Apa
itu hari malaysia? Rasanya semua pun tahu apa itu hari malaysia. Semua pun
belajar masa sekolah dulu. Okay cuma nak ingatkan sikit apa itu hari malaysia.
Hari
Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan
Persekutuan Malaysia iaitu penyertaan persekutuan tanah melayu sabah, sarawak
dan juga singapura bagi membentuk malaysia. Mengapa pembentukan malaysia ini
dibuat? Antaranya ialah :-
1.
Mempercepatkan proses kemerdekaan
2.
Mengimbangkan kaum dalam malaysia
3.
kemajuan dan kerjasama ekonomi
4.
Keselamatan dan kestabilan negara
Rasa macam jadi cikgu sejarah dan kajian tempatan pulak. HAHAHA
Tetapi
ramai yang tidak bersyukur dengan apa yang kita sudah kecapi sekarang. Ada
mulut-mulut yang busuk, ada jari-jari yang gatal mengata itu dan ini berkenaan
dengan penubuhan malaysia. Mula
mempersoalkan kenapa pemimpin terdahulu membuat keputusan untuk menubuhkan
malaysia dan sebagainya. Adakah itu persoalan yang perlu? kita tidak duduk di
zaman itu. Kita tahu ke erti kemerdekaan? Tahu ke betapa susahnya untuk kita
merdeka? kita tak rasa semua tu. yang kita tahu, cakap benda yang tak perlu.
Okay
saya anak kelahiran sabah.
Sekarang
kalau kita baca dekat laman sosial seperti facebook ataupun twitter ada
insan-insan yang kehendaki sabah dan sarawak perlu keluar daripada
malaysia.
Okay
kalau nak tanya aku sebagai anak sabah nak ke
tidak keluar daripada malaysia? aku akan jawab tidak.
kenapa?
Malaysia
sebuah negara yang kaya dengan kaum dan boleh hidup dengan aman atas
pemerintahan demokrasi yang telah dijalan. Tak banyak negara yang boleh hidup
dalam satu negara yang terdapat berbilang bangsa.
Dan
Tanpa
kekayaan dan hasil daripada negari sabah dan sarawak adakah ekonomi negara kita
mampu bertahan dan maju seperti apa yang ada sekarang? Kalau nak katakan hasil
bumi negeri sabah seperti minyak dan balak banyak pergi ke Tanah melayu /
semenanjung malaysia.
Berbalik
di negeri Sarawak terutamanya untuk pergi ke sekolah masih melalui jalan
berlumpur, keperluan asas seperti air dan elektrik tiada, itu belum pergi lagi
di negeri Sabah dengan masalah PATI dan kebocoran kedaulatan negara di perairan
Sabah.
Tidak
usah dicanang projek bilion sana, projek bilion sini, bangga dengan pencapaian
ranking, kedatangan pelabur, projek yang pelbagai tetapi adakah tempiasnya
sampai ke penduduk Malaysia di sebelah yang tinggal di pedalaman, Sabah,
Sarawak. Dekat semenanjung kalau kita
nak lihat dari segi pembangunan memang jauh beza dengan sabah dan sarawak.
Dan itu bukan persoalan yang utama.
Ada
jenis orang yang mempersoalkan berkenaan syarat 20 untuk sabah dan 18 untuk
sarawak. Benda ni pun jadi mulut orang yang tak bersyukur dengan apa yang
mereka ada.
Saya
baru baca banyak artikel berkenaan isu penubuhan malaysia. Banyak komen yang
agak pedas berkenaan sabah saya boleh terima tapi bukan yang ini. Adakah dengan
syarat 20 atau 18 ni menjejaskan kehidupan rakyat malaysia yang disemenanjung?
Kalau ikutkan komen yang diberikan ni macam mengatakan kami rakyat
sabah/sarawak punya duit yang melimpah-limpah. Kalau dah macam tu keadaannya,
rasanya tiada rakyat sabah dan sarawak yang miskin rasanya. Rasanya dengan
keistimewaan ni boleh buatkan negeri ni lebih maju daripada dekat semenanjung.
Kalau
baca apa yang ditulis pada gambar diatas ni nak tergelak pun ada. Untuk
pengetahuan semua, memang ada keadaan seperti dalam gambar diatas tapi tak
semua. Dan ada tak pernah keluar tv berkenaan dengan kehidupan seperti ini
dalam rancangan seperti Bersamamu? Semua tu tertumpu dekat semenanjung yang
hidup boleh dikatakan lebih senang mungkin.
Bila
mana sabah sarawak nak keluar daripada malaysia? Jangan buat kelakar dengan
statement macam ni la. Statement macam tak pernah masuk sekolah dulu.
okay
cukup la kot membebal.
Apa
yang cuba saya sampaikan disini, Apa pemimpin kita pada masa yang lalu buat
sudah betul. Cuba untuk kita hidup dengan aman tanpa perlu mempersoalkan benda
yang sudah lepas. Bersyukur dengan apa yang kita sudah kecapi sekarang. Kita
bertuah lahir pada zaman ini dan tak perlu merasa zaman sebelum penubuhan
malaysia dan sebelum merdeka. Jangan tanya apa negara malaysia telah sumbang
untuk kita saja, tanya diri adakah kita ada sumbang apa-apa untuk malaysia?
kalau
tidak
hidup
bersyukur dengan apa yang sudah ada. Jangan kita jadi insan yang tak pernah
rasa puas dengan apa yang kita sudah kecapi.
Selamat
Hari Malaysia.