Assalamualaikum w.b.t
Segarnya pagi ahad dengan secawan kopi yang dibancuh sendiri. ditambah pulak dengan cekodok pisang panas sambil membaca surat khabar. Dah rasa macam orang tua yang berkeluarga pun ada. Namun begitu, keindahan pagi itu seolah-olah tercemar apabila ana terpandang sisipan di depan muka akhbar Utusan (ruangan senyum kambing) yang membicarakan tentang kekasaran bahasa seorang ahli politik terkenal kepada seorang hakim.
Bukan hendak berbicara tentang politik disini. Cuma ingin mengajak pembaca berdiskusi. Sebenarnya, ana sendiri pun dah bosan dengan isu kekasaran bahasa ni.
mari kita selami sikit terjemahan surah Al-hujurat ayat 11
"janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk…" (Al-Hujuraat : 11)
individu yang memanggil individu yang laen dengan perkataan yang buruk, bukanlah perkara yang asing lagi bagi masyarakat dunia sekarang. Budak kecik umur 6 tahun pun da pandai guna bahasa yang kasar-kasar. Apatah lagi orang dewasa yang layaknya berfikir mana yang baik dan buruk?? mana-mana tempat pergi pun mesti dengar punya. Daripada menyumpah seranah hanya kerana kaki tersepak batu, sampailah menyumpah seranah sebab member taknak kasik pinjam RM5 sebab nak beli "chicken maryland" di cafe E (kat CFSIIUM).
Kalau kita renung kembali terjemahan ayat di atas, panggilan yang buruk untuk orang lain, bukanlah satu perkara yang diredhai Allah, jauh lagi dapat pahala. Ayat yang keluar dari isi Al-quran, adalah ayat yang difirmankan oleh Allah. Tegahan sebegitu, bermakna panggilan yang buruk dan kasar untuk seseorang yang lain, bukanlah satu perkara yang disukai Allah. secara otomatiknya, mengundang kemurkaan Allah S.W.T
macam mana nak atasi? Bagi pendapat ana, kalau umur dah meningkat remaja, seterusnya dah beranak pinak, tapi masih lagi mengamalkan amalan yang tak disukai Allah ni, bukanlah perkara yang senang untuk diubah. melainkan dengan dakwah yang berterusan dan kesedaran daripada individu itu sendiri. Marah macam mana sekalipun, toksahlah mencarut tak tentu hala, sumpah seranah kat orang lain. Apa kata beristighfar, ambil wudhu', doakan kesejahteraan manusia yang buat kita marah tu, semoga Allah memberi petunjuk agar dia dapat melalui jalan yang betul. macam tu kan bagus..
Cakap senang la, kalau dah marah, air pun tak tau nak cari kat mana untuk ambil wudhu'. benar, tapi cubalah kuatkan iman, pelihara diri masing-masing agar lari daripada segala perkara yang Allah tak suka, cakap nak masuk Syurga, kenalah dapatkan amalan yang secukupnya, bukan begitu?
Kalau budak-budak pula, ada sedikit idea ringkas untuk menegah. Lazimnya, ibubapa menjadi idola dan public figure untuk anak-anak, dah kalau bapaknya pun suka mencaurt kat orang lain, apatah anaknya lagi, bagi bakal ibubapa nanti, peliharalah anak-anak dengan sebaiknya agar kata-kata yang kasar dapat diganti dengan alunan zikir dan perkataan yang indah. Mungkin sukar dengan adanya cabaran daripada sumber2 luar seperti pengaruh sahabat dan sebagainya, sekurang-kurangnya, ketegasan anda dapat menjadi wakil untuk menonjolkan betapa tegasnya larangan daripada Allah S.W.T
Anak :"tak suka lah si fulan tu, dia tu b*****!!!"
Mak : "Tak baik cakap macam tu, Allah tak suka. nak masuk neraka ke nanti??"
kan senang, =) macam ni pun boleh lah...
wallahualam..
p/s- ana takde nak provok mana-mana pihak, cme ingin menyuarakan pandangan =)
Sunday, May 30, 2010
Kekasaran bahasa -dimana penyudahnya?
Posted by IbnU_ShaFie at 10:42 AM 0 comments
Wednesday, May 26, 2010
Kata-kata dan Dosa
Assalamaualikum w.b.t
Salam pembuka bicara..
Alhamdulillah, masih diberi kekuatan jiwa dan iman untuk terus menongkah arus kehidupan yang makin mencabar.
Pagi ini terluang sikit masa yang sebelum ini digunakan hanya untuk tidur dan berkhayal. Hampir-hampir nak terfikirkan tentang superbike (lagi), tiba-tiba datang offer daripada ukhti untuk ganti beliau mengajar kelas agama fardhu ain (KAFA), di sebuah Sekolah Agama Rakyat di kampung ana. Mula-mula tu cuak la juga. Pasal bab-bab mengajar pasal agama ni bukan boleh dibuat main-main. Alhamdulillah, sampai di sekolah, kena mengajar budak-budak tahun 2 dan 3 saja rupanya. Hilang la cuak tu sikit. Subjek yang diajar pun, hanyalah tentang pemahaman Al-quran, Sirah Nabawiah, dan juga Penulisan Jawi. Tapi entri hari ni, bukan nak bercerita pasal pengalaman mengajar.Sabar dulu..
Pulang dari mengajar, terus drive ke Rompin untuk menziarah saudara jauh yang meninggal dunia di sana. 2 jam perjalanan dari kuantan ke bandar Rompin, rasanya amat meletihkan. Sampai semula di rumah, kira-kira jam 6 petang, masuk saja rumah, terpancarlah sebuah iklan dari peti televisyen. Kalau tak silap ana, bercerita tentang alat kosmetik rasanya. Iklan kosmetik yang dapat mencerahkan kulit si pemakai (wanita khususnya) dalam masa beberapa minggu saja.Satu ayat yang membuatkan ana tertarik untuk menulis kali ini adalah
Terpaku kejap depan tv. Lancang benar mulut model ni. tak pasal-pasal teringat habis subjek syariah yang diajar masa form 4 dan form 5 dulu. Ada menyebut dengan jelas tentang hukum mengubah ciptaan Allah. "Dulu saya benci dengan wajah saya,"! Masya Allah, begitu lancar mulut kita berbicara. Lupakah kita bahwa bagaimana rupa kita dicipta oleh Allah Yang Maha Mengetahui segalanya? Bukan lah ana nak bidas tentang iklan kosmetik dan haram atau tak haram pakai alat-alat kosmetik ni. Tapi sekurang kurangnya, kalau nak buat iklan tu, fikirlah sikit tentang dialog yang dibuat tu. Benarlah kata Rasulullah suatu ketika dahulu, bahwa umat akhir zaman ini akan mudah lupa untuk bersyukur pada Allah. Kata-kata yang dilemparkan seumpama itu seolah-olah melahirkan rasa kekecewaan kita pada Tuhan yang menciptakan kita. keran Dialah yang mencipta tubuh kita, wajah, anggota badan dengan sesempurna kejadian manusia. Lupakah kita pada apa yang difirmankan Allah dalam surah At-tin ayat 4, "sesungguhnya kami telah ciptakan manusia dengan sebai-baik kejadian". Benar, Islam tidak melarang mereka-mereka untuk mengubah ciptaan Allah dengan sebab-sebab yang kukuh dan termasuk dalam hukum yang dibolehkan dalam Islam. Contohnya seperti muka yang berpenyakit dan menimbulkan tohmahan dari orang lain, dan sebagainya. Tapi jangan lah sesekali pun kita melafazkan kata-kata biadap yang hampir mendekatkan umat Islam pada kekufuran itu. Masih ingat lagi kisah Nabi Ayub yang diuji dengan hebatnya oleh Allah SWT apabila baginda mengalami penyakit kulit yang menakutkan. Tapi Baginda masih tidak putus-putus berdoa pada Allah dan tidak sekalipun mengutarakan benci pada apa yang telah Allah tentukan.
Benarlah bak kata kumpulan InTeam yang diolah sedikit
'Kata ibarat pedang, silap cakap, buruk padahnhya!'
Bertaubatlah jika kita ada sejenak membenci ciptaan Allah yang sempurna.
Wallahualam.
Posted by IbnU_ShaFie at 10:41 AM 0 comments
Thursday, May 20, 2010
April Fool?? kan dah bulan mei sekarang..
Menurut sejarah, Fool?s Day atau april Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.
Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April).
Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.
Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool?s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor,gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.
Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.
Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.
Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool?s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam.
Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka". Kami bertanya, "Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab "Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka).
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim."
Wallahu'alam
Posted by IbnU_ShaFie at 10:32 AM 1 comments
Doa mudah ingat pelajaran (untuk dikongsi bersama)
Posted by IbnU_ShaFie at 9:57 AM 1 comments
Tuesday, May 18, 2010
Suami Soleh - pilihan wanita solehah..
jam dah menunjukkan 2.00 pagi, mata pun belum mengantuk lagi. cengkerik pun da berbunyi, burung hantu apatah lagi, memecah kesunyian pagi. pulak tu, anjing pun sibuk nak bersahut sahutan di kala pagi. pelik juga, di kawasan perumahan pun ada cengkerik. Bak kata sahabat ana, "cengkerik ada dimana-mana selagi ada situasi sunyi,". Falsafah yang tak boleh pakai, tapi ada benarnya juga..
Mata yang kuyu dipaksa pejam lagi.degil benar rasanya mata ni. ayat Kursiyy pun dah berulang kali dilafazkan. Tak apa lah, online kejap. check e-mail sikit. ~HahahHAHAhaha~ henset ana berbunyi (pkai alert shin chan gelak). 'sahabat' ana bagi mesej. Alhamdulillah, ade jugak peneman di kala sunyi. mesej-online-mesej-online-mesej-online, tiba2 dapat ilham nak tulis blog setelah ana melayari satu blog yang menulis tentang ciri2 Isteri Solehah. Banyak betul orang duk bercerita pasal isteri solehah ni. maklumlah, dunia pun da rmai orang yang nak kawin cepat. Tambah2 lagi budak universiti. Kalau mereka asyik bercerita pasal isteri, mari kita bercerita pasal suami pula. Biar anak-anak muda yang nak kahwin tu tengok dulu, ada tak ciri-ciri ni kat mereka, baru boleh kahwin. Jadi, di bawah ini, ada ana sertakan sedikit ciri-ciri suami pilihan dan ciri-ciri suami yang soleh yang di copy paste dari akanmati.wordpress.com dan nurjeehan.wordpress.com (da mintak kebenaran ok...)
18 Ciri-Ciri Suami Yang Soleh
1. Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
2. Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
3. Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
4. Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
5. Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
6. Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
7. Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
8. Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
9. Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
10. Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
11. Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
12. Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
13. Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
14. Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
15. Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
16. Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
17. Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
18. Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
Ciri-Ciri Suami Pilihan
* Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
* Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
* Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
* Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
* Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
* Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
* Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
* Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
* Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
* Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Jadi, renung-renungkanlah, baik lelaki mahupun wanita, pastikan pasangan anda mempunyai ciri-ciri ini sebagai pemanis resepi rumah tangga yang bahagia..=)
wallahualam..
Posted by IbnU_ShaFie at 11:27 AM 0 comments
Sunday, May 16, 2010
Istana Alhambra- bukti penguasaan Islam di Andalusia
Ibnu_shafie ; 9.05 pm (16 mei 2010)
Posted by IbnU_ShaFie at 6:21 AM 2 comments
Friday, May 14, 2010
Sultan Muhammad Al-Fateh, wira pembukaan constantinaple
Posted by IbnU_ShaFie at 3:18 AM 1 comments
Tuesday, May 11, 2010
Sukarkah???
Kisah diri yang diceritakan ini, bukanlah dengan tujuan untuk mecari publisiti, jauh lagi untuk bermegah-megah. Cuma hanya untuk mengajak para pebaca sekalian sama-sama berfikir. Mengapa hal yang demikian berlaku, sedangkan sebelum ini, ana jarang diusik sampai sebegitu rupa. Ana cuba bermuhasabah. mungkin kerana juga kerana diri ini yang terlanjur bersuka ria dikawasan hutan dan tiba dirumah tanpa sebarang rasa untuk membersihkan diri dari segala kemungkinan barangkali, banyak kemungkinan yang terbit.Akhirnya ana mencapai satu konklusi.
Iblis, sejak Nabi Adam A.S adalah makhluk yang amat angkuh. Setelah Nabi Allah Adam A.S dicipta, iblis enggan mengikut perintah Allah dan menyebabkan ia dibuang dari Syurga. Sejak itu, sang iblis bersumpah akan menyesatkan anak-anak Adam dengan pelbagai cara. Pelbagai cara disini termasuklah dengan penggunaan sentimen-sentimen ghaib yang diklasifikasikan oleh orang melayu kita sebagai 'hantu. jin, jembalang dan selainnya' dengan kata lain, cubaan sang iblis untuk menakut-nakutkan anak-anak Adam sebagai salah satu cara penyesatan yang hampir effisiennya dengan cara yang digunakan oleh iblis untuk menyesatkan remaja dari segi sosial. Didalam al-quran, Allah tidak pernah menyebut tentang hantu, jembalang dan sebagainya. Hanya ada, manusia, jin dan syaitan serta makhluk2 hidup yang lain.
" jadi hantu tu syatian la?" soalan anak saudara yang masih kecil terngiang-ngiang di telinga.
Mungkin benar. mudah saja jawapan ana.
Makin advandce lagi, golongan pewaris iblis ini semakin dapat bersenang lenang tatkala hadirnya bantuan dari anak Adam sendiri yang mewakilkan dirinya untuk membantu mereka menyesatkan manusia. Bomoh, pawang dan mereka yang suka mendapatkan kehebatan sementara. Hakikatnya, makin sakit pun ada,hingga akhirnya terjadi kes-kes yang mereka yang dirasuk menjadi gila iblis, amat mudah dicari di merata tempat. Ilmu hitam amat mudah untuk dipelajari. Budaya orang melayu pula, pabila diusik oleh sang iblis, segeralah mencari bomoh dan pawang sebagai jalan mudah untuk sembuh.
Persoalannya sekarang, adakah iblis itu terlalu handal hingga ramai anak Adam yang sanggup menjadi anjing tunggangan syaitan. sesama manusia dibunuh dan dikhianati. Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa kita sebagai hamba wajar utnuk memohon pertolonganNya tatkala susah, mahupan senang. Jawapannya hanya satu. Kuatkanlah iman didada, mohonlah brjerumus ke lembah ghaib ini? Ketahuilah bahawa tiada makhluk yang lebih berkuasa daripada Penciptanya Yang Maha Agung. Mohonlah bantuan Allah untuk melindungi diri daripada gangguan syaitan. Apalah yang dirugkan jika kita menghafal ayat-ayat Alquran untuk dijadikan pendinding. Apalah ruginya jika meluangkan sedikit masa untuk mebaca kalimah suci Allah, menunaikan solat, mencari sebanyak mungkin ilmu2 Allah agar kita dapat melindungi diri dan seterusnya manusia sejagat agar bebas daripada gangguan syaitan??
memikirkan ini, ana segera beristighfar dan berasa malu. Ya Allah, sesungguhnya hambamu ini hina dan lemah, berikanlah aku kekuatan untuk terus bersama dengan agamamu agar aku dapat membimbing diriku, keluargaku serta rakan manusiaku berada diatas jalan kebenaranMu Ya Allah..
wallahualam...
ibnu_shafie 11 mei 2010
Posted by IbnU_ShaFie at 3:11 AM 0 comments