan hidup bersaudara, beramal untuk Islam dan akan berjihad di jalan Islam. "Apa nama kumpulan kita ini?" tanya salah seorang di antara 6 orang ikhwan tersebut. Al-Banna menjawab: "Kita adalah saudara-saudara kandung yang berkhidmat kepada Islam. Jadi, kita ini adalah IKHWANUL MUSLIMIN (yang erti sebenarnya: saudara-saudara yang sama-sama muslim)." Itulah sejarah terbentuknya Ikhwanul Muslimin, yang lahir tanpa perencanaan. Ikhwan pada mulanya bertujuan untuk meningkat sahsiah individu dan terlibat dalam aktiviti kebajikan.
Setelah itu, al-Banna mendirikan Darul Ikhwan, dari wang yang mereka kumpulkan sendiri, iaitu dari gaji mereka yang sangat sedikit untuk ukuran saat itu. Bahkan ada salah seorang ikhwan yang harus menjual motosikalnya, karena komitmennya untuk pembangunan itu. Ikhwan yang dimaksud bernama Ali Abul A’la, yang biasanya selalu tiba tepat waktunya di setiap liqo’ (pertemuan), tetapi suatu ketika terlambat setengah jam. Al-Banna tertanya-tanya, mengapa Ali sampai terlambat? Tentunya akhi Ali tidak mau berterus terang, tetapi setelah didesak, dia mengaku bahwa dia telah menjual motosikalnya di pasar untuk memenuhi target pembangunan Darul Ikhwan. Sedangkan jarak pasar dan tempat liqo’ cukuplah jauh. Demikianlah, dari Darul Ikhwan, dibangunkan masjid. Di sekitar masjid, didirikan madrasah untuk ikhwan, kemudian untuk akhawat Ikhwan, sejak pada waktu itu, mula menyebarkan prinsip Islam, bahawa Islam itu merupakan “pegangan dan negara, perlembagaan dan perjuangan, serta satu cara hidup”.
Prinsip ini merupakan asing bagi kebanyakan cendekiawan muslim pada masa itu, yang percaya Islam hanya terbatas kepada dinding-dinding masjid sahaja. Al-Banna menyeru kepada penolakan semua fahaman Barat, menekankan agar kembali kepada asas dan ajaran Islam sebenar. Melalui Ikhwan, al-Banna telah melakukan yang lebih baik daripada pemikir-pemikir lain pada masa itu. Al-Banna berikhtiar untuk membawa perubahan yang beliau harapkan melalui pembinaan institusi dan aktiviti berterusan di peringkat akar umbi. Dalam usaha menempatkan Ikhwan dalam masyarakat, al-Banna memanfaatkan sepenuhnya social network yang telah wujud, terutamanya yang terbina di antara masjid dan pertubuhan-pertubuhan Islam lain yang berorientasikan kebajikan.
Hubungan yang rapat ini telah diadaptasikan hingga menjadi satu struktur moden, yang menyumbang kepada kejayaan al-Banna. Diletakkan secara langsung di bawah organisasi Ikhwan ialah perniagaan, klinik dan sekolah-sekolah. Selain itu, setiap ahli digabungkan ke dalam organisasi melalui unit-unit kecil yang dipanggil usrah (keluarga).
PERKEMBANGAN IKHWANUL MUSLIMIN Pada tahun 1933, di atas kemahuannya sendiri, al-Banna dipindahkan ke Kaherah, di mana beliau turut memindahkan pusat gerakannya. Sejak dari saat itu, Ikhwan telah berkembang dengan pesat dan Kaherah menjadi pusat da’wah. Faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan mendadak ini ialah organisasi dan ideologi kepimpinan yang diterapkan oleh al-Banna.
Pada 1934, Ikhwan telah membuka lebih daripada 50 cawangan di Mesir. Pada hujung 1930an, Ikhwan telah mempunyai cawangan di setiap daerah di Mesir. Ikhwan menubuhkan banyak sekolah, masjid dan kilang. Beliau menerbitkan akhbar harian di Kaherah yang diberi nama “al-Ikhwan al-Muslimoon” yang membolehkan beliau berda’wah dengan lebih meluas, berbanding dengan syarahan. Selepas 1938, Ikhwan mula menampakkan menampakkan luarannya yang bercorak politik. Ikhwan menggesa ke arah dunia Islam yang sejati dan menolak Barat dan sekular. Ikhwanul Muslimin melihat pemikiran sebeginilah yang merosakkan asas masyarakat Islam di era moden, dan menganjurkan kembali kepada Islam sebagai penyelesaian kepada masalah dan penyakit masyarakat Islam.
Pada akhir perang dunia kedua, Ikhwan telah mempunyai 500 000 ahli yang aktif dan lebih kurang 2 kali ganda penyokong (ada sumber yang mengatakan 3 juta). Akitiviti Ikhwan mula melampaui sempadan antarabangsa. Ikhwan turut berkembang dengan pesat di Jordan, Syria, Palestin, Lubnan dan Afrika Utara. Pada awal 1950an, cawangan Ikhwan telah ditubuhkan di Syria, Sudan dan Jordan. Antara 1942-45, al-Banna banyak melawat Jordan bagi mengembangkan sayap Ikhwan di sana. Lebih daripada 2000 cawangan ditubuhkan secara keseluruhannya dan 50 di Sudan. Kemudian, pengaruh Ikhwan telah dirasai di merata tempat di dunia, di Teluk dan negara bukan Arab seperti Iran, Pakistan, Indonesia dan Malaysia.
Dalam usia yang begitu muda, al-Banna telah muncul sebagai pemimpin besar, selaku Mursyidul Am Ikhwan yang pertama. Antara yang berada di bawah pimpinannya ialah tokoh-tokoh hebat seperti Syaikh Muhibbudin Al–Khatib (seorang ahli hadis dan tokoh Jamaah Ansharus Sunnah), Syaikh Amien Al-Husaini (Mufti Palestin), Syaikh Dr Mustafa As-Siba'i (ahli hukum, intelektual dan tokoh pejuang Palestin), Syaikh Muhammad Al-Faraghy (patriot besar yang hanya mahu meninggalkan Iskandariah bila al-Banna yang menyuruhnya, bukannya British dengan segala kekuatan tentaranya).
Peningkatan yang mendadak ini mula menarik perhatian British dan anak didik mereka, iaitu ahli-ahli politik Mesir ketika itu. Mereka mendesak al-Banna untuk tidak meneruskan gerakannya, namun beliau tetap pada kedudukannya. Bahkan Richard Michael, agen CIA di Kedutaan AS di Kaherah, Mesir tampak ketakutan ketika Sirah Nabawiyah yang diajarkan al-Banna telah membangkitkan semangat perjuangan generasi muda muslim. British pernah menjemput al-Banna ke kedutaan mereka untuk jamuah teh. Beliau telah dipuji di atas personaliti dan karektornya yang baik, serta kerja-kerja kebajikan kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan janda telah diberikan tepukan yang gemuruh. British mengadakan dunia adalah terlalu fragile dan Mesir hendaklah dibina ke arah modenisasi dan kemakmuran. British membayangkan bahawa Ikhwan perlu mendapatkan pertolongan daripada British untuk terus maju.
Posted by IbnU_ShaFie at 6:33 PM 0 comments
Wednesday, March 23, 2011
Sempurnakanlah wudhu'mu..
Assalamualaikum..salam pembuka bicara.
Kita sedia maklum, bahawa Ibadah solat merupakan ibadah yang penting dalam kehidupan seseorang muslim.
Dan kita juga sedia maklum, sebelum melakukan ibadah solat, wudhu' perlulah disempurnakan terlebih dahulu.Namun begitu, resam manusia zaman moden yang menginginkan segalanya dilakukan dengan kepantasan dua kali ganda, wudhu' itu ala kadar saja penyempurnaanya, apatah lagi ibadah solat.Pentingkah untuk menyempurnakan wudhu'?
Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya:” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku.Dan hal itu dilihatoleh Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat.”
nah..saiz dua kali ganda tu. Wudhu' yang sempurna, membawa kepada Ibadah solat yang sempurna. Kerap kali diri ini berpeluang melihat gelagat mereka yang mengambil wudhu' dengan sambil lewa. Kadang-kadang, lengan tak dibasuh hingga ke siku, anak kepala pun disimbah agak-agak kena sahaja. Tapi ada juga jenis yang terlebih sempurna hingga membawa kepada pembaziran! agak-agak 5 minit baru siap basuh muka..(hiperbola), airnya laju macam air Sungai Pisang. agak laju jugak la tu..
Saudara, Rasulullah sendiri telah mengajar kita panduan mengambil wudhu' yang sempurna. Usah ditokok tambah,usah di endah menjadi ringkas. Kalau project programming bertimbun-timbun, assingment BM bersepah-sepah, boleh kita siapkan dengan sempurna, apalah sangat berwudhu' dengan sempurna demi mendapatkan ibadah solat sempurna..bukan begitu? Fikirkanlah..=)
penyempurnaan wdhu' permulaan kepada ibadah solat yang sempurna. |
Wallahualam..
Posted by IbnU_ShaFie at 12:05 PM 0 comments
Kursus Jenazah dan majlis buka puasa???
Assalamualaikum...salam pembuka bicara.
Alhamdulillah bertemu lagi kita. Mohon agar sihat senantiasa harapnya.
Sekadar ingin berkongsi, sejenak meluangkan masa bersama rakan-rakan. =)
22 Mac 2011 (Ahad) 8.30 pg - 1.00 tghri
Pengisian rohani bersama Brother Ahmad Syarief dengan program Pengurusan Jenazah di surau Mahallah Bilal.
Konon-konon khusyuk dengar penerangan, tapi tengah bosan..ha2 (siap gigit kertas lagi tu..) |
ni baru betul khusyuk...tahniah Caon (bukan nama sebenar) |
tengah insaf pasal dengar...eh2, pesal gambar ni terbalik, adeh.. |
Majlis berbuka puasa 22 Mac 2011 (Ahad) 10.00 mlm - 10.15 mlm
Setelah letih dengan pengurusan jenazah pagi tadi, dan sebab masing-masing kebulur kot sebab nasik free tadi tak cukup, Zul(bukan nama sebenar) terus decide nak menambahkan lagi ruangan perut beliau dengan Domino Pizza. Tapi nak beli sorang2 tak cukup duit =P so kawan2yang lain pun join skali, jadi..terjadilah majlis ala-ala majlis buka puasa di Mahallah Salahuddin tepat jam 10 mlm, (terpaksa delay 40 minit sebab abg pizza sesat nak cari Mahallah x jumpa).Perhatikan masa majlis berlangsung, 15 mnit je tu!!
uish, ni makan ke mentekedarah...lapar punya pasal, tepi rak kasut pun x kisah punya.. |
macam-macam ada...(bak kata p.cik Astro..) |
zai..(bukan nama sebenar), orang baca doa makan tu, bukan suruh buat air sarsi.. |
Suapan pertama ala-ala kebuluran.. |
Shah(nama sebenar) terlalu semangat mengunyah sampai terkeluar urat leher. |
Eh, ni ngape gambar convict dari 'View From My Eyes' tersesat kat sini pulak?? |
Sekadar ingin berkongsi..=)
Wallahualam..
Posted by IbnU_ShaFie at 11:44 AM 1 comments