Isnin, 20 Disember 2010
BuDaK MeLaYu SeMaKiN rOsAk !!
Rabu, 8 Disember 2010
Ustaz Mohd Kazim Elias- Hukum Menyanyi.
renung-renungkan ya!!!!
semoga Allah memberi petunjuk kepada kita..
insyaAllah..
Isnin, 6 Disember 2010
BeLuM pAsTi.....
Kita berhijrah ke university nun jauh dari ibu bapa, demi ilmu Allah yang luas….
Demi menunaikan fardhu dalam kehidupan sebagai seorang insan yang bergelar islam..
Kursus islam menjadi pilihan hidup kita walaupun pada mulanya ia adalah paksaan…
Kita pelajari ilmu Allah… tentang hokum-hakam….
Tentang sirah islam… tentang nabi dan rasul…
Tentang Allah….
Tapi…..
Ada benda penting yang kita terlepas pandang ketika menimba ilmu…
Kita asyik melihat kesalahan orang… kita asyik mencari dosa orang..
Itu salah!!!! Ini Dosa!!!!
padahal diri kita ini lebih hina…..
kita pelajari sejarah islam… belum pasti kita sanggup berkorban demi islam seperti pejuang-pejuang dahulu…
kita pelajari hukum islam… belum pasti kita turuti kesemuanya…
kadangkala kita langgar jua hukum Allah…
kita rahu sifat mulia Nabi dan Rasul…
belum pasti kita contohinya…..
kita lebih mengenali Allah…
belum pasti kita cinta dan sayang kepadaNYA…
walaupun kita pelajari dan lebih tahu mengenai islam…
belum pasti kita dijamin masuk syurga….
Jangan bongkak dengan apa yang kita ada tapi bersyukurlah…
Jangan binasakan diri dengan sifat syaitan yang durjana…
Isnin, 15 November 2010
DuNiA ReMaJa
Rintikan-rintikan hujan berjatuhan,
Hatiku mendayu-dayu,
Fikiranku bercelaru,
Mengapa hingga detik ini diri ku masih di sini?
Masih bersama-sama mereka yang berhempas-pulas dengan pelajaran.
Tetapi aku?
Masih berkhayal di alam fantasi,
Masih gagal mencapai gugusan bintang di awangan,
Masih melayan nafsu yang bukan-bukan,
Leka dengan cinta di alam remaja,
Leka dengan kiriman surat-surat bunganya.
Membaca,
Tetapi fikiranku jauh melayang.
Melayang tentang si dia.
Aku masih mampu tersenyum,
walau rekodku merah-merah belaka.
Masih gembira hatiku walau dimarahi guruku.
Melayang fikiranku hanya pada si dia,
Berbunga-bunga hatiku,
Kerana ada si dia menunggu “sms” ku.
Dia meracuni fikiranku,
Hingga aku tidak mampu mencapai tahap kewarasan akalku,
Mengapa aku tidak boleh berubah?
Seperti ada tarikan magnet utara dan selatan.
Yang tidak mampu memisahkan ku.
Aku terkedu sendirian.
Hanya waktu mampu mengubahku.
SaYaNg KaWaN pErEmPuAn??
Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee.....
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."
"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".
"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah...
Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"
"Exclusive hape plak tu ustaz?"
"Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?"
"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."
"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."
Di dalam riwayat yang lain,
Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,
Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....
"Kalau jawab ikut ‘exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang' inilah FITNAH".
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"
"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk ‘touch n go' ".
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping."
"Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu..."
"Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah..."
"Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu."
"Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."
" EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! "
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan... Biar dikerat empat, ‘kawan baik' itulah tempat dia curhat.
Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang'? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat.
‘Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot??? "
"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?"
" Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"
(Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )
"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".
Allah menyebut didalam al-Quran,
"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"
mArI BeRpUaSa HaRi ArAfAh (9 zulhijjah)
Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-
Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan.
- Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-
Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda
Isnin, 1 November 2010
Bersyukur Dan Bersabar
assalamualaikum semua saudara-saudara ku, pertama sekali saya ingin memohon seribu kemaafan kerana terlalu lama saya tak update artikel saya... kali ini saya ingin berkongsi kisah yang diceritakan kepada saya baru2 ini... kisah tentang Rasulullah s.a.w.......
isteri nabi pernah menceritakan bahawa nabi muhammad saw selalu mengamalkan satu perkara mengenai makan. dimana sehari baginda akan makan sehingga terasa kenyang... keesokan hari baginda akan berlapar seharian.... terdapat sebuah hadith yg menceritakan kisah yg lebih terperinci...
tiba-tiba terfikir... kenapa rasulullah buat demekian???? apabila di tanya, jawabnya:- hari yang aku makan trasa kenyang adalah untuk aku bersyukur dgn segala rezki yg Allah berikan padaku.. manakala hari yang kedua aku biarkan diriku kelaparan agar aku tanam sifat sabar dan redha dgn ujian Allah...
oleh itu nabi muhammad melakukan selang-seli perkara tersebut... dimana perkara tersebut akan mendidik kita rasa syukur dan sabar.... tetapi sekarang nie laen, kebanyakan manusia lupa untuk bersyukur kepada Allah apabila dia dapat apa yg dia mahukan... dan apabila dia dalam kesusahan, dia lupa untuk sabar yg diajar malah merintih dan menyalahkan takdir Allah... bersabarlah... kerana ia adalah separuh daripada iman....
sahabat2 ku semua... marilah kita sama2 menanam atau mewujudkan dua rasa hebat ini iaitu syukur dan sabar dalam diri kita. agar perjalan hidup kita berjalan dgn lancar dan insyaAllah peroleh keredhaan Allah ..... amin....
Selasa, 27 Julai 2010
mencari yang terbaik dalam hidup..
saya sendiri sedang mencari jalan dan mencari ilmu untuk membaiki diri kearah yang lebih baik..
bukan mudah untuk kita buang tabiat-tabiat buruk yang telah melekat atau menyerap dalam diri kita nie... tetapi sekiranya kita ada azam yang tinggi untuk membuangnya insya Allah, ia nya akan hilang dengan mudah dan bersih sekali.. mengapa sukar kita nak buang tabiat buruk kita??? sebab kita sendiri yang mencintainya dan menyayangi tabiat itu oleh itu tabiat itu sendiri sukar untuk melepaskan diri kita ini..
Nak jadi BAIK???? cari sifat-sifat positif atau sifat-sifat mahmudah agar dapat mengubah hidup kita dari yang kurang baik ke yang terbaik.... carilah... carilah walaupun berkurun lamanya...
carilah walaupun beribu batu jauhnya.... kerna ada perumpamaan mengatakan bahawa jauh perjalanan, luas pengetahuan... oleh itu cari lah.... sekiranya kita di utara, berhijrah lah ke timur.. "BERHIJRAH" adalah satu kata kunci yang tepat untuk kita menjadi yang terbaik.... berhijarahlah kemana sahaja janji dapat satu tanda yang akan ubah kita..
semua orang di atas muka bumi nie nak jadi baik.. tapi mereka hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja.. kerna mereka nak jadi baik sebab orang lain jadi baik dan bukan atasa dasar kehendak sendiri oleh itu ia nya susah untuk menjadi amalan harian kita seharian.. sebab apa sebab bukan kemahuan kita tapi disebabkan oran lain.. nak berubah biarlah atas kehendak sendiri bukan disuruh atau dipaksa kerana jarang berkesan sekiranya sebegitu.... ini atas dasar pengalaman yang saya tempuhi...dari saya berumur 8 tahun lagi pelbagai kursus, kem bina diri , motiasi telah saya sertai tetapi hakikatnya sampai sekarang saya still macam biasa.. berjaya?? jauh sekali!!!!
bukan nya saya tak berjaya alhamdulillah Allah telah bagi peluang kepada saya... maksud saya cemerlang.... sijil penyertaan kursus or seminar saya banyak tapi saya masih tak dapat menjadi yang terbaik.. kenapa???? sebab bukan kemahuan saya tetapi kemahuan orang... selain itu semangat juga main peranan penting untuk berubah... bukannya semangat hangat-hangat tahi ayam tapi biarlah ia istiqamah... kini barulah saya sedar bahawa nak jadi baik ada cara yang lebih pantas dan cepat... iaitu cari keredhaan Allah insya Allah kita akan menjadi yang terbaik..
kerana islam sentiasa mengajar kita untuk menjadi baik dari hari ke hari dan dari semasa ke semasa... oleh itu keep it up!!!!
berubahlah sebelum anda tidak sempat berubah!!!!!!
satu langkah untuk berubah melakar seribu pengalaman!!!!
selamat berubah demi kebaikan hidup masa depan!!!
Selasa, 20 Julai 2010
AkU DaLaM KeKoSoNgAn
saya sekarang sedang menuntut ilmu di sana... pelbagai kisah yang nak saya kongsikan tetapi bukan sekarang... kerana saya tak cukup masa untuk menulis panjang berjelar... insyaallah bila saya dapat laptop nanti saya akan update sokmo..... thankss kepada semua... atas sokongan semua.. saya dalam kekosongan... saya rasa hidup saya tanpa arah... saya meminta pendapat pengikut semua.. agar saya dapat terus menulis di alam maya ini... agar dunia remaja islam terus segar dalam kehidupan.... tolong berikan kata semangat atau nasihat agar saya terus bersemangat untuk menuntut ilmu di UNiSZA ini.. saya kehilangan semangat dalam diri kerana terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan ujian... please comment or bantuilah saya....... anda semua harapan saya.... selain ALLAH .......
Selasa, 8 Jun 2010
DaH BaCa Ka?????
Ahad, 6 Jun 2010
Suara Hati Seorang Ayah....
aku melihat raut wajah ayah ku seperi menyimpan seribu masalah dan kedukaan.. aku teruskan berdiam diri kerna takut kata ku mengguris hati... tiba-tiba suara ayah ku terkeluar dari bibirnya:- " ayah sedih dengan kehidupan ayah sekarang.. adik beradik langsung tak hormat ayah sedangkan ayah abang (anak kedua)...." ayah ku terdiam seketika... aku melihat mata ayah seperti banjir air mata... aku tahu ayah menahan sebak di dada.... ayah ku termenung seketika dan aku terus dan terus tenung wajah sayu ayah....
lalu ayah ku berkata lagi, " adik beradik pentingkan diri... tak reti nak minta tolong orang.." sekali lagi aku ayah ku terdiam.... aku pusing dengan kata-kata ayah... minda ku hubung mencari jalan penyelesaian... hati aku terus menangis dek kata-kata itu... selama ini ayah x pernah menceritakan masalah nya pada aku... tiba-tiba aku berasa begitu berharga di mata ayah ku itu....
aku dapat pengajaran dari hidup ayah ku... bahwa semua orang ada perasaan dan hati... kita insan yang lemah perlu menjaga perasaan saudara dan rakan-rakan kita.... kata-kata ini memang membinasakan orang... kata-kata memang pedih walaupun tidak tajam di mata... disamping itu kita perlu sedar bahawa menceritakan keburukan orang juga akan membawa padah bukan kita sahaja tapi orang terdekat juga terkena percikkannya...
Rabu, 21 April 2010
Hikmah Sujud...
- melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing)
- mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
BERNAFAS KETIKA SUJUD AKAN:-
- membetulkan buah pinggang yang tekeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan bahagian peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia.
- mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid.
- melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan kepada pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelviks
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut, ia juga akan hindar dari penyakit seperti apoplexia rupture of blood vessel.
Sabtu, 17 April 2010
Jaga 7 Sunnah Rasulullah SAW
- Tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajudnya.
- Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
- Jangan tinggalkan masjid terutama pada waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana panggilan muazin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
- Jaga solat duha, kerana kunci rezeki terletak pada solat duha.
- Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
- Jaga wujud terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwuduk. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib,"orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayang dia ya Allah".
- Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada pengahayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran islam lainnya. Zikir juga juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hendonisme.
Rabu, 14 April 2010
Persepsi Umat Islam....
- Umat islam perlu berubah dengan menjadikan islam sebagai cara hidup dan bukan kepercayaan semata-mata. Ilmu islam adalah ilmu yang mengurus sistem bukan diri.
- Umat islam perlu mengetahui dan memahami sejarah kegemilangan islam suatu ketika dahulu dan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, kehebatan islam di Andalusia adalah disebabkan wujudnya sinergi yang mantap atau kerjasama ulamak dan umarak.
- Umat islam perlu mempunyai ilmu yang bersepadu (integrated knowledge) seperti Ibnu Sina yang menguasai ilmu-ilmu seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh dan perubatan. Begitu juga Al-Khawarizmi dan lain-lain lagi.
- Perlunya sikap terbuka terhadap elemen bangsa. Ini merujuk sejarah Rasulullah SAW setelah peperangan Badar yang meminta orang tawanan perang mengajarkan anak-anak orang islam membaca dan menulis sehingga munculnya pejuang-pejuang islam yang hebat kerana mempunyai ilmu.
Isnin, 12 April 2010
Mari Langgan Akhbar iluvislam....solusi...al-islam....
Tanpa kita sedari, telah banyak bahan bacaan mengenai islam diterbitkan sepanjang tahun... beribu buku diterbitkan oleh para-para ilmuwan islam kita yang tidak lokek dek ilmu.. selain itu pelbagai majalah islamiah dikeluarkan setiap bulan contohnya, solusi, Al-Islam, dan banyak lagi.. disamping itu, terdapat juga beberapa syarikat yang giat mengeluarkan akhbar islam salah satu contoh yang saya ingin wawarkan adalah akhbar iluvislam... iluvislam bukan setakat di alam maya atau internet tetapi mereka juga ada mengeluarkan akhbar iluvislam setiap bulan..
iluvislam ini ditubuhkan oleh 5 orang jejaka muda yang berlainan bidang pembelajaran dan pekerjaan tetapi itu semua tidak menjadi halangan kepada mereka untuk memperjuangkan islam. walaupun bidang pekerjaan mereka lebih kepada duniawi tetapi mereka tetap gigih menegakkan syiar islam.. kerana syiar islam ini sepatutnya ditegakkan oelh sesiapa sahaja.. iluvislam.com telah popular dikalangan anak-anak remaja kerana keunikan dan kreativiti mereka yang berunsurkan islam..
akhbar iluvislam sering memaparkan berita-berita terkini di seluruh negara islam. selain itu, mereka juga memaparkan isu yang hangat di perkatakan orang dan isu yang menjadi kemelut atau masalah kepada umat islam.. disamping itu, terdapat juga pelbagai tips hidup harmoni dengan islam. konklusinya akhbar ini sangat menarik untuk menjadi santapan kita pada masa lapang agar masa kita sentiasa dipenuhi dengan ilmu-ilmu yang akan menjaga kita kelak...
sama juga dengan solusi dan al-Islam... sering memaparkan tips agar kita dekat dengan Allah.. melalui pembacaan kita dapat memuhasabahkan diri kita yang sering melakukan kesilapan...
teruskan membaca iluvislam, solusi, al-islam.......
ILMU lebih baik daripada HARTA
- Ilmu diwariskan oleh para Nabi dan harta diwariskan oleh Qarun dan Firaun.
- Ilmu akan bertambah apabila digunakan manakala harta kekayaan makin berkurang apabila dibelanjakan, kecuali harta yang dimanfaat pada jalan Allah.
- Ilmu akan melindungi pemiliknya manakala harta perlukan perlindungan pemiliknya.
- Ilmu dan harta dimiliki oleh orang yang beriman dan orang yang tidak beriman, manakala ilmu yang membawa kepada kenal dan takut Allah hanya dimiliki oleh orang yang beriman.
- Ilmu dan amal akan membantu pemiliknya meniti sirat.
- Manusia sentiasa memerlukan alim ulama' yang boleh menunjukkan jalan yang lurus, manakala orang kaya tidak selalunya diperlukan oleh masyarakat.
- Ilmu yang dimanfaatkan (amal jariah) dapat menemani hingga ke liang lahad, harta pula akan segera berpisah daripada si empunya setelah roh terpisah dari badan.
Ahad, 11 April 2010
Mahmudah VS Mazmumah
- Tamak terhadap sesuatu.
- Tidak memberi peluang kepada orang lain.
- Suka salahkan orang apabila gagal.
- Menghalalkan segala cara dalam mencari rezeki.
- Sibuk dengan urusan dunia hingga melupakan akhirat.
- Tidak memiliki pendirian yang kuat dalam mencari kebenaran.
CINTA AKHIRAT (Hubbul Akhirat)
Firman Allah yang bermaksud:" sesiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya. Dan sesiapa yang menghendaki keuntungan di dunia kamiberikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat." ( surah al-Syura 42:20)
untung cinta akhirat:-
- siapa yang beramal untuk akhiratnya Allah akan mencukupkan dunianya.
- siapa yang memperbaiki hubungan antara dirinya dengan Allah, Allah akan memperbaiki hubungan dirinya dengan manusia yang lain.
- siapa yang memperbaiki keadaan batinnya, Allah akan memperbaiki keadaan lahirnya.
- siapa menjadikan aktivitinya untuk akhirat, maka tidak akan terlewat satu hari pun melainkan dia akan kembali.
orang yang ingat akhirat:-
- tidak melihat urusan dunia kecuali dia akan mengaitkan dengan akhirat.
- tidak mengenakan pakaian kecuali teringat akan pakaian sutera milik penghuni syurga.
- tidak menyeberangi sebuah jambatan kecuali teringat akan titian sirat di atas neraka.
- tidak mendengar sura yang kuat melainkan mengingatkannya akan tiupan sangkakala.
- tidak pernah berbicara tentang suatu perkara, melainkan ada kaitan dengan akhirat.
Jumaat, 9 April 2010
Terlalu 'islamik' Umat Tidak Maju???
Al-Quran memperingatkan kita mengenai strategi musuh islam yang sentiasa merancang untuk menghancurkan islam sama ada ajaran mahupun imej umatnya. Strategi mereka memperkasakan program media cetak dan elektronik, di samping budaya popular barat menjadi salah satu strategi untuk menghancurkan akhlak dan pemikiran generasi muda. Allag SWT memberi jaminan bahawa seluruh tipu daya mereka akan diatasi dengan syarat umat islam kembali menghayati islam dalam erti kata yang sebenar. Isu tentang pengganas, lebih merupakan label politik dan ketenteraan. Islam adalah agama yang sejahtera dan damai. Bila orang palestin di jajah buminya dan dihalau sebagai pelarian, sudah tentu wujud tentangan kerana mereka ada hak untuk hidup di negara nya sendiri.
Telah sekian lama negara-negara umat islam dijajah dan hak mereka dinafikan. Malah fahaman sekular dan liberal dipaksakan kepada mereka, menyebabkan wujudnya aliran dan kefahaman yang dianggap tidak selari dengan kehendak proses kemodenan yang menganggap sesuatu yang bersifat tradisi itu melampau. Hal yang sama juga dihubungkan dengan isu fundamentalis. Apabila barat mengambil pendekatan anti agama dan anti Tuhan dalam sistem berilmu dan pemerintahan, sebarang aliran yang mendukung prinsip dan nilai agama yang tulen dianggap sebagai memutar jarum jam ke belakang dan ia dianggap sebagai kembali semula kepada fundamental atau perkara-perkara asas. Adalah sesuatu logik apabila umat islam khususnya generasi muda ingin memurnikan pemahaman dan penghayatan islamnya maka sudah tentu asas-asas yang fundamental menjadi sumber amalan mereka. Kerajinan mereka melakukan solat, kesediaan menutup aurat, bergaul dalam batasan yang di benarkan syarak.
Mengapa timbul tanggapan negatif yang mengatakan bahawa menjadi terlalu islam menyebabkan umat islam tidak maju sedangkan menjadi umat islam yang berilmu dan baik adalah penyumbang kepada orang -orang islam tetapi berfaedah kepada yang bukan islam. Tentu ada sebab-sebab tersendri mengapa puncak kemajuan islam di Baghdad dan Andalusia suatu ketika dulu menjadi sumber rujukan dan ambilan ilmuan Barat untuk dijadikan sumber membangunkan barat itu sendiri. Kalaulah puncak kemajuan sains dan teknologi dalam islam dianggap menjumudkan manusia dan menghalang kemajuan, tidak mungkin kitab-kitab Ibnu Sina seperti Qanun Fit Tib diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Ibrani menjadi sumber rujukan di eropahdalam bidang perubatan berabad lamanya. Menerusi sistem perbankan dan insurans islam asas sistem kewangan islam sedang terbina dengan baik, memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi, memberikan pilihan kepada umat mengenai sistem tanpa riba dan berjaya menyakini orang bukan islam bahawa faktor syarak memberikan asas kestabilan dan kemajuan dalam ekonomi.
Orang islam tidak menolak kemajuan dan perubahan kerana ia adalah fitrah kehidupan. Tetapi kemajuan tersebut semestinya berasaskan akidah, amal ibadah dan kekuatan akhlak yang menjadikan rujukan dan teladan. Asas ini dikembangkan dalam proses pengilmuan dan pendidikan, ia bakal melahirkan generasi yang faham dan mampu memberikan perimbangan antara idealisme yang dibina dengan realiti yang menuntut cabaran strategik. Inilah cabaran remaja dan umat islam sebenarnya..
15 Perkara Yang Mengundang Bala
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :-
- Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.
- Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
- Zakat dijadikan hutang.
- Suami yang menuruti kehendak isteri.
- Anak derhaka kepada ibunya.
- Sedangkan ianya berbaik-baik dengan kawannya.
- Suka menjauhi dirinya daripada ayahnya sendiri.
- Suara sudah ditinggikan dalam masjid.
- Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina antara mereka.
- Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
- Khamar(arak) sudah diminum di merata tempat.
- Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
- Golongan artis disanjung.
- Muzik banyak dimainkan.
- Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain." ~(Riwayat Tarmizi)
Renungkan Hadis Sebentar..
Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:"setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat islam akan lemah. Diatas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." Maka para sahabat pun bertanya, "Apakah ketika itu umat islam telah lemah dan musuh menjadi kuat?" Sabda Baginda SAW:"Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak beerti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan." sahabat bertanya lagi,"Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?" Jawab Rasulullah SAW, " Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit Al-Wahn." sahabat bertanya lagi, " Apakah itu Al-Wahn?" Rasulullah SAW bersabda:"Cintakan dunia dan takut akan kematian."
Hujan Lebat Melimpahi Bumi
Daripada Abu Musa r.a katanya Rasulullah SAW bersabda,"Perumpamaan, petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap air,menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan dia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku suruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya.
~Riwayat Bukhari~
Rabu, 7 April 2010
Cabaran Wanita single Di Mata Masyarakat
- Dianggap sebagai penggoda suami orang.
- Terlalu berharta menyebabkan lelaki takut untuk menghampiri.
- Terlalu memilih.
- Susah senang terpaksa tanggung sendiri.
- Sunyi sekiranya di tinggal sendirian.
- Sakit pening tiada siapa yang tahu.
- Siapa yang nak jaga bila dah tua.
- Siapa jadi pewaris harta selepas meninggal dunia
- Dia tidak ada tanggungjawab, biarlah dia jaga ibu bapa kita yang dah tua di kampung- komen adik beradik yang lain.
- Menjadi tempat peminjaman wang.
info ini diambil daripada keratan akhbar iluvislam...
Ciri-ciri Wanita Sebagai Isteri
- Agama ~ wanita soleh yang berpegang teguh dengan agama dapat memelihara maruah diri, keluarga, dan agama. Apabila menjadi isteri, dia seperti bidadari dunia yang mampu menenangkan perasaan suaminya di rumah mahupun diluar rumah. Setelah bergelar ibu, dia mampu mendidik dan membimbing zuriatnya menjadi insan bertakwa berasaskan pengetahuan agamanya.
- Kecantikan ~ memang tidak dinafikan bahawa paras rupa menjadi ukuran insan mencari jodoh. Rasa bangga apabila orang lain menjeling pada pasangan kita yang tampak cantik dan bergaya. Namun perlu diingat kecantikan bukanlah hak milik kekal. Keindahan wajah pada seseorang kian pudar ketika usia semakin meningkat.
- Akhlak Baik ~ orang dulu-dulu memandang tinggi pada anak gadis mahupun teruna yang berakhlak baik. Biarpun wajah kurang menarik, tetapi disebabkan sikap mulia itu, maka orang lain senang memandang wajahnya.Itulah keistimewaan orang yang mempunyai kelebihan dari segi akhlak baiknya.
- Keturunan Baik ~ wanita yang datang daripada keturunan baik mahupun berperibadi tinggi. Pasangan yang baik mampu menjadikan suasana rukun damai dalam berkeluarga.
Bagaimana Ukhwah Islam Kita???
Peluang Lepasan SPM dan STAM Jadi Guru j-Qaf..
Selasa, 6 April 2010
25 Kalimah Larangan
- Allah
- Firman Allah
- Nabi
- Mubaligh
- Syariat
- Wahyu
- Mufti
- Kaabah
- Hadis
- Rasul
- Iman
- Ibadah
- Fatwa
- Haji
- Kiblat
- Ilahi
- Injil
- Ulama
- Khalifah
- Wali
- Syeikh
- Imam
- Dakwah
- Solat
- Baitullah
Isnin, 5 April 2010
Malu Biar Bertempat...
Sabtu, 3 April 2010
Dapatkah Dia Tolong Kamu??
inikah role model anda
Dulu Nabi Muhammad menjadi role model kepada para sahabat dan umat islam, negara menjadi aman dan damai.. umat islam hidup dengan penuh ketenangan dan berasa syukur dan indahnya hidup mereka walaupun pada ketika itu seribu kedhaifan dari segi kecanggihan... tetapi sekarang masa telah berubah... kecanggihan teknologi dan media massa telah meneraju otak manusia sehinggakan alpa dan lalai akan tanggungjawab mereka.. beribu rancangan realiti diwujudkan.. beribu drama dan filem di tayangkan... sehinggakan manusia jadi tak tentu arah. sekiranya dulu Nabi Muhammad SAW menjadi role model dalam hati umat islam, tetapi sekarang artis yang tiada hebatnya telah mengambil alih bertakhta di hati manusia...
kita ambil contoh anak remaja, mereka sanggup buat apa sahaja demi artis kesayangannya.. contohnya beli album, poster, dan membeli pakaian yang fesyennya hampir serupa dengan artis pujaannya tersebut.. Dulu para sahabat sanggup juga berjuang demi nyawa Nabi Muhammad.. sama seperti anak remaja tetapi di mana silapnya anak remaja sekarang??? silapnya mereka adalah mereka mengambil artis menjadi role model mereka...
inikah manusia yang akan bantu anda di akhirat nanti???
sekiranya kita memakai cara pemakaian artis... mengikut cara percakapan artis tersebut... apa yang kita dapat??? NOTHING!!! tetapi sekiranya kita mengikut perbuatan Nabi Muhammad, secara percuma kita telah peroleh pahala kerana secara tidak langsung kita telah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW... sekiranya kita menyanyi lagu artis tersebut apa yang kita dapat?? hanya kelalaian dan membuat perkara yang sia-sia... tetapi sekiranya kita berselawat keatas Nabi insyaallah Nabi Muhammad akan mendoakan kita kembali.. selain itu para jin juga kan mendoakan kebaikan untuk kita Insyaallah.... dapatkah artis-artis itu membantu kamu diakhirat kelak?? dapatkah mereka menyelamatkan kamu dari seksaan api neraka??? cuba fikirkan kembali wahai teman seperjuangan sekalian.. Nabi Muhammad telah berkorban beribu pengorbanan kepada kita sehinggakan kita masih bernyawa dalam islam dan iman... kejayaan islam sekarang adalah titik peluh Nabi Muhammad SAW... fikirkan lah kembali saudara..