Selasa, 31 Ogos 2010

Agar sentiasa semangat untuk solat terawih

RFC Kubang kerian, Kota Bharu, Kelantan


Ketam..nyum3! ini gambar masa makan kat rumah kak sepupu di Terengganu




Bismillah,

jalan-jalan kat blog, jumpa satu artikel yang menarik, pasal tips untuk rajin solat terawih.

yelah..kadang-kadang tu rasa mengantuk teramat sangat, letih la, macam-macam dugaan, tapi orang yang tulis artikel ini bagi tips, saya nak kongsi dengan pembaca blog saya ini..

1)Kurangkan makan bila berbuka
ini kadang-kadang bila tengok lauk tu sedap sangat, semua dia bahan, sedapla katakan..ditambah dengan lapar, dan lauk feberet..haha..habislah..hidup untuk makan, bukan makan untuk hidup, eh terbalik :P

2)mandi sebelum pergi masjid
yang ini untuk bagi kita segar je..takdelah masam sangat, maklumlah, penat memasak tu..berbau juga badan tu..hek3 :P, bila da mandi..mestilah segar dan semangat! gosok gigi sekali ye, sebab aritu ada orang tua sebelah saya masa terawih dia punya mulut..adoii..bau punyalah kuat! sabor jelah

3)pakai bau-bauan yang harum
Ini saya sarankan janganlah bau yang kuat sangat, kadang-kadang tu terlebih wangi sampai sengkak nafas..huhu(sengkak=bau yang terlalu wangi sehingga rasa susah untuk bernafas)

semoga kita dapat menambah dan tingkatkan lagi amalan di malam-malam terakhir ini, doakan saya juga ya! ameeen

Entah la........


Bismillah,

Hari ini saya rasa sangat tidak berapa baik mood saya, ini kerana saya sedang menghadapi tekanan...>,<

Tekanan boleh menyebabkan kita tertekan :P ataupun stress, ia juga boleh mengakibatkan tekanan darah kita naik, kerana jantung akan pengepam agak kuat berbanding biasa, serta kita akan kerap rasa pedih perut, kerana bila stress, perut mudah keluarkan asid, jadi kita akan mudah nak marah-marah, dan pening kepala..wuwuwu

Apa-apa pun, saya mahu mengucapkan jutaan kemaafan kepada tabao saya(sila eja dengan baik, ta-ba-o..ini adalah bahasa korea..:P) kerana telah secara sengaja dan tidak sengaja memarahi tabao. Mak pun bising pasal ni..mak, kita bukan sengaja nak marah Tabao...:( (Tabao adalah spesis makhluk asing..kat atas tu gambar Tabao)

Disepuluh malam terakhir ini, saya berharap dan berdoa, agar saya dapat menghayati dan terpilih untuk menjadi hambaNya pada malam Lailatul-Qadr, saya rasa nak menangis.........sebab saya ini banyak dosa...ya Allah, maafkan saya..saya sebenarnya nak sangat jadi hambaMu yang taat, tapi saya buat salah lagi..maafkan saya ya Allah..........apakah saya masih ada peluang untuk menjadi hamba Allah yang sejati? Quunuu rabbaniyyiin...

tanda-tanda orang tu Allah sayang, dia mudah je nak buat amal..saya?kita?rajin tak nak terawih sampai 20 rakaat?...........:( saya rasa diri saya teruk!

Ahad, 29 Ogos 2010

It touch my heart


Bismillah,

Dalam bulan puasa ini, elok lah rasanya kita sama-sama muhasabah balik apa yang kita dah buat, apa amalan-amalan kita. Kalau waktu berbuka tu..makanan ya ALLAH! tak tau nak cakap, macam pesta makanan je, kalau korang pergi seksyen 7, kat pusat komersil Shah Alam, kat situ ramai budak-budak uitm buka puasa macam berpesta. Buka puasa dengan kesyukuran, bukan dengan pembaziran, Cuba lihat gambar-gambar ni..patut kita lebih bersyukur kerana terlalu nikmat dengan apa yang ada




A boy sitting on the ground cries while waiting for an evening food handout at a centre for flood victims near Nowsheera in Pakistan's northwest Khyber-Pakhtunkhwa Province


Displaced people clean chicken leftovers for a meal in Nowshera


A Pakistani boy tries to keep his food dry as he swims near his village in Punjab province





Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“…dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan” (Surah al-A’raf: 31).

Rujukan gambar : http://wup-forum.com/viewtopic.php?f=35&t=11593

Khamis, 26 Ogos 2010

Tip Kesihatan - Menonton TV naikkan tekanan Darah

Bismillah,

Kita sudah masuk ke prasa ke 2 ramadhan, iaitu 10 hari yang kedua, bagaimana diri dan hati anda semua? saya kira pastinya ada perubahan, sama ada dari sudut perut yang semakin kempis, peha yang semakin cantik..atau hati yang kian bersih..;p

Okeh, oleh kerana di bulan puasa ini ramai yang saya lihat takde kerja nak dibuat kat rumah, terutama bagi anak-anak dara dan teruna, memang TV lah port diorang melepak, bosan katanya, nak keluar penat, huhu..macam la kerjanya berjalan sahaja..:P

sebenarnya jika kita terlalu kerap menonton TV bukan hanya menaikkan berat badan, ingat itu..BUKAN HANYA MENAIKKAN BERAT BADAN, tetapi juga tekanan darah. Tapi tadi adalah anak mak cik Tipah sebelah rumah ni menjawab.."kita ni kurus je tengok TV lama-lama".. :p hoho. Ada plak kene wat gulai ni kang

Ini berdasarkan laporan yang diterbitkan dalam Archives of Paediatrics & Adolescent Medicine, kanak-kanak yang terlalu banyak menonton TV atau bermain permainan video memiliki tekanan darah yang lebih tinggi - tidak kira mereka ini lebih berat atau tidak.

Jadi, silalah tolong-tolong masak kat dapur tu, jangan makan je tau..haha

Ahad, 22 Ogos 2010

Betapa kita ini terlalu lemah dan malas

Bismillah,


Hari ini saya tak berapa sihat, tetapi saya mahu berkongsi sesuatu dengan pengunjung blog ini. Nasihat buat penuntut Ilmu, berkenaan matlamat hidup kita, saya terkesima dengan kata-kata Dr. Zulkifli al-Bakri tentang betapa kita ini kurang berkualiti dan malas!

selamat menonton (baca basmallah dulu ye)

Jumaat, 20 Ogos 2010

Fesyen Islam

Kemas dan elegen

Posing cket dik! ahaa

kreatif! mesti selalu makan kismis kan?



ini silk rose rasanya, tapi temanya adalah bunga rose, hanya yang seni mampu memahaminya :p


marah plak orang suruh posing :p




senyum dari hati naik ke jiwa, tak ramai kot nak pakai design macam ni kat malizi



ini fesyen pegantin baru, nak try? saya boleh design kan..insyallah murah sahaja


Bismillah,

Dulu saya pernah bercita-cita untuk menjadi pereka fesyen bagi muslimah, sebab saya lihat banyak pereka fesyen yang katanya telah mencipta busana muslimah anggun moden yang cantik, tetapi bila di perhatikan banyak yang tidak menepati syara'. Contohnya seperti tudung terlalu singkat, baju terlalu mengikut potongan badan, dan 1001 macam lagi yang mana saya selalu tertanya-tanya. Pereka-pereka fesyen ini tahu ke tidak maksud menutup aurat??!

Sebab seterusnya kenapa saya dulu mahu menjadi pereka fesyen ialah, saya lihat banyak muslimah yang bertudung labuh menutup aurat, tapi pakaian dan penampilan tak berapa nak jaga sangat, tudung tak 'iron' la, kedut seribu, warna jubah dengan warna tudung tak kena lah, potongan tudung pun macam orang malas.

"Design apa lagi?janji tutup aurat.." Kata makhluk asing dari planet mana ntah..haha
memangla tutup aurat, tapi cuba fikir jap,rasa-rasa kalau kita bersikap 'zuhud' macam ini ada ke orang perempuan yang tak tutup aurat terliur nak pakai tutup aurat? kita nampak selekeh sangat, sudahnya jadi fitnah pada orang yang nak jaga agama. Memanglah hidayah itu milik Allah, tapi dakwah dengan pakaian pun kena juga, saya pernah jumpa seorang makhluk asing yang lain..(yang penting masih manusia la..haha), dia tertarik nak pakai pakaian tutup aurat penuh, bertudung labuh dan berjubah bila dia tengok ada adik junior dia yang berpakaian bagus, kemas, tak kedut, warna tudung dengan jubah tu sepadan je, lepas itu nampak moden sikit, sejuk mata tengok(sejuk bagi perempuan..bagi lelaki?ntah..haha..sejuk juga kot, sejuk kalau buat isteri..wakaka)


Kalau kita pergi ke majlis kenduri, saya sedih tengok pengantin perempuan, pakaian itu memang bagi saya tak sesuai lah sebagai seorang muslimah, pakai tuding tapi ketat-ketat gitu, kadang-kadang pengantin taknak, tapi mak diorang lah yang nak sangat, alasannya sekali seumur hidup,memang sekali, tapi badan anak kita itu jadi tontonan awam, suka lah? apa punya pemikiran lah.

Puncanya? sebab masih kurang design-design untuk para pengantin ini pakai, nak pakai jubah sahaja macam kurang pula.(padahal yang ini lah bagus) Jadi nak tak nak kena lah ada seorang pereka fesyen yang mampu design jubah untuk pengantin baru. Amacam? Ada sesiapa yang isi jawatan ini?ngee..

Itu kisah saya 7 tahun yang lepas, alhamdulillah sekarang ini, saya ada beberapa makhluk asing dan juga seorang adik perempuan saya yang sudi jadi model saya bila terdetik idea mencurah-curah untuk design busana muslimah..haha

Teringat saya akan novel Abang Faisal yang bertajuk Manikam Kalbu, kisah berkenaan betapa perlunya kepada seorang pereka fesyen muslim yang beriman agar kita mampu memberikan yang terbaik untuk muslimah dalam berpakaian tapi masih dalam ruang lingkup menutup aurat seperti yang di kehendaki oleh syara'. Saya suka novel ini walaupun bagi saya ia adalah novel yang sangat berat untuk dibaca. Saya cadangkan agar anda semua membaca juga novel ini.

Apa pun masing-masing punya pendapat tersendiri, terserah kepada anda untuk memikirkannya serta mengerakkannya. Tapi ingat, fesyen-fesyen ini bukan untuk bertabarruj! tapi supaya tak selekeh sangat, itu sahaja, ok? hehe

ini pula satu link untuk saya kongsi dengan anda semua, dari blog kak Khaleejia, dia ini orang UAE, dia nak ajar kita cara buat purdah yang kasi nampak cantik macam orang arab selalu buat tu :p

Khaleejia said:
i got a comment for one of my post that made me do this post. i greatly appreciate every attention to my blog and any your comment where you can feel free to express your feelings and wish. That sometimes help me to do new posts that i hope are useful for someone or interesting at least.
Niqab has a huge veryety of shapes, models and other differences according to exact country India

Iraq Saudia
and individual preferences,but it always means- a cloth that cover woman's face leaving eyes open. Some women prefer wear ready-to-wear or one-peace niqab some make it with shayla as i am going to present here. I must notice that this way i use in case i am not going to restaurant while i am outside as soon as it will cause some uncomfortable with eating. But it doesn't mean that i can't eat or drink, i can and its ok if it doesn't take a lot of time and meal is not soup or something with salsa. for that case i use separate black not a big (size of bandana) cloth that i pin to my shayla and i can have my dinner very easy where ever it happens. Sure that i dont mean such restaurants where there are tables separated from another with curtains where woman can completely open her face. Its actually very comfortable but not every restaurant has it. I hope i was clear with this point.
1. shayla , i dont know the size of my own shayla i think its about 120cm/70cm may be a bit bigger , smaller size possible but is not so good for a fine wrap
i use such claw or clip before i wrap my shayla (in some of my previous posts i put a photo of my own )
cover head with shayla like on the pic.
then i pin shayla under the chin with any pin i like (except a safe one, i never use them)

take a long side and wrap it around the head

make sure that the edge of the shayla lie a very nice way revealing all its pattern and not very low cos we will need its loosy part that was left under the chin.
then i take that loose part of the shayla under my chin measuring it i check if it can easy reach my eyes and the same time stay enough wide and loose. It will be double levels of material of the shayla and even if its a shifon it will not be transparent.
then i pin one side on the left at the level of my eyes or a little bit lowerwith a slight straching shayla over my nose i pin the right side as well
My last move it is arranging shayla on the top. Using a nice decorated shining pin i fix my shayla with it on the top for a fine look.


pin for the top can be something like this one on the next pic.
ok, now you can see the final look

it is loosy and high. Forehead and eyebrow can be easily covered with the same shayla or additional bandana under it.

Selamat mencuba!

Rabu, 18 Ogos 2010

Rehatkan minda dengan menonton video ini ;p





Rehatkan minda di Bulan ramadhan..sambil menonton klip video ini, selamat menonton!

Pengalaman bersahur di asrama

mahal kan?huhu


Bazar di Jerantut


Murtabak Saufi, RM4 sekeping!


semua gambar ini saya copy dari En. Google yang kiut tu..ngee


Bismillah,

Saya dulu kat sekolah taklah nakal sangat..haha(ayat berlakon ke apa ni busyro?wakaka) tapi saya pernah kena kejar dengan warden, ahaa..sangat nakal bukan? bila warden dapat tangkap, saya pura-pura sakit perut..haha, jadi saya sentiasa bebas dari tuduhan yang tidak baik..memang baik apa..ekekeke

kenangan paling manis semasa di asrama ialah bila bersahur kat asrama, sekolah saya ini memang semua pelajar wajib duduk asrama, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang. panjang kan nama sekolah saya? jadi semua orang memanggilnya sekolah TAHAP.

Bila bangun sahur, pukul 4 pagi siren penjara dah berbunyi(a.k.a siren asrama la..haha) bunyi yang sekarang saya sangat rindu..huhu, dulu menyampah sangat..haha..

bangun je sahur, basuh muka, sarung jubah tidur..terus ke dewan makan, pelajar laki dan perempuan memang ramai muka comel..haha, bau pun macam-macam..uhuu

biasanya lauk sahur sangat sedap..ayam masak kicap, ikan gorgon masak kari(saya pun tak pernah rasa kari cam kat asrama sekolah saya, sebab kari dia punya lah sedap sampai tak rasa macam kari..hahaha, cair betul), tapi sahur dan puasa di sekolah sangat best, ada ramai kawan-kawan, bila petang je, naik bas ramai-ramai..bas sekolah hantar pergi bazar ramadhan kat bandar Jerantut. Saya kalau kat sekolah ini, selalu je sahur, tapi bila masuk IPT, dah malas nak sahur, tak tau kenapa, tapi sekarang tak pernah tak sahur..penting weih sahur ini. ;)

Saya paling suka murtabak saufi, dah lah besar, sedap pula..tak tahu nak cakap apa, sangat sedap! tapi dalam duk layan sedap-sedap tu, ada adengan yang paling bengang sekali, iaitu ada peraba dekat bazar ini dulu, sungguh memalukan! kawan-kawan saya dulu alhamdulillah takde yang kena tapi ada pelajar sekolah lain kena, peliknya polis tak tangkap pula. Padahal semua orang dah kenal peraba tu.

Sekarang dah masuk asar, saya nak gi solat dulu..sekian untuk cerita kali ini ;)

Selasa, 17 Ogos 2010

Dunia moden, alat untuk memudahkan kita membaca sambil baring ;P




Bismillah,

Hari ini saya nak kongsi tentang satu alat teknologi yang bagus iaitu cermin mata khas untuk memudahkan anda membaca sambil baring. (memang la saya suka, sebab baca sambil baring memang best, pastu tido..haha)

Biasanya kalau kita baca sambil baring ni, selalunya agak susah, lenguh tengkuk, lengun lengan yang pegang buku, bila dah susah, terus je nak tidur, haha..

Oleh itu terciptalah satu cermin mata yang memudahkan anda nak baca sambil baring, terutama untuk saya yang suka baca novel sambil baring..haha, agaknya orang yang buat cermin ni pun suka baca sambil baring, sebab dia sangat memahami :P

The Supine Reading Glasses, nama cermin mata ni. Terdiri dari dua kaca prisma dengan sudut 90º, membuat membaca menjadi lebih ringan dengan posisi berbaring.

Saya harap lepas ni ada pula orang yang akan cipta tempat letak buku kat depan, dan alat yang boleh selak buka secara automatik, senang, tak payah nak pegang buku, rileks sahaja, sedar-sedar je buku baca saya..haha :P


Isnin, 16 Ogos 2010

Kesan kemalangan dan waktu terbaik jika kemalangan ;P

Binatang apa didalam gambar ini..hoho


Bismillah,

kita biasa dengar kemalangan jalan raya kat negara malizi terchenta ni kan?(mestilah kita kena sayang negara sendiri, betul tak?haha) lebih-lebih lagi di musim perayaan ini. Kalau lihat pada statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) mendapati, tahun 2007 mencatatkan 363,314 kemalanagan jalan raya di Malaysia! Masyallah!

Kecederaan dalaman dan luaran

Ada 2 kecederaan utama secara umumnya.

Pertama:

kecederaan akibat tertikam(penetrating Injury)-kes macam ini berlaku pada kadar 30%, tertikam objek tajam seperti lampu atau benteng jalan raya, serpihan objek kenderaan lain, objek di dalam kereta pemandu dan lain-lain. Kecederaan seperti ini melibatkan pendarahan luaran dan boleh membawa maut sekiranya berlaku berterusan tanpa rawatan.

Kedua:

Kecederaan tertutup( blunt Injury)- jenis ini lebih kerap berlaku dan berbahaya kerana sering dikaitkan dengan pendarahan dalaman yang sukar dilihat dengan mata kasar. Biasanya disebabkan oleh organ dalaman tertekan atau tertindih hasil dari impak kemalangan. Ia juga disebabkan oleh kecederaan apabila kenderaan mengalami nyahpecutan( Deceleration Injury).

'Pilih' waktu terbaik untuk kemalangan?

Sungguh aneh bunyinya, macam nak suruh bunuh diri sahaja bunyinya..haha, sebenarnya tidak! (sila bersikap serius ya).

Berdasarkan satu kajian di United Kingdom, kejayaan para doktor merawat pesakit kemalangan jalan raya adalah LEBIH BAIK bagi kemalangan yang berlaku semasa waktu pejabat. (Ya Allah..apakah ini..?) ini disebabkan lebih ramai Doktor pakar serta kakitangan hospital berada di hospital pada waktu pejabat.(hmm..Dr pun nak rehat juga, semua orang ada kehidupan masing-masing)

Kajian itu juga menyebut sekiranya pesakit kemalangan jalan raya itu dikejarkan ke hospital yang tidak dilengkapi dengan kepakran trauma pembedahan otak(neuron), pembedahan jantung/paru-paru(kardiotorastik), pembedahan tulang(ortopedik) dan pembedahan am (general), kadar kematian adalah lebih tinggi.

Hospital Ampang Puteri antara hospital swasta yang dilengkapi kepakaran pembedahan trauma seperti yang dimaksudkan. (mahal sungguh hospital ni..huhu)

Kajian juga menunjukkan impak kemalangan jalan raya kepada ekonomi sesebuah negara itu adalah amat tinggi. Sebagai contoh kos kemalangan di AS setiap tahun misalnya memakan belanja lebih kurang RM6.9billion..Masyallah, kalau lah duit sebanyak ini dapat digunakan kerajaan untuk membantu pelajar-pelajar kita untuk melanjutkan pengajian di luar negara, kan bagus, oleh itu..adalah berdosa jika anda tidak berhati-hati memandu di jalan raya!

Sabtu, 14 Ogos 2010

Terima Kasih Semua!






Terima kasih kepada yang bersusah payah buat kek ini untuk saya
sangat sedap tau!
Pada semua ahli yang tersayang,
saya sayang kalian
tetap di hati sepanjang zaman(zaman apa plak lepas ni?)wakaka

Khamis, 12 Ogos 2010

Hati-hati memilih Suami

"Aku tetap aku, insan lemah, hina, dan sentiasa berdoa moga aku selamat di bawah pimpinan Putra Bani Tamim" kata seorang kawanku di laman sosialnya.

saya terkejut, terkejut juga dengan pengakuannya bahawa dia pengikut kuat Abuya Ashaari, Masyallah!

tamat pengajian di matrikulasi gambang pahang, dia terus berkahwin atas pilihan keluarga kalau tak silap, tak sangka pula suami dia tu yang di katakan alim beragama itu rupanya pengikut Abuya, Allah!


Beragama bukan dinilai dari sudut zuhud dan penampilan sahaja

saya kira memang ramai diluar sana yang mahukan suami yang soleh, berkopiah putih, jalan tunduk tak pandang perempuan, cakapnya lembut dan bila perlu sahaja, tentu sekali ini ciri-ciri pilihan hati kan?

tapi dalam keghairahan kita mahu bersuamikan ustaz, atau lelaki alim, tidak pernah pula terfikir untuk kita nilai dari sudut ilmunya, aliran agama yang di pegangnya, manhaj pemikiran agamanya, sungguh ramai yang tidak memikirkan hal ini, padahal dalam agama kita ini sendiri terdapat pelbagai aliran.

berapa banyak di luar sana berserban besar diatas kepala tapi aliran agamanya adalah dari kumpulan tarikat yang sesat?? juga mereka yang memakai jubah tapi menjadi pengikut ajaran Ayah pin! itu belum di sentuh isu Syiah lagi.


Perlu belajar

mahu atau tidak, sebagai seorang wanita yang bakal menjadi isteri juga ibu kepada anak-anak nanti, kita mesti belajar, jangan bagi alasan lagi untuk tidak mahu belajar ilmu agama ini, ilmu fardhu 'ain masih ramai yang belum 'berjaya', apatah lagi mahu di soal ilmu aqidah. Kita mesti sedar akan kelemahan ini. Dunia hari ini terlalu banyak kemudahan, jika penat untuk menghadiri kuliah-kuliah ilmu di masjid, di internet sudah banyak di tulis artikel-artikel keagamaan, juga sudah ada forum-forum yang bagus untuk di ikuti diskusi mereka. Jangan banyak buang masa dengan bermain 'facebook' semata. Takkan setiap hari mahu mencari kawan-kawan lama. Jangan ditambah lagi dosa yang sedia ada. Mungkin ramai yang tak tahu laman-laman islam juga forum-forum yang baik untuk di ikuti, saya cadangkan untuk melayari laman-laman seperti www.islamtoday.com, www.islam-qa.com, atau yang berbahasa melayu boleh ke laman seperti iluvislam.com atau www.al-ahkam.net, www.zaharuddin.net, www.drmaza.com.www.al-fikrah.net...kita boleh tanya apa sahaja yang kita musykilkan, insyallah ada yang boleh bantu, nak tanya pasal nak mula ngaji dari yang mana dulu pun boleh..boleh di bincangkan, sekurang-kurangnya kita rasa ada sahabat yang boleh bantu.


Kesilapan Ibu Bapa

Ibu bapa hari ini kena ubah pemikiran, jangan fikir lebai je..semua ok, mana boleh macam tu..kopiah, atau tak, tak melambangkan apa-apa, zaman sekarang ramai juga yang berpakaian sopan dan alim, tapi menipu, mencuri..kalau kat KL tu..banyak je yang macam ni..pertahankan aqidah anak anda! kelak nanti di soal di akhirat.