Blog ini adalah berunsur bebas, tiada tekanan dari mana-mana pihak dan tiada Pembiaya. Sesiapa sahaja ahli UMNO Bahagian Ayer Hitam boleh menyumbang artikal demi Agama Islam, Bangsa dan Generasi kita.

MARI SYAHADAH

KEPERCAYAAN KEPADA tuhan. KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH S.W.T. Wahai rakan-rakan yang belum MUSLIM. Tahniah kerana belajar menyebut nama ALLAH dan marilah sama-sama menyertai agama suci serta mengucap dua kalimah syahadah dan jadilah MUslim sejati. Ketika itu tulislah nama ALLAH sebesar mana yang kamu suka dan sebutlah sekuat mana yang kamu suka. MARI MENGUCAP. ByM69

Monday, 31 January 2011

Terima Kasih .... UMNO Ayer Hitam, Wanita, Pemuda dan Puteri.

31.1.2011 Ayer Hitam.
Kami Warga Akar Umbi UMNO Bhg Ayer Hitam dan Dun Semarang, ingin mengucapkan sejuta Tahniah kepada UMNO Bhg Ayer Hitam,di atas sumbangan yang tidak terkira di atas pemgorbanan waktu dan tenaga demi menjamin kemenagan Calun UMNO YB Mohd Azahar Ibrahim. Kami menumpang bangga di atas jasa-jasa Umno,Wanita, Pemuda dan Puteri dari Ayer Hitam dan Dun Semarang serta Dun Yong Peng.

TAHNIAH!..YB Mohd. Azhar dari DunSemarang.

Tahniah kepada YB Mohd Azhar Bin Ibrahim, dari kami warga UMNO Ayer Hitam dan Dun Semarang. Kaejayaam ini adalah khas dan jelas kejayaan UMNO dan akar Umbinya. Tahniah kepada para pengundi di Dun Tenang. Anda telah membuat pilihan yang bijak demi masa depan Agama, Anak Bangsa dan Tanah Air. ByM69

Saturday, 29 January 2011

Marilah Kita MengUNDI..dengan TENANG..untuk UMNO BN Kerana Allah SWT.





Thursday, 27 January 2011

Mr. Gon Jol.....

Terima kasih Pisau Net.
GonJol, GoBlok, SinTing, MenDem, CheyLeng, AhSu, GenJik, BeKiChot, LonTea...itu sepatutnya yang HARUS diberikan kepada mereka yang mempercayai dan mengeluarkan FATWA SongSang. Wahai Nizar dan gerombolannya..bagaimana pula orang yang telah meninggal..yang selamanya mengundi UMNO...adakah mereka kafir dan berdosa..boleh tunjuk cara bagaimana mereka boleh undur semula mengundi PAS dan rakan KANDANGNYA, untuk bertaubat....Kau patut bertaubat..dan aku tidak akan memaafkan kamu...sehingga kamu bertaubat dan kembali kepangkal jalan bersama UMNO dan Islam sejati. Secara tidak langsung kau menghina orang yang telah meninggal dunia termasuk Arwah Bapa AKU. Kau sanggup ker jumpa arwah Bapa AKU dan memohon ampun....dan begitu juga kepada seluruh Arwah UMNO Islam yang telah kembali ke rahmatullah.....keluarkanlagi Fatwa ..tentang ini...

Ingatlah wahai anak bangsaKu semua...jagalah AKIDAH Mu..agar berjaya hidup di dunia dan akhirat. Di alam barzah kita akan di tanya...SIAPA SAUDARAMU?...mungkin nizar dan kuncu sekandangya..akan menjawab...OH DAP PKR PAS dan Pakatan Rakyat saudaraKu...
...masa tu nanti kau tahulah wahai Nizar..akan balunanNYA...
UNDILAH Tok Ai untuk kesenambungan Agama, Bangsa dan Tanah Ayer kita. By M69

Wednesday, 26 January 2011

UMNO...bersendirian?....


Petikana dari Dunsemarang "Ke Mana undi MEREKA? kalau JUJUR buktikan"....
Kini HARAPAN kami di akar umbi UMNO Ayer Hitam...adakah MCA di bawah Pimpinan Parlimen AYER Hitam...dapat menambah peratus UNDI CINA dalam piliharaya Dun Tenang..berdasarkan rekod di atas..atau sekadar bergantung harap kepada undi Melayu Felda dan Kampong sahaja. Kini kami ingin YB YB Dari MCA dan Parlimen Ayer Hitam sebagai jiran Parlimen Labis, membuktikan kepada kami bahawa peningkatan peratus undi Cina akan bertambah selapas piliharaya kecil Dun Tenang nanti. Bukan setakat manis di bibir sahaja dan memberi ruang dan peluang kepada DAP dan PKR bermaharaja LELA di Dun Tenang.

Wahai AnakBangsaKU..marilah kita ambil iktibar dari Nukilan blog berikut http://theunspinners.blogspot.com/2011/01/tenang-mca-sedang-buat-filem-hotel.html

****Sudah lima malam saya mengunjungi bilik operasi DAP dan sudah tiga minggu saya melintasi hadapan pejabat MCA Labis. Bermula pada 21 haribulan sehingga ke malam tadi, ternyata semakin hari semakin ramai yang datang mendengar ceramah di tepi jalan itu.

Sebaliknya dari hari pertama saya melintasi di hadapan pejabat MCA sehinggalah ke malam tadi, ianya seolah-olah tiada apa-apa aktiviti langsung melainkan pada hari penamaan calon. Itupun kerana penyokong-penyokong Barisan Nasional berkumpul di situ untuk berarak ke pusat penamaan calon.

Mendengar ucapan Mahfuz dan melihat respons masyarakat cina, saya bertanya kepada diri saya, mengapa tidak UMNO tinggalkan sahaja Barisan Nasional dan sertai Pakatan Rakyat? Bukan saya mengharapkan ia berlaku. Tetapi sekadar bertanya kepada diri saya.

Saya merasakan MCA, GERAKAN dan MIC sudah menjadi bebanan yang tidak terpikul oleh UMNO. Pelbagai tuntutan yang dibuat oleh MCA, GERAKAN dan MIC terpaksa UMNO tunaikan tetapi apakah sumbangan mereka semula kepada Barisan Nasional?

Lalu apabila Calon PAS Normala Sudirman mengambil alih pentas DAP daripada Mahfuz, saya merasakan apa yang saya lihat, seolah tidak mungkin dapat saya lihat lagi di dalam Barisan Nasional.

Para hadirin yang hadir begitu menyayangi calon PAS itu dan sebaik selesai memberi pidato ringkas, begitu ramai yang ingin mengambil kesempatan bergambar, berpelukan dan bersalaman dengannya.

Mampukah MCA membuat masyarakat Cina sayangkan calon UMNO sebagaimana DAP membuat penyokongnya menyayangi Cikgu Mala?....

“MCA apa lan c**… dia tahu kasi duit saja… tapi dia curi lagi banyak duit… itu olang kasi jahanam ini negeri” kata-kata yang memeranjatkan itu terhambur daripada mulut seorang lelaki Cina yang berbual dengan saya sebaik sahaja YB Lim Kit Siang selesai ceramahnya di hadapan Bilik Operasi DAP DUN Tenang.

“Kita semua satu hati, Melayu, Cina, India…. tapi itu MCA… mana tahu ini semua….” kata lelaki yang berusia lewat lima puluhan itu.

“Kalau kasi itu MCA… kita jadi lagi miskin… sikalang kita sudah susah, lima puluh lebih tahun, apa dia ada bikin kasi tolong kita?” tambahnya.

Setiap hari juga saya lalu di hadapan Ibu Pejabat MCA Labis dan setiap hari juga saya tertanya-tanya, adakah MCA sedar ada pilihanraya kecil di Labis ini?...

Itu adalah petikan dan pandangan mereka...kita ambilah iktibar WAHAI ANAK Felda Tenang...Dan ANAK ANAK Tenang. Jangan gelorakan TENANG dengan sikap mu..seperti Anak=ANAK..bersatulah kita di bawahb payung UMNO dan Felda. Jasa pejuang Bangsa Melayu tidak terbalas oleh kita...BERSATULAH...ByM69

Monday, 24 January 2011

Gerak mesra di Felda Tenang Bersama UMNO Bhg Ayer Hitam


By:Mr Johari Othman
Tenang.23 jan 2011
Jentera UMNO Bahagian Ayer Hitam-telah melaksanakan beberapa aktiviti bagi membantu Jentera PRK Dun Tenang.Gerak mesra dan aktiviti ini telah diadakan di Felda Tenang. Antara aktiviti tersebut termasuklah:
-Menziarahi rumah warga tua, kurang upaya, sakit.
-Memberi barangan keperluan kepada keluarga yang kurang mampu.
-mengadakan rawatan kesihatan bersama dua orang Doktor perubatan.
-Mendoakan kesejahteraan ahli keluarga.
-memasang poster serta bendera.
-memberikan penerangan mengapa perlu mengundi Barisan Nasional pada 30 Januari 2011
-Program bermula jam 10.00 pagi dan tamat pukul 6 petang.

Program disertai oleh:
-Naib Ketua Bahagian- Hj Junaidi Kamari
-Ketua Pergerakan Wanita bahagian- Hjh Rahemah Ideris
-Setiausaha UMNO Bahagian- En. Mohd halid Saat
-Ketua Penerangan UMNO bahagian- En. Wan Aziz
-AJK Bahagian- En.Johari Othman, Hj Akhpah Abd Hamid, En Haradin, Hj Isa
-AJK Wanita dan Puteri UMNO Bahgian.

Semuga segala aktiviti yang telah dijalankan ini akan mengeratkan lagi hubungan ukhwah dan silaturrahim antara penduduk dan pengundi Felda Tenang bersama UMNO dan BN amnya.(Upload&Edit ByM69)

Kain Rentang PAS..."MISTERI" di Felda Tenang.

. Berdasarkan kain rentang tersebut....kami juga menanti. Apa dah jadi, sehingga jam 10malam ceramah yang dijadualkan seperti dalam kain rentang tak menjadi. kenapa Mat sabu takut datang ke felda tenang ya..Apa dah jadi dengan ceramah tersebut. Majlis tersebut nampaknya tak menjadi lantas TAPAK Ceramah pun hilang tanpa kesaN.

Kain rentang ini telah di pasang beberapa hari lalu..namun..hilang dan ceramah pun hilang juga. Kasihan kepada pengundi PAS..baru ceramah dan kain rentang sahaja sudah tidak dapat menunaikan janji..apatah lagi jika memerintah..seribu janji tak akan menjadi...segalanya MUNGKIR,oleh itu wahai anak-anak bangsaKu..ingatlah..mereka hanya pandai putar dan belit sahaja dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa untuk memerintah kita semua dan mereka hanya BONEKA dan patung mainana DAP dan PKR. Felda Tenang sudah tenang..jangan di kacau lagi,Dari tinjauan yang dibuat di Felda Tenang, Mereka sangat bersyukur atas nikmat tinggal di tanah Felda, hasil usaha UMNO. Mereka tidak percaya selain dari kerajaan BN..TAHNIAH!...(Sumber dan Foto dari Johari Othman)ByM69

Sunday, 23 January 2011

Ke Mana undi MEREKA? kalau JUJUR buktikan..



3 Peti Undi Majoriti Cina Dun Tenang Tolak BN Pada Pru-12
Peti2 undi penduduk majoriti Cina di Dun Tenang pernah menolak BN pada PRU12 yang lalu, di peti undi Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah dan Labis, BN dacing umno apco KO di ketiga-tiga peti undi ini, hanya melayu2 yang makan rumput jah pangkah BN umno apco, melayu ada hati perut ka ?.(http://guanomanikurai.blogspot.com)
(Petikan ini di rujuk berdasarkan kenyataan blogger di atas).

Sekian lama UMNO Bahagian Ayer Hitam, AJK dan para SukrelawanNYA bersama YB DSBJ.. telah bertapak dan bertungkus dan lumus ber DESA di Felda Tenang, demi menyokong, membantu dan menyumbang semangat kental agar kemenangan di Pihak BN dan memastikan PENINGKATAN jumlah undi bertambah kepada UMNO dan BN.

Kini HARAPAN kami di akar umbi UMNO Ayer Hitam...adakah MCA di bawah Pimpinan Parlimen AYER Hitam...dapat menambah peratus UNDI CINA dalam piliharaya Dun Tenang..berdasarkan rekod di atas..atau sekadar bergantung harap kepada undi Melayu Felda dan Kampong sahaja. Kini kami ingin YB YB Dari MCA dan Parlimen Ayer Hitam sebagai jiran Parlimen Labis, membuktikan kepada kami bahawa peningkatan peratus undi Cina akan bertambah selapas piliharaya kecil Dun Tenang nanti. Bukan setakat manis di bibir sahaja dan memberi ruang dan peluang kepada DAP dan PKR bermaharaja LELA di Dun Tenang.

Penulis blogger di atas sering menghina dan memperlekeh UMNO....bukalah mata dan minda TUAN...rujuk jugalah yang lain lain dalam komponen BN..adakah WAJIB.. segala kesalahan dan kelemahan di pikulkan segalanya di PUNDAK kami MELAYU UMNO.
Jangan jadi murid Samy Vellu..kalau minang...kerana dia berwibawa..bila kalah...salah UMNO.

Kepada pengundi di Felda Tenang...dimana bertapaknya kem UMNO DUN Semarang dan UMNO bhg Ayer Hitam...Kami mengerti dan sedia maklum Tuan semua adalah bijak, mewah, senang, Tenang dan waras..walaupun ada segelintir yang jadi ANAK, membawa pembesar suara ke hulu ke hilir...namun itu semua sebagai rencah kehidupan insan yang belum mendapat hidayah.
Jangan fikirkan apa yang diperkatakan oleh pembangkang, fikirkan apa kerajaan Barisan Nasional telah memberi sumbangan kepada penduduk DUN Tenang.

Penjelasan Isu kematian Setiausaha UMNO Tenang oleh DSBJ

YB Datuk Haji Samsulbari Bin Jamaali, menerangkan berlkaitan isu kematian S/U Umno Tenang, yang dewasa ini telah menjadi isu kononnya oleh pihak PAS dan bahan kempenya. Wahai saudara seIslamKu..ingatlah, jangan mencerca kaum seAgamamu..nanti yang lain akan menghina Mu. (Terima kasih Sumber berita dari Unit Media U dun Semarang)By M69.

Tuesday, 18 January 2011

Gerak Gempur Felda Tenang bersama DunSemarang


Felda Tenang.12/1/2011
Aktiviti Gerak Gempur Felda Tenang bersama DunSemarang telah dilaksanakan pada jam 9.00 malam, bertempat di Bilik Gerakan Felda Tenang.
UMNO Bahagian Ayer Hitam membantu UMNO Cawangan Kolam Ayer, Felda Tenang,
bersedia menghadapi Pilihanraya kecil Dun Tenang. Antaranya dengan mengadakan Program bertemu pengundi dan sesi penerangan berkenaan isu-isu semasa.Dalam ucapan pada malam itu, YB Datuk Haji Samsolbari mengingatkan agar pengundi Felda Tenang supaya,tidak termakan janji kosong pembangkang,bersukur kerana masyarakat felda jauh lebih beruntung dari penduduk kampung tradisional,tidak memberi peluang anasir luar merosakkan kesepaduan antara penduduk di sini dan seterusnya mengundi serta menyokong BN- jasa kerajaan BN amat banyak kepada penduduk felda dan tidak sewajarnya dihukum kerana satu dua kelemahan kecil.(Sumber dan foto dari Pejabat UMNO Ayer Hitam) Bym69

Guru yang bagaimana?....untuk anak BangsaMU.

Guru..Bangkitlah..bersama.

Guru jasamu bagai BUIH di Tujuh Lautan.

Jangan cemarkan dengan menodai anak bangsaMU sendiri, jangan melupus jasa pejuang Guru zaman pra merdeka dan awal merdeka.. Ingatlah... Si Lucai dengan labuNya..ingatlah Cik Gu Rahim dengan Kapal Sink Nya. Ingatlah..pengharapan seluruh IBU BAPA di pundakmu..

Siapa GURU...Golongan guru ialah antara suara lantang yang bangkit memperjuang kemerdekaan ketika negara berada di bawah kuasa Inggeris dan sebelum tanah air bebas daripada penjajahan.

Kemunculan golongan ini yang dianggap sebagai elit dalam komuniti Melayu ketika itu turut merubah landskap kehidupan bangsa yang sekian lama terhimpit akibat dasar pecah dan perintah penjajah..adakah dasar ini telah dan akan berulang kembali..adakah GURU Harus Bangkit lagi..siapa tukang. pecah..siapa tukang perintah...PAS DAP PKR...

Seawal pertengahan kurun ke-19, sekolah yang memberi peluang pendidikan kepada orang Melayu mula tumbuh macam cendawan dan sekolah ialah institusi awal yang dibina untuk menzahirkan tanggungjawab pemerintah berdasar perjanjian dengan Raja-raja kepada bangsa Melayu.


Nikmat kemerdekaan yang dikecapi rakyat hari ini juga, bukan semata-mata daripada aspek kebendaan tetapi kemuncak hasil pendidikan yang baik.

Dalam mewujudkan sistem persekolahan di peringkat awal, banyak pihak memainkan peranan dan sebahagian besarnya ialah tenaga dan kudrat guru, khasnya guru-guru Melayu.


Guru sebelum merdeka turut sinonim dengan gelaran 'obor' dalam masyarakat, tapi kini ada yang lupa asal usul dan cuba memadam "OBOR" dan ingin menjadi juara untuk kelompok yang ingin menghapuskan anak BangsaNya sendiri.

Semangat kebebasan dan kemerdekaan dalam kalangan guru-guru Melayu pramerdeka sememangnya menebal, tetapi yang lebih kuat ialah perasaan kesedaran tentang kemiskinan orang Melayu.


Isu kemiskinan ini turut dipaparkan di dalam akhbar dan majalah terutama sekitar 1930-an dan ada juga guru yang menulis mengenai perkara yang sama di dalam majalah mereka sendiri.

"Tulisan Za'aba (ahli bahasa yang banyak menyumbang kepada perkembangan Bahasa Melayu) turut memain peranan dan Majalah Guru mempunyai pengaruh meluas.

Memandangkan golongan guru mempunyai pengetahuan dan pendedahan mengenai kemerdekaan serta memahami perasaan terhimpit bangsa Melayu, mereka bangkit sebagai pemimpin dalam masyarakat setempat.

Guru-guru juga penyokong kuat parti Melayu seperti UMNO.

Mereka itu seperti (Tun) Ghafar Baba, (Tan Sri) Senu Abdul Rahman, (Tan Sri) Khir Johari, (Tan Sri) Aziz Tapa, Cikgu Borhan dan ramai lagi.

Mereka yang menyertai UMNO kemudian turut menyandang jawatan tinggi dan sememangnya guru mengungguli UMNO ketika itu.
Pada masa dulu guru Melayu masuk berjuang dalam politik tanpa motif kepentingan kebendaan. Perjuangan mereka semata-mata berlandaskan agama, bangsa dan Tanah Ayer...Alif Ba Ta.

Mereka juga banyak mengorbankan masa dan wang sendiri untuk perjuangan mereka.
Maka tidak keterluan untuk disimpulkan golongan guru memainkan peranan amat strategik dalam percambahan dan perkembangan sosial, mental dan politik masyarakat Melayu.

Di peringkat awal kebangkitan golongan guru ini, mereka cuma dilengkapkan dengan pengetahuan yang agak asas, mereka ini berhati waja serta memiliki semangat yang berkobar-kobar untuk mendidik anak bangsa.

"Salut dan tabik hormat untuk guru. Mereka bak wira yang tidak dicanang tetapi telah memainkan peranan besar membangun dan mencorak perkhidmatan pendidikan. kecemerlangan Negara, Agama, dan Bangsa"
Guru yang bagaimana...Guru yang seperti Apa...yang harus di contohi..
Dan sekarang marilah kita semua melihat, memerhati,mentafsir, menganalisis ...akan pertembungan antara GURU dan ADO Rengit, di Dun Tenang.
PILIHAN di Jari ANDA..semuga TENANG.

(Sumber rujukan 26.08.2010 Bernama. Datuk Omar Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia PSM).
BY M69.

Wednesday, 12 January 2011

INTERLOK..Novel Realiti..kenapa tunduk kepada yang ingin ubah sejarah dan fakta...


Novel Interlok Gambaran Realiti, Bukan Penghinaan - Awang Sariyan
Kewujudan kasta yang digambarkan oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussein dalam novelnya, Interlok, bukan suatu bentuk penghinaan kepada mana-mana kaum malah merupakan realiti pada zaman berkenaan.

Penyandang Kursi Pengajian Bahasa Melayu, Malaysia-China di Foreign Studies University (BFSU) China Beijing Prof Awang Sariyan berkata golongan kasta itu dibawa oleh penjajah Inggeris untuk manipulasi ekonomi mereka.

Beliau berkata Sasterawan Negara itu ialah seorang penulis yang menghasilkan karya berdasarkan fakta dan realiti sosial pada zaman-zaman yang dilalui dan disaksikannya sendiri.

"Novel Interlok adalah merupakan gambaran realiti sosial pada zaman berkenaan dan pengisahan yang melibatkan penghijrahan kaum pekerja dari luar termasuk orang dari India memang terakam dalam karya-karya ilmiahnya," kata Awang kepada Bernama menerusi e-melnya di sini Isnin.

Beliau diminta mengulas tentang desakan golongan tertentu yang mahukan novel Interlok diharamkan daripada diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia tingkatan lima bermula tahun ini.

Mereka mendakwa novel berkenaan mempunyai elemen-elemen yang menghina kaum India di negara ini.

Beliau berkata Abdullah tidak membohongi fakta sejarah dengan mengatakan bahawa dalam kapal itu bersesak-sesak golongan Brahmin atau golongan Ksyatria dibawa oleh Inggeris untuk menjadi buruh kereta api atau buruh di ladang getah.

Menurutnya konteks yang menggambarkan suasana dalam kapal itu pula menunjukkan nilai murni golongan tersebut yang memiliki perasaan dan kesediaan hidup bersama tanpa berasa bimbang oleh sebab berlainan taraf atau kasta.

Sehubungan dengan itu Awang meminta supaya semua pihak membuat renungan yang rasional dan ilmiah dalam membuat sesuatu rumusan dan perlu menghayati teks sastera dalam konteks wacana sosiobudaya dan sejarah, bukan berdasarkan sentimen sempit yang tidak ilmiah.

Katanya, perkara tersebut akan bertambah rumit lagi jika isu itu dikaitkan pula dengan perhitungan politik yang sempit.

Di KUALA LUMPUR, Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman berkata dalam mengatasi pandangan negatif terhadap buku itu oleh pihak tertentu, kerajaan, parti politik dan ahli akademik perlu duduk dan berbincang mengenainya.

Perbincangan itu tidak meminggirkan pandangan pihak yang menentang supaya kesemua pihak memahami isunya serta mencari jalan penyelesaian secara bersama, katanya kepada Bernama.

Menyentuh mengenai buku itu, beliau berkata tidak ada apa yang perlu dipertikai dan dibimbangkan kerana apa yang ditulis itulah hakikatnya.

"Pada saya penulis bukanlah seorang yang prejudis dan anti perkauman," katanya

ULASAN RINGKASKU>>>****itulah, bila sudah mewah hidup di Tanah Melayu ini, mereka lupa daratan dan asal usul sebagai pedoman, telah dan sering mempertikai apa sahaja yang tidak berpihak kepada mereka. Tetapi bila isu keTuanan Melayu, kontrak sosial yang di isukan, Masalah hina Melayu mereka buta mata, tidak pula mereka bising dan mempertahankan serta bakar gambar..malah berarak membawa PHOTO GHANDHI..bukan kah itu semua dari INDIA..dan masih berKASTA..sindri mahu ingatlah..ini sebagai sejarah dan teladan...

LAGI BERITA INTERLOK

Kira-kira 100 penduduk berketurunan India mengadakan demonstrasi sambil membakar novel Interlok di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK). Mereka yang mendesak kerajaan mengharamkan novel tersebut dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima, turut membakar salinan gambar penulis novel itu, Sasterawan Negara Abdullah Hussain.
Sepanjang demonstrasi kira-kira sejam itu, kumpulan itu menaikkan poster antaranya tertulis, 'Hapuskan Interlok', 'Jangan Hina Kami' dan 'Fikir Dulu Sebelum Laksanakan' selain menggantungkan kasut pada replika novel itu sebelum membakarnya. Malah, pada satu ketika, seorang lelaki yang gagal mengawal emosinya dilihat menampar gambar Abdullah dan menggelarkan beliau sebagai 'sasterawan bodoh'.

Turut hadir pada demonstrasi itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Mariah Mahmud dan ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan. Ketika bercakap kepada pemberita, Mariah berkata, pihaknya mengaku Interlok adalah karya yang hebat tetapi terdapat frasa yang begitu sensitif di kalangan masyarakat India di negara ini.

"Bagi saya, sebagai orang yang ada pendidikan tinggi tidak terasa apa-apa tetapi di kalangan orang biasa, dia baca rasa tersinggung dan terguris. "Kalau begitu perasaan orang India kita perlu menghormati mereka, apa yang mereka minta ialah ia tidak dijadikan buku teks, ia boleh dijual sebagai novel tetapi tidak dibaca di sekolah kerana boleh membentuk pemikiran para pelajar."

Katanya, orang India di negara ini sekarang bertungkus lumus untuk tidak membesarkan isu kasta dan jika boleh, mereka mahu membesarkan anak-anak tanpa mengenal kasta. "Sistem kasta adalah sejarah yang terlampau menghimpit orang India, jadi kita kena hormati mereka. "Terpulang kepada pengarang (Interlok) kalau beliau tidak sanggup mengubah frasa terbabit, itu haknya tetapi menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran untuk menghormati kaum India.?

Sementara itu, Manoharan pula melontarkan pandangan berbeza apabila mahu kerajaan mengharamkan terus Interlok yang telah mula diterbitkan pada 1971 dan ia wajar dibakar selain tidak dijadikan sebagai buku teks. "Buku (novel) ini harus diharamkan sama sekali kerana ia digunakan kepada pelajar tingkatan lima sebagai teks wajib, harus dianalisis dan terpaksa lulus dalam peperiksaan Bahasa Malaysia.?

Beliau yang mengaku sudah dua kali membaca novel itu mendakwa, terdapat tulisan dalam karya tersebut menyatakan kaum India di negara ini semuanya berasal daripada kasta paria dan ia suatu yang amat sensitif. Dalam hal ini, beliau membangkitkan konsep kesamarataan kaum dengan menyatakan: "Kaum India tidak tergolong daripada mana-mana kasta, sebaliknya mereka adalah daripada kasta manusia."Beliau marah apabila dalam Interlok dinyatakan kaum India yang datang ke Malaysia terdiri daripada keturunan Tamil, Telegu dan Malayalam dan kesemuanya adalah dari kasta paria. Petikan U.Malaysia

ULASAN:
1. Itulah gambaran perangai atau karektor dangkal (tidak berilmu dan buta sejarah, buta sastera), sekumpulan orang dan 2 orang pemimpin Melayu (dr. mariah) dan india (m. manoharan) yg telah lupa daratan, lupa sejarah dan tidak berpijak di bumi nyata. Realiti sejarah yg tidak boleh dipadam adalah sumber kekuatan membina masa depan, dan pandangan sekumpulan manusia dangkal berwatak barbarian, tidak harus dibiarkan berlaku dlm masyarakat, apa lagi diberi layanan.

2. Novel ini telah diangkat menang hadiah pada tahun 1967, diterbitkan dan berada di pasaran pada 1971, dan pengarangnya, Dato' Abdullah Hussien telah diangkat menjadi Sasterawan Negara, anugerah tertinggi negara yg dikurniakan oleh DYMM YDP Agung. Lalu apa maknya membakar dan menghina gambar Sasterawan Negara ini.

3. TAHNIAH KPD MANUSIA BERNAMA anwar bin ibrahim, KERANA ANDA TELAH BERJAYA MENTERNAK BIBIT KURANG AJAR, MELAHIRKAN SEMULA BUDAYA BARBARIAN, YANG MEMBUAT TUNTUTAN DGN CARA MEMBUTA TULI DAN REBEL DAN TAK MENGHIRAUKAN PERASAAN ORANG LAIN.
APA LAGI SELEPAS INI ?
ADAKAH MEREKA AKAN MEMBAKAR AL-QURAN KERANA DI DALAMNYA ADA AYAT TENTANG "KAFIR ZIMMI" ?
DAN SPT ISU NAMA ALLAH DAN LAIN2, MANUSIA ANWAR INI AKAN TETAP MENYOKONG, SAMADA BERADA DI DEPAN @ DI BELAKANG....
ADAKAH INI MASIH BELUM MAMPU MEMBUKA MATA ?

WAHAI ANAK ANAK BANGSAKU di TG5. Lihatlah lihatlah lihatlah..sedarlah kta..bersatulah kita..bila kamu berjaya kelak jangan lupa jasa Bangsamu..jangan hina Bangsamu..sokonglah BangsaMU, Agamamu..supaya genarasi MELAYU ISLAM terus subur di Bumi TRanah Melayu INI..Mari kita ramai ramai terus menyokong, membeli dan membaca Novel INTELOK..untuk pedoman dan teladan dan kita juga boleh bakar gambar dan tampar gambar Manoharan dan kuncu-kuncunya...bagaimana perasan mereka..MARAH ke...
ByM9 (Sumber http://www.selamatkanrakyatselangor.com)

Tuesday, 11 January 2011

SOKONGLAH DAP untuk berUBAH jadi..biaDAP


Artikel Pisau sebelum ini mendedahkan siri pembohong demi pembohongan yang dibuat oleh Ng Wei Aik :klik sini dan tindakan ganas dan zalim :klik sini

Adun Komtar ini sikapnya sama dengan Guan Eng,kedua duanya paling banyak berbohong,putar belit dan penuh tipu daya untuk memperbodohkan rakyat.
Adakah anda percaya Ng Wei Aik bercakap benar semasa sidang akhbar jam 3 petang tadi, Ng Wei Aik rasis chauvanist ultra kiasu DAP menafikan kononnya beliau ada menyebut kata kata kesat terhadap pemilik restoran Syed Kassali Mohamed Aliyar.

Tindakan beliau mengadakan sidang akhbar bertujuan untuk mengalihkan isu tentang perbuatan beliau yang menyalahi undang undang . Ng Wei Aik tidak menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia Ds Reezal Merican:klik sini sebaliknya cuba mengalihkan isu kononnya beliau pula difitnah.

"Tutup Balik India", "Pembunuh Kalau Org Mati, Kamu Boleh Bertanggungjawab Ke" perkataan rasis yang kesat ini dihamburkan terhadap Syed Kassali.

Dalam sidang akhbar tersebut Ng Wei Aik sanggup meletak jawatan sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng jika berjaya dibuktikan, mengapa beliau tidak meletak jawatan sebagai Adun Komtar terus jika berjaya dibuktikan!
Pembohong dan pembelit ini sanggup membuat sidang akhbar ,berbohong kepada kesemua wartawan semata mata mahu menutup pembohongan beliau. Lihat wajahnya dengan angkuh kononnya beliau pula difitnah.Petikan dari Malaysiakini

Sebaliknya, setiausaha politik kepada ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu menuntut Kimma dan pihak yang menuduhnya membuat permohonan maaf. “Isu ini dimainkan sejak minggu lalu. Sudah tiba masa untuk menutupnya. Kita tidak mahu buang masa melayan perkara yang tidak berlaku,” kata Ng kepada wartawan semalam. Ng juga memberikan Faruk dan pemilik restoran itu, Syed Kassali Mohamed Aliyar tempoh seminggu untuk membuat permohonan maaf atau mereka akan menghadapi tindakan undang-undang kerana cuba memfitnahnya.-malaysiakini
Taktik ini sudah lama,sudah basi,jangan ingat orang ramai mudah termakan drama kamu wahai Wei Aik. Anda harus ingat mereka ini cukup pandai bermuka muka penuh pembohongan.

Buat pengetahuan anda ramai saksi yang dengar dan nampak salah seorang ialah Khairil Anuar Kamarudin,Timbalan Ketua AMK Cabang Jelutong ini mengaku Ng Wei Aik ada menyebut "pi balik India" kepada Syed Kassali pemilik restoran pada malam kejadian.
Khairil Anuar Tim Ketua AMK Cabang Jelutong

Khairil Anuar berada ditempat kejadian,mendengar dan nampak secara jelas apa yang dilakukan oleh Ng Wei Aik.

Mengapa sidang akhbar hari ini diadakan? Ng Wei Aik dengan berani berdepan dengan wartawan setelah meminta AMK Pulau Pinang membantu menafikan perkara ini. Setelah berpakat bersama AMK beliau telah membuat satu laporan polis pada 7/1/11 . Ng Wei Aik berani membuat satu laporan palsu kepada polis setelah berpakat dengan AMK.

Pisau berasakan Khairil Anuar sebagai seorang pemimpin AMK di peringkat cabang Jelutong harus membuat pengakuan tentang pembohongan yang dilakukan oleh rasis Ng Wei Aik ini. Jangan dibiarkan si rasis ini berleluasa membuat segala tindakan double standart dan secara selektif terhadap peniaga peniaga di sekitar Georgetown

Ng Wei Aik sanggup melakukan sumpah palsu,adakah saudara Khairil Anuar sanggup bersekongkol dengan seorang YB rasis chauvanist ultra kiasu yang menindas zalim dan melakukan pembohongan kepada rakyat?

Akibat tindakan rasis,biadap,kurang ajar dan zalim Adun Komtar ini beliau telah mengheret sekali AMK didalam polemik ini. Bermaruahlah wahai AMK.Adakah anda sanggup bersekongkol dengan rasis chauvanist seperti Ng Wei Aik ini

Ng Wei Aik,adalah elok kamu meletak jawatan sebagai ADUN KOMTAR,kamu benar benar telah berbohong kepada seluruh rakyat Pulau Pinang.
(Sumber Papa Gomo dan http://www.pisau.net/2011/01/eksklusifrasis-ng-wei-aik-perlu-letak.html).

******Jadikan iktibar Wahai anak BangsaKu...ingatlah..,jangan Mudah Lupa..bahawa zaman Komunis dahulu seperti ini juga keadaanya..penuh kezaliman dan perkauman..kalau gerai CINA kat tepi kaki lima jalan tak berani usik..kalau kena langgar..pemandu yang salah..peniaga tak salah..apatah lagi lagi pemandu itu MELAyU..pasti kena maki hamun..cibai dan suruh balik ke hutan..inilah perangai DAYUS Wong Ta Aik. ByM69.

CakGu Rahim BOLEH...MARKOM salah.? ,,,menasihati rakan-rakan..


Sumber Youtube dari http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com
*****Salahkah..DosaKah....sekadar rayuan..jangan menghina Bangsa sendiri..kamu tidak sekolah ker..wahai Guru yang terlibat mencaci menghina kerajaan ini. Adakah Pas dah cukup sempurna..tiada cacat cela..maka sentiasa berhak mencari salah dan silap orang lain. Saya PASTI..Video ini di Upload oleh peserta yang merupakan guru dalam majlis tersebut.inilah agaknya anak murid kelahiran CIKGU RAHIM yang membela kafir Kapal Sink. KALAU tak suka jangan keterlaluan..jangan melampau...berpada=pada. Saya sarankan agar Guru tersebut belajar bahasa asing terutama MANDRIN dan hadiri ceramah DAP..MCA MIC PPP Gerakan...fahami apa yang mereka katakan..baru KAMU akan sedar, siapa mereka sebenarnya..MARKOM berani kamu gertak dan repot POLIS, tetapi kepada yang lain kamu takut dan hormat. Adakah kapasiti Sebagai PENGARAH tidak boleh memberi pandangan, pendapat, dan hujah. Saya bukan pengampu tapi ingin mengatakan yang HAK atas dasar Anak Bangsa dan Agama.ByM69.

Salah KAH..menasihati Melayu...Salahkah Markom...

SENAI - Pas Johor membuat laporan polis terhadap Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom Giran, tiga hari lalu, dengan mendakwa kempen bagi menyokong UMNO dan BN telah dilakukan Pengarah berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, laporan polis itu dibuat kerana Markom didapati berkempen bagi parti berkenaan ketika Markom berada di Tenang.

Antara isi kandungan yang dibuat dalam laporan itu ialah Markom dikatakan berkempen untuk BN di pilihan raya kecil (PRK) N05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, memberi tekanan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam DUN Tenang agar mengundi BN, memberi tekanan kepada guru-guru kaunseling daerah Segamat agar berkempen dan mengundi BN dalam PRK N05 DUN Tenang dan berkempen kepada guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Ibrahim Labis, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, SK Pekan Air Panas, SK Felda Chemplak dan SMK Tenang Station agar mengundi BN.

Pas Johor juga dalam laporannya yang dibuat pada jam 11 pagi di Balai Polis Labis, memohon agar polis dapat menyiasat perkara itu dan meminta agar tindakan diambil dengan segera.

Sementara itu, Markom ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau menafikan dan tidak menjalankan sebarang kempen seperti mana yang didakwa Pas Johor sebaliknya hanya sekadar memberi ucapan terima kasih kepada kerajaan.

“Saya bukan orang BN atau pun UMNO untuk dikatakan berkempen di Tenang. Saya sekadar memberikan ucapan terima kasih pada kerajaan yang telah banyak memberi jasa pada rakyat dan diri saya sendiri.

“Saya ingin katakan pada orang ramai dan guru-guru saya supaya sokong kerajaan dan kalau kita fikir kebaikan orang Melayu pada masa akan datang kita perlukan perpaduan di kalangan Melayu sendiri.

“Saya tegaskan supaya orang Melayu tuntut ilmu dengan hebat supaya tidak dimonopoli pihak lain. Bangsa Melayu mesti bersatu dan yang telah berjaya satukan orang Melayu adalah di bawah pimpinan UMNO,” katanya.

Menurut Markom, pada 31 Disember lalu beliau diminta memberikan ucapan oleh imam masjid selepas sembahyang Jumaat di masjid Kampung Tenang.

Beliau berkata, kehadirannya memberi ucapan hanya pada hari berkenaan iaitu di masjid Kampung Tenang dan tiada ucapan diberi di tempat-tempat lain.

Dalam ucapan yang disampaikan itu menjurus kepada tajuk “Tuntutan Masjid Terhadap Tanah Rizab Sekolah Sebagai Rizab Tambahan Sekolah” dan kemudian beliau juga berucap mengenai orang Melayu dan agama Islam selain sekadar mengingatkan orang ramai untuk berterima kasih pada kerajaan.

“Terpulang pada mereka jika hendak membuat laporan polis atau telah membuat laporan polis. Saya tidak berkempen, tiada sepanduk, tiada kain rentang atau apa-apa surat jemputan dikeluarkan yang mempunyai unsur-unsur kempen,” katanya.

Seramai 20 ahli Pas hadir bersama membuat laporan polis berkenaan selain turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamad dan Ketua Penerangan Pas Johor, Mazlan Aliman. (Sumber Berita dari SINAR)

Saturday, 1 January 2011

Bila Mati suruh Kapal Sing ..sembahyang MAYATmu..

Kasihan...Kasihan..Kasihan..Wan Abdul Rahim Wan Abdullah atau Cikgu Rahim, Ahli Parlimen (PAS) Kota Bharu. Belum ada dalam sejarah sorang MUSLIM berkata demikian untuk seorang rakannya yang KAFFIR..Dan Belum ada juga soerang KAF FIR yang sanggup membela rakannya MUSLIM sebaik itu. Tahniah..bahwa sesungguhnya ISLAM itu INDAH...cuma yang jadi PEMUSNAH adalah orang yang Nama sahaja ISLAM, tetapi perangai bagai TALAM....Dulang..Nyiru...Kaudu..

Menunggu Imam tak sampai-sampai....sapa agaknya IMAMnya...foto. trechan.blog
Semuga nanti kalau MU meninggal agar Karpal Sink akan memgangkat, mengusung MAYATmu ke kubur menggunakan kerusi rodanya, serta mengIMAMkan mayat mu..

Foto. fairytale-crgo.blogspot

foto. manlukeman.wprdpress
Wahai anak BangsaKu..lihatlah..fikirlah..Insaflah..sementara Nyawa masih di badan. Bersatulah kita demi AGAMA BANGSA dan TANAH MELAYU ini.
Dewasa ini bertambah ramai..ramai Si Kitol..dan Rajamundalliar. Andainya kamu berjaya, jangan lupa anak BangsaMU...jangan di gigit mereka..Apakah Cik Gu itu benar, sebenarnya ianya MEMALUKAN MERTABAT PERGURUAN, USTAZ dan ISLAM. Jangan lah KETERLALUAN..Kalau "Langkah Mayatku kalau ada yang Usik ISLAM" "Langkah MayatKu kalau ada yang hina IBUku" alangkah baiknya kalau ungkapan umpama itu di utarakan..DAYUS KAMU Cikgu rAHIM. ByM69.