Rabu, 31 Mac 2010

April Fool Jenaka Atau Fitnah???


April Fool disambut dengan penuh riang setiap tanggal 1 april ... tetapi pernahkah kita terfikir bahawa apa kah rahsia di sebalik april fool... jelas pada mata kita bahawa april fool ini juga salah satu budaya barat yang dibawa ke malaysia lalu diamalkan oleh umat islam... apabila sebut tentang budaya barat, apakah yang anda terfikir?? sudah pasti benda yang negatif dan perkara yang memberi kesan yang buruk kedalam hidup kita semua.... kenapa remaja islam kini gemar mengikut budaya barat?? dimana hebatnya orang kafir itu sehinggakan menjadikan mereka sebagai idola hati??? budaya barat nie bagaikan satu virus yang cepat merebak dan memberi kesan yang negatif... sama juga dengan valentime....... ia juga import dari barat juga..


ada yang tertanya-tanya sama ada april fool ini jenaka atau fitnah? memang kita beranggapan bahawa ia jenaka tapi dalam masa yang sama ia akan menjadi fitnah.. contohnya, ada orang mengatakan aminah mengandung, niat d hati memang nak bergurau tetapi dalam masa yang sama ia telah menjadi satu fitnah bahawa kesucian aminah itu telah hilang.. tidakkah itu fitnah namanya...


selain daripada fitnah, april fool juga menyusahkan orang... contoh ahmad bergurau dengan ali :- " wei ali ustaz suruh hantar kertas kerja hari ni" mmm ali pun dengan kelamkabut siapkan kertas kerja dan langsung hantar kepada ustaz... sedangkan ustaz tidak hadir pada hari tersebut... bukankah ia telah menyusahkan orang.....


disamping itu, april fool juga mengakibatkan perasaan dan hati sahabat kita terguris kerana kita telah menjenakakan kawan kita sendiri.. kalau kawan tak pa nie ada juga yang main april fool dengan cikgu... masyaallah.. bagaimanalah sekiranya cikgu tuu kecil hati??? tidakkah ilmu yang kita belajar itu akan hilang keberkatannya??? sahabat yang baik, sentiasa menjaga hati sahabatnya...


last skali.. april fool nie buat tambah dosa ja... bukankah berbohong itu berdosa?? dalam konteks islam, larangan supaya umat islam menjauhkan budaya april fool ini sebenarnya sudah lama diingatkan oleh Rasulullah S.A.W dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud yang bermaksud:-


" Neraka Wail bagi sesiapa yang apabila bercakap, lalu berbohong dengan tujuan untuk mentertawakan pihak-pihak tertentu. Neraka Wail dan Neraka Waillah bagi orang itu."


oleh itu, sama-sama lah kita jauhi budaya barat yang membawa kita ke kancah yang tiada faedahnya... sama-sama juga kita berdoa agar kita dijauhi daripada perkara-perkara yang dimungkariNYA.. AMIN.....

Selasa, 30 Mac 2010

adakah itu sunnah???

assalamualaikum... ada follower yang bertanya tentang sunnah nabi... adakah memakai cincin dan celak itu sunnah nabi??? ramai yang keliru mengenai perhiasan terutama lelaki zaman sekarang suka memakai pelbagai hiasan sehingga nampak macam pokok krimas pun ada.. :-)

Lelaki di haramkan memakai barang-barang perhiasan wanita kerana ia bagaikan menyerupai wanita.. dah lelaki pakai la cara lelaki buat apa nak pakai macam perempuan pulak?? zaman sekarang lelaki gemar pakai gelang, rantai silver, subang dan macam -macam lagi... tidakkah mereka terfikir yang mereka itu sedang menyerupai wanita??? kalau ditegur marah pulak tetapi kalau tak ditegur berdosa pula....

baiklah, mengenai sunnah pula... memakai cincin mengikut sunnah adalah apa-apa jenis cincin yang dipakai pada jari manis.... dan memakai celak juga adalah sunnah nabi dan disamping itu terdapat kebaikan memakai celak adalah menyihatkan mata kita... banyak lagi sunnah nabi... tidur beralaskan tangan kanan dan menghadap kiblat... memakai serban... memakai jubah putih semasa sembahyang jumaat...makan manisan sebelum makan... dan macam-macam lagi....

perhatian... sunnah bukannya wajib oleh itu jangan lawan ibu bapa sekiranya mereka tidak izinkan mengikut sunnah kerana taat kepada kedua ibu bapa itu adalah wajib..... selamat beramal!!!!!

Isnin, 29 Mac 2010

salah ke aku jadi mat rempit????

remaja-remaja sekarang semakin tertarik dengan budaya yang negatif... mereka ingin tunjuk kuat... bebas hidup kesana-kesini... mereka tunjuk samseng... mereka tidak hormat akan undang-undang.. sedangkan kita telah dibentuk murni di sekolah dahulu... ramai remaja-remaja di luar sana tertanya-tanya, salah kah kalau aku merempit.. aku tak kacau orang pun.. aku x buli orang pun... sebenarnya ia bermula daripada sifat keegoan... disebabkan keegoan yang tinggi maka tercetuslah sifat-sifat yang negatif mengusai diri....

bawa motor biar pelahan asalkan selamat... kalau kita bawa laju-laju pun tak ada gunanya minyak lagi cepat habis... dan kalau kita bawa laju-laju kita berada di zon bahaya kerana mungkin akan terlibat dengan kemalangan yang ngeri.... telah banyak contoh mat rempit pecah kepala... patah kaki.. kudung sana-sini... tidak kah ada perasaan takut sekiranya kita yg terjadi sebegitu???cuba bayangkan kalau kaki kita kudung disebabkan bawa motor laju-laju.... disebabkan sikap kita yang suka bergembira itu telah mengakibatkan hilangnya kaki... sanggupkah ????





zaman sekarang pula, mat rempit nie semakin menjadi-jadi.. diorang bukan setakat kurang ajar pada mak bapak ja tapi dengan masyarakat pun diorang tak hormat langsung... macam mana negara malaysia nak menjadi contoh kepada negara lain sekiranya adab tatasusila kita masih berada di tahap 30%??? dibangku sekolah kita sering dididik tentang adab sopan terhadap manusia,alam sekitar, dan haiwan... tetapi ia bagaikan sia-sia sekiranya kita tidak mengamalkan dalam kehidupan kita...

sekiranya kita menjadi mat rempit, jangan salahkan masyarakat sekiranya mereka tidak meghormati kita kerana mat rempit ini telah dianggap sebagai sampah masyarakat yang sering mengganggu hidup masyarakat... sebab apa?? sebab pelbagai kes yang berpunca dari mat rempit... contohnya, kes ragut... kes rogol... kes pecah rumah... kes bunuh... kes dadah... oleh itu jangan sesekali salahkan masyarakat sekiranya mereka pandang enteng sahaja dengan diri kamu itu....



untuk berada di zon selamat, jauhilah dari budaya rempit.. walaupun anda x merempit tetapi jauhilah imej mat rempit... kerana dari situ jua akan timbul pelbagai fitnah.... jangan lagak macam samseng jalanan kerana Allah lebih berkuasa dari segal-galanya.... renungkanlah wahai mat rempit sekalian...

JaNgAn BuRuK sAnGkA !!


" minah selalu keluar malam.. ntah-ntah dia nie keje pelacur kut.."



" ahmad selalu tolong cikgu, mesti nak bodek cikgu... nak dpt markah tinggi katakan"



" ala nur tue baik depan cikgu je, kat umah perangai hanya Allah saja tahu.."



"cikgu mat tue keje nak ngorat student je keje dia... suka bercakap ngan perempuan.."



itu lah antara ayat atau dialog mengenai buruk sangka terhadap orang lain.. sikap buruk sangka ini menjadi satu trend dalam hidup.. sehinggakan kadang-kadang timbul pulak fitnah-fitnah yang sepatutnya... sikap ni selalu membuatkan kita bergaduh dengan teman-teman mahupun timbul rasa benci terhadap cikgu....



mesti kita tertanya-tanya, bagaimana nak hapuskan sikap buruk sangka nie erk??? memang tidak semudah angin bertiup untuk hapuskan sikap ini tetapi sikap itu datang dari diri kita so kita boleh aje control.. kita kan raja kepada diri kita.. so apa yang perlu kita buat ialah sentiasa berfikiran positif apabila bertemu dengan musuh mahupun kawan yang kita suka buruk sangka padanya... apabila jumpa musuh ucapkan dalam hati nurani ini "dia sebenarnya baik...." "siapalah aku nak hukum manusia" " aku tak patut fikir macam tue.. dosa aku lagi banyak.." di samping itu, kita juga kena rajin muhasabah diri... sedar bahawa siapakah kita yang sebenar.. layakkah kita mengkritik orang??? ingat lah.. kita hanya hamba Allah yang tak dapat lari dari melakukan kesilapan... setiap manusia pasti pernah melakukan kesilapan.. sebesar mana pun dosa seseorang itu, kita tak layak menghukum mereka...



oleh itu, set your mind positive... pagi-pagi tengok cermin dan katakan "fikir positif" insyallah... kita akan dipelihara... dan jangan buat musuh.... apa-apa pun fikir yang positif sahaja... kadang-kadang memang kita perlu ada rasa buruk sangka tapi jangan biarkan ia menguasai kita... biar buruk sangka tue 20% jeee... hidup positif!!!!

Ahad, 28 Mac 2010

apa dosa mereka???






isu pembuangan bayi kian panas di bicarakan dari bibir ke bibir masyarakat kita.... tetapi hal ini masih berleluasa sehinggakan bayi itu tiada nilai lagi di mata perempuan yang membuang bayi. kenapa kes ini masih panas menjadi paparan televisyen dan surat khabar??? dimanakah pihak berkuasa??? di manakah penyelamat dunia??? tak kan nak biarkan bayi yang suci itu dibunuh dengan kejam seperti tiada perikemanusiaan...












kes ini semua bermula dari gejala zina yang semakin rancak di amalkan oleh pemuda pemudi yang masih tidak sedar berada di bawah naungan syaitan yang durjana..memang sedap dan nikmat nya masa berzina tapi bila dah perut kembung baru takut dan fikir kemana nak campak bayi itu... hal ini kerana lelaki zaman sekarang tidak sedar amanah dan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi ini...yang diorang tahu hanya buat projek je... tapi bila projek dah menjadi hilang ntah kemana....










yang perempuan pula... kenapa serah kepada lelaki??? kenapa kau rela biarkan lelaki buaya menconteng arang kepada mu.... wahai puteri-puteri sekalian ... jangan kerana cinta kau rela di perlakukan apa sahaja... masa buat projek gelak ketawa kalah syaitan bila perut kembung takut macam nampak hantu... kepada perempuan yang mengandung anak luar nikah, kenapa korang nak buang bayi tue... bayi tu kan anak korang???? perempuan sekarang sikit pun tak rasa sakit masa beranak sebab tu lah diorang tak kisah campak kesana kesini... tak kesian ka tengok bayi yang mati rentung dan lemas.. ada yang kena gigit anjing dan semut... kasihan lah mereka.. mereka baru nak kenal dunia tetapi telah diseksa sebegitu....
mana hilangnya sifat perikemanusiaan kalian... mana hilangnya adab kalian ..... mengapa tidak syukur akan rezeki Allah.. bayangkan beribu lagi orang yang nak anak tapi tak dapat... yang dapat pula tak reti nak bersyukur.... ingat remaja semua jgn terlambat baru nak menyesal... dari ringan-ringan la jadi nya zina.....

Sabtu, 27 Mac 2010

aduhaiiii wanita......




zaman berganti zaman.... hari berganti hari...... siang berganti malam.... tetapi ada lagi manusia yang berada di zon yang sama ...... kenapa manusia tidak menjadi buruk berganti baik???


di sini saya ingin kongsi kisah duka saya yang bersesuaian dengan soalan pengikut saya....


pada suatu ketika dahulu, di mana saya yang masih terumbang ambing di dunia ini, saya mengenali beberapa teman wanita di sekolah saya.. lama kelamaan hati yang dulu hanya ingin berkawan telah bertukar menjadi sebuah permainan cinta... saya jatuh ke lembah cinta monyet ketika itu... saya pun couple dgn salah seorg shbt sekelas saya.... dalam masa yang sama terdapat seorg junior yg minat saya... dalam angin dan dunia syaitan saya menolak cinta junior saya, ala setia katakan.. dan saya terus bercinta dgn shbt sekelas saya....




hari brganti hari... kehangatan cinta smakin membara... dalam diam-diam junior saya berdendam dengan saya, semasa saya dalam proses pemindahan... segala kisah cinta saya terbongkar.... lalu saya di fitnah berbagai tuduhan yang menimbulkan keaiban.... sesiapa yg cuba menolong saya ketika itu juga akan menjadi sasaran fitnah durjana.... kawan baik saya sering beri nasihat kepada saya juga di fitnah pelbagai perkara... aku terasa dihina ketika itu... mmm kesian la pada kawan baik saya tak pasal-pasal dia pun kena juga...




kami cuma diam dengan fitnah itu sbb kami tak tahu dari mana fitnah itu datang.... kami dibenci oleh sekolah... guru-guru hanya pandang sebelah mata sahaja... sedih ketika itu... lama-kelamaan... kami jumpa dalang dalam fitnah ini.. sepandai-pandai tupai melumpat akhir jatuh ke tanah jua.... dalang segala masalah ini adalah dari junior yang penah mengungkapkan rasa cintanya pada saya.... dia sanggup hancurkan hidup sesiapapun demi kebahagiaannya...


dia sebar cerita kami merata-rata sehingga kan dalam friendster dan e-mail jugak.....fitnah telah tersebar luas.... salah saya juga kerana bermain dengan api akhirnya tangan saya terkena percikannya...




kisah ini menasihatkan agar kita menjaga batas pergaulan kita dengan kaum tidak sejenis kerana ia akan menimbulkan pelbagai fitnah... hanya sabar dan redha sahaja yang dapat menjadi pengubat duka.... fitnah memang sukar untuk di ubati... oleh itu berjaga-jaga kalau bersahabat... jangan cari penyakit.....sekiranya orang mengata kita atau fitnah kita sabar dan doa agar Allah membuka pintu hati nya kejalan Allah.... amin ya rabbal a'lamin.....

Jumaat, 26 Mac 2010

DeRhAkA KaH AkU????


kita sebagai hamba Allah mesti lah perlu taat dan patuh kepadaNYA.. selain itu kita juga diamanahkan untuk mentaati kedua ibu bapa kita kerana mereka telah membesarkan kita dari kecil hingga lah sebesar manusia tetapi mayapada kini fenomena derhaka kepada ibu bapa menjadi satu kebiasaan atau trend hidup...ada sesetengah anak mengambil berat isu ini tetapi segelintir mereka hanya menganggap isu derhaka ini hanya debu yg bertebangan sahaja...

sekiranya ibu bapa kita menyuruh perkara yang melanggar syariah dan hukum islam maka tidak wajib kita mengikut arahan tersebut tetapi sekira sebaliknya wajiblah kita patuhi... sekiranya kita x mampu nak patuh arahan ibu bapa kita, apa kata kalau kita slow talk dgn mak bapak kita Insyaallah mereka akan faham.... jgn jadi anak yang derhaka walaupun di mata kecil sekalipun... segala masalah akan selesai dengan berbincang...

Khamis, 25 Mac 2010

macam mana nak jaga mata???


nak jaga mata ni bukan nya mudah... kerana mata kita ni kadang-kadang liar nak tengok benda yang tidak elok.. macam mana erk nak jaga mata agar mata kita sentiasa dipelihara dari maksiat durjana.. latihkan diri tunduk apabila melihat kemungkaran.. kurangkan menonton tv terutama cerita barat kerana mereka sering menonjolkan aurat mereka... dari situ kita latih dan timbulkan rasa benci dalam diri akan maksiat.. kita kena ada perasaan benci dulu baru boleh jaga mata... baik, apabila melihat seseorang lalu nafsu kita aktif cepat-cepat istighfar lalu paling ke arah lain... setiap kali kita melihat seseorang lalu kita ingin mengumpat, cepat-cepat istighfar... kesimpulannya bencikan kejahatan,kemungkaran dan maksiat.. insyaallah kita dapat menjaga pandangan kita.. banyak-banyaklah berdoa agar Allah pelihara mata kita dari benda yang cela... berzikir dan istighfarlah selalu agar hidup diberkati Allah....

saya x couple pun... suke je....


salah kah saya minat dengan seseorang tapi saya tak msg pun.. cakap pun jarang... saya cuma minat saja.... ini lah soalan yang diutarakan oleh salah seorang pengikut blog ini... baiklah.. saya bukannya ustaz atau mufti yang mahir mengeluarkan hukum.. saya hanya boleh memberi pendapat sahaja... cuba muhasabah kembali.. apa tujuan minat dan suka itu??? minat atas dasar apa??? sekiranya hawa nafsu, lebih baik lupakan kerana ia akan membawa kelembah zina... fikir apa kebaikan dan keburukan kalau minat seseorang itu.... bandingkan ..... sekiranya buruk lebih banyak dari baik lebih elok lupakan sahaja... sekiranya anda minat kerana paras rupa, fikirlah kembali paras rupa itu dicipta oleh siapa????? sudah tentu Allah.. kenapa kita tak minat kepada Allah.... baik ada juga pengikut blog mengatakan suka itu lumrah manusia... memang lumrah manusia tapi kita boleh membentuk suka kita... lebih elok kita taruh suka kita kepada yang Maha Esa sahaja kerana segala-galanya dari Nya.... kita minat dan suka sahabat kita biarlah niat kerana Allah.. demi silaturrahim... ukhwah.... tapi jangan pula couple kerana Allah...!!!!

Ahad, 7 Mac 2010

cinta kepada siapa??


Cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung diantara segala cinta.Kerana itulah para syuhada menentang musush dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan kerana cinta kepada Allah.Cinta Rasulullah s.a.w kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda di baling batu oleh orang-orang taif. Sewaktu Malaikat Jibrail bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk taif.Baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar islam.


dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan yang penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isteri. Cinta di antara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam al-Quran:-


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram dengannya, dan dijadikan di antara kamu kasih sayang.sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Al-Rum.21)


namun dewasa ini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan dara di luar lingkungan perkahwinan, Justeru itu, apa yang terjadi adalag sesuatu yang mengaibkan. kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum Allah yang di tetapkan. Dalam menuju dewasa ini, minat-meminati di kalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yang lumrah namun perasaan ini haruslah dijaga. Malangnya ramai yang terbawa-bawa dengan perasaan cinta ini hingga sanggup berkorban segalagalanyauntuk orang yang dicintai padahal si dia belum lagi menjadi suami atau isteri yang sah. Bak kata orang tua-tua :-


nasi lemak buah bidara,

sayang selasih kulurutkan,

buang emak dan saudara,

kerana kekasih kuturutkan....