Sunday, January 29, 2012

- sengkak -

alhamdulillah...
semalam dahj umpa doktor. klinik private je sebab nak confirmkan.. dan doc pun dah sahkan EDD aku 21September. insyaAllah. doc dah suruh jaga makan, minum susu (erkkk...) dapat jugak asid folik.. selain tu aku teruskan makan vco catalyst tu..

setakat ni belum ada mabuk2 yang teruk. cuma pening, loya sikit..tapi tak sampai muntah2 la..selera makan pun kurang. tapi kena jugak makan sbb takut perut masuk angin.

tapi walaupun makan sikit, perut dah mula rasa sengkak. rasa penuh dan sebu je. bila tanya2 kawan2 RH, diorang kata normal. okla kalau normal. takut gak ni. baru 6w, perut dah mula nampak. tebal agak eh perut aku ni..seluar rasa ketat je.. macam mana pulak la baju kurung. esok dah start sekolah balik ni. alamak aii...

badan rasa lemah. macma malas je nak wat kerja semua. nak gi sekolah esok rasa malas. tapi bila memikirkan linus sifar tu, terpaksa lah..alahaii....

p/s : enAlang macam selamba je. apa rasa dia ek...?kecit ati ni...

No comments: