Sunday, August 8, 2010

Welcome to the Digital World, Native Students !

   Saya di sebuah sekolah berprestasi tinggi (SBP) di Petaling Jaya, iaitu SMK (P) Sri Aman minggu lepas mengadakan seminar Pecutan Akhir Peperiksaan kepada pelajar Tingkatan 3 sekolah berkenaan.

   Apabila ditanya hampir 90 peratus mengatakan mereka ada akaun facebook dan kira-kira separuh sering menggunakan twitter. Inilah fenomena "digital native" yang dinyatakan oleh seorang penceramah, Coach Sha (Rasheedah Zakariya) ketika kami mengadakan "Retreat 828" di Philea Resort and Spa, Air Keroh Melaka anjuran Kenshido International, yakni syarikat yang mempelopori program e-pembelajaran Score A dan kini dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dan atas usaha Prof. Hanafi Attan dan Team memperkenalkan i-Teacher. Hebat, hebat, hebat dan hebat !


Apa itu "digital native" ?

    Ia merujuk kepada generasi zaman ini yang dilahirkan ke dunia yang serba digital sementara orang dewasa kini yang juga mahir memanfaatkan teknologi digital dirujuk sebagai "digital immigrants". Saya adalah digital immigrant ... yeah. Kenapa "yeah" kerana kadangkala puak immigran lebih produktif daripada native. Sementara itu sekiranya golongan dewasa yang surrender kepada teknologi digital dikatakan sebagai "digital dinasour" Wow ... macam-macam ye !

   Coach Sha juga memperkenalkan istilah "screenagers" bukan teenagers ! Kenapa "screenagers" ? Apabila dilahirkan ibu bapa mereka menyemak menerusi screen jantina mereka. Baru 3 atau 4 tahun sudah pandai bermain-main dengan SCREEN handphone, computer, TV. 



   Apa implikasinya, kita suka atau tidak dunia digital telah datang dan sedang melanda serta akan terus melanda masyarakat kita. Apakah anda bersedia ? Atas sebab itulah kita akan memperkenalkan pembelajaran secara "e" menggunakan screen untuk native digital masakini.