Tuesday, August 27, 2013

~Testimoni~

Alhamdulillah.
Gembira hati bila dapat tau customer berjaya mendapat apa yg diinginkan. Customer ni consume set kurus dan milk booster. Hari tu dia cakap, susu dah kembali meriah lepas drop ms awal2 puasa. Minggu ni dia bgtau pulak yang dia dah kurus. Dah boleh muat balik saiz xs drpd saiz L. Seronoknya. Kawan tegur, suami puji. Ish! Jeles ni, enAlang tak penah tegur i dah kurus..hehe...
So, siapa2 yang masih belum percaya, ini lah bukinya. Siapa kata lepas bersalin kitabtak boleh kembali bentuk badan asal. Yang penting, tahap confident bila kita nak berdepan dengan orang tu tau.
Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi?
Hubungi
Adilah MTauket
0193513200
Sid 947946
FB : Adilah MTauket

Sunday, August 25, 2013

~Set Anak Sihat dan Pintar~


Setiap ibu bapa pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak kreatif, rajin belajar dan mempunyai tabiat seronok membaca. Memang tidak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu semua tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak. 



Omega 3 (terdapat dalam Omega Guard Shaklee)
Sebahagian besar daripada otak terbina dari lemak 'baik' yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan diet yang kaya dengan Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap positif dan membantu menigkatkan daya ingatan ketika mereka tua kelak. Bagi ibu yang sedang hamil trimester II dan III sangat di galakkan mengamalkan Omega bagi perkembangan awal otak bayi dalam kandungan.

Vitamin C
Sebagai ibu bapa prihatin, pasti inginkan anak-anak mendapat khasiat makanan sepatutnya. Lebih-lebih lagi bila sudah bercerai susu ibu, 100% nutrisi harian adalah dari pemakanannya.Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.

Antara Fungsi Vitamin C :
✿ Memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti tubuh.
✿ Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang.
✿ Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.
✿ Membantu pertumbuhan dan penggantian tisu dan menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon. 

Protein Baik / Mealshakes
Protein baik membantu dalam menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi dari protein diperlukan untuk neurotransmitter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuk lah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat. Jika anak anda sering selsema, batuk dan demam, Mealshakes adalah penyelesaian yang terbaik, di mana ia boleh meningkatkan sistem ketahanan badan anak secara semulajadi.

Oleh itu sediakan keperluan awal bagi merangsang otak si manja. Jika anak anda berusia 1 tahun ke atas, ke semua supplement di atas sudah boleh diamalkan. Harga? Insyaallah mampu milk oleh setiap ibu bapa. Sangat murah berbanding dengan kesihatan dan kecerdasan minda yang tak ternilai harganya kan?

Apa lagi? Boleh order sekarang. Klik button..


berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi?hubungi:
Adilah MTauket 019-3513200
shaklee id 947946
emel: adilahmtauket@yahoo.com
https://www.facebook.com/adilah.mtauket
 

Friday, August 23, 2013

~Set Bersalin/Berpantang Shaklee~


Ok kali nak cerita pasal set bersalin/berpantang pulak. Set basic terdiri daripada 4 jenis.



1.  B-Complex
Ia bertindak sebagai anti-stress, menstabilkan emosi, dan membantu mengelakkan kemurungan.Stress sangattt bahaya utk Ibu lepas bersalinkan?Insyaallah, ia mampu membantu ibu-ibu menjadi org yang sentiasa tenang & gembira!(^_^)

2. Vitamin C
Membantu untuk menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin, membantu dalam pembentukan kolagen dan membantu penyembuhan tisu-tisu sel akibat bersalin.Sebagai bonus untuk Ibu-ibu, kulit kalian akan kelihatan glowing gitu!

3. Vita-Lea (Multivitamin + Iron) 
Ketika wanita  bersalin wanita akan kehilangan jumlah darah yang agak banyak, so iron sangat diperlukan. Ia juga mengandungi multivitamin yang terdiri daripada pelbagai kumpulan mineral dan vitamin yang sangat diperlukan oleh badan, yelah pilihan makanan di dalam pantang adalah agak terhad. Maka Vita-Lea boleh membantu badan wanita mendapatkan sumber vitamin dan mineral yang tidak dapat diperolehi melalui pemakanan yang seimbang sewaktu berpantang.

4. Zinc Complex
Zinc mampu membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka-luka selepas bersalin. Bagi mereka yang bersalin melalui pembedahan, Zinc adalah antara vitamin yang sangat penting.Selain itu ia juga mampu mengurangkan masalah keguguran rambut dan mencantikkan kuku Mommies jugak tau..

Best tau set ni. Yang terbaik, set ni boleh diambil sejurus selepas melahirkan. Haa tak payah risau panas ke apa ke.. so, kalau baby ada jaundia pun set ni boleh diambil terus. Kalau jamu tu kan kena tunggu paling kurang 2 minggu sebab jamu tu kan panas. Kesian baby.
Tambah lagi best bila set boleh diteruskan untuk set penyusuan. Add on je ESP dan Ostematrix. Best, kan?

berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi?hubungi:

Adilah MTauket 019-3513200 
shaklee id 947946 
emel: adilah_mt@yahoo.com 
https://www.facebook.com/adilah.mtauket

Tuesday, August 20, 2013

~Set Ibu Hamil Shaklee~

Shaklee juga menyediakan satu set khas untuk ibu hamil dari trimester pertama hinggalah melahirkan.
Set J-1 khas untuk ibu hamil trimester pertama dan diteruskan sehingga trimester ketiga. Set ini mengandungi 4 vitamin utama iaitu :

1. Vitalea - Multivitamin yang tebaik dengan zat besi.  Ia membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah..Jika ibu-ibu mengambil vitalea, tidak perlu lagi mengambil obimin okay..

2. B-complex - Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic.  Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan.  Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.

3. Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat.  Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

4.Ostematrix - Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Ostematrix  mengandungi bukan sahaja kalsium malah MAGNESIUM dan VITAMIN D..Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. Pengambilan OSTEMATRIX juga untuk menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat.  Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang , kebas-kebas atau cramp.
5. ESP (add-on) - Ia adalah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh.  Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Disamping MEMBERI TENAGA pada ibu, ESP mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri.

Then, bila dah masuk trimester 2, ibu hamil boleh menambah satu lagi iaitu :

Omega Guard - Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak Omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi.
ok. Anak ni anugerah dan amanah Allah. Jadi, berikan yang terbaik untuk mereka sejak dari dalam kandungan lagi.





Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi?hubungi:
Adilah MTauket 019-3513200 
shaklee id 947946 
emel: adilah_mt@yahoo.com
https://www.facebook.com/adilah.mtauket

~Morning Sickness~

Morning sickness, mual atau muntah yang dialami sepanjang tempoh kehamilan adalah merupakan perkara biasa bagi kebanyakan wanita hamil. Nama je morning sickness tapi ada sesetengah wanita yang alaminya tak kira masa.. pagi, petang, siang, malam.. tapi, apa pun, morning sickness yang dialami menunjukkan kandungan anda sedang membesar dengan sihat! Jadi, redha saja la dengan setiap rasa mual yang ada.. huhu..

Jika morning sickness yang dialami oleh anda berterusan dan menyebabkan kehilangan berat badan, keadaan ini disebut sebagai hiperemesis gravidum. Segera dapatkan rawatan di hospital. Biasanya doktor akan menyarankan supaya anda bedrest sehingga keadaan diri kemballi pulih.
Berikut adalah 7 cara untuk mengatasi morning sickness :

Makanan :
- Elakkan makan makanan yang berempah atau berminyak. Makan makanan yang agak ringan contohnya biskut atau roti di waktu pagi bagi menghilangkan rasa mual.

- Jangan biarkan perut anda kosong kerana ini akan memburukkan lagi gejala morning sickness anda. Ambil makanan tinggi protein setiap 2 jam dikatakan dapat membantu mengurangkan perasaan mual.

Jauhi penyebab kepada rasa mual :
- Ada sesetengah makanan dan bau yang dapat menimbulkan perasaan mual. Macam saya dulu, langsung tak boleh nak memasak.
Bau bawang yang ditumis dan bau nasi yang baru masak memang sangat-sangat menyeksakan.. T__T...Cuba hidu bau lemon/oren untuk membantu meringankan gejala tersebut. Bahkan menghirup udara yang segar juga dapat membantu.

Lain-lain perkara yang boleh membantu :

- minum air/soda dengan hirisan halia disarankan oleh Mayo Clinic sebagai salah satu cara untuk melegakan ketidakselesaan perut.

- Ais yang dikisar, gula-gula atau ice pop juga dapat meringankan rasa mual. Maknanya, apa-apa minuman sejuk yang menyegarkan, pasti dapat membantu :)
- gula-gula khas untuk kehamilan juga tersedia bagi membantu mengurangkan rasa mual dan loya.
- anda juga boleh mencuba asam untuk meningkatkan rembesan air liur. Tapi jangan makan banyak sangat, tak bagus.... ^__^
- menurut The American Pregnancy Association, peppermint atau teh peppermint juga boleh menjadi ramuan yang dapat mengurangkan gejala morning sickness ini.
- dapatkan konsultasi dari doktor terlebih dahulu jika ingin menggunakan ubat-ubatan herba/homeopati.

Ubat :
- ambil ubat-ubatan di bawah pengawasan doktor.

- Cuba makan prenatal vitamin di waktu malam atau sebelum tidur malam
agar dapat diserap sepenuhnya sepanjang malam.

Warded (Ditahan di wad) :
- jika morning sickness yang dialami sangat teruk
(hiperemesis gravidum) hingga menyebabkan anda kehilangan berat badan dan tidak berupaya untuk makan dan minum, maka doktor akan menyarankan anda supaya tinggal di wad sehingga keadaan menjadi stabil. Rawatan yang bersesuaian akan diberikan. kes ini biasanya dialami oleh 1% wanita dari semua kehamilan.
- kaedah lain yang digunakan ialah, dengan memasang hos nasogastrik atau gastrostomy endoskopik yang dimasukkan melalui mulut atau hidung untuk menyalurkan nutrisi kepada si ibu.

Berehat :
- dalam sesetengah kes, si ibu akan dinasihatkan supaya
bedrest atau berehat sehingga morning sickness reda. Bedrest yang dimaksudkan ialah, tidak boleh membuat apa-apa kerja dan kurangkan pergerakan. namun ini akan memberikan kesan negatif pada otot kerana jarang digerakkan.

Akupunktur (acupuncture) :
- terdapat beberapa sesi rawatan untuk meringankan morning sickness. Antaranya, kaedah seabands iaitu ban yang diletakkan pada pergelangan tangan dan dicucuk pada titik-titik tertentu.


sumber : erabaru.net



Ok. lagi satu cara nak hilangkan morning sickness ni dengan pengambilan Shaklee. Dah banyak testimoni tentang ketiadaan morning sickness dengan Shaklee ni. Ni diaaaa....


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Tahukah anda Ostematrix boleh mengurangkan migrain a.k.a pening-pening? 



Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex
 
Kerana B Complex Shaklee lengkap dengan vitamin B 6.Vitamin B 6 merupakan salah satu daripada lapan vitamin B. Kesemua lapan  Vitamin B memainkan peranan penting dalam membantu tubuh manusia untuk menukar makanan, terutamanya lemak dan protein kepada tenaga. Ia juga perlu untuk kulit yang sihat, rambut dan mata, dan sangat penting untuk fungsi hati dan sistem saraf. Tubuh juga memerlukan vitamin B6 untuk membuat hemoglobin, molekul dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel badan.


B6 juga telah digunakan sejak tahun 1940-an untuk mengelakkan morning sickness. Ramai wanita mendapati bahawa mengambil B6 tambahan semasa bulan-bulan awal kehamilan sangat mengurangkan morning sickness. Beberapa kajian mendapati B6 ia adalah rawatan berkesan untuk loya. 

anda bleh dapatkan b complex dan ostematrix ini dalam set ibu hamil yang kami sediakan.. ape yang akan anda peroleh dalam set ini..

SET J-1 (Trimester I )
  • Vita-Lea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix

SET J-2 ( Trimester II dan III)
  • Vita-Lea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • Omega Guard
add on ESP untuk sumber protein


Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi?hubungi:
Adilah MTauket 019-3513200 
shaklee id 947946 
emel: adilah_mt@yahoo.com
https://www.facebook.com/adilah.mtauket

Monday, August 19, 2013

~5 sebab kenapa pilih GLA Complex Shaklee~



1.GLA Complex Membantu Meningkatkan Peluang Untuk Hamil
Apapun,kena ingat...kita hanya merancang dan berusaha. Selebihnya, Allah swt yang menentukan segalanya.
Secara ringkas, GLA (asid gamma linolenik) sebenarnya membantu seseorang wanita itu untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti (egg white cervical mucus). Cecair mukus ini sangat penting kerana ia membantu memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Selain daripada itu, dengan mempunyai kandungan GLA yang cukup, cecair mukus ini turut membantu meningkat jangkahayat sperma di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari (inshaALLAH). Jadi, secara tidak langsung peluang untuk persenyawaan berlaku (dalam tempoh subur tu) pun turut meningkat walaupun suami dan isteri tidak bersama pada waktu itu. Sebaiknya amalkan bersama suami. Alfalfa dan gla untuk isteri. Zinc dan vita-e untuk suami.

2.GLA Complex Membantu Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)
Antara perkara paling tak best semasa PMS ialah senggugut, betul tak? Salah satu sebab kenapa kaum wanita mendapat sindrom ini ialah kerana kekurangan asid gamma linolenik ini di dalam tubuh. Jadi, dengan mengamalkan GLA Complex inshaALLAH akan membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika PMS ini. Saya syorkan ambil GLA Complex bersama Ostematrix dan B Complex.

3. GLA Complex Membantu Mencantikkan Kulit Wajah
Istimewanya GLA Complex daripada Shaklee kerana ia turut diperkaya dengan vitamin E yang terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan kulit. Dengan fungsi GLA Complex sendiri yang membantu mengatur fungsi hormon dalam tubuh, kehadiran vitamin E ini menjadikan kulit anda tampak lebih lembab, mengurangkan jeragat, tiada lagi kilauan minyak dan berseri-seri. Paling best, amalkan gla dengan esp.. terrbaikkk...

4. GLA Complex Untuk Kesihatan Jantung
GLA mengandungi lemak Omega-6 yang dipercayai membantu menurunkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL) dalam badan, meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ (HDL);  mengurangkan mendapan kolestrol pada dinding arteri (dengan bantuan vitamin E) dan merupakan lemak tidak-tepu yang membantu mencairkan lemak-tepu.Terbaik untuk jantung, amalkan bersama Omega Guard. Gabungan Omega-6 dan Omega-3 (yang boleh didapati daripada Omega Guard Shaklee) menambahbaik dengan menstabilkan kadar denyutan jantung dan mengelakkan blood thickening.

5. GLA Complex Untuk Awet Muda
Tahukah anda mengapa ramai kaum wanita sangat sukakan suplemen EPO(Evening Primrose Oil)? Jawapan typical ialah ‘nak awet muda’. Memang betul. Hakikatnya, GLA Complex yang terkenal dengan jolokan nama ‘EPO Shaklee’ ini ternyata memberi kesan lebih hebat inshaALLAH. Dengan kandungan GLA yang dua kali ganda EPO normal, ditambah dengan vitamin E dan minyak bunga matahari .. semua ini bersifat anti-oksida, free-radicals, immune-system dsb  .. membantu tubuh lebih sustain. Hormon prostaglandin yang terhasil dengan cukup juga sebenarnya merupakan pertahanan semulajadi tubuh terhadap penuaan.The best, amalkan GLA Complex bersama tonik ajaib Shaklee iaitu Vivix.
Hmm..ini lah sebab2nya kenapa kena pilih GLA Complex Shaklee.

Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi?hubungi:

Adilah MTauket 019-3513200 
shaklee id 947946 
emel: adilah_mt@yahoo.com
https://www.facebook.com/adilah.mtauket
 

Sunday, August 18, 2013

~Testimoni - Milk Booster~

Testimoni ni dari sepupu saya yang risau susu merudum sejak puasa ni. Bila saya tanya, dia masih pump macam biasa. Lagi 1, badan dia naik lepas bersalin.

So, saya syorkan esp, alfalfa dan lecithin. Alhamdulillah lepas seminggu dia comment kat fb saya. Susu dia dah kembali banyak. Syukur rezeki Allah bagi utk baby dia.

Friday, August 9, 2013

~Syawal 1434H~

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN




DARIPADA
CIK DILA & KELUARGA





p/s : takde gambar raya. huhu sedih...